Pages

Thursday, May 13, 2010

Sesekali Bila Jatuh Sakit

Ingin berada di dalam wad yang selesa dan agak 'privasi'. Berhawa dingin.
Berapa lama akan kena tahan.
bermacam-macam bau dari dalam serta dari luar menusuk hidung.
Ragam pesakit dan ragam pengunjung/pelawat.
menusuk telinga pelbagai bunyi-bunyian.
Kesian kepada penjaga, mereka akan sakit dek bau-bauan dalam wad, jika lemah badan tak mustahil turut jatuh sakit, bila pulang kerumah.
Berapa orang nak bergilir-gilir, menjaga diriku. Keluhan.


Berapa jauh agaknya diriku melompat ke sana sini, tetiba berada di dalam sebuah WAD, terkongkong dek botol air yang lekat dilengan. Terlupa nikmat sepasang tangan.
Nikmat sepasang kaki..
Seksa.


Terfikir berapa banyak hutang yang belum selesai.
Berapakah  kos selama berada di hospital.

Berapa ' bakul '  hutang dengan Illahi...


*  Gantang sebagai kenangan




dialek:

Gocoh       = tumbuk
nasi kapit  = nasi himpit
begheng    = degil
teghok       = sesak/tolak-tolak
tokghok     = tak ada kuasa/daya

13 comments:

Unknown said...

sape masuk spital??
sakit pe???
hmm...ujian..bak kata abah..nak menghapuskan dosa2 kecik hambaNYA...ya..mgkin...

anntaj said...

awak sakit ker zeqzeq??

isk..saya rasa insaf dah ni...kena jaga kesihatan..

Kakcik Seroja said...

Zeq masuk wad ke?? sakit apa?? duduk kad wad bukan mcm duk kat bilik hotel.. Kalau hospital swasta, bilnya mesti memeningkan kecuali ada sponsor atau panel..

eelobor said...

bro zeq masuk ward ker? semoga cepat sembuh.....

Murni Alfathunnisa said...

Zeq..admitted ke? tak suka gi hospital..huhu...automatik akan terasa sakit sama...

WanJumaa said...

Syafakallah... semoga cepat sembuh:)
emmm, nasib baik hutang dengan-Nya hanya ber'bakul', tapi saya pula mungkin dah ber'lori2'...terutama zaman dulu kala. Memang tokghok menanggungnya...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeq masuk hospital ke?
Kalau ya, semoga cepat sembuh ye..
Amboi di hospital pun masih berkesempatan tulis blog. Ada nurse cantik tolong suapkan ubat tak?

azieazah said...

Uik? Tak bagi tau pun? Kalu idak, bleh gak amik giliran menjaga... hehehehe

Cetusan said...

Sakit dan deman bagai hujan dan pans, lepas hujan panas..


Adilnya, setelah belayar dan tengok blogger yang lain, jarang Lelaki yang bercerita tentang jenis penyakitnya..

bagi wanita memangla banyak, sakit itu, sakit ini..

moralnya malu atau ego..termasuk SAYA...rahsia hheee..

yaaa maaf..dari Jabatan MINTA maaf tanpa TALITASI...

Cetusan said...

She G.

Dosa kecil dan besaRRRR

Antaj,
insaf sebelum kena.

Kakchik,
untung jadi pegawai gomen boleh claim atau free ,kalau pesara ada kad.,,untung buat ahli keluarga.

kalau Wad class satu kan best..hhee


eelobor,
terima kasih, slepas sembuh akan tiba sakit bila2 masa.


siti,
ketahanan mental.

tak sakit akan jadi sakit, bila tengok orang sakit, wangin bau ubat dan nasi tawar, lauk tampa santan..situasi terkongkong melemahkan minda...bila mnda beku anggota kaku.

Diana,

semua cantik dan baik, senyum.Terima kasih.

senyum, jika mereka kerja tanpa tekanan dan cukup kakitangan. Bila tak cukup kakitangan, kerja tak siap masam mencuka, kemudian akan keluar ayat"

kakitangan ada dua, semua kerja nak buat..alahai.."

Azie,

giliran, Pengawal baju putih hitam.. kan ada.huhu.

anyss said...

ZZ: sakit buatkan kita lebih hargai erti hidup...syukuri apa yang ada, nimati seadanya tentang semua. Paling utama, sabar hadapinya hapuskan segala dosa2 kecil.
Sabar ya ZZ dengan ujian...

Cetusan said...

Anyss,
Apalah sangat kena ikat kakitangan mulut jari,sehari dua,

Dalam setahun ada 12 bulan, kalau kena ikat sebulan, masih ada 11 bulan lagi untuk berjalan melompat meramas, menepuk, meraba dan makan minum sepuasnya...

echah_syed said...

sesekali sakit utk muhasabah diri ..penghapus dosa-dosa kecil :)