Pages

Thursday, September 17, 2009

Orang lama dan minat

Majoriti warga berumur mengisi solat berjemaah, minoriti diisi oleh remaja dan peringkat pertengahan umur. Untuk memenuhi solat 5 fardu secara berjemaah.???
Alasan;
Barisan solat, diisi oleh warga yang hampir pencen
Remaja sibuk di padang bola.Akur
Kerjaya yang sibuk letih lagi meletihkan, kerja lebih masa.Akur
Sibuk dipadang golf kerjaya dan NGO, panjang langkah.Alasan boleh diterima
Urusan anak-anak yang masih kecil. Akur.
warga berumur kurang dan bebas tanggungan menjaga anak-anak sudah boleh berdikari.
Memenuhi minat di luar lebih dari minat solat berjemaah. Jawatan Pengerusi dan Penasihat pelbagai pertubuhan yang memerlukan pandangan, ingin menabur bakti berdasarkan pengalaman kerjaya sebelum ini, (sambil sewa/jual nama atau diperalatkan hasil pengaruh jawatan asal). Masih bersemangat,  berkibar-kibar apa yang dikejar??. atau masih dalam khayalan berhati dan tenaga muda???.
Bagaimana jika minat mengatasi segala-galanya??..sudah ada pencen dengan pendapatan tetap, stabil tetapi masih giat cergas aktif dalalm bidang luar, apakah umur dan tenaga masih kuat??
Atau sedar diri lutut masih kuat berbanding orang muda??. Menerima tugas dan cabaran pada usia senja. Wajar?. Apakah tiada gologan pelapis muda untuk mengambil alih tugas golongan ini. Sumbangan tenaga boleh disalurkan dan berada di mana-mana jika ikhlas tanpa mengejar glemer. Memilih samada kerja yang utama atau sambilan dalam menghabiskan sisa-sisa dalam sebuah kehidupan??.Opss minat dan hobi??.
Memang logiknya, membuat jasa dan sumbangan tidak semestinya ke  Masjid, tetapi dengan kudrat yang ada melawan cuaca dan cabaran luar rasanya kurang sesuai pada sempadan umur tertentu. Bagaikan berumah di tepi pantai yang penuh risiko.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Kamus Dialek
*tumbuk = go'choh
Dia kena tumbuk(go'choh) di muka
*terlampau= do'oh lalu
sifatnya terlampau (do'oh lalu)
*selisihfaham=tekehel
tak bergeur sapa dek selisihfaham (tekehel)

*merayu/bodek = mengindir.sudut barangan
budak itu menbodek(mengindir) aiskerim yang sedang dimakan kawannnya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
17/09: Noordin Mat Top terbunuh dalam serbuan yang dibuat di Jawa Tengah pagi ini, demikian menurut ketua polis Indonesia Bambang Hendarso Danuri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
-----sambungan

Versi Hari Jumaat bagi negeri yang bekerja:

Antara beberapa pertanyaan dan rasa pelek;

--kenapa para jemaah masjid bersidai di longkang dengan pakaian kerja, tanpa lapik, kemudian masuk bersolat??

---kenapa para jemaah susah nak mandi sebelum ke masjid, sememangnya selepas kerja akan berpeloh kecuali kerja dalam hawa dingin. (bukan menghina pekerjaan)

--susah untuk menukar seluar dan memakai seluar melayu atau kain pelikat yang bersih tanpa menusuk hidung berbanding seragam kerja???susah ker untuk menyediakan shelai seluar atau kain bersih dari pejabat??

--masih mengamalkan sikap makan semasa azan kedua??

8 comments:

ainShahajar said...

kadang2 dorg n ade workaholic sket.. tu yg smpy tua pun bekerja.. tp kne la lebih kan akhirat.. kan.. sebab kita idop lebih lama dalam akhirat berbanding dunia.. tapi.. liat gak nk jemaah..hehe

apa pun

Selamat menyambut Aidilfitri!!..

asilahmuhajer said...

nak share kata2 ini, tak pasti ini hadis atau kata2 biasa (lupa la plak)..

kerja bersungguh2 seolah2 nak hidup seribu tahun lagi.

beribadat bersungguh2 seolah2 nak mati esok.

eh..betul ke ayat ni ek? kira2 camtu la. tak pandai la buat ayat best2 macam tuan rumah.

Cetusan said...

as-salam Ain..

soanya siapa yang sudi ada masa berikan CERMIN bisu yang ajaib kepada kita, cermin jujuryang tak menipu>??

Asil.
dah betul laa pepatih petitih tu..
ehemm,,puji nampak
kalau ikut tiori Surah, ALLAH jadikan makhluk untuk menyembahNYA, soal pelaksanaan individu yang buat,

jadi beribadat dulu
kemudian bekerja.

bila duit sudah bertimbung, buat apa lagi kerja??

..jika nak ikut hati, bekerja mengumpul wang seribu sehari rasanya masih belum cukup.???

asilahmuhajer said...

hehehe..dah lama tak dengar orang panggil dengan nama asil.

tu nama masa matrik dulu.

kalau betul kita layak dipuji, maka wajarla kita dipuji. takde unsur2 bodek duit raya kat situ. hehehe.

kena beribadat dulu baru kerja? kalau kerja sambil beribadat camne plak ye? kan kerja tu pun ibadat?

sila beri tunjuk ajar ye sifu.

Cetusan said...

Asilah..
dah betul tu kerja sambil beribadat,

niat Bismillah..baru mula kerja.

tak tau pulak mungkin sambil kerja sambil curi tulang ada juga yang tetap baca Bismillah...

mungkin semasa insan yang sogok/terima wang bawah meja sahaja tidak baca bismillah.??.

azieazah said...

Amboiii.. tuan rumah kita ni... macam promote masjid tempat dia jer.. saya bukan kariah awak..

(Pengomen lain yang marah saya yerrr...)
Samada nak terima sebagai tembak tanpa peluru ada das bom yg tak pernah tersasar... atau just provokasi yang tak perlu dilayan..

tetiba saya teringat suatu drama di mana orang Melayu buat surat sokongan untuk bantah bacaan Quran waktu subuh dgn alasan pencemaran bunyi.. Huh! cenggitu pun ada..

Cetusan said...

Azie..
mana2 masjid..

Cetusan said...

ASill.
utuk detail wajar rujuk ulamaq ustaz,jika bab agama..
terimakasih