Pages

Friday, September 25, 2009

Sakit; bila tiba masanya


Sesekali menziarahi insan yang terlantar di hospital memberikan rasa lembut di hati. Muda atau tua akan  merasai kesakitan. Ajal selepas itu.


Merenung dalam diri; kenapa ku dilahirkan??
                                siapa ayahku
                                siapa ibuku
                                cukupkah amal dan sumbanganku
Syawal yang memberikan ruang dan waktu untuk menziarahi keluarga, mengenal asal-usul dari luar kotak kebiasaan.
Mungkin selama ini kita mendengar cerita sebelah pihak nenek atau tok wan. Cerita negatif ayah kita. Lalu memulaukan  ayah.
Disogokkan dengan cerita negatif seorang ibu dari nenek, lalu memulaukan ibu. Menghukum terus siapa yang bersalah.

Antara nama-nama panggilan yang muncul semasa menziarahi atau singah makan di kenduri:

..tok wan tok da, paksu mak su pak tam makcik mak usu,pak adik, mak adik kak ngah kak cik, tok nik pak nik ..

...jika tidak bertemu semasa kenduri dimana lagi sanak saudara akan berjumpa kenal asal usul sekampung sedaerah??..sibuk sebelum mati.
                          
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hari ini

*24/09: Bekas MB Pahang yang juga YDP Angkasa, Datuk Abdul Rahim Bakar meninggal dunia pukul 7.45 malam ini dipercayai akibat sakit jantung.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kamus mini Dialek  

*bayar zakat =sukat teghah
sukat teghah(bayar zakat) sebelum Raya.

*komplen= takwe
suka komplen(takwe) orang buat kerja

* suka=berahi
suka (berahi) minum air oren

*degup-jantung/risau =gedebar-ghaib
berdegup-jantung (gedebar-ghaib)bila terbayang hantu di kubur
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~        

5 comments:

Anonymous said...

salam

sblum mnghukum..sila dgr smua pihak

only then, kite blh mnghakimi dgn adil

Cetusan said...

as-salam,,
RQ..
kekadang silap menghukum tanpa merenung jauh..ada masa..untu berfikir sejenak..ADIL..

anyss said...

Bila ibu bapa kata kepada anak: Kalau aku tahu perangai mu gini, kecik merah dulu aku cekik bagi mampus...

salahkah bila anak menjawab: Ada saya mintak lahir ke dunia?

Cetusan said...

jika tengok pernyataan sang ibu tak salah, bagi anak yang belum baligh...
soalnya sampai bila dendam aka habis..dendam soaljawab dendam perlakuan..

kalau IBU kita kerja di lorong2 kelam... apakah kita perlu kutuk??..terus menjejaki profession ibu kita??

hak????,
kita untuk menghukum sambil mengutuk..serta menyesali takdir..takdir tersurat dibelakang tapi belum tau takdir di depan..

Cetusan said...

Alfatihah....sakit Tua...setelah pulang ke rumah