Pagi hari, pada bulan puasa. Setelah pulang bertarawih. Sebelum itu lepak mengeteh sampai kul 1 am.
'ni ni saper letak sini, kuih dah basi, kenapa tak dimasukkan ke frezze'
'OOni lagi satu,dah tau tak nak makan banyak, kenapa letak sini' membazi,dah basi'
'siang hari semangat membedal tinggi, mata besar2, beli banyak-banyak, bila tiba berbuka tersadai,'
'saper nak habiskan ni?? membazir membazirrr..'
'Kak Chik, 0 kak ngah, ooooo mama dia...'
'ehmm oohh mereka sedang nyenyak tidur. Lupa.'
TARIK Nafas sang lelaki. rehat sekejap.
'tu tu, sepinggan gulai, dah basi, tinggal jer atas meja, lepas makan' terus lepak'
'banyaknya pinggan mangkuk bersusun-susun dalam sink'
'amboi banyaknya nasi, menjadi nasi kering..nasi semalam tiada siapa nak habiskan bila dihangatkan, mmm siang esok, kena jemur lagi, sambil niat sedekah kepada binatang yang ada sayap, kalo cuci seorang satu kan elok'
'..yang AKU pulak membebel buat apa, bila tolong kenalah secara ikhlas, yang balik pepagi buta melepak restoren tu buat apa?..ye tak ye'. Dalam hati.
zuuushhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..gedePONNNNNNnn..POMMMMMMMMMM..PONNmm
'OIT kurang ajar punya mercun, terkejut, orang nak tidur, jiran nak bertadarus, baca AlQuran, yang kau, mercun memekak, bising menggangu jiran, dah la besar panjang bunyi pulak kuat'
kalu esok raya tu kira ok la..ini tidak, baru sepuluh terakhir HISH.'.
'..mesti mahal, kalau satu batang RM3? sepagi 5 batang? itu yang besar belum kira yang kecil, fuyooo kaya, banyak wang tu,'. Dalam hati
Oppss maaf saudara jiran-jiranku bukan mengata awak semua, bukan tuduh dapat free,(jiran sebelah kiri anggota polis, jiran sebelah kanan anggota kastam), tak elok menuduh bulan-puasa'
'kalo mercun tu berpaling tadah sesekali kan elok, belum naik ke atas sebaliknya, terbang hinggap ke atas kereta ayahnya. HUUH.'
Kumat-kumit.
Mendekati pembebelan seorang lelaki hanya pada bulan puasa, kerana makanan yang banyak dibeli dan akan terbuang, bila dimasukkan ke dalam freeze.Terasa, kurang fresh, padahal kuihmuih yang dibeli dari kedai belum tentu dibuat pada hari yang sama?
***
Ri ni:
++ 11/09: Dua maut pesawat ringan terhempas ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
++ 11/09: Inkues Teoh Beng Hock ditangguh Khamis depan bg memberi peluang SPRM mdapatkan laporan perubatan dan meneliti gambar kecederaan suspek T Sivanesan.
++11/9: PNB rancang laksana projek pembangunan bercampur di k'san 7.2ha dekat Stadium Merdeka dan Stadium Negara tahun depan.
++11/09: Bekas CEO dan Setiausaha PUNB diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen KL atas tuduhan memalsukan sijil bon RM19 bilion sembilan tahun lalu