Pages

Saturday, May 22, 2010

Keluhan

KELANTAN, CERITA POLITIK ATAU CERITA RAKYAT?





Wang Ehsan Hasil minyak, dibahagikan kepada keluarga anak 2, sedangkan anak 9 diabaikan.

YB Menteri tak bersalah.

Tugas penyenaraian nama yang bengkok. Sumpah seranah oleh mereka yang terabai, sedangkan mereka lebih perit serta susah dalam sesebuah kampung berbanding dengan nama yang terpilih mendapat bahagian Wang Ehsan.



Bahagikan senarai nama-nama sepupu, anak buah dan keluarga terdekat lagi elok.(kemudian baca sejarah bahawa Zaman Khalifah  dulu-dulu pun  memilih saudara-mara, sepupu dan menantu).



Nama-nama yang berhak dan memerlukan terabai. Salah satu penyebab rakyat meluat kepada Kerajaan Pusat. Rakyat itu termasuk penyokong dan pembangkang . Siapa yang rugi???.


Timbalan Menteri mengumunkan lesen Judi Bola. Rakyat, samada keluarga penyokong dan pembangkang akan kena tempias.Ini kenyataan berunsur politik ker?

Nota: Wang khairat Kematian RM lebih 2 ribu seorang, dari kerajaan Negeri tanpa memilih bulu, menaikkan semangat sayangkan kerajaan sedia ada.

11 comments:

azieazah said...

Semangat?
Nak sayang kerajaan tu macam sayang diri sendiri? Hmmmm rasa macam tak patut jerrr...

apa kata nak sayangkan penulis citer nih? hakhakhakhakhak!

Anonymous said...

Kemelut politik hari ini adalah hasil daripada projek pembodohan orang Melayu. Masih ramai lagi orang Melayu yang bodoh sehingga mereka gagal untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah; apa yang hak dan apa yang batil.

Projek bodoh ini telah juga memesongkan nilai budaya orang Melayu. Orang Melayu yang telah dibodohkan gagal melihat bahaya rasuah, malah mereka dengan bangga akan mengangkat pemimpin pengamal rasuah.

Orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan gagal melihat bagaimana sistem kehakiman dan keadilan dalam negara ini boleh dijual beli. Mereka ini terus ingin menjadi bodoh.

Orang Melayu yang ingin terus menjadi bodoh gagal melihat pembunuh, penculik, pengambil rasuah – ini semua bukan pekerjaan salah.

Budaya songsang lagi bodoh ini melihat kejahatan itu sebagai baik dan suci kerana ia dilakukan oleh manusia Melayu beragama Islam yang memiliki kad gerombolan United Malays National Organisation.

anyss said...

Salam,
Hanya orang Kelantan sahaja tahu mengapa PAS masih menguasai kelantan walaupun banyak modal lebur dilaburkan tiap kali pilihanraya ;)

Kang nasir said...

emotion tepuk tangan tak ada pulak..
syabas...

ini baru pejuang..

Cetusan said...

sana tiris sini tiris, entah bila nak sampai ke dalam akar..

eelobor said...

suka entri ni, mengajak kita berfikir sejenak

Acik said...

Salam..
Semoga Allah memberi taufik dan hidayah agar pemimpin kita menurut landasan yg betul. Takut jika org yg teraniaya berdoa, doa mereka di makbulkan Allah.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Diorang ingat senang jadi YB / Pemimpin? Bahagian yang tidak diagihkan seadilnya - menjawab lah kamu di akhirat. Oh.. terlupa... ahli politik kita tak ramai yang memikirkan ttg akhirat.

Kakti said...

Ramai yang lupa mati itu pasti.
Ramai yang lupa mahkamah akhirat menanti.

zedmagel said...

Salam zeqzeq,

Sabuah n3 politik yang sangat menarik, agihan dari kerajaan pusat dilihat salah. Agihan dari kerajaan negeri juga banyak salahnya. Bila lagi Islam dan Melayu itu ingin bersatu. PAS selalu menyalahkan UMNO, tetapi jika berbaik dengan DAP yang minta azan tidak dilaungkan di menara masjid PAS menyokong suara rakan-rakan DAP mereka itukah? Atau hanya membisu sahaja.

Tidak kedengaran suara pemimpin PAS untuk memperjuangkan Islam dan meningkatkan martabat bangsanya sekarang ni. Tidak juga PAS membelasah DAP, PAS hanya kuat membelasah saudaranya sendiri UMNO. Tahniah kepada pemimpin PAS.

iDAN said...

Suara Zeq bukan suara politik tapi kenyataan yang penat kita nak terima hakikatnya;

Kat mana pun begitu yg hak tak diberikan haknya.

Seperti buat jalan tar ke arah rumah waris sendiri cantik banget; jalan tar ke arah kubur belum tentunya baiknya; berlopak berlubang. Sedang van mayat sahaja yang sering masuk.

Jangan ceritalah lampu jalan ke rumah ADUN; bila malam cerah macam siang hari. Rumah rakyat marhaen macam kampung aku tu Zeq... nak jalan malam pun seram amat!.