Pages

Saturday, May 29, 2010

Hobi, Kerja dan Hutang

Memilih hobi, kerja dan hutang

Selepas menonton bola, teruskan Qiyamul Alail.(tidur dahulu).



Bila Main dah menjadi Kerja. tetapi masih tak lupa DIRI.

Dailek

Jerkok = sergah
duah  = panggil, teriak

Wednesday, May 26, 2010

Tanah Di Kelantan; Cepat-cepat Harga Masih Rendah

Datanglah melabur dalam pembelian tanah di Kelantan.
Harga masih murah sebelum bertukar pemerintahan, tidak kira bertukar partai atau bertukar MB.
Generasi muda inginkan pembangunan tidak hairan harga tanah akan naik.

Zaman 'KEKOH' tanah, anda boleh mendekati mana-mana golongan antara 3 pihak;
Dekati mana-mana golongan ahli perniagaan samada dalam Pas, Umno dan pihak satu lagi.(?).

Contohnya, Kawasan Gua Musang hutan dara .
Tanah padi dan ladang getah milik perseorangan.

Bertukar nama melalui perkahwinan dengan anak-anak Kelantan.

Ramalan akan wujud stadium kedua, padang Golf kedua, padang lumba kuda, selepas pemerintahan berganti. Masa menentukan.
Golongan muda generasi pelapis.

Mencari SATU dari Tujuh golongan.
Siapa yang tidak ingin hiburan dan kesenangan serta kemudahan.???.
Pembangunan sosial ???
lagi pun dunia dah dekat Gempa bumi yang besar. Apa yang hendak dihairankan???
sama-sama KEKAH jika ada peluang.

Pembangunan memerlukan pergorbanan, samada bertukar rumah kereta isteri dan perbanyakkan lot rumah kedai. Selagi peluang ada di depan mata.

Saturday, May 22, 2010

Keluhan

KELANTAN, CERITA POLITIK ATAU CERITA RAKYAT?





Wang Ehsan Hasil minyak, dibahagikan kepada keluarga anak 2, sedangkan anak 9 diabaikan.

YB Menteri tak bersalah.

Tugas penyenaraian nama yang bengkok. Sumpah seranah oleh mereka yang terabai, sedangkan mereka lebih perit serta susah dalam sesebuah kampung berbanding dengan nama yang terpilih mendapat bahagian Wang Ehsan.



Bahagikan senarai nama-nama sepupu, anak buah dan keluarga terdekat lagi elok.(kemudian baca sejarah bahawa Zaman Khalifah  dulu-dulu pun  memilih saudara-mara, sepupu dan menantu).



Nama-nama yang berhak dan memerlukan terabai. Salah satu penyebab rakyat meluat kepada Kerajaan Pusat. Rakyat itu termasuk penyokong dan pembangkang . Siapa yang rugi???.


Timbalan Menteri mengumunkan lesen Judi Bola. Rakyat, samada keluarga penyokong dan pembangkang akan kena tempias.Ini kenyataan berunsur politik ker?

Nota: Wang khairat Kematian RM lebih 2 ribu seorang, dari kerajaan Negeri tanpa memilih bulu, menaikkan semangat sayangkan kerajaan sedia ada.

Friday, May 21, 2010

Kerja

Alkisah




Isteri : Bang, Saya nak pergi kursus ke Selatan, minggu depan.

Suami : Dengan siapa? Berapa lama?

Isteri : Aiak..tak kan dengan bukan orang, dengan rakan sekerja (baca rakansekerjakan) saya.., aala seminggu jer..

Suami : OO...Baguslah dapat kredit.

Senyum.



Oh ya...minggu depan lagi sekali, Abang pun nak ke luar daerah juga.

Ada aktiviti NGO yang abang sertai bulan lepas. Bersama rakan sekerja

(baca rakan sekerjakan).




Kerja, Kerja.dan kerjakan

Wednesday, May 19, 2010

Bangga Dengan 'Rating??


Apakah umat Islam bangga dengan rating siaran Radio yang dipuja.?

Bangga peminat Radio IKIM logik juga.
Hendak ke pasar tekan  Ikim.
Ke tempat kerja suiskan Ikim.

Berbeza dengan setengah warga yang hendak ke Masjid menunaikan solat beriman pun masih tekan suis stesyen yang berkumandang lagu ROCK dan metal. Apatah lagi stesyen yang tiada alunan Azan apabila masuk sholat lima waktu. Macam-macam gelagat bila minat yang tidak bersesuaian dengan waktu.

Nota* Siaran azan menandakan sempadan dalam perjalanan dan masa kerja, bagi sesetengah insan, melainkan INSAN itu sangat kuat ingatan tentang waktu sholat atau pun telah 'set'kan alarm waktu solat.

Sempadan dari leka

     " eeh dah zuhur.."
" ohh dah masuk waktu asar rupanya....dah nak balik kerja.."


Dailek:

ghukah = Panjat
timbok  = tibai

Sunday, May 16, 2010

Wau ; Musim Demi Musim

Sementara sawah diairi dari taliair
menanti tanah dibajak
Cuaca Panas
Sawah merekah

Terasa kembali ke zaman dulu-dulu.Bila petang. Kanak-kanak berpanas  menarik tali wau.
Angin bertiup kencang, ditengah sawah yang baru dituai.







Macam-macam

nak lariskan nama memikat dengan niat BAIK sangka..






Saturday, May 15, 2010

Benar atau Dendam

Wujudkah? Facebook ini??

Andainya dendam??

menjurus dari seorang insan lelaki  atau wanita??



Dialek:

belebe   =beleter
bekki     =baiki
kemeset = senang

Thursday, May 13, 2010

Sesekali Bila Jatuh Sakit

Ingin berada di dalam wad yang selesa dan agak 'privasi'. Berhawa dingin.
Berapa lama akan kena tahan.
bermacam-macam bau dari dalam serta dari luar menusuk hidung.
Ragam pesakit dan ragam pengunjung/pelawat.
menusuk telinga pelbagai bunyi-bunyian.
Kesian kepada penjaga, mereka akan sakit dek bau-bauan dalam wad, jika lemah badan tak mustahil turut jatuh sakit, bila pulang kerumah.
Berapa orang nak bergilir-gilir, menjaga diriku. Keluhan.


Berapa jauh agaknya diriku melompat ke sana sini, tetiba berada di dalam sebuah WAD, terkongkong dek botol air yang lekat dilengan. Terlupa nikmat sepasang tangan.
Nikmat sepasang kaki..
Seksa.


Terfikir berapa banyak hutang yang belum selesai.
Berapakah  kos selama berada di hospital.

Berapa ' bakul '  hutang dengan Illahi...


*  Gantang sebagai kenangan




dialek:

Gocoh       = tumbuk
nasi kapit  = nasi himpit
begheng    = degil
teghok       = sesak/tolak-tolak
tokghok     = tak ada kuasa/daya

Sunday, May 09, 2010

Ibu Hanya Satu

Selamat Hari Ibu


Pernah membaca kata-kata seorang usahawann yang telah meninggal dunia.

" Bina rumah dua tingkat supaya tiap pagi dapat melihat wajah seorang Ibu  sebelum keluar bekerja.."

Ibu hanya satu dan seorang.
Rumah boleh dibina lagi jika mampu.
Tanah boleh dibeli beberapa bidang jika mampu.
Kerjaya boleh dipilih dari berpuluh-puluh jenis dan lokasi.

Pergorbanan untuk bersama-sama ibu dalam menghabiskan sisa-sisa hidupnya adalah sesuatu yang perit dan pahit (bagi anak lelaki)

Kamus dialek mini:

Ralit = seronok
oreng Barat= orang siam
bersabit       = berkisah/topik
jajak            = berjalan/melawat

Thursday, May 06, 2010

Sindrom Cari Pasal

Lokasi Hentian Putra, hentian bas ke Pantai Timur.
Hentian jarak jauh.
Ujung minggu.


Pak  Dogol dan kawan-kawan:  Dik dik, Ganu, ganu, Dik, dik mano??Kota Bharu, Kota Bharu.
 sambil bertanya kepada penumpang yang lalu-lalang yang hendak ke kaunter tiket.

Wak Long: KL satu (geram bila dihalang nak ke kaunter tiket).


...PINGGGGGGGGGGGGGGGGG...

..terpinga-pinga Wak Long kena penampar percuma..

kurang AJAR PUNYA BUDAK.....



dah tau orang jual tiket jarak jauh kenapa menjawab sambil perli?? itulah hasilnya wal hasil cari pasal. siapa cari pasal terlebih dulu.


*sekian lawak hari khamis, tiada kena mengena dengan yang kena atau terkena.


Kamus dailek mini:

ca'ce= berdiri
bele= sambil
gerhe= pangku tempat berehat (dari batang kayu dan buluh)
lecu= gincu

Wednesday, May 05, 2010

BIO-Tech dan Orang Kampung

Orang kampung tak mahu tau apa guna jerami padi
orang kampung tak nak tau apa yang nak dibuat dari hampas tebu
orang desa tak nak kisah apa guna daun getah kering
orang desa bukannya ada masa nak tau apa guna sekam padi.
orang tak ambil tau apa guna besi buruk/skrap.


Orang desa serta  orang kampung hanya mahu :

ada peraih yang sudi beli hampas tebu
ada tokey yang datang dengan van nak cari jerami padi
ada insan yang nak beli sekam padi
ada lelaki yang nak beli besi buruk
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kamus dialek mini:

melantak = tekedaroh
cucuk     = cokek

Tuesday, May 04, 2010

Gua Musang Ke Kuala Krai

Ada lokasi yang lurus, ada lokasi yang bengkang bengkok.
Memandu di jalan lurus dalam kelajuan samarata 80km seolah-olah makan angin.(orang cina kata makan anji*)
Elok berhentikan kereta kemudian berbincang atau tidur di tepi jalan, kemudian memecut dengan kelajuan 100km.

atau pilihan lain memandu dengan kelajuan 40km sejam, kerana dengan kelajuan ini memudahkan kenderaan lain di belakang memotong dalam jangka masa yang singkat.

Kurang sopan jika semasa berada di lokasi jalan lurus berpuluh-puluh kereta di belakang kita.
Kenapa?
kerana mereka (orang kedua belakang kereta kita) tak sempat memotong.

Saturday, May 01, 2010

Pesanan @ Wasiat Orang Tua-Tua

Rupanya pesanan orang tua-tua berpandukan ayat Al-Quran mujarab dalam kehidupan:

" Anak-anakku, Jangan tinggal Solat, walau pun dalam keaadan letih".


* bila hendak memulakan kerja selesaikan dahulu hutang..ambil wuduk dan Solat.Tenang jiwa.

Perbandingan orang zaman dulu-dulu  dengan orang zaman sekarang. Jahat dan nakalnya hampir sama.

Subuh berjudi
pepagi buta minum tapai masam, lalu mabuk.

kini kelab dangdut dan disco bersepah-sepah.


esoknya pegang pisau toreh untuk menoreh getah
esoknya pegang cangkul untuk menanam sayur
esoknya pegang parang untuk menebas.


sekiranya panas hati dan masih dalam emosi bila kalah berjudi tetiba memegang pisau toreh,
atau bila mabuk

bila tiba masa keluar bekerja;

Bukannya pokok getah yang ditorehnya.
Bukan tanah yang dicangkulnya
Bukan lalang dan semak-samun yang ditebasnya.

kerana tiada siapa yang memantau atau test air kencing semasa keluar bertugas.


kamus dialek mini:

sepasang= sekapuh (Jantan dengan betina)
takwe    =  bangkang/komplain

Thursday, April 29, 2010

Nota Pyanhabib

NOTA :aminulrashid adalah cucu saudara emak mentua gua. ditembak mati polis isnin malam, selepas pulang bersama rakan dari menonton perlawanan bola sepak. dan rakannya itu anak pegawai polis!




PYANHABIB


NOTA: dua buah kereta Tolis mengepung sebuah Proton Aeroback yang syaki 'penjenayah' pepagi buta.
menembak watak yang tak melawan dari jarak dekat???

penembak tepat melepasi cermin belakang dengan berapa das peluru??...terkena tanpa tersasar ke arah kepala pemandu pada pepagi yang berkabus., agaknya berapa meter dari kepala??.meninggalkan jejak saksi bererti kes mahkamah yang berpanjangan.

melupuskan saksi,atau menembak saksi juga risiko anak seorang pegawai.polis
alahai..serba TAK kena heee..nasib badan..

ANONmisteri

Saturday, April 24, 2010

Andainya Ada Jutawan

Andainya ada Jutawan yang beragama Islam ingin menderma  ke luar Malaysia,

elok juga singgah dan melancong ke  Masjid Tun Uda Seksyen 16,  Shah Alam Selangor Malaysia, hayati  suasana serta panorama  'Gajah ' di depan mata.

sebuah harapan dari insan sesama Islam yang menghuni negeri Selangor. Malaysia.
Salah sebuah Masjid yang terletak dalam negeri Selangor di Malaysia yang perlu diberi perhatian.

*(tiada gambar disertakan: SENSITIF) kerana musim berkempen pilihanraya, tiada dibenarkan di kawasan masjid.

Nota: buat Al-Marzuki dan Meoow

susah bagi saya untuk delete atau BAN seseorang insan, bila ada komen/teguran berfakta walaupun PAHIT, bukannya sebagaimana yang pernah berlaku (bila berkuasa ) kepada syarikat pengendali SMS berbayar dan salah sebuah Radio di Malaysia dalam sebuah kelab komuniti, yang telah BAN dan delete nama saya bila dikomen ditegur  tentang ada salah laku KES songlap dan penipuan maupun mengikis WANG penghantar SMS..Bila tidak setuju terus dicantas. Prinsip kekuasaan.
Bukannya dendam cuma menanti bila tiba suatu hari nanti, andainya salah seorang daripada mereka yang terlibat itu tersungkur, pencen atau sudah hilang taring, hanya satu soalan ingin ditanya.

" masih ada kuasa lagi ker?

Saturday, April 17, 2010

Ayat-ayat Menggigit Mata

Pesanan pertama:

"TERIMA KASIH  KERANA ANDA BERJIMAT DALAM PENGGUNAAN AIR"

Pesanan kedua:



Pesanan  Ketiga:

"HOI, HENDAK MANDI KE HENDAK BERWUDU."


Pesanan yang ketiga sesuai dengan kekebalan insan yang sejak dari bangku sekolah lagi sudh pandai lompat pagar.

Pesanan Pertama sesuai bagi  insan yang sangat perihatin tentang keadaan sekitar, kesopanan mahkluk ILLAHI, sedikit kelakuan yang menyalahi adab dan hukum akan berlinangan air mata, tanpa dipesan atau diajar.


NOTA buat ALmarzuki, elok masuk komen dengan info serta berpesan-pesan ke arah kebaikan(walaupun pahit  atau menegur tatabahasa SAYA daripada mengaum, mengucing macam ada rasa tak ikhlas menaip.Tak elok memperalatkan bangsa ARAB atau nama-nama Arab.

Wednesday, April 14, 2010

MLM serta Kos

Dengan mengandaikan bahawa bukan mempromosikan Produk sendiri:

1.Kos bil sms dan telefon  kepada ahli upline atau  down line sebulan.

2. Kos sewa rumah, bil air dan api semasa menerima partai atau tetamu untuk membuat Demo, dikira mengikut standard sewaan sebuah pejabat atau dewan mesyuarat.

3.Kos airliur bercakap, (mengikut standard perbendahraan.sepertimana .ijazah pertama RM 250.00?)

4. Kos tambang dan minyak semasa menghadiri seminar atau Demo.

5. Kos masa mendengar ceramah

Kepada siapa hendak dibuat tuntutan  agaknya.

Fikir-fikirkanlah.

Kecualilah kita yang membuat atau promosi jenama sendiri dari R & D hingga ke pemasaran. Berbaloi.

Friday, April 02, 2010

Terperangkap atau Terkena

From: 66300
02/04/2010
3:00PM

RM0.00 MMS/SMS Handphone anda perlu disemak semula. Sila sms ON XA dan ON XB ke-37900 skg. UNLIMITED Mobile Dload utk semua.







sms out to optout


MXSB:21633208 

Macam macam orang  buat bisnes, berapa bebasnya nombor telefon dilelong, jika tidak terkena mesti terperangkap. Agaknya salah satu cara bisnes mengikis tuntutan Bill pengguna.
Memangla dia hantar Free, tetapi bila reply berapa kena??. Sedangkan kita bukan bertanya dan berlanggan Setting MMS/SMS.

Wednesday, March 31, 2010

Pasar Besar VS Jambatan Besar

Pekan Pasir Mas
Memang pengundi tahu dan akur kos pembinaan Pasar Besar di bawah tanggung jawab Kerajaan Negeri dan PBT.



Pekan Pasir Mas, Pasar Lama,
dek kerana Pasar Basah yang belum siap

Berbanding kos  membina Jambatan Besar  adalah  dari Kerajaan Pusat,
Merintangi Sungai Kelantan sebagai Jambatan Ketiga.
Kedua-duanya dalam Parlimen Pasir Mas,
Menunggu dan .....

Sesekali buka pekung apa salahnya.


Kamus dialek mini

Jambatan = gertak
Terlalu panas= Panah Teng (cuaca)
Redup/mendung= Jo'oo

Monday, March 29, 2010

Perniagaan di Lorong Gelap

 Antara salah satu  lorong gelap dalam Bandar Kota Bharu.
Berdepan dengan KB Mall terdapat sebuah kedai Roti/kek.

" Bang, nak  yang mana?," tanya seorang jejaka gempal.

Seorang gadis, dalam sinar cahaya dari sebuah kedai bersebelahan, sedang bergaya manja.
Seminit kemudian, disambar oleh sebuah kereta  hilang entah ke mana.
Bila sejuk


Kamus Dialek mini

Gode          = pukul
Gaha daki  = gosok daki
sebe            = malap
geletah       = gatal/gedik