Pages

Tuesday, September 15, 2009

Debaran nostalgia pulang beraya

Kenangan yang paling mahal adalah peristwa pada hari raya aidil fitri. Semasa berkumandang azan dan takbir  raya, masih di Lapangan Terbang subang. Sesak dengan jemaah yang baru pulang umrah dari Mekah.
Mana boleh beraya di rantau, tidak pernah mengalaminya. Berlepas pada jam 11.am ke K.Bharu. Selepas jumpa ayahbonda serta saudara terdekat, sebelah malamnya berlepas semula ke Kuala Lumpur.
Semuanya berlaku, semasa dalam bertugas. Ponteng. Seragam kerja dimasukkan kedalam bag kecil. Pager di 'Off'kan, bila tiba di Lapangan Terbang Subang.
Debaran kecut jantung, kali pertama, berada dalam penerbangan beserta dengan resah kerana ponteng kerja.Hilang berbaur dengan semangat beraya di kampung.
Pager di'On' kembali semasa mendarat a di Subang, pada sebelah malamnya.Tukar pakaian seragam, meneruskan kerja.
Itulah satu perbuatan yang pertama dan terakhir menyalahi etika kerja, nasib baik tidak ditangkap dan tiada panggilan 'pager', semasa ponteng. Syukur.Taubat bukan taubuat.
Setelah dicongak dan dihitung, kos balik beraya berbaloi dengan claim elauan serta 'tripplepay' selama 2 hari( 48 jam) 'Stanby'.
Dilarang meniru adegan tersebut. Dosa, masih sempat lagi baca 'Bismillah...' tika melangkah naik kapalterbang.( buat kerja tak baik pun masih ingat ILLAHI ), Berpeloh gementar dalam hawa dingin. Ada penumpang berbisik dan memuncung bibir ke arah 'lovebite' di leher Pramugari, (apa itu lovebite?apa pulak pakai bunga di leher..tak faham, tak kenal dan tak boleh bayangfikir)
Kini sudah ada KLIA dan balai berlepas di Kota Bharu (LTSIP) telah pun bertukar wajah.
 
**************
Ri ni;
 
--15/9: Lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia kini boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA, kata TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kamus lisan dialek Kelantan.
* Kawan = GU,
* kenapa = bakpo
.Kenapa  (bakpo ) awak ponteng?
* Sengaja = sengelin
Dia sengaja (sengelin ) tayang aiskerim depan budak kecil.
* Mencuri = mengetek
Remaja itu suka mencuri (mengetek) jambu
* sengoti=sungguh/benar /betul
...yang dia cerita itu adalah benar (segoti), kena percaya.
 
*nappar tawar=penampar
Sebiji penampar(nappar tawar) hinggap di muka anak gadisnya, selepas pulang dari dating
.
*kedekut =(klorek) hangit
Hj Bakhil kedekut( klorek hangit) macam dalam cerita P.ramlee
*aye summbak= masuk air 
Telinga budak itu masuk air (sumbak aye)
 
*masjid=se'jid=semejid
     di sesetengah daerah menggunakan se'jid, manakala daerah lain semejid
Masjid telah pun siap didirikan  di bandar itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

16 comments:

azieazah said...

Amboiii.. macam ler baru sekali pontent kerja mengular waktu keja?

selalu tu dok gayut guna harta company tu...
mengopi 2 3 jam dgn alasan jumpa client?

elehhhh... macam dah insaf jerrrrr... Ahaks!

Cetusan said...

Azie..
bahaya ngular luar lokasi, ansurance tada..rugi.

kalau masuk spital..

azieazah said...

Terimakasih sekali lagi... teruskan gaya tambahan kamus singkat bahasa dialek Kelate...

mana tahu, suatu hari nanti saya sesat di sana....

eelobor said...

sengoti=sungguh (sengoti la)
nappar tawar=penampar (mum nok napar tawar...hehehehe)
kedekut(klorek) hangit= hj bakhil cam dlm citer p.ramlee
aye summbak= masuk air ( natey jenih aye summbak)

The Story Teller said...

Bro Zeqzeq

Ahaaaaaaa....

Pecah rahsia...

Cetusan said...

eelobor..as-salam
terima kasih tambah..
terima kasih ziarah

Alid..
yup lama tersimpan walaupun sudah letak jawatan, tiada siapa yang tahu.

asilahmuhajer said...

waa...berani tu!
syukur takde apa2.

anntaj said...

waaaaaaaaaaahhhhhhh...ore kelate kerrr???
:P
p/s: rindu la saya kat airport tuu..:)

Cetusan said...

asilah;
Berani dalam kepuasan hhee.

Anntaj..

tak laa,, bukan Ore Kelantan, Ore K.Bharu..
Terminal baru belum pernah rasa..

ainShahajar said...

en zeq2 keje ape agaknye smpai berpager2..haha

tp kalo keje hati tak tenang pun.. wat ape..

Cetusan said...

ain...

..dulu pakai pager jimat serta HP sebesar botol air telco 010-

Pager masih dapat line walaupun dlam terowong... kecuali jauah bawah tanah.. dengar cerita masih digunakan di kawasan tertentu.

.

Anonymous said...

selamat hari raya :)

Cetusan said...

as-salam..Mybrea

sama-sama salam raya..aidilfitri

iDAN said...

Nama pun makan gaji..

Saya dulu pun asyik membeli-belah bergaji. Terkadang keluar pagi balik cop kad perakam saja.

Bila pelajar tiada memang kerja di makmal pun agak berkurangan. Yang duduk di makmal pun kalau tak main chess atau cit-cat; berbual sahaja. Semua itu bergaji.

Maka itu saya memang harapkan anak-anak kerja sendiri. Rajin berniaga banyaklah rezeki, kalau kita rajin-rajin kerja makan gaji ini pula ramai sangat yang dengki.

Tak berbaloi.

asilahmuhajer said...

tabik dengan pendapat saudara idan yang nak anaknya kerja sendiri.

bagus tu. tak ramai parents yang nak anaknya keje sendiri. ramai yang prefer makan gaji.

keje sendiri ni bagus. rasanya lebih berdisiplin kan? sebab, semuanya bergantung pada diri sendiri.

istilah suami saya, orang keje sendiri ni parti GERAKAN. bila gerak baru boleh makan. hehehe.

Cetusan said...

asilah..
Idan.

gerakan tak makan??pernah dengar..

mencuri tulang bagi kerja dengan GOMEN?? bolehkah sesiapa memberikan FATWA kepada siapa nak minta HALAL gaji?? minta halal kepada siapa??siapa pemegang AMANAH gomen??ketua pejabat??tercuri sampul surat gomen??

macammana jika ketua pejabat sendiri yang peralatkan pembantunya kerja di rumah dalam waktu pejabat??hantar ikan, hantar anak bos??

berbanding makan gaji, syarikat kecil kita akan jmpa bos tiap minggu..beraya sambil minta halal jika Tercuri tulang tercuri telefon tercuri pensil sampul surat.??.