Pages

Saturday, September 19, 2009

Baju raya dulu-dulu

Baju raya semasa kanak-kanak..

telah dilucutkan, lalu di sorok bawah rumah.
Merah sangat, masa itu mana tau warna pink
yang tak selesa kerana warna baju itu sama warnanya dengan buah jambu di depan rumah, beraya tanpa baju disamping seluar(sudah lupa samada seluar pendek atau panjang)

tersenyum sampai kini.
selamat hari raya maaf zahir batin
syawal


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kamus dialek

* balik=kelik
balik (kelik) kampung

*ungkit=bangkit
ungkit(bangkit)  kisah lama

Pesanan dan amanat

Bila terpandang tiang surau atau masjid.
Teringat cerita arwah ayahanda.



"Oleh kerana terlampau lama, iman membaca doa menadah tangan dan mengamin doa, seorang makmum dek kerana geram telah menyapu kedua-belah tangannya ke tiang surau di sisinya, bukan ke muka, lalu tiang itu berasap dan mengeluarkan cahaya".

"...jaga solatmu Nak, usahakan mengerjakan walaupun letih, samada duduk, berdiri atau baring. Tiada orang yang rajin kecuali takut kepadaNYA".
~~~~~~~~~~
Kamus dialek

*sapu= Ghaup
Sapu (ghaup)doa ke muka

*Samseng=gedebe
Samseng (gedebe)kampung culik anak gadis.

*ego/bongkak=Agah
dari gaya jalan dah nampak dia tu ego(agah)

Thursday, September 17, 2009

Acara potong-memotong

Kemudian bila kemalangan, bertukar menjadi acara tolong-menolong.
Merungut dan menyumpah hanya di dalam hati. Puasa.
Hanya anak-anak yang celupar melontarkan ayat keras.

“Abah noti, brake kuat.,adik nak tidur laa”.suara adik

“Abah tak noti, tu kereta depan memotong bahaya, curi line kita”.helah Abah.

“OO kereta depan tu noti yer, langgar baru tau”.balas adik.
Hujan.

Satu kilometer kemudian, sebuah kereta, tersadai di bahu jalan, bumber jatu
“Abah, tu kereta tadi yang potong kereta kita” .Suara kakak yang kedua..
Tolong tengok.

watak-watak dan suasana pemandu yang mengamalkan acara potong memotong dalam keadaan merbahaya;
 
-bila bos di dalam pejabat lalu menganggap bos dijalanraya
-samseng rempit
-mengantuk
-orang sebelah tidur
dan...

Nota:
Bila berkunjung dari sebuah rumah ke sebuah runah, bagaimana  kalau terjumpa kereta yang memotong secara merbahaya??adalah saudara mara kita juga??.malu
~~~~~~~
Kamus Dailek

laju= deghah
Kereta  dipandu laju(deghah)

laju=cedah
larian yang laju(cedah)

gatal lincah=gelya
gadis lincah(gelya)

gigit=keghik
tikus gigit (keghik)labu

buah Namnam=buah katak puru
buah ciku= sawanila

Orang lama dan minat

Majoriti warga berumur mengisi solat berjemaah, minoriti diisi oleh remaja dan peringkat pertengahan umur. Untuk memenuhi solat 5 fardu secara berjemaah.???
Alasan;
Barisan solat, diisi oleh warga yang hampir pencen
Remaja sibuk di padang bola.Akur
Kerjaya yang sibuk letih lagi meletihkan, kerja lebih masa.Akur
Sibuk dipadang golf kerjaya dan NGO, panjang langkah.Alasan boleh diterima
Urusan anak-anak yang masih kecil. Akur.
warga berumur kurang dan bebas tanggungan menjaga anak-anak sudah boleh berdikari.
Memenuhi minat di luar lebih dari minat solat berjemaah. Jawatan Pengerusi dan Penasihat pelbagai pertubuhan yang memerlukan pandangan, ingin menabur bakti berdasarkan pengalaman kerjaya sebelum ini, (sambil sewa/jual nama atau diperalatkan hasil pengaruh jawatan asal). Masih bersemangat,  berkibar-kibar apa yang dikejar??. atau masih dalam khayalan berhati dan tenaga muda???.
Bagaimana jika minat mengatasi segala-galanya??..sudah ada pencen dengan pendapatan tetap, stabil tetapi masih giat cergas aktif dalalm bidang luar, apakah umur dan tenaga masih kuat??
Atau sedar diri lutut masih kuat berbanding orang muda??. Menerima tugas dan cabaran pada usia senja. Wajar?. Apakah tiada gologan pelapis muda untuk mengambil alih tugas golongan ini. Sumbangan tenaga boleh disalurkan dan berada di mana-mana jika ikhlas tanpa mengejar glemer. Memilih samada kerja yang utama atau sambilan dalam menghabiskan sisa-sisa dalam sebuah kehidupan??.Opss minat dan hobi??.
Memang logiknya, membuat jasa dan sumbangan tidak semestinya ke  Masjid, tetapi dengan kudrat yang ada melawan cuaca dan cabaran luar rasanya kurang sesuai pada sempadan umur tertentu. Bagaikan berumah di tepi pantai yang penuh risiko.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Kamus Dialek
*tumbuk = go'choh
Dia kena tumbuk(go'choh) di muka
*terlampau= do'oh lalu
sifatnya terlampau (do'oh lalu)
*selisihfaham=tekehel
tak bergeur sapa dek selisihfaham (tekehel)

*merayu/bodek = mengindir.sudut barangan
budak itu menbodek(mengindir) aiskerim yang sedang dimakan kawannnya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
17/09: Noordin Mat Top terbunuh dalam serbuan yang dibuat di Jawa Tengah pagi ini, demikian menurut ketua polis Indonesia Bambang Hendarso Danuri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
-----sambungan

Versi Hari Jumaat bagi negeri yang bekerja:

Antara beberapa pertanyaan dan rasa pelek;

--kenapa para jemaah masjid bersidai di longkang dengan pakaian kerja, tanpa lapik, kemudian masuk bersolat??

---kenapa para jemaah susah nak mandi sebelum ke masjid, sememangnya selepas kerja akan berpeloh kecuali kerja dalam hawa dingin. (bukan menghina pekerjaan)

--susah untuk menukar seluar dan memakai seluar melayu atau kain pelikat yang bersih tanpa menusuk hidung berbanding seragam kerja???susah ker untuk menyediakan shelai seluar atau kain bersih dari pejabat??

--masih mengamalkan sikap makan semasa azan kedua??

Wednesday, September 16, 2009

Tahniah Sahabat Insaf @Geng26 CyberTrooper.

Sekalung tahniah terima kasih, berusaha kerana Illahi, sukarela ikhlas tanpa upah dan gaji., kerana menembusi Blog 'Rasul Melayu' .Teruskan usaha moga dilindungiNYA.

Syukur masih ada Insan yang perihatin.

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ri NI.

.--16/09: Pengamal ajaran sesat yg mengaku Rasul Melayu Kahar Yahaya ditahan JAIS di Kajang, Selangor pukul 8 pagi ini.

--Kerajaan beri cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri - TPM & Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin-
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kamus Dialek Kelantan.

*culas (curi tulang)/malas
- jika masuk bab kerja, dia memang culas(curi tulang)

*Pukul(katok)
Budak itu  kena pukul (katok) oleh geng Line 3

*tipu (kecek)
Budak kecil itu kena tipu (kecek ) oleh remaja.

*bengis (bengkeng)
Bengis (bengkeng) macam singa

*Serik (peghit)
Serik (peghit) bila jatuh cinta

Tuesday, September 15, 2009

Debaran nostalgia pulang beraya

Kenangan yang paling mahal adalah peristwa pada hari raya aidil fitri. Semasa berkumandang azan dan takbir  raya, masih di Lapangan Terbang subang. Sesak dengan jemaah yang baru pulang umrah dari Mekah.
Mana boleh beraya di rantau, tidak pernah mengalaminya. Berlepas pada jam 11.am ke K.Bharu. Selepas jumpa ayahbonda serta saudara terdekat, sebelah malamnya berlepas semula ke Kuala Lumpur.
Semuanya berlaku, semasa dalam bertugas. Ponteng. Seragam kerja dimasukkan kedalam bag kecil. Pager di 'Off'kan, bila tiba di Lapangan Terbang Subang.
Debaran kecut jantung, kali pertama, berada dalam penerbangan beserta dengan resah kerana ponteng kerja.Hilang berbaur dengan semangat beraya di kampung.
Pager di'On' kembali semasa mendarat a di Subang, pada sebelah malamnya.Tukar pakaian seragam, meneruskan kerja.
Itulah satu perbuatan yang pertama dan terakhir menyalahi etika kerja, nasib baik tidak ditangkap dan tiada panggilan 'pager', semasa ponteng. Syukur.Taubat bukan taubuat.
Setelah dicongak dan dihitung, kos balik beraya berbaloi dengan claim elauan serta 'tripplepay' selama 2 hari( 48 jam) 'Stanby'.
Dilarang meniru adegan tersebut. Dosa, masih sempat lagi baca 'Bismillah...' tika melangkah naik kapalterbang.( buat kerja tak baik pun masih ingat ILLAHI ), Berpeloh gementar dalam hawa dingin. Ada penumpang berbisik dan memuncung bibir ke arah 'lovebite' di leher Pramugari, (apa itu lovebite?apa pulak pakai bunga di leher..tak faham, tak kenal dan tak boleh bayangfikir)
Kini sudah ada KLIA dan balai berlepas di Kota Bharu (LTSIP) telah pun bertukar wajah.
 
**************
Ri ni;
 
--15/9: Lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia kini boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA, kata TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kamus lisan dialek Kelantan.
* Kawan = GU,
* kenapa = bakpo
.Kenapa  (bakpo ) awak ponteng?
* Sengaja = sengelin
Dia sengaja (sengelin ) tayang aiskerim depan budak kecil.
* Mencuri = mengetek
Remaja itu suka mencuri (mengetek) jambu
* sengoti=sungguh/benar /betul
...yang dia cerita itu adalah benar (segoti), kena percaya.
 
*nappar tawar=penampar
Sebiji penampar(nappar tawar) hinggap di muka anak gadisnya, selepas pulang dari dating
.
*kedekut =(klorek) hangit
Hj Bakhil kedekut( klorek hangit) macam dalam cerita P.ramlee
*aye summbak= masuk air 
Telinga budak itu masuk air (sumbak aye)
 
*masjid=se'jid=semejid
     di sesetengah daerah menggunakan se'jid, manakala daerah lain semejid
Masjid telah pun siap didirikan  di bandar itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday, September 13, 2009

Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu

Selamat Hari raya Aidil Fitri
Maaf zahir batin , Ampun, jika ada terkomen, terbesar terkecil hati buat semua bloger dan pelayar sedunia.
Salam seislam sedunia dan seakhirat. Komen,tegur dan pesan-memesan tanda sayang.
"Dengan kedut ditapaknya, Tumit yang licin putih, urat-urat timbul, tulang buku lali yang longar lembut. aromanya, ada yang putih ada yang gelap. Kuku yang memanjang jika terlupa untuk dipotong.
Ada kaki-kaki yang tidak berdaya  menapak dengan sendiri tanpa bantuan, ada yang sudah tidak berdaya  menyapu losyen, untuk menyental daki serta .menyapu bedak.".
Logik Akal;
Seorang ibu, jika dibandingkan dengan seorang anak, menjaga anak adalah jaminan masa depan, kerana anak akan membalas serta menjaga ibubapanya semula. Dari segi umur, Ibu akan meninggal lebih dulu dari seorang anak/cucu. Oleh itu lebih pentingkan menjaga anak dari ibu ??? (provokasi sikit).

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"  (Surah Ibrahim : Ayat 41).

Hadis Anas bin Malik r.a:

Nabi s.a.w pernah menceritakan tentang dosa-dosa besar. Baginda bersabda: "Menyekutukan Allah, mengherdik kedua-dua ibu-bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu"


-berapa kali sehari sebulan bertanya khabar tentang kesihatan seorang ibu?, bila lokasi antara anak dan ibu berjauhan. Telefon.
-berapa kali mendengar cerita dan gelak dari seorang ibu.
-berapa banyak persoalan dendam/menyalahkan terhadap ibu, dengan pertanyaan kenapa ibu tidak memberikan ajaran pembelajaran tentang agama semasa kecil? kenapa itu dan kenapa ini.
-Menugaskan ibu untuk menjaga cucunya, di manakah ruangmasa ibu untuk beramal sesuai dengan tahap umur, menghabiskan sisa-sisanya ke masjid. Tiadakah masa untuk berfikir memberi ruang rehat kepada seorang ibu??.  seorang cucu sebagai peneman kesunyian  hingga menjaga cucu sampai ketahap meletihkan adalah dua situasi yang berbeza.

Selamat menziarahi insan yang bernama IBU pada hari lebaran jika ada masa terluang.

Saat paling sebaksendu ketika menziarahi Ibu.

"Si A tak balik ker?".Tanya Ibu. Ibu akan bertanya dan menyebut satu persatu nama anaknya. Jika anaknya lelaki??.Kuasa di tangan lelaki untuk menziarahi ibu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Koleksi dialek Kelantan;

Tak song=tak sesuai

"awak ni tak 'song' langsung pakai baju batik pergi ke disko."

Sabik=patut
" OOo..' sabik' pun awak bersedih, pakwer dah lari, eerkk"

Hanak=bersopan/berbudibahasa/hormat

a. "Anak gadis apa laa, malu merosakkan  majlis tiada 'hanak' langsung"
b. " Kita perlu 'hanak' kepada orang tua"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ri ni;

--13/09: Tiada kematian baru akibat H1N1 sehingga pagi tadi, 231 kes baru didaftarkan menjadikan semua 1048, tapi hanya 255 positif dgn 42 dlm ICU.

Saturday, September 12, 2009

Ketat

Layari selepas bulan puasa



Salah satu Blog kurang sopan.

http://my-steam.blogspot.com/

* nilaikan siapa yang membuka RUANG untuk difitnah?

Friday, September 11, 2009

Bila lelaki membebel

Pagi hari, pada bulan puasa. Setelah pulang bertarawih. Sebelum itu lepak mengeteh sampai kul 1 am.

'ni ni saper letak sini, kuih dah basi, kenapa tak dimasukkan ke frezze'

'OOni lagi satu,dah tau tak nak makan banyak, kenapa letak sini' membazi,dah basi'

'siang hari semangat membedal tinggi, mata besar2, beli banyak-banyak, bila tiba berbuka tersadai,'
'saper nak habiskan ni?? membazir membazirrr..'
'Kak Chik, 0 kak ngah, ooooo    mama dia...'

'ehmm oohh mereka sedang nyenyak tidur. Lupa.'


TARIK Nafas sang lelaki. rehat sekejap.

'tu tu, sepinggan gulai, dah basi, tinggal jer atas meja, lepas makan' terus lepak'


'banyaknya pinggan mangkuk bersusun-susun dalam sink'
'amboi banyaknya nasi, menjadi nasi kering..nasi semalam tiada siapa nak habiskan bila dihangatkan, mmm siang esok, kena jemur lagi, sambil niat sedekah kepada binatang yang ada sayap, kalo cuci seorang satu kan elok'



'..yang AKU pulak membebel buat apa, bila tolong kenalah secara ikhlas, yang balik pepagi buta melepak restoren tu buat apa?..ye tak ye'. Dalam hati.


zuuushhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..gedePONNNNNNnn..POMMMMMMMMMM..PONNmm


'OIT kurang ajar punya mercun, terkejut, orang nak tidur, jiran nak bertadarus, baca AlQuran, yang kau, mercun memekak, bising menggangu jiran, dah la besar panjang bunyi pulak kuat'
kalu esok raya tu kira ok la..ini tidak, baru sepuluh terakhir  HISH.'.
'..mesti mahal, kalau satu batang RM3? sepagi 5 batang? itu yang besar belum kira yang kecil, fuyooo kaya, banyak wang tu,'. Dalam hati
Oppss maaf saudara jiran-jiranku bukan mengata awak semua, bukan tuduh dapat free,(jiran sebelah kiri anggota polis, jiran sebelah kanan anggota kastam), tak elok menuduh bulan-puasa'

'kalo mercun tu berpaling tadah sesekali kan elok, belum naik ke atas sebaliknya, terbang hinggap ke atas kereta ayahnya.  HUUH.'

Kumat-kumit.


Mendekati pembebelan seorang lelaki hanya pada bulan puasa, kerana makanan yang banyak dibeli dan akan terbuang, bila dimasukkan ke dalam freeze.Terasa, kurang fresh, padahal kuihmuih yang dibeli dari kedai belum tentu dibuat pada hari yang sama?

***
Ri ni:

++ 11/09: Dua maut pesawat ringan terhempas ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
++ 11/09: Inkues Teoh Beng Hock ditangguh Khamis depan bg memberi peluang SPRM mdapatkan laporan perubatan dan meneliti gambar kecederaan suspek T Sivanesan.
++11/9: PNB rancang laksana projek pembangunan bercampur di k'san 7.2ha dekat Stadium Merdeka dan Stadium Negara tahun depan.
++11/09: Bekas CEO dan Setiausaha PUNB diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen KL atas tuduhan memalsukan sijil bon RM19 bilion sembilan tahun lalu

Thursday, September 10, 2009

Penguasa

Penguasa perihatin
Mengasingkan antara pelawat dan pembaca  lelaki dengan perempuan.

Rakyat dan pengunjung hanya menuruti arahan.

Positif
Sekurang-kurangnya tiada adegan merayap atau berbisik-bisik.
Mengurangkan fitnah


Soal ke mana selepas keluar dari membuat rujukan itu soal dalam diri.

Lokasi Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan.

Kuliah Jumaat

Kuliah pada pagi Jumaat




Lokasi Bandar Kota Bharu

Positifnya;
...dapat mendengar pesanan dan nasihat, soal masuk telinga kanan keluar telinga kiri, itu soal lain.Jika ..
...ingin mengambil kesempatan melencong ke tempat lain,selepas mendengar cermah itu adalah sifat individu.
...memberi ruang hilangkan tension surirumahkeluar ke bandar sambil membeli-belah
...meransang ekonomi peniaga kain dan lain-lain.
...penggunaan minyak petrol, bertambah pada hari Jumaat
..Flyer boleh diedar, samada iklan makanan atau siaran ceramah yang berikutnya

negatifnya
bila bunyi bising suara anak-anak dan peniaga, di mana khusuknya.???

pilihan kepada positif menolak negatif

kelemahan INSAN manusia biasa.

'cermin diri' tersedar muka tak licin

Juadah Orang Kampung

Salahsatu juadah orang kampung
untuk berbuka
Air Tuak/nira kelapa



masam-masam manis
enak jika tulen tanpa dicampur air

atau yang kurang dicampur kulit kayu

Nasi Kerabu
antara
Pelengkapnya

solok ikan atau solok lada



Tumis masam pedas sikit manis
ditambah dengan
daging bakar/ayam bakar
ikan celup tepung
budu
jeruk bawang putih
telor masin/asin dan
keropok

Wednesday, September 09, 2009

Begitu Begini

....cari KUTU buat Bini

gambar/video yang boleh merosakkan negara, boleh merosakkan akidah rakyat.
Secara logiknya Malaysia tidak boleh dilabelkan sebagai pentenak lembu..

Blog yang boleh meruntuhkan negara

Blog yang di kunjungi oleh ramai peminat, samada peminat matang, separang matang atau remaja.?????

Blog ajaran sesat hanya dikunjungi oleh segolongan pengikut.

anak seorang Politik boleh jadi peminat Blog GAY/Lesbian dan lucah (termasuk orang poltik sendiri). Cari sendiri jika nak. Gambar dan video. Gambar aiskrim atau Lolipop. Logiknya Blog Lucah dibiarkan supaya memberikan tanggapan kepada dunia luar bahawasanya Malaysia juga menternak GAY, songsang tarikan pelawat.

Golongan Gay?lesbian belum tentu beminat politik.

CELARU dalam memilih kepentingan.
mana satu kes yang boleh  menggugat kepada warga Malaysia .

Tuesday, September 08, 2009

Terkedu dan Terkesima

Terima kasih

rasa rendah diri nak jadi tinggi diri pulak..
terkejut bila menjadi bahan bacaan Sdr Mazidul..berat juga.macam nak pikul kereta.

sekadar scene dan gambar kritik sosial pada asalnya,
 yang dhaif dari segi Grafik (memang MALAS bab ni)
terimalah kekurangan fakta atau kelemahan nilai sesebuah paparan gambar di dalamnya.
atau terLAZER dari segi kehidupan sebagai renungan dan tenungan insan biasa dari saya.
Terima kasih, terima kasih..dan terima kasih.

Nota; peristiwa

8/9 : Bekas MB Kelantan Tan Sri Mohammed Yaakub meninggal dunia akibat barah paru-paru di Pusat Perubatan Pantai pada 5.50 pagi ini ..Alfatihah

Semangat Merdeka

Padang Bola, Tengah hari

Abang: MER.....dekaaaaaa..merdekaaa..merdekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkAAAAaaaaa
Adik:    Merdeka ..deka dekaaaaaaaa..dekaaaaa..
Abang: MerdekaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaa      
           merdekaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...merdeka

Rumah, Petang

Abang: Makkkk mak..nak air oreng
Adik: maaaaaaaaaaaaaaaaakkk nak teh ais..

Mak: baguzzz baguzz,  anak2   mak..
         melalak tengah panass dalam bulan puasa pulak
       ..balik rumah minta air dari mak (bukan isteri).ooo..ooo
       OOO.OOOO..buat lagi..esok ..
     oo meh sini nak bagi air panas, panazz..

* ralat :
 tiada kena mengena dengan Perarakan/perhimpunan HALAL..
[bantahan.gif]

Jualan Murah Potongan Istimewa

Harga sebenar semua musim adalah RM220.00 (harga ASAL)


Harga Musim perayaan atau tahun baru Januari

Harga Asal RM300.00 (RM TIGA RATUS RINGGIT SAHAJA)
TERBARU selepas LESS % %%   Harga Tawaran RM260.00

Cepat selagi STOK masih ada

* Sebuah pengalaman yang Tak TIPU. dari pelajaran menipu

Friday, August 28, 2009

Cobaan

Bila keluar ternampak

dugaaan cubaan

kalau boleh jadi bos elok duduk dalam pejabat tak perlu menahan mata.

Thursday, August 27, 2009

Peluh

Kisah sempena Ramadhan.


Terasa bertuah, bila ternampak seorang pekerja sedang mengangkat tong-tong gas dari  stor ke dalam Van.

Pukul 2 pm, mentari panas terik terpancar masih terkena ke arah tubuhnya walaupun sedikit terlindung oleh bumbung stor.

Baju T nya basah, bila dihampiri, kelihatan peluh menitik dari dahi,  mengalir turun ke pipi dan dagu, sekali pandang ke arah mukanya,  seakan  baru lepas disimbah air. Peluh di leher sahaja, cukup dengan sehelai tuala 'selamat pagi'.

Bila ditanya, Ia masih berpuasa.

Friday, August 21, 2009

PERCAYA

Dalam satu perhimpunan Politik.
Selepas selesai seorang Bos, memantau hasil jualannya.
Bos: Ramai pengunjung?
Pekerja: tak ramai dalam 1 ribu saja, barangan kurang laku.
Keesokan harinya.
Bos: Semalam u bagi tau pengunjung tak ramai?, yang datang ke situ? Hari ini surakhabar
memberi data 20 ribu orang.

Pekerja: Ooh yer kerr, betul kerr? bos nak percaya saya atau nak percaya Suratkhabar?
Moralnya bila memdengar cerita dari akhbar, amat kurang cerdik walaupun bergelar Dr. maupun Profesor atau Dato'.
Wajar bertanya sendiri dari orang yang datang atau yang betul betul terlibat dari hati ke hati sebelum MEMBIDAS.

Wednesday, August 05, 2009

ISA




IKHLAS dan HAK

Sesiapa yang berjuang dengan ikhlas dan hak?

Seekor burung berdoa, tanahnya diceroboh manusia (Illahi sudah melantik jadi Khalifah??masih tak faham..), sudah cukup tanah rata, lurah dan pantai ditambak serta diduduki, kenapa tamak sehingga ke gunung atau bukit?? di mana ruang tempat bangsaku untuk tinggal??
kini bukit gunung digondol.



Sang Bukit berkata Manusia memang tamak.
Sang kera mengeluh di mana bangsa hendak bermain-main.



Dalam kediaman, di sebuah banglow paling kurang, 5 kali sehari mendoakan kesejahteraan keluarga, dari segi undang-undang tidak salah di matanya. HAK manusia untuk tinggal. Hak menjaga keluarga dari hujan panas. Amanah juga. Melaksanakan undang-undang manusia, membina rumah. Manusia juga menjalankan tugasnya dalam kehidupan harian selari dengan rasa HAKnya. (pada matanya).




Sang unggas dan binatang di bukit hanya berdaya memohon HAKnya, dari NYA.

Airmata mengalir membayangkan HAKnya dirampas.


Agaknya beberapa puluh kali doa naik turun dari dua jenis mahkluk..ratus kali..mempertahankan HAk masing-masing. Manusia pertahankan makan gaji dengan haknya, menjaga bukit agar jangan roboh. Makan gaji yang HALAL, demi menjaga keamanan gunung dan bukit dari runtuh, bila runtuh akan huru hara dan kelamkabut.



Illahi bukan sahaja ADIL, secara adil banyak insan berfikir manusia betul., kerana pertahankan HAKnya, (Tetapi siapa yang MAHA adil ), bukan menyalahkan kuasa, dek kerana burung unggas tidak berani melawan manusia.



Hukuman Insan hanya paling tinggi serampang duatiga mata.



Agaknya DOA siapa yang diangkat??
HukumanNYA lebih dari itu serampang berpuluh-puluh/ratus mata.

Saturday, August 01, 2009

ADEGAN

Yang tak ingin didengar

Jejaka: Fuyoo lawa U hari ni, tudung hitam, aik..azam baru ker??

Gadis: yer laa Tudung hadiah kawan.

Jejaka: oo mesti hadiah dari mamat BF yang selalu ambil U dan hantar pulang dari pejabat semalam ker??

Gadis: ahhaa

Suara: psyyyt dah kena GIGITAN dileher tiap-tiap hari, kulit putih, macam mana nak sembunyi.???.

Wednesday, July 29, 2009

Pepatah

Semut pun ada khidmat dan sumbangan
inikan INSAN di muka bumi

Illahi melantik manusia jadi Khalifah..

terdaya dan tak terdaya

muka bumi ada unggas haiwan tumbuhan.

Sesama saudara jiran terdekat pun tak terjaga hati apatahlagi insan lain, serta binatang disekeliling.
Mesra alam.

Sunday, July 19, 2009

Khayalan

Khayalan (** gayabahasa yang digunakan bukan idea pemilik blog..KASAR sangat..jangan TIRU)
Seorang Lelaki: Alangkah nikmatnya bila pulang ke rumah, isteri menyambut dengan senyuman dan ciuman.
Suara : memang nikmat.
Seorang isteri: Betapa bahagianya jika sang suami yang memandu kereta pulang, saya boleh berdengkur di sebelah, tiba di rumah anak-anak menolong angkut barang-barang pejabat masuk ke dalam rumah.
suara: memang bahagia.
Lelaki: Bolehkah jika setiba di rumah dihidangkan dengan air sejuk serta jejari lembut mengurut leher dan memicit kepala. Berdengkur sekejap.
Suara: boleh belah
Wanita: Alangkah selesanya, jika ramai lelaki yang sudi melayan, bila suami mula rasa bosan untuk berbicara (pasif). Terasa dihargai, berkeyakinan dan dipuja.
Suara: Perasan
Lelaki: bestnya bila nampak gadis berdahi licin melayan manja samada di pejabat atau di kantin.
Suara: Perasan
Wanita: Bangga bila ramai lelaki yang sudi menolong topud, angkut untuk makan minum dengan bahasa mudah senang meminta tolong, sekali petik jari, dengan modal rengek manja.
Suara : tak sedar Diri
Lelaki: Tambah nikmat bila keluar negeri atas urursan kerja, bersama-sama wanita yang SEGATAL dan memang dalam kesunyian
Suara: Dah mula cari pasal
Wanita: Terasa dihargai bila ada lelaki asing/luar memuji, bila berdua-duaan samada dalam kereta atau pejabat (suami kedukut untuk memuji dan mengucap terima kasih)
Suara :ruang terbuka daa
Lelaki: Terfikir juga alangkah puas jika sepuluh lokasi yang dikunjungi akan berjumpa degan wanita sebanyak 10 orang, boleh melayan citarasa.
Suara: memang PUAS tapi tak puas lagi lelaki mana ada erti puas??
Wanita: Kawan Lelaki pertama sibuk, elok layan kawan lelaki kedua jika sudi (suami yang memang sibuk), rugi jika habiskan masa dengan kesepian.Itupun jika suami orang itu berada jauh dari isteri., disupport semua segi kewangan.
suara: memang padan
Lelaki : Alasan logik dan kuat untuk menipu kawan-kawan perempuan 'partime'.
Suara : pandai memang pandai.
Wanita: Titlle bersuami adalah jalan selamat menipu kawan-kawan lelaki, bila antara kesemua lelaki simpanan tidak pernah berkomunikasi dengan suaminya.
Suara: Tipu lagi sebelum kantoi
Lokasi lobi hotel;
lelaki: amboi besarnya, kalu boleh makan best woo..
suara: makan sebelum kena..tanggung sendir
wanita: waoo kaya tu, park Mez, mana tau tersangkut, jap lagi nak ngorat.kenyit2 mata..lentuk dahi telinga...
suara: sila sila..dah jauh dari sidia..bebas dan bebas..
Dinner rakan sepejabat
Lelaki: wah wah besarnya..agresif cergas dan gatal sikit2..(kat umah pasif dan MALU..) boringggg.yes yes..ada peluang.
suara :Dasar dan dasar lelaki
Wanita: ada ker dia minat wanita pasif macam tu, eee..buta punya orang..jadi bodyguard kat umah boleh laa..jaga anak..yes yes AKU ada kelebihan memikat..mesti dia minat ..punya..asyik pasif jerr..ini orang agresif dan kreatif ..tau di mana kelemahan lelaki.
suara: yer yer giliran U, akan tiba giliran suami U pulak suatu hari nanti..
Wanita:huhhuh buat malu suami jerr..tak pandai jaga image,,kolot, sekolah tinggi-tinggi penampilan HAMPEH..kan kan, jika suami dia minat kat AKU ..menangis pulak.
suara: sila-sila sinag masih cerah.
Lelaki: wooww ..cantik manis, memang pandai bergaya dia tu..ehhmmm..ada peluang, tapi ..tapi..nanti dulu..orang sebelah ada..hormati nanti merajuk..susah nak pujuk..
suara: pandai buat pandai simpan.
Lokasi majlis perkahwinan
Wanita: ekre..elehh buat2 alim, malu kunun..wek wekkk.,,geli laa..depan bini..baik laa , tunduk jerr..kita ni macam tak nampak jer..
Lelaki: ..ishh ni yang ruginya bawa ..gerabak..kalau tidak boleh juga borak-borak cuit cubit,,rugi woo kalau tak meramas pun,,kena cubit di peha pun jadi laaa..

Friday, July 10, 2009

Penjaga






masih selamat walaupun sarangnya berada paras pinggang, selamat dari kucing dan lain lain.








Tuesday, July 07, 2009

Jumaat

Sketsa Jumaat

Cerita melalui SMS


Z:hai makan apa?(1.20pm), Z kirim salam., sms tak berjawab kerana vibrate, lagi pun dalam masjid.

sejam kemudian

Me:Waalaikumsalam (2.20pm), hah?? Z??U tak solat Jumaat ker? U ni sapa?

Z:kawan dia, saja test, sebab Z tu baik sangat, jika U balas sms tadi maknanya u ni
perempuan.

Me: U ni perempuan ker?, baik sangat bermakna dia tak pernah meRABA U?, eloklaa, NABILAH, bye test laa lagi.

Thursday, June 25, 2009

Misteri

Insan Mesra Alam

Wujudnya insan yamg mesra alam di dunia.

Bila insan ini singgah di kedai makan atau restoren yang lenggang tiada orang.
Kemudian singgah pula sekeluarga, lepas itu singgah sepasang suami isteri.
Lalu kedai itu separuh penuh.

suasana kedai akan ternampak 'cerah' bukan kelam???..ada daya minat untuk singgah, samada bertanya, minum dan makan.

ciri-ciri;

Mesra pohon-pohon dan binatang ,
kenapa bila setengah orang yang masuk ke kedai makan, seekor kucing yang lena tidur terus bingkas bangun dan lari???

kita tidak nampak penerimaan dan tindakan pepohon bunga di dalam restoren itu.

Terdapatnya orang yang sedang membaca suratkhabar, di dalam restoren menarik minat pengunjung lain yang sejiwa.(walaupun dia tidak membawa suratkhabar untuk dibaca).

Apakh insan itu boleh dipanggil pelaris sesuatu majlis??

Tuesday, June 23, 2009

Vaksin H1N1

H1N1

satu ramalan bahawa para saintis di dunia akan berjaya menemui Vaksin H1 N1 di dalam AIR LIUR Kucing atau Harimau.

Kita tunggu sebulan nanti

Thursday, June 18, 2009

Baik sangka

Golongan Ulamak dan ustaz adalah manusia biasa.

Mendengar nasihat ceramah yang baik, tak kira termasuk politik dan lain, soal peribadi diri ustaz adalah kelemahan diri.

Walaupun terdapat silap teknikal dalam kehidupan mereka isteri anak???

Mengkritik ulamak/ustaz ada cara yang uniq menjaga air muka.

Adakah kita membuat taubat sebanyak ustaz bertaubat??siapa kita untuk mengutuk ustaz/ Ulamak walaupun bab politik ceramah dan lain lain, macam mana jika kesalahan beliau disedari pada sebelah malamnya..cover dengan taubat dan zikir??

Kita berapa kali sehari kita/diri bertaubat dan berzikir serta bersedekah tenaga atau wang?? Tahap kita level kita??
siapa kita.??

Berapa kali taubat sehari semalam berbanding mereka??andai pada mata kita mereka ustaz membuat 4 kesalahan dosa sehari??berapa kali mereka taubat? kita tau ker?kita INTAI ker?
dan kena tanya kita berapa kali taubat?? walaupun pada mata kita/diri sendiri buat 2 kesalahan/ dosa??(sedar dalam tak sedar, minima).

Mengambil kebaikan.

Sunday, June 14, 2009

Berlapik

Terlajak kata terlajak jawab

Perbezaan insan biasa dengan insan beriman (atau dekat2 nak beriman)

''''' hari ni hari aku, esok hari kau pulak'''..>>wajar ...'..hari ini syukur redha,saya/ana masih boleh sabor.''.

KAU merujuk lawan kita...mendoakan lawan supaya ditimpa musibah, seolah-olah mengarah ILLAHI buat kerja.

Saturday, June 13, 2009

Bebayang dan Benci serta dendam










Antara Bayang-bayang sendiri

kekadang bila kita benci seseorang nak baca nama, nak tulis nama pun menyamPAH

kekadang bila dendam nak tulis nama pun GELI

Takut bebayang sendiri menjurus kepada memujuk diri.

Kes 1:

Bila terlampau TINGGI diri taraf hidup elit, bila anak terJATUH cinta kepada gologan marhain yang tak berharta, terus teruja. Menjaga Harta risau jatuh kepada menantu.

Kes 2:

Bila harta banyak mantain tinggi, sayang harta melebihi jaga SOLAT, risau perompak merompak, semasa menunaikan umrah dan haji.

Tuesday, June 09, 2009

Antara Ego dan Prinsip


Samada Lelaki atau Wanita


Mempertahankan Prinsip dan Ego

1- Kes menyewa nama umtuk di ALI BABA dalam perniagaan bukan Melayu..
kepuasan WANG.

2. Sukar menerima maaf bila seorang kawan membuat salah, atau seorang kawan yang telah membuang/menjauh diri, kemudian nak rujuk balik.

3. Minum bekas cawan atau lebihan kawan.

4. Sanggup mengaku/menyamar apa-apa perhubungan jika pulangannya WANG dan kuasa.

5.Malu bagi setengah orang tidak semestinya malu bagi orang lain.

Kajian Kes satu:

Seorang Guru terpikat anak muridnya walaupun sudah kawin, mejiwai masalah terus meminati?? salahguna kuasa serta mengambil kesempatan??

Kes 2:

Seorang ustaz di datangi wanita bermasalah rumahtangga mencurah rahsia suami isteri, apa kata wanita itu CUN menarik, tergoda, sudi kah sang ustaz menerima Godaan?

Kes 3:

Sang Bujang dihubungi sang isteri yang cun,, kesepian kebetulan belum mendapat anak (ALASAN, sepi konon wek wek)...wajarkah sang pemuda melayan??, wajarkah sang Isteri memperalatkan kekurangan sang pemuda yang jahil dalam selok belok NIKMAT dunia??

Kes 4:

Keluarga KAYA pendidikan tinggi tetiba sang anak nak nikah dengan pasangan yang ada sijil PMR. Prinsip TARAF.

Kes 5:
Seorang anak terasa kurang wajar memilik harta ayah, wajar berusaha sendiri. Prinsip duit sendiri. Bangga harta dari titik peloh.

Kes 6 :

Seorang saudaranya menjiwai dan akrab dengan saudara yang setaraf AKADEMIK taraf hidup dan kewangan berbanding dengan saudara sepupu serta anak buah saudara yang lain. Didikan ayahibunda yang jaga Prinsip.

Kes 7:
Sekoyong-koyong sesekali balik kampung seksa bila memilih untuk minum di gerai berkayu di bawah pokok rambutan.

kes 8:

Masih bermimpi sebagai BOS, walaupn sudah Pencen (lupa hakikat jawatan dah hilang), tersilap ayat, terngiang-ngiang KUASA dulu2.
kes 9:
Tiru ayat saudara Pyan Habib
kes 10:
Jika sudah nilai ego tinggi wujudnya beburung rerama atau spesis di sekitar akan terasa menggangu. Tak hilang kuasa jika tidak berkawan dengan burung, lain lah jika benci nyamok atau lalat, moralnya kita berkawan dengan insan yang boleh tolong kita ????.
Apa yang burung boleh tolong kita kan??, burung tidak boleh menggugat ekonomi NOo..

Thursday, June 04, 2009

Haram


Pengkalan haram (salahsatu Pengkalan bot di tebing Sg Golok, Rantau Panjang Kelantan)


Judi haram



Perhimpunan Haram


Toto haram



selama ni ada dua ker antara HALAL dan haram..

Wednesday, June 03, 2009

IDEA

Memikir idea yang hilang

ada gambar idea pulak hilang
ada idea gambar pulak tiada

Thursday, May 28, 2009

Herba


Salahsatu Pewarna di dalam nasi Kerabu



Bunga Tudung Periuk


Pokok Susu Gajah





Melegakan Resdung setelah diasah akarnya

Monday, May 25, 2009

Meditasi Sebagai Alat Pengawalan

Bayangkan,

selepas meletak kereta atau kenderaan pasangkan alarm hp dengan ayat

"..oh cermin ,oh wiper"..seolah olah kita berada di dalam kereta, alarm setiap 5 minit.

Bayangan itu secara maya meditasi kita secara mirror berada di dalam kereta.

Kesan positifnya seolah olah ada bayangan penjaga kenderan tersebut.
Meditasi hanya untuk jangka masa singkat sahaja.

Bagi warga Islam, boleh membaca ayat suci, tarik nafas sesaat pejam mata serta bayangkan berada depan pintu kereta dan baca.

Wednesday, May 20, 2009

Rendahdiri Seorang Ketua

Bos1: ..ni pembantu saya Azim..
Bos2: ..tu Kuli saya Azum
Bos3: ..ni PA saya Azem
Bos4: ..ni Staf saya Zami
Bos5: ..ni pekerja saya azmi


5 suasana persepsi seorang Bos (tanggapan) terhadap kakitangannya dan pelanggannya
Dato': .. Aziz ni anak angkat saya.
Dato'2: oo..ni customer saya Azmi
Dato'3: ..mm ni Supplier saya ..azim

Friday, May 08, 2009

Kepuasan dalam membantu




Membantu kepada makhluk/insan yang betul betul memerlukan




sang misai di rumah yang biasa makan ikan, tidak mahu makan nasi, tetiba terjumpa sang misai yang masih sudi memamah sekepal nasi kuah ayam kosong (lapar tu). Kenudian aketul tulang kecil. Jika di rumah hanya ikan yang menarik bau untuk memamah. Satu kepuasan




Begitu juga jika kita menghadiahkan atau berderma kepada seseorang yang amat memerlukan.


(pahala belakang kira, itu belum nampak).


Apakata makanan yang diletakkan dijual hhee untuk hiburan orang lain

Monday, May 04, 2009

Sketsa

Sketsa sudut pandangan kepada Pegawai kerajaan

Makcik : Apala kaunter pejabat ni, lembap...Grrr
apa ni Pegawai kerajaan makan Gaji bute kerr..

Pegawai kaunter: ..Sabar Makcik..ada pegawai yang bercuti....opp ehh Anak makcik ada yang kerja kerajaan tak??
Makcik :Ada ..
Pegawai: haa jadi anak makcik pun sama la..kalau nak mengata..
Makcik: Anak saya kerja di SPRM..
Pegawai: (patutlaaa laser sangat)..

Monday, February 23, 2009

kebijaksanaaNYA








Cukup uniq ukiran oleh air laut dan ombak yang membelai pantai. Takjub.

Wednesday, January 14, 2009

Hakiki VS Taksub

Kereta Perdana putih yang baru dibeli, park di halaman rumah.
Tetiba seekor burung sambil terbang melayang mendaratkan buangannya ke atas bumbung kereta tersebut.
Menyumpah seranah..
Andainya kita ada sepucuk pistol wajarkah ditembak saja burung itu?
Betapa besarnya nilai kuasa ditangan,
betapa hakiki atau hakikat serta taksubnya milik kita.

Monday, December 01, 2008

AGAMA: Dakwah mengikut kategori

Tahap keimanan seseorang tidak sama. Tahap kelembutan hati juga tidak sama.
Untuk meletakkan seseorang itu supaya mengerjakan amalan secara IKHLAS memang sukar. Insan biasa yang belum mencapai tahap WALI.
Letakkan lah mengerjakan suruhan itu dengan daya penariknya SYURGA.
Memberi penerangan secara kasar atau lembut.
Bagi orang yang tidak pernah sholat, cuba belikan kain pelikat serta songkok kemudian letakkan ditempat duduk belakang, bawa ianya bersiar-siar. Ketika tiba di masjid atau surau singgah dan sholat berjemaah. Tanpa perlu mengajaknya untuk sholat jika segan. Sarankan pergi tandas untuk membuang air.

Membandingkan Idola untuk maju.
Istilah Idola hanya untuk musim. Adakah Idola bertahan sehingga akhir hayat keagungannya. Bertahan.
RASUL bukan IDOLA, tetapi hubungan antara pengikut dan RASUL. Mengikut sunnah dan AJARAN atau tingkah laku yang baik dari sejak kecil hingga wafat.
Penggunaan katanama pun tidak sama antara IDOLA dengan RASUL .
Wafat dan meninggal dunia.
Baginda, beliau dan dia atau ia

Sebuah bandar yang mesra Alam

Pernah juga terfikir alangkah nikmatnya kita jika tetiba berada di sebuah bandar yang mesra alam.
Salam salam. Saling tegur-menegur dan sapa-menyapa.Tolong menolong serta tumpang menumpang, tanpa was-was, risau orang yang ditumpang itu adalah perompak.
Betapa senangnya mencari lokasi sesebuah kedai, bila tersesat.

Tiada jawapan; " Tah, tak tau"
" tah tak kenal"
"entah saya bukan orang sini".
Setiap pertanyaan telah dimatikan dengan ayat penutup tanpa memberikan idea, seperti
"boleh saya bantu perkara yang lain?"
" macam mana saudara cuba ke sana"
"lebih baik saudara bertanya di sana"


Mungkin habit dalam diri atau terlupa akan kesusahan semasa kecil. Adakah KEDUKUT memberi senyum dan secubit pertolongan tenaga (dalam bentuk wang itu lain kira)?, tanpa mengharapkan orang yang sama akan membalasnya.

.....sambung..tahap ikhlas mencari waris, saudara mara, menyusur akar.

Friday, November 21, 2008

Sketsa ujung minggu, Buaya VS Pisau cukur

Buayakah daku???

Melayani sang gadis dari kelompok hostel, membawa bersiar-siar melepaskan tension pada tiap hujung minggu. Sambil itu menyuntik rasa sayang, meluahkan nada rindu.
Ke pantai dan ke jeram atau air terjun. Kesemua tempat peranginan yang ada dalam sesebuah negeri telah dijejaki.
Jauh dari keluarga, dapat berjalan dan makan secara percuma, tidak perlu mengupah pemandu pelancong. Pemandu pelancong merangkap sebagai abang angkat.

Dalam tempoh 3 tahun menetap, ia mahir dan tau selok-belok di sesebuah bandar.

Ke Hentian bas, ketika pulang beraya. Tiket sudah sedia ditempah/dibelanja.

..... bersambung.....
Falsampah; alang-alang berkawan biar berhabis, rugi jka tidak menyentuh.

Akhir cerita sang pemuda frust kerana sang gadis mula curang. Mengalih rasa kepada insan yang berkereta.

Sang buaya yang sedang menanti untuk membawa keluar, sedar bahawa sang gadis juga bercadang keluar dengan insan yang sedang menunggu di dalam kereta, di depan pintu pagar hostel.

Ada kaitan dengan cerita di bawah.



Pisau cukurkah daku???

Menggoda sang Pemuda yang Tampan. Buat mengisi masa rehat pada hujung minggu.
Pemuda yang sudah bekerja. Label sebagai adik angkat suatu jalan selamat.

Menjaga hati sebaik mungkin. Sebolehnya memburu lelaki yang baik ( kurang sikit DAYA Ke"haus"an) bila berdating. Sambil meluahkan rasa boring, rasa rindu ucapan terima kasih kerana sudi mengisi sekeping hati.

Sekadar buat menghibur pada hujung minggu. Ke pantai bersiar-siar, meronda dalam kepekatan malam ke pagi.
Menagih simpati dan sayang akibat berjauhan dengan keluarga.

Satu kemudahan pengangkutan. Kesempatan sebagai pelajar kolej diisi sebaik mungkin, jimat cermat dalam berbelanja.

.....bersambung...

Falsampah; Berkawan kena cari yang berduit, buat apa berkawan jika tidak sanggup membiayai daku?

Akhir cerita sebaik sahaja habis tempoh pembelajaran di kolej dan mendapat pekerjaan, sang gadis meninggalkan sang pemuda. Alasan demi menurut cadangan keluarga yang ingin menjodohkannya dengan jiran terdekat.

...bersambung..
sebelum itu,
kantoi pada malam minggu , semasa sama-sama menanti memujuk untuk membawa keluar pasangan masing-masing.
Bumi bukan besar.

Salam kanan lepastu salam kiri

Antara dari siapa yang memulakan, kepada siapa (sesama muhrim) perlu menyambutnya.
Setiba di sesebuah masjid atau surau, selepas solat kekadang terasa MAHAL untuk memulakan salam ke arah jemaah lain.
Terasa terasing, bila duduk berdekatan malu untuk menghulurkan sepuluh jari.

Samada sikap MAHAL atau menjaga status serta reputasi dalam bidang masing-masing???.

Sunday, November 16, 2008

Dendam dan Ungkitan: Masa

Andaikan kita berdendam bolehkah atau sejauh mana disimpan? setahun?
Dua hari raya dilalui sudah cukup untuk kembali dan padamkan rasa dendam sesama insan. Lupakan ungkitan yang lepas.

Jarak masa setahun adalah terlalu lama, bila dibayangkan dan andaian sempadan yang digaris oleh Illahi untuk melupuskan dendam jika tidak sanggup atau sempat bermaafan dalam masa tiga hari seterusnya membawa ke jarak seminggu (Sholat Jumaat).

Sunday, November 02, 2008

Adab atau Petua


Pernah juga dinasihatkan supaya makan nasi perlahan-lahan. Minum air selepas nasi habis, sekurang-kurangnya 30minit. Adakah itu petua untuk jaga badan atau jaga "POWER"?


Tetapi orang tua tua itu sendiri, bila memamah dan mengunyah nasi tak sempat tiga mulut, sudah tersedak, kenalah telan air.


Apakah kaitan mengunyah nasi dengan tenaga dalaman? Mengunyah secara gelojoh atau secara perlahan-lahan.


moralnya boleh cuba ..