Andainya ada Jutawan yang beragama Islam ingin menderma ke luar Malaysia,
elok juga singgah dan melancong ke Masjid Tun Uda Seksyen 16, Shah Alam Selangor Malaysia, hayati suasana serta panorama 'Gajah ' di depan mata.
sebuah harapan dari insan sesama Islam yang menghuni negeri Selangor. Malaysia.
Salah sebuah Masjid yang terletak dalam negeri Selangor di Malaysia yang perlu diberi perhatian.
*(tiada gambar disertakan: SENSITIF) kerana musim berkempen pilihanraya, tiada dibenarkan di kawasan masjid.
Nota: buat Al-Marzuki dan Meoow
susah bagi saya untuk delete atau BAN seseorang insan, bila ada komen/teguran berfakta walaupun PAHIT, bukannya sebagaimana yang pernah berlaku (bila berkuasa ) kepada syarikat pengendali SMS berbayar dan salah sebuah Radio di Malaysia dalam sebuah kelab komuniti, yang telah BAN dan delete nama saya bila dikomen ditegur tentang ada salah laku KES songlap dan penipuan maupun mengikis WANG penghantar SMS..Bila tidak setuju terus dicantas. Prinsip kekuasaan.
Bukannya dendam cuma menanti bila tiba suatu hari nanti, andainya salah seorang daripada mereka yang terlibat itu tersungkur, pencen atau sudah hilang taring, hanya satu soalan ingin ditanya.
" masih ada kuasa lagi ker?
14 comments:
biasa jutawan bila menderma, siap dgn replika cek gergasi, sbb di khuatiri tidak nampak jumlah derma dan dari siapa derma tersebut.
* ikhlas urusan antara hamba dengan Allah, sekurangnya derma yg di beri boleh di manfaatkan
begitu ralat dengan penyalahgunaan kanak2 atau bayi yg di bawa bersama oleh sindiket. masyarakat amat penyanyang & prihatin untuk menderma, kesannnya sindiket tumbuh bagai cendawan akibat "keprihatinan" yg melampau
Kalu pegi Pasar Pudu, sentiasa ada orang kutip derma untuk masjid....
sekarang kat pasar malam dan depan bank dah banyak orang kutip derma gak.
Salam,
ZZ, lambat lagi pilihanraya kat Shah Alam tu...lambat lagilah siap ;)
Kalau nak derma tanpa diketahui, cari saja masjid @ orang tertentu yang kita tak perlu jumpa. Bank in je, guna nombor akaun terus. sekarang ni masjid pun dah amalkan begitu. Lebih telus sebab masuk akaun terus (kalau AJK tak songlaplah...kalau dia songlap pun bahagian kita dah lepas. bahagian dia Allah tak tanya kat kita dah hu hu hu).
Surau kawasan perumahan saya di Bangi dah siap dan indahpun guna sistem tu. Kalau jumpa orangnya, adakala kita malu nak bagi sedinggit dua, kalau transfer pakai maybnk2u, tak terasapun tiap2 bulan bagi singgit dua. Paling utama niat ikhlas tu "lebih" rasanya berbanding hulur kat tok bilal by hand
Usah gusar pasal kuasa manusia, kerana ada kuasa lain lebih besar dari itu. Dah pencen atau kena buang nanti dia tau la langit tu tak tinggi mana pun.
pssst: saya lebih kagum dgn orang yang ada "kuasa x nampak", sentiasa dihormati hingga mati walaupun dia tak penah tunjuk kuasa pun. Mana nak cari ye?
Bila tangan kanan memberi, tangan kiri tak payah lah tahu..
Bro
Memang susah jika penyampaian bantuan mengikut saluran dan orang tertentu sahaja. Tidak telus. Kerajaan sebelum mungkin ada perancangan, tapi kerajaan sekarang ubah/tukar.tamatkan perancangan.
Kalau saya seorang jutawan, hmmm boleh ke saya buat seperti yang di janji? Wallah hu aklam bissawab, belum lagi jadi jutawan, tak boleh jawab.
Ha ha ha
Jom bersedekah, bukan setakat Jom Heboh, Jom itu ini sahaja.
kalau nak bersedekah tok sah kira brapa janji ikhlas .kalau tidak .baik tak yah.Sedekah bukan semesti RM.senyum pun kira sedekah (dpt pahala)senangkan hati org.
saya tak malu bersedekah seinggit sbb saya ikhlas dan mengharap(doa)moga ALLAH akan melipat gandakan rezeki saya lebih drpada yg saya sedekahkan.
Bagi saya biar sikit sedekah ni.kalau banyak bimbang jadi riak.
*Tapi awak telah BAN dan DELETE nama saya...
selamat bersedekah tenaga tanpa ada yang tersirat..
tersirat 'benda'
as-salam MI aww,,maaf,
bukan soal prinsip atau idealogi,tapi soal unsur humazah dan musang berbulu..
paling mudah potong gaji tiap-tiap bulan derma kpd YPEIN mcm bakal pak mertua hang ni sampai nak pencen pun masih menderma.semuga murah rezeki dia.amin ;)
*** saja nak kasi info bukan nak masuk bakul angkat sendiri ;p
Miawwwwwwwwww.....
paranoid Miawwwwwwww ke?
Miawwwwwwwwwww
Miawwwwwwwwww.....
paranoid Miawwwwwwww ke?
Miawwwwwwwwwww
Sian Zeq dalam bab ban & delete nama ini...
Di wikimapia saya pun kena; saya kata mana lebih afdal atau teruja; nak tanda rumah sendiri atau balai polis nak tanda rumah opah sendiri atau 7eleven'. Lokasi begitu; balai polis, 7eleven dll kalau nak nak cari tak payah ke wikimapia tanya org pun tahu.
Dulu wikimapia mudah untuk mencari lokasi rumah kawan sekarang tidak lagi sebabnya ada kumpulan di dalam sana suka padam apa yang kita tandakan!.
Sedangkan webmaster wikimapia pun tak kisah kita tandah rumah kita; asalkan tak sampai mencomotkan peta. Apatah rumah di kampung yang kadang2 lebih 100m jaraknya.
Penghulu atau Datuk KJ antara rajin Ban nama saya!.
Post a Comment