Pages

Thursday, December 03, 2009

Minat Membaca, Tetapi Tiada Kesopanan

Seawal pagi antara 6.30 hingga 9.pagi ketika orang ramai, sibuk menyinggah membeli surakhabar panas-panas.Ada yang menunggu dalam kereta, ada yang enjin kereta belum dimatikan, berebut-rebut  untuk membeli suratkhabar.


Tetapi kekadang kelihatan insan yang minat membaca secara percuma, belek 4-5 jenis surakhabar, bertenggek, bertinggung duduk atau berdiri,sambil membaca menghalang laluan masuk ke kaunter bayaran. Hobi yang uniq. Menghalang pembeli lain yang memang nak membeli bukan nak membaca. Ketidaksopanan tetapi bukan kedekut. Siapa nak ambilbeli surakhabar yang telah dibaca??. Lusuh.

Melainkan kes berbeza kepada sang pembacanya adalah remaja yang taksub cerita artis pujaan sehingga tidak sedar orang lalu-lalang.


~~~Tempelen~~
One Drop
Peranan Cahaya sekitar berbaur tetesan air hujan antara hijau merah bata dan sinar flash dari kamera.










               Burung Sita jadi korban


                                         Tapai pulut, dibungkus daun getah dan pisang

Kamus Dialek Mini:

ju'ghuh=baik pekerti
La'eh= tak bermaya, letih
kehek=luahkan
geghiok= cendol dari hidung keluar ikut tekak.(kahak)
ga'tih=kayuh
ceduk= cebok



25 comments:

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Golongan yang suka "free reading" ni memang banyak. Takde duit nak beli ke... atau kedekut duit nak beli. Kalau sayang sangat nak keluar RM1 beli suratkhabar... pergi je baca akhbar online. Dok menempel kat kedai tu, tokey kedai pun menyampah!

Cetusan said...

Diana,

habit ler tu.
kalau kaya hulur rm5 suruh ambil 4 jenis paper, main jauh jauh...

Cetusan said...

adakah patut nak beli paper mcm nak beli novel pilih tajuk..

rosnanie said...

zz, orang macam ni agaknya kalau beli paper dia rasa beban kot...

macam diana cakap, tak nak beli baca jer paper online, tapi tak tahulah pulak kot internet pun takde kan

azieazah said...

No Free Reading..

mana ada yang free lagi sekarang.

BRO, saya suka tapai tu, mesti manis macam BRO jugak..hehehe bila nak belanja kitaorang dan saya? Ahaks!

iCe said...

bro, skrg ni paper memang macam novel pun... mana yang menarik tu lah yang ramai orang beli... tapi kalau nak paper yang tebal beli je the star... hak3 cukup 6 bulan dah bley jual kat tokey scrap... kompom untung dari beli paper lain walaupun isinya ntah apa apa

Cetusan said...

ICe,

Star boleh menjual beli iklan,

setakat ini Sinarharian yang telus sikit berbanding Utusan dan Berita yang memang Mengampu periuk nasi.

Azie,

No reading untuk kedai besar, bukan mamak punya.

Ros,
jenis makhluk yang ambil mudah, mudah baca, mudah belek tanpa kira waktu dan tempat.

Cetusan said...

as-salamm Ice..

iCe said...

wasallam zeqzeq

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

salam..

aduhai~
zara memang suka membaca~
dan sangat gemarkan bahan2 ilmiah juga~

myQza said...

aku kalau beli majalah.. kalau berususn.. aku amek yg tengah2. ekekeke

Cetusan said...

Zara,
erk eleh, membaca sebab ada kaitan JOB U,ilmiah perah minda...huhu

Tedi,

memang pandaicerdik ye,
yang pasti majalah itu masih ada bau kertas dan cetakan lagi, kerastajam bersih. (melainkan kedai yang kedukut menggunakan seal plastik bungkus)

rosnanie said...

kdg2 elok juge berbalut, bayangkan ramai pengunjung jenis baca kat situ pastu tinggal, buku/majalah/paper dah keronyok, pastu sape nak beli dah kan, rugi ler tuan kedai

eelobor said...

masih ada lg 2 perkara yg free kt ibukota skrg....

Cetusan said...

Ros,
bisnen mesti untung ka,

Eelobor,

Tengok gagak Free,salah satu aktiviti

Anonymous said...

aku suke free2 neh...
tp kalo smpi kurg ajar...tak baik lah...

hiks!

iDAN said...

Harga satu cerita; ceritanya satu cerita, saya beli akhbar dua hari seminggu sahaja Sabtu & Ahad. Selebihnya baca di internet & tenguk berita.

Saya tak tergamak nak sentuh akhbar di kedai tu; takutnya lusuhlah! hati orang ini lain-lain. Memang tak sopan nak baca free begitu!.

Cetusan said...

sdr Idan,

Lusuh satu sebab, tapi bab lorong sempit, orang lain nak lalu, nak pilih itu yang tak selesa.

Jane,

kurang ajar ker, tak laaa, hanya kurang sopan jika sengaja langgar lepas tu ada yang merah muka atau tergoyang apa-apa yang sedang lena.
Jika tersntuh nanti lelaki kata nakal, jika wanita kata gedik hee

Unknown said...

ada kamus..hehe :)

anyss said...

nak baca free pegi la MPH ke...kinokuniya ke...kan situ free reading

echah_syed said...

combi baru jer baca majalah CLEO tadi masa tunggu anak dara beli majalah..free reading.

ramai org bersepah free reading kat situ sbb kedai tu beso so owner mcm tak kisah jer janji jgn curik bawa keluar.curik ilmu bole heheh.. :p

*tak baca CLEO tapi tgk gambo jek sbb byk brg yg org pompuan suke..jamu mata gitu :)

Murni Alfathunnisa said...

boleh je review, tapi jangan la sampai khatam satu suratkhabar / majalah kat situ.

p/s: embun di hujung daun...mcm i plak zeq...huhu

cheryna zamrinor said...

blog boleh baca, takkan takleh baca sokkaba online kan...:)

* ada yang tak tau baca pon. org cakap pasal sokkaba free, dia cakap sal kamus.

Cetusan said...

epal..

selamat datang,
kamus untuk diri yang kekadang tak ingat terjemahannya..

Sha,
kecian dia..dua dalam satu makna

Murni,

tetesan hujan musim ke3 banjir di KB,lokasi sebuah Masjid, bukan embun..

combi,

saya bertatih baca BI,

Anyss,

kedai tepi jalan banyak, MPH jauh sangat.

Anonymous said...

Hello guys, I urgently demand info on MLA format... I can't death my essay. Does anyone know? Cheer help...