Pages

Sunday, September 13, 2009

Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu

Selamat Hari raya Aidil Fitri
Maaf zahir batin , Ampun, jika ada terkomen, terbesar terkecil hati buat semua bloger dan pelayar sedunia.
Salam seislam sedunia dan seakhirat. Komen,tegur dan pesan-memesan tanda sayang.
"Dengan kedut ditapaknya, Tumit yang licin putih, urat-urat timbul, tulang buku lali yang longar lembut. aromanya, ada yang putih ada yang gelap. Kuku yang memanjang jika terlupa untuk dipotong.
Ada kaki-kaki yang tidak berdaya  menapak dengan sendiri tanpa bantuan, ada yang sudah tidak berdaya  menyapu losyen, untuk menyental daki serta .menyapu bedak.".
Logik Akal;
Seorang ibu, jika dibandingkan dengan seorang anak, menjaga anak adalah jaminan masa depan, kerana anak akan membalas serta menjaga ibubapanya semula. Dari segi umur, Ibu akan meninggal lebih dulu dari seorang anak/cucu. Oleh itu lebih pentingkan menjaga anak dari ibu ??? (provokasi sikit).

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"  (Surah Ibrahim : Ayat 41).

Hadis Anas bin Malik r.a:

Nabi s.a.w pernah menceritakan tentang dosa-dosa besar. Baginda bersabda: "Menyekutukan Allah, mengherdik kedua-dua ibu-bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu"


-berapa kali sehari sebulan bertanya khabar tentang kesihatan seorang ibu?, bila lokasi antara anak dan ibu berjauhan. Telefon.
-berapa kali mendengar cerita dan gelak dari seorang ibu.
-berapa banyak persoalan dendam/menyalahkan terhadap ibu, dengan pertanyaan kenapa ibu tidak memberikan ajaran pembelajaran tentang agama semasa kecil? kenapa itu dan kenapa ini.
-Menugaskan ibu untuk menjaga cucunya, di manakah ruangmasa ibu untuk beramal sesuai dengan tahap umur, menghabiskan sisa-sisanya ke masjid. Tiadakah masa untuk berfikir memberi ruang rehat kepada seorang ibu??.  seorang cucu sebagai peneman kesunyian  hingga menjaga cucu sampai ketahap meletihkan adalah dua situasi yang berbeza.

Selamat menziarahi insan yang bernama IBU pada hari lebaran jika ada masa terluang.

Saat paling sebaksendu ketika menziarahi Ibu.

"Si A tak balik ker?".Tanya Ibu. Ibu akan bertanya dan menyebut satu persatu nama anaknya. Jika anaknya lelaki??.Kuasa di tangan lelaki untuk menziarahi ibu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Koleksi dialek Kelantan;

Tak song=tak sesuai

"awak ni tak 'song' langsung pakai baju batik pergi ke disko."

Sabik=patut
" OOo..' sabik' pun awak bersedih, pakwer dah lari, eerkk"

Hanak=bersopan/berbudibahasa/hormat

a. "Anak gadis apa laa, malu merosakkan  majlis tiada 'hanak' langsung"
b. " Kita perlu 'hanak' kepada orang tua"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ri ni;

--13/09: Tiada kematian baru akibat H1N1 sehingga pagi tadi, 231 kes baru didaftarkan menjadikan semua 1048, tapi hanya 255 positif dgn 42 dlm ICU.

14 comments:

Anonymous said...

hormat ibu bapa..jgn tk hrmat!

Cetusan said...

ni ni.. kawe dok tengah hormat dah ni..

cik RQ..

qah qah qah

Apokalips said...

Salam..
Sekadar melompat dr blog abang Idan:)

Kasih ibu memang sejati. Namun kita ini selalu terlupa kasih yang ini.

Kita sibuk tercari-cari kasih dunia, tak kira kasih kerja, kasih duit mahupun kasih cinta. Dan banyak yang kecewa.

Akhirnya ibu juga yang dicari. Ibu juga yang menjaga dan mengasihi bila anak gila kerana kecewa dunia.

Emm.. melihatkan anak disisi, rasa kasih tidak terkira. Barulah sedar dan insaf pengorbanan ibu sendiri.

Aduhai Ibu..

Cetusan said...

as-salam..
AKO, terima kasih..

Ibu bertuah bila dalam ramai anaknya , hanya seorang sahaja yang agak liat untuk menjengoknya.

tetapi agak kurang bernasib baik bila dalam ramai ramai anaknya, hanya seorang sahaja yang selalu mendekati perasaannya..alahai..

Lebih malang jika tiada langsung, anak yang hadir semasa tua..

abuyon said...

salam zeqzeq,

Jangan lupa, neraka pun di bawah
tapak kaki ibu, kalau
anak derhaka

Salam Ramadhan, dan 1
Syawal

Cetusan said...

as-salam abuyon

terima kasih..
..moga2

asilahmuhajer said...

i love my mom...

Cetusan said...

asil;
baiknyaaaaaa anak mama/mom hee

anntaj said...

hormati ibu bapa amalan mulia..

p/s: bahasa klantan ada silap sikit tu..:)

Cetusan said...

terima kasih anntaj yang mana satu>>ada Kelat kee??

iDAN said...

Sdr Zeq..

Sedihlah sebut bab ibu ini, saya ini sudah yatim piatu.

Tapi kalau ada kesempatan saya akan balik juga ke Kota Bharu Perak tu. Nak ziarah Kubur Pedas, lama amat kat ke sana.

Cetusan said...

Sdr Idan..

menolongberbakti setakat terdaya, nak dikira membalas budi, tak sampai ..secubit je,,
sementara masih ada..bila sudah tiada menyesal tak berguna..

azieazah said...

Salam ZEQZEQ...

posting U kali ni buat I sebak...

Terimakasih berpesan-pesan.
and thanks juga ada kamus dialek Kelate di sini..

cuma satu nak pesan..

Bila nak belanja saya Kuih Akok.. dan Budu saya bila lagi mau hantar daaaaaa.....

Cetusan said...

Azie..
mmmembudu akok tahun depanggggg