Pages

Thursday, June 25, 2009

Misteri

Insan Mesra Alam

Wujudnya insan yamg mesra alam di dunia.

Bila insan ini singgah di kedai makan atau restoren yang lenggang tiada orang.
Kemudian singgah pula sekeluarga, lepas itu singgah sepasang suami isteri.
Lalu kedai itu separuh penuh.

suasana kedai akan ternampak 'cerah' bukan kelam???..ada daya minat untuk singgah, samada bertanya, minum dan makan.

ciri-ciri;

Mesra pohon-pohon dan binatang ,
kenapa bila setengah orang yang masuk ke kedai makan, seekor kucing yang lena tidur terus bingkas bangun dan lari???

kita tidak nampak penerimaan dan tindakan pepohon bunga di dalam restoren itu.

Terdapatnya orang yang sedang membaca suratkhabar, di dalam restoren menarik minat pengunjung lain yang sejiwa.(walaupun dia tidak membawa suratkhabar untuk dibaca).

Apakh insan itu boleh dipanggil pelaris sesuatu majlis??

Tuesday, June 23, 2009

Vaksin H1N1

H1N1

satu ramalan bahawa para saintis di dunia akan berjaya menemui Vaksin H1 N1 di dalam AIR LIUR Kucing atau Harimau.

Kita tunggu sebulan nanti

Thursday, June 18, 2009

Baik sangka

Golongan Ulamak dan ustaz adalah manusia biasa.

Mendengar nasihat ceramah yang baik, tak kira termasuk politik dan lain, soal peribadi diri ustaz adalah kelemahan diri.

Walaupun terdapat silap teknikal dalam kehidupan mereka isteri anak???

Mengkritik ulamak/ustaz ada cara yang uniq menjaga air muka.

Adakah kita membuat taubat sebanyak ustaz bertaubat??siapa kita untuk mengutuk ustaz/ Ulamak walaupun bab politik ceramah dan lain lain, macam mana jika kesalahan beliau disedari pada sebelah malamnya..cover dengan taubat dan zikir??

Kita berapa kali sehari kita/diri bertaubat dan berzikir serta bersedekah tenaga atau wang?? Tahap kita level kita??
siapa kita.??

Berapa kali taubat sehari semalam berbanding mereka??andai pada mata kita mereka ustaz membuat 4 kesalahan dosa sehari??berapa kali mereka taubat? kita tau ker?kita INTAI ker?
dan kena tanya kita berapa kali taubat?? walaupun pada mata kita/diri sendiri buat 2 kesalahan/ dosa??(sedar dalam tak sedar, minima).

Mengambil kebaikan.

Sunday, June 14, 2009

Berlapik

Terlajak kata terlajak jawab

Perbezaan insan biasa dengan insan beriman (atau dekat2 nak beriman)

''''' hari ni hari aku, esok hari kau pulak'''..>>wajar ...'..hari ini syukur redha,saya/ana masih boleh sabor.''.

KAU merujuk lawan kita...mendoakan lawan supaya ditimpa musibah, seolah-olah mengarah ILLAHI buat kerja.

Saturday, June 13, 2009

Bebayang dan Benci serta dendam










Antara Bayang-bayang sendiri

kekadang bila kita benci seseorang nak baca nama, nak tulis nama pun menyamPAH

kekadang bila dendam nak tulis nama pun GELI

Takut bebayang sendiri menjurus kepada memujuk diri.

Kes 1:

Bila terlampau TINGGI diri taraf hidup elit, bila anak terJATUH cinta kepada gologan marhain yang tak berharta, terus teruja. Menjaga Harta risau jatuh kepada menantu.

Kes 2:

Bila harta banyak mantain tinggi, sayang harta melebihi jaga SOLAT, risau perompak merompak, semasa menunaikan umrah dan haji.

Tuesday, June 09, 2009

Antara Ego dan Prinsip


Samada Lelaki atau Wanita


Mempertahankan Prinsip dan Ego

1- Kes menyewa nama umtuk di ALI BABA dalam perniagaan bukan Melayu..
kepuasan WANG.

2. Sukar menerima maaf bila seorang kawan membuat salah, atau seorang kawan yang telah membuang/menjauh diri, kemudian nak rujuk balik.

3. Minum bekas cawan atau lebihan kawan.

4. Sanggup mengaku/menyamar apa-apa perhubungan jika pulangannya WANG dan kuasa.

5.Malu bagi setengah orang tidak semestinya malu bagi orang lain.

Kajian Kes satu:

Seorang Guru terpikat anak muridnya walaupun sudah kawin, mejiwai masalah terus meminati?? salahguna kuasa serta mengambil kesempatan??

Kes 2:

Seorang ustaz di datangi wanita bermasalah rumahtangga mencurah rahsia suami isteri, apa kata wanita itu CUN menarik, tergoda, sudi kah sang ustaz menerima Godaan?

Kes 3:

Sang Bujang dihubungi sang isteri yang cun,, kesepian kebetulan belum mendapat anak (ALASAN, sepi konon wek wek)...wajarkah sang pemuda melayan??, wajarkah sang Isteri memperalatkan kekurangan sang pemuda yang jahil dalam selok belok NIKMAT dunia??

Kes 4:

Keluarga KAYA pendidikan tinggi tetiba sang anak nak nikah dengan pasangan yang ada sijil PMR. Prinsip TARAF.

Kes 5:
Seorang anak terasa kurang wajar memilik harta ayah, wajar berusaha sendiri. Prinsip duit sendiri. Bangga harta dari titik peloh.

Kes 6 :

Seorang saudaranya menjiwai dan akrab dengan saudara yang setaraf AKADEMIK taraf hidup dan kewangan berbanding dengan saudara sepupu serta anak buah saudara yang lain. Didikan ayahibunda yang jaga Prinsip.

Kes 7:
Sekoyong-koyong sesekali balik kampung seksa bila memilih untuk minum di gerai berkayu di bawah pokok rambutan.

kes 8:

Masih bermimpi sebagai BOS, walaupn sudah Pencen (lupa hakikat jawatan dah hilang), tersilap ayat, terngiang-ngiang KUASA dulu2.
kes 9:
Tiru ayat saudara Pyan Habib
kes 10:
Jika sudah nilai ego tinggi wujudnya beburung rerama atau spesis di sekitar akan terasa menggangu. Tak hilang kuasa jika tidak berkawan dengan burung, lain lah jika benci nyamok atau lalat, moralnya kita berkawan dengan insan yang boleh tolong kita ????.
Apa yang burung boleh tolong kita kan??, burung tidak boleh menggugat ekonomi NOo..

Thursday, June 04, 2009

Haram


Pengkalan haram (salahsatu Pengkalan bot di tebing Sg Golok, Rantau Panjang Kelantan)


Judi haram



Perhimpunan Haram


Toto haram



selama ni ada dua ker antara HALAL dan haram..

Wednesday, June 03, 2009

IDEA

Memikir idea yang hilang

ada gambar idea pulak hilang
ada idea gambar pulak tiada

Thursday, May 28, 2009

Herba


Salahsatu Pewarna di dalam nasi Kerabu



Bunga Tudung Periuk


Pokok Susu Gajah





Melegakan Resdung setelah diasah akarnya

Monday, May 25, 2009

Meditasi Sebagai Alat Pengawalan

Bayangkan,

selepas meletak kereta atau kenderaan pasangkan alarm hp dengan ayat

"..oh cermin ,oh wiper"..seolah olah kita berada di dalam kereta, alarm setiap 5 minit.

Bayangan itu secara maya meditasi kita secara mirror berada di dalam kereta.

Kesan positifnya seolah olah ada bayangan penjaga kenderan tersebut.
Meditasi hanya untuk jangka masa singkat sahaja.

Bagi warga Islam, boleh membaca ayat suci, tarik nafas sesaat pejam mata serta bayangkan berada depan pintu kereta dan baca.

Wednesday, May 20, 2009

Rendahdiri Seorang Ketua

Bos1: ..ni pembantu saya Azim..
Bos2: ..tu Kuli saya Azum
Bos3: ..ni PA saya Azem
Bos4: ..ni Staf saya Zami
Bos5: ..ni pekerja saya azmi


5 suasana persepsi seorang Bos (tanggapan) terhadap kakitangannya dan pelanggannya
Dato': .. Aziz ni anak angkat saya.
Dato'2: oo..ni customer saya Azmi
Dato'3: ..mm ni Supplier saya ..azim

Friday, May 08, 2009

Kepuasan dalam membantu




Membantu kepada makhluk/insan yang betul betul memerlukan




sang misai di rumah yang biasa makan ikan, tidak mahu makan nasi, tetiba terjumpa sang misai yang masih sudi memamah sekepal nasi kuah ayam kosong (lapar tu). Kenudian aketul tulang kecil. Jika di rumah hanya ikan yang menarik bau untuk memamah. Satu kepuasan




Begitu juga jika kita menghadiahkan atau berderma kepada seseorang yang amat memerlukan.


(pahala belakang kira, itu belum nampak).


Apakata makanan yang diletakkan dijual hhee untuk hiburan orang lain

Monday, May 04, 2009

Sketsa

Sketsa sudut pandangan kepada Pegawai kerajaan

Makcik : Apala kaunter pejabat ni, lembap...Grrr
apa ni Pegawai kerajaan makan Gaji bute kerr..

Pegawai kaunter: ..Sabar Makcik..ada pegawai yang bercuti....opp ehh Anak makcik ada yang kerja kerajaan tak??
Makcik :Ada ..
Pegawai: haa jadi anak makcik pun sama la..kalau nak mengata..
Makcik: Anak saya kerja di SPRM..
Pegawai: (patutlaaa laser sangat)..

Monday, February 23, 2009

kebijaksanaaNYA








Cukup uniq ukiran oleh air laut dan ombak yang membelai pantai. Takjub.

Wednesday, January 14, 2009

Hakiki VS Taksub

Kereta Perdana putih yang baru dibeli, park di halaman rumah.
Tetiba seekor burung sambil terbang melayang mendaratkan buangannya ke atas bumbung kereta tersebut.
Menyumpah seranah..
Andainya kita ada sepucuk pistol wajarkah ditembak saja burung itu?
Betapa besarnya nilai kuasa ditangan,
betapa hakiki atau hakikat serta taksubnya milik kita.

Monday, December 01, 2008

AGAMA: Dakwah mengikut kategori

Tahap keimanan seseorang tidak sama. Tahap kelembutan hati juga tidak sama.
Untuk meletakkan seseorang itu supaya mengerjakan amalan secara IKHLAS memang sukar. Insan biasa yang belum mencapai tahap WALI.
Letakkan lah mengerjakan suruhan itu dengan daya penariknya SYURGA.
Memberi penerangan secara kasar atau lembut.
Bagi orang yang tidak pernah sholat, cuba belikan kain pelikat serta songkok kemudian letakkan ditempat duduk belakang, bawa ianya bersiar-siar. Ketika tiba di masjid atau surau singgah dan sholat berjemaah. Tanpa perlu mengajaknya untuk sholat jika segan. Sarankan pergi tandas untuk membuang air.

Membandingkan Idola untuk maju.
Istilah Idola hanya untuk musim. Adakah Idola bertahan sehingga akhir hayat keagungannya. Bertahan.
RASUL bukan IDOLA, tetapi hubungan antara pengikut dan RASUL. Mengikut sunnah dan AJARAN atau tingkah laku yang baik dari sejak kecil hingga wafat.
Penggunaan katanama pun tidak sama antara IDOLA dengan RASUL .
Wafat dan meninggal dunia.
Baginda, beliau dan dia atau ia

Sebuah bandar yang mesra Alam

Pernah juga terfikir alangkah nikmatnya kita jika tetiba berada di sebuah bandar yang mesra alam.
Salam salam. Saling tegur-menegur dan sapa-menyapa.Tolong menolong serta tumpang menumpang, tanpa was-was, risau orang yang ditumpang itu adalah perompak.
Betapa senangnya mencari lokasi sesebuah kedai, bila tersesat.

Tiada jawapan; " Tah, tak tau"
" tah tak kenal"
"entah saya bukan orang sini".
Setiap pertanyaan telah dimatikan dengan ayat penutup tanpa memberikan idea, seperti
"boleh saya bantu perkara yang lain?"
" macam mana saudara cuba ke sana"
"lebih baik saudara bertanya di sana"


Mungkin habit dalam diri atau terlupa akan kesusahan semasa kecil. Adakah KEDUKUT memberi senyum dan secubit pertolongan tenaga (dalam bentuk wang itu lain kira)?, tanpa mengharapkan orang yang sama akan membalasnya.

.....sambung..tahap ikhlas mencari waris, saudara mara, menyusur akar.

Friday, November 21, 2008

Sketsa ujung minggu, Buaya VS Pisau cukur

Buayakah daku???

Melayani sang gadis dari kelompok hostel, membawa bersiar-siar melepaskan tension pada tiap hujung minggu. Sambil itu menyuntik rasa sayang, meluahkan nada rindu.
Ke pantai dan ke jeram atau air terjun. Kesemua tempat peranginan yang ada dalam sesebuah negeri telah dijejaki.
Jauh dari keluarga, dapat berjalan dan makan secara percuma, tidak perlu mengupah pemandu pelancong. Pemandu pelancong merangkap sebagai abang angkat.

Dalam tempoh 3 tahun menetap, ia mahir dan tau selok-belok di sesebuah bandar.

Ke Hentian bas, ketika pulang beraya. Tiket sudah sedia ditempah/dibelanja.

..... bersambung.....
Falsampah; alang-alang berkawan biar berhabis, rugi jka tidak menyentuh.

Akhir cerita sang pemuda frust kerana sang gadis mula curang. Mengalih rasa kepada insan yang berkereta.

Sang buaya yang sedang menanti untuk membawa keluar, sedar bahawa sang gadis juga bercadang keluar dengan insan yang sedang menunggu di dalam kereta, di depan pintu pagar hostel.

Ada kaitan dengan cerita di bawah.



Pisau cukurkah daku???

Menggoda sang Pemuda yang Tampan. Buat mengisi masa rehat pada hujung minggu.
Pemuda yang sudah bekerja. Label sebagai adik angkat suatu jalan selamat.

Menjaga hati sebaik mungkin. Sebolehnya memburu lelaki yang baik ( kurang sikit DAYA Ke"haus"an) bila berdating. Sambil meluahkan rasa boring, rasa rindu ucapan terima kasih kerana sudi mengisi sekeping hati.

Sekadar buat menghibur pada hujung minggu. Ke pantai bersiar-siar, meronda dalam kepekatan malam ke pagi.
Menagih simpati dan sayang akibat berjauhan dengan keluarga.

Satu kemudahan pengangkutan. Kesempatan sebagai pelajar kolej diisi sebaik mungkin, jimat cermat dalam berbelanja.

.....bersambung...

Falsampah; Berkawan kena cari yang berduit, buat apa berkawan jika tidak sanggup membiayai daku?

Akhir cerita sebaik sahaja habis tempoh pembelajaran di kolej dan mendapat pekerjaan, sang gadis meninggalkan sang pemuda. Alasan demi menurut cadangan keluarga yang ingin menjodohkannya dengan jiran terdekat.

...bersambung..
sebelum itu,
kantoi pada malam minggu , semasa sama-sama menanti memujuk untuk membawa keluar pasangan masing-masing.
Bumi bukan besar.

Salam kanan lepastu salam kiri

Antara dari siapa yang memulakan, kepada siapa (sesama muhrim) perlu menyambutnya.
Setiba di sesebuah masjid atau surau, selepas solat kekadang terasa MAHAL untuk memulakan salam ke arah jemaah lain.
Terasa terasing, bila duduk berdekatan malu untuk menghulurkan sepuluh jari.

Samada sikap MAHAL atau menjaga status serta reputasi dalam bidang masing-masing???.

Sunday, November 16, 2008

Dendam dan Ungkitan: Masa

Andaikan kita berdendam bolehkah atau sejauh mana disimpan? setahun?
Dua hari raya dilalui sudah cukup untuk kembali dan padamkan rasa dendam sesama insan. Lupakan ungkitan yang lepas.

Jarak masa setahun adalah terlalu lama, bila dibayangkan dan andaian sempadan yang digaris oleh Illahi untuk melupuskan dendam jika tidak sanggup atau sempat bermaafan dalam masa tiga hari seterusnya membawa ke jarak seminggu (Sholat Jumaat).