Pages

Friday, November 21, 2008

Sketsa ujung minggu, Buaya VS Pisau cukur

Buayakah daku???

Melayani sang gadis dari kelompok hostel, membawa bersiar-siar melepaskan tension pada tiap hujung minggu. Sambil itu menyuntik rasa sayang, meluahkan nada rindu.
Ke pantai dan ke jeram atau air terjun. Kesemua tempat peranginan yang ada dalam sesebuah negeri telah dijejaki.
Jauh dari keluarga, dapat berjalan dan makan secara percuma, tidak perlu mengupah pemandu pelancong. Pemandu pelancong merangkap sebagai abang angkat.

Dalam tempoh 3 tahun menetap, ia mahir dan tau selok-belok di sesebuah bandar.

Ke Hentian bas, ketika pulang beraya. Tiket sudah sedia ditempah/dibelanja.

..... bersambung.....
Falsampah; alang-alang berkawan biar berhabis, rugi jka tidak menyentuh.

Akhir cerita sang pemuda frust kerana sang gadis mula curang. Mengalih rasa kepada insan yang berkereta.

Sang buaya yang sedang menanti untuk membawa keluar, sedar bahawa sang gadis juga bercadang keluar dengan insan yang sedang menunggu di dalam kereta, di depan pintu pagar hostel.

Ada kaitan dengan cerita di bawah.



Pisau cukurkah daku???

Menggoda sang Pemuda yang Tampan. Buat mengisi masa rehat pada hujung minggu.
Pemuda yang sudah bekerja. Label sebagai adik angkat suatu jalan selamat.

Menjaga hati sebaik mungkin. Sebolehnya memburu lelaki yang baik ( kurang sikit DAYA Ke"haus"an) bila berdating. Sambil meluahkan rasa boring, rasa rindu ucapan terima kasih kerana sudi mengisi sekeping hati.

Sekadar buat menghibur pada hujung minggu. Ke pantai bersiar-siar, meronda dalam kepekatan malam ke pagi.
Menagih simpati dan sayang akibat berjauhan dengan keluarga.

Satu kemudahan pengangkutan. Kesempatan sebagai pelajar kolej diisi sebaik mungkin, jimat cermat dalam berbelanja.

.....bersambung...

Falsampah; Berkawan kena cari yang berduit, buat apa berkawan jika tidak sanggup membiayai daku?

Akhir cerita sebaik sahaja habis tempoh pembelajaran di kolej dan mendapat pekerjaan, sang gadis meninggalkan sang pemuda. Alasan demi menurut cadangan keluarga yang ingin menjodohkannya dengan jiran terdekat.

...bersambung..
sebelum itu,
kantoi pada malam minggu , semasa sama-sama menanti memujuk untuk membawa keluar pasangan masing-masing.
Bumi bukan besar.

9 comments:

Pyanhabib said...

ehwm...

Cetusan said...

salam saudara Pyan

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

buaya dan pisau cukur..hmm..dua2 pun sama

Bie'z said...

buaya darat yg pakai pisau cukur hahaha
pisau cukur ygg digunakan oleh buaya darat hahaha
2*5 je!
simpang malaikat 44

Cetusan said...

pisau cukur akan beralih arah bila sudah mendapat lokasi baru.
Buaya darat akan melebar ekor di sungai yang baru, sungai yang fresh..

dina said...

wah... bro pyan masuk sini...

berkawan jangan memandang kebendaan

Anonymous said...

ko tuh pisau potong daging

Cetusan said...

woow tajam tu..Anoymous