menjejaki Insan seledang Merah...
Ahli Selendang Merah
memang wujud cuma bilangannya tidak diketahui
tahap kesabarannya menyamai WALI..
menjauhi dosa, kecil dan besar, arak, judi serta wanita.
tidak memburu musuh walaupun seekor harimau yang tidur diperdu pokok.
tidak menampar nyamuk yang telah menghisap darahnya..rezeki nyamuk.
tapak tangannya bercahaya bagai display Gadjet yang canggih.
"pernah terdengar hari ini terjumpa di Malaysia, tetiba ada orang terserempak berada di Mekah? Pada hari yang sama. Tanpa menyertai apa-apa Pakej pelancongan"
",,terdengar peristiwa mayat ditolak dengan jentolak di Taman Dato' Harun suatu waktu dulu..".
memancung leher sambil menceduk perut tanpa meninggalkan jejak...."
Pergerakkan seakan debu melayang dan tidak nampak di mata.
Memang betul-betul Amar Makruf Nahi mungkar.bukan menyamar dan memperalatkan atau menjual nama Amar Makruf Nahi Mungkar. Cakap serupa bikin.
cuma tahap mereka akan bertindak sampai bila??? tahap kesababaran dan syarat-syaratnya???.
Moga bilangan mereka masih ramai untuk mengawal penindasan di Malaysia .
Assalamua'laikum, Masuk laaa., < "Tiada hak cipta dalam Islam" diizin salin jika perlu. SEMUA GAMBAR ADALAH WAKAF TIADA MILIK PERIBADI! KECUALI PERNYATAAN PEMILIKNYA SERTA GAMBAR MILIK LINK! Harap maaf jika terdapat iklan yang memberi "bonus di Akhirat "atau gambar yang seksa
Monday, September 21, 2009
Saturday, September 19, 2009
Baju raya dulu-dulu
Baju raya semasa kanak-kanak..
telah dilucutkan, lalu di sorok bawah rumah.
Merah sangat, masa itu mana tau warna pink
yang tak selesa kerana warna baju itu sama warnanya dengan buah jambu di depan rumah, beraya tanpa baju disamping seluar(sudah lupa samada seluar pendek atau panjang)
tersenyum sampai kini.
selamat hari raya maaf zahir batin
syawal
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kamus dialek
* balik=kelik
balik (kelik) kampung
*ungkit=bangkit
ungkit(bangkit) kisah lama

Pesanan dan amanat
Bila terpandang tiang surau atau masjid.
Teringat cerita arwah ayahanda.
"Oleh kerana terlampau lama, iman membaca doa menadah tangan dan mengamin doa, seorang makmum dek kerana geram telah menyapu kedua-belah tangannya ke tiang surau di sisinya, bukan ke muka, lalu tiang itu berasap dan mengeluarkan cahaya".
"...jaga solatmu Nak, usahakan mengerjakan walaupun letih, samada duduk, berdiri atau baring. Tiada orang yang rajin kecuali takut kepadaNYA".
~~~~~~~~~~
Kamus dialek
*sapu= Ghaup
Sapu (ghaup)doa ke muka
*Samseng=gedebe
Samseng (gedebe)kampung culik anak gadis.
*ego/bongkak=Agah
dari gaya jalan dah nampak dia tu ego(agah)

Thursday, September 17, 2009
Acara potong-memotong
Kemudian bila kemalangan, bertukar menjadi acara tolong-menolong.
Merungut dan menyumpah hanya di dalam hati. Puasa.
Hanya anak-anak yang celupar melontarkan ayat keras.
“Abah noti, brake kuat.,adik nak tidur laa”.suara adik
“Abah tak noti, tu kereta depan memotong bahaya, curi line kita”.helah Abah.
“OO kereta depan tu noti yer, langgar baru tau”.balas adik.
Hujan.
Satu kilometer kemudian, sebuah kereta, tersadai di bahu jalan, bumber jatu
“Abah, tu kereta tadi yang potong kereta kita” .Suara kakak yang kedua..
Tolong tengok.
watak-watak dan suasana pemandu yang mengamalkan acara potong memotong dalam keadaan merbahaya;
-bila bos di dalam pejabat lalu menganggap bos dijalanraya
-samseng rempit
-mengantuk
-orang sebelah tidur
dan...
Nota:
Bila berkunjung dari sebuah rumah ke sebuah runah, bagaimana kalau terjumpa kereta yang memotong secara merbahaya??adalah saudara mara kita juga??.malu
~~~~~~~
Kamus Dailek
laju= deghah
Kereta dipandu laju(deghah)
laju=cedah
larian yang laju(cedah)
gatal lincah=gelya
gadis lincah(gelya)
gigit=keghik
tikus gigit (keghik)labu
buah Namnam=buah katak puru
buah ciku= sawanila

Orang lama dan minat
Majoriti warga berumur mengisi solat berjemaah, minoriti diisi oleh remaja dan peringkat pertengahan umur. Untuk memenuhi solat 5 fardu secara berjemaah.???
Alasan;
Barisan solat, diisi oleh warga yang hampir pencen
Remaja sibuk di padang bola.Akur
Kerjaya yang sibuk letih lagi meletihkan, kerja lebih masa.Akur
Sibuk dipadang golf kerjaya dan NGO, panjang langkah.Alasan boleh diterima
Urusan anak-anak yang masih kecil. Akur.
warga berumur kurang dan bebas tanggungan menjaga anak-anak sudah boleh berdikari.
Memenuhi minat di luar lebih dari minat solat berjemaah. Jawatan Pengerusi dan Penasihat pelbagai pertubuhan yang memerlukan pandangan, ingin menabur bakti berdasarkan pengalaman kerjaya sebelum ini, (sambil sewa/jual nama atau diperalatkan hasil pengaruh jawatan asal). Masih bersemangat, berkibar-kibar apa yang dikejar??. atau masih dalam khayalan berhati dan tenaga muda???.
Bagaimana jika minat mengatasi segala-galanya??..sudah ada pencen dengan pendapatan tetap, stabil tetapi masih giat cergas aktif dalalm bidang luar, apakah umur dan tenaga masih kuat??
Atau sedar diri lutut masih kuat berbanding orang muda??. Menerima tugas dan cabaran pada usia senja. Wajar?. Apakah tiada gologan pelapis muda untuk mengambil alih tugas golongan ini. Sumbangan tenaga boleh disalurkan dan berada di mana-mana jika ikhlas tanpa mengejar glemer. Memilih samada kerja yang utama atau sambilan dalam menghabiskan sisa-sisa dalam sebuah kehidupan??.Opss minat dan hobi??.
Memang logiknya, membuat jasa dan sumbangan tidak semestinya ke Masjid, tetapi dengan kudrat yang ada melawan cuaca dan cabaran luar rasanya kurang sesuai pada sempadan umur tertentu. Bagaikan berumah di tepi pantai yang penuh risiko.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kamus Dialek
*tumbuk = go'choh
Dia kena tumbuk(go'choh) di muka
*terlampau= do'oh lalu
sifatnya terlampau (do'oh lalu)
*selisihfaham=tekehel
tak bergeur sapa dek selisihfaham (tekehel)
*merayu/bodek = mengindir.sudut barangan
budak itu menbodek(mengindir) aiskerim yang sedang dimakan kawannnya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
17/09: Noordin Mat Top terbunuh dalam serbuan yang dibuat di Jawa Tengah pagi ini, demikian menurut ketua polis Indonesia Bambang Hendarso Danuri.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
-----sambungan
Versi Hari Jumaat bagi negeri yang bekerja:
Antara beberapa pertanyaan dan rasa pelek;
--kenapa para jemaah masjid bersidai di longkang dengan pakaian kerja, tanpa lapik, kemudian masuk bersolat??
---kenapa para jemaah susah nak mandi sebelum ke masjid, sememangnya selepas kerja akan berpeloh kecuali kerja dalam hawa dingin. (bukan menghina pekerjaan)
--susah untuk menukar seluar dan memakai seluar melayu atau kain pelikat yang bersih tanpa menusuk hidung berbanding seragam kerja???susah ker untuk menyediakan shelai seluar atau kain bersih dari pejabat??
--masih mengamalkan sikap makan semasa azan kedua??
Wednesday, September 16, 2009
Tahniah Sahabat Insaf @Geng26 CyberTrooper.
Sekalung tahniah terima kasih, berusaha kerana Illahi, sukarela ikhlas tanpa upah dan gaji., kerana menembusi Blog 'Rasul Melayu' .Teruskan usaha moga dilindungiNYA.
Syukur masih ada Insan yang perihatin.
Terima kasih, terima kasih dan terima kasih...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ri NI.
.--16/09: Pengamal ajaran sesat yg mengaku Rasul Melayu Kahar Yahaya ditahan JAIS di Kajang, Selangor pukul 8 pagi ini.
--Kerajaan beri cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri - TPM & Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kamus Dialek Kelantan.
*culas (curi tulang)/malas
- jika masuk bab kerja, dia memang culas(curi tulang)
*Pukul(katok)
Budak itu kena pukul (katok) oleh geng Line 3
*tipu (kecek)
Budak kecil itu kena tipu (kecek ) oleh remaja.
*bengis (bengkeng)
Bengis (bengkeng) macam singa
*Serik (peghit)
Serik (peghit) bila jatuh cinta

Tuesday, September 15, 2009
Debaran nostalgia pulang beraya
Kenangan yang paling mahal adalah peristwa pada hari raya aidil fitri. Semasa berkumandang azan dan takbir raya, masih di Lapangan Terbang subang. Sesak dengan jemaah yang baru pulang umrah dari Mekah.
Mana boleh beraya di rantau, tidak pernah mengalaminya. Berlepas pada jam 11.am ke K.Bharu. Selepas jumpa ayahbonda serta saudara terdekat, sebelah malamnya berlepas semula ke Kuala Lumpur.
Semuanya berlaku, semasa dalam bertugas. Ponteng. Seragam kerja dimasukkan kedalam bag kecil. Pager di 'Off'kan, bila tiba di Lapangan Terbang Subang.
Debaran kecut jantung, kali pertama, berada dalam penerbangan beserta dengan resah kerana ponteng kerja.Hilang berbaur dengan semangat beraya di kampung.
Pager di'On' kembali semasa mendarat a di Subang, pada sebelah malamnya.Tukar pakaian seragam, meneruskan kerja.
Itulah satu perbuatan yang pertama dan terakhir menyalahi etika kerja, nasib baik tidak ditangkap dan tiada panggilan 'pager', semasa ponteng. Syukur.Taubat bukan taubuat.
Setelah dicongak dan dihitung, kos balik beraya berbaloi dengan claim elauan serta 'tripplepay' selama 2 hari( 48 jam) 'Stanby'.
Dilarang meniru adegan tersebut. Dosa, masih sempat lagi baca 'Bismillah...' tika melangkah naik kapalterbang.( buat kerja tak baik pun masih ingat ILLAHI ), Berpeloh gementar dalam hawa dingin. Ada penumpang berbisik dan memuncung bibir ke arah 'lovebite' di leher Pramugari, (apa itu lovebite?apa pulak pakai bunga di leher..tak faham, tak kenal dan tak boleh bayangfikir)
Kini sudah ada KLIA dan balai berlepas di Kota Bharu (LTSIP) telah pun bertukar wajah.
**************
Ri ni;
--15/9: Lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia kini boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA, kata TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kamus lisan dialek Kelantan.
* Kawan = GU,
Ok kawan (Gu)
* kenapa = bakpo
.Kenapa (bakpo ) awak ponteng?
* Sengaja = sengelin
Dia sengaja (sengelin ) tayang aiskerim depan budak kecil.
* Mencuri = mengetek
Remaja itu suka mencuri (mengetek) jambu
* sengoti=sungguh/benar /betul
...yang dia cerita itu adalah benar (segoti), kena percaya.
*nappar tawar=penampar
Sebiji penampar(nappar tawar) hinggap di muka anak gadisnya, selepas pulang dari dating
.
*kedekut =(klorek) hangit
Hj Bakhil kedekut( klorek hangit) macam dalam cerita P.ramlee
*aye summbak= masuk air
Telinga budak itu masuk air (sumbak aye)
*masjid=se'jid=semejid
di sesetengah daerah menggunakan se'jid, manakala daerah lain semejid
Masjid telah pun siap didirikan di bandar itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sunday, September 13, 2009
Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu
Selamat Hari raya Aidil Fitri
Maaf zahir batin , Ampun, jika ada terkomen, terbesar terkecil hati buat semua bloger dan pelayar sedunia.
Salam seislam sedunia dan seakhirat. Komen,tegur dan pesan-memesan tanda sayang.
"Dengan kedut ditapaknya, Tumit yang licin putih, urat-urat timbul, tulang buku lali yang longar lembut. aromanya, ada yang putih ada yang gelap. Kuku yang memanjang jika terlupa untuk dipotong.
Ada kaki-kaki yang tidak berdaya menapak dengan sendiri tanpa bantuan, ada yang sudah tidak berdaya menyapu losyen, untuk menyental daki serta .menyapu bedak.".
Logik Akal;
Seorang ibu, jika dibandingkan dengan seorang anak, menjaga anak adalah jaminan masa depan, kerana anak akan membalas serta menjaga ibubapanya semula. Dari segi umur, Ibu akan meninggal lebih dulu dari seorang anak/cucu. Oleh itu lebih pentingkan menjaga anak dari ibu ??? (provokasi sikit).
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" (Surah Ibrahim : Ayat 41).
Hadis Anas bin Malik r.a:
Nabi s.a.w pernah menceritakan tentang dosa-dosa besar. Baginda bersabda: "Menyekutukan Allah, mengherdik kedua-dua ibu-bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu"
-berapa kali sehari sebulan bertanya khabar tentang kesihatan seorang ibu?, bila lokasi antara anak dan ibu berjauhan. Telefon.
-berapa kali mendengar cerita dan gelak dari seorang ibu.
-berapa banyak persoalan dendam/menyalahkan terhadap ibu, dengan pertanyaan kenapa ibu tidak memberikan ajaran pembelajaran tentang agama semasa kecil? kenapa itu dan kenapa ini.
-Menugaskan ibu untuk menjaga cucunya, di manakah ruangmasa ibu untuk beramal sesuai dengan tahap umur, menghabiskan sisa-sisanya ke masjid. Tiadakah masa untuk berfikir memberi ruang rehat kepada seorang ibu??. seorang cucu sebagai peneman kesunyian hingga menjaga cucu sampai ketahap meletihkan adalah dua situasi yang berbeza.
Selamat menziarahi insan yang bernama IBU pada hari lebaran jika ada masa terluang.
Saat paling sebaksendu ketika menziarahi Ibu.
"Si A tak balik ker?".Tanya Ibu. Ibu akan bertanya dan menyebut satu persatu nama anaknya. Jika anaknya lelaki??.Kuasa di tangan lelaki untuk menziarahi ibu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Koleksi dialek Kelantan;
Tak song=tak sesuai
"awak ni tak 'song' langsung pakai baju batik pergi ke disko."
Sabik=patut
" OOo..' sabik' pun awak bersedih, pakwer dah lari, eerkk"
Hanak=bersopan/berbudibahasa/hormat
a. "Anak gadis apa laa, malu merosakkan majlis tiada 'hanak' langsung"
b. " Kita perlu 'hanak' kepada orang tua"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ri ni;
--13/09: Tiada kematian baru akibat H1N1 sehingga pagi tadi, 231 kes baru didaftarkan menjadikan semua 1048, tapi hanya 255 positif dgn 42 dlm ICU.
Saturday, September 12, 2009
Ketat
Layari selepas bulan puasa
Salah satu Blog kurang sopan.
http://my-steam.blogspot.com/
* nilaikan siapa yang membuka RUANG untuk difitnah?
Salah satu Blog kurang sopan.
http://my-steam.blogspot.com/
* nilaikan siapa yang membuka RUANG untuk difitnah?
Friday, September 11, 2009
Bila lelaki membebel
Pagi hari, pada bulan puasa. Setelah pulang bertarawih. Sebelum itu lepak mengeteh sampai kul 1 am.
'ni ni saper letak sini, kuih dah basi, kenapa tak dimasukkan ke frezze'
'OOni lagi satu,dah tau tak nak makan banyak, kenapa letak sini' membazi,dah basi'
'siang hari semangat membedal tinggi, mata besar2, beli banyak-banyak, bila tiba berbuka tersadai,'
'saper nak habiskan ni?? membazir membazirrr..'
'Kak Chik, 0 kak ngah, ooooo mama dia...'
'ehmm oohh mereka sedang nyenyak tidur. Lupa.'
TARIK Nafas sang lelaki. rehat sekejap.
'tu tu, sepinggan gulai, dah basi, tinggal jer atas meja, lepas makan' terus lepak'
'banyaknya pinggan mangkuk bersusun-susun dalam sink'
'amboi banyaknya nasi, menjadi nasi kering..nasi semalam tiada siapa nak habiskan bila dihangatkan, mmm siang esok, kena jemur lagi, sambil niat sedekah kepada binatang yang ada sayap, kalo cuci seorang satu kan elok'
'..yang AKU pulak membebel buat apa, bila tolong kenalah secara ikhlas, yang balik pepagi buta melepak restoren tu buat apa?..ye tak ye'. Dalam hati.
zuuushhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..gedePONNNNNNnn..POMMMMMMMMMM..PONNmm
'OIT kurang ajar punya mercun, terkejut, orang nak tidur, jiran nak bertadarus, baca AlQuran, yang kau, mercun memekak, bising menggangu jiran, dah la besar panjang bunyi pulak kuat'
kalu esok raya tu kira ok la..ini tidak, baru sepuluh terakhir HISH.'.
'..mesti mahal, kalau satu batang RM3? sepagi 5 batang? itu yang besar belum kira yang kecil, fuyooo kaya, banyak wang tu,'. Dalam hati
Oppss maaf saudara jiran-jiranku bukan mengata awak semua, bukan tuduh dapat free,(jiran sebelah kiri anggota polis, jiran sebelah kanan anggota kastam), tak elok menuduh bulan-puasa'
'kalo mercun tu berpaling tadah sesekali kan elok, belum naik ke atas sebaliknya, terbang hinggap ke atas kereta ayahnya. HUUH.'
Kumat-kumit.
Mendekati pembebelan seorang lelaki hanya pada bulan puasa, kerana makanan yang banyak dibeli dan akan terbuang, bila dimasukkan ke dalam freeze.Terasa, kurang fresh, padahal kuihmuih yang dibeli dari kedai belum tentu dibuat pada hari yang sama?
***
Ri ni:
++ 11/09: Dua maut pesawat ringan terhempas ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
++ 11/09: Inkues Teoh Beng Hock ditangguh Khamis depan bg memberi peluang SPRM mdapatkan laporan perubatan dan meneliti gambar kecederaan suspek T Sivanesan.
++11/9: PNB rancang laksana projek pembangunan bercampur di k'san 7.2ha dekat Stadium Merdeka dan Stadium Negara tahun depan.
++11/09: Bekas CEO dan Setiausaha PUNB diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen KL atas tuduhan memalsukan sijil bon RM19 bilion sembilan tahun lalu

Thursday, September 10, 2009
Penguasa
Penguasa perihatin
Mengasingkan antara pelawat dan pembaca lelaki dengan perempuan.
Rakyat dan pengunjung hanya menuruti arahan.
Positif
Sekurang-kurangnya tiada adegan merayap atau berbisik-bisik.
Mengurangkan fitnah
Soal ke mana selepas keluar dari membuat rujukan itu soal dalam diri.
Lokasi Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan.

Kuliah Jumaat
Kuliah pada pagi Jumaat
Lokasi Bandar Kota Bharu
Positifnya;
...dapat mendengar pesanan dan nasihat, soal masuk telinga kanan keluar telinga kiri, itu soal lain.Jika ..
...ingin mengambil kesempatan melencong ke tempat lain,selepas mendengar cermah itu adalah sifat individu.
...memberi ruang hilangkan tension surirumahkeluar ke bandar sambil membeli-belah
...meransang ekonomi peniaga kain dan lain-lain.
...penggunaan minyak petrol, bertambah pada hari Jumaat
..Flyer boleh diedar, samada iklan makanan atau siaran ceramah yang berikutnya
negatifnya
bila bunyi bising suara anak-anak dan peniaga, di mana khusuknya.???
pilihan kepada positif menolak negatif
kelemahan INSAN manusia biasa.
'cermin diri' tersedar muka tak licin

Juadah Orang Kampung
Salahsatu juadah orang kampung
untuk berbuka
Air Tuak/nira kelapa
masam-masam manis
enak jika tulen tanpa dicampur air
atau yang kurang dicampur kulit kayu
Nasi Kerabu
antara
Pelengkapnya
solok ikan atau solok lada
Tumis masam pedas sikit manis
ditambah dengan
daging bakar/ayam bakar
ikan celup tepung
budu
jeruk bawang putih
telor masin/asin dan
keropok
untuk berbuka
Air Tuak/nira kelapa
masam-masam manis
enak jika tulen tanpa dicampur air
atau yang kurang dicampur kulit kayu
Nasi Kerabu
antara
Pelengkapnya
solok ikan atau solok lada
Tumis masam pedas sikit manis
ditambah dengan
daging bakar/ayam bakar
ikan celup tepung
budu
jeruk bawang putih
telor masin/asin dan
keropok
Wednesday, September 09, 2009
Begitu Begini
....cari KUTU buat Bini
gambar/video yang boleh merosakkan negara, boleh merosakkan akidah rakyat.
Secara logiknya Malaysia tidak boleh dilabelkan sebagai pentenak lembu..
Blog yang boleh meruntuhkan negara
Blog yang di kunjungi oleh ramai peminat, samada peminat matang, separang matang atau remaja.?????
Blog ajaran sesat hanya dikunjungi oleh segolongan pengikut.
anak seorang Politik boleh jadi peminat Blog GAY/Lesbian dan lucah (termasuk orang poltik sendiri). Cari sendiri jika nak. Gambar dan video. Gambar aiskrim atau Lolipop. Logiknya Blog Lucah dibiarkan supaya memberikan tanggapan kepada dunia luar bahawasanya Malaysia juga menternak GAY, songsang tarikan pelawat.
Golongan Gay?lesbian belum tentu beminat politik.
CELARU dalam memilih kepentingan.
mana satu kes yang boleh menggugat kepada warga Malaysia .

Tuesday, September 08, 2009
Terkedu dan Terkesima
Terima kasih
rasa rendah diri nak jadi tinggi diri pulak..
terkejut bila menjadi bahan bacaan Sdr Mazidul..berat juga.macam nak pikul kereta.
sekadar scene dan gambar kritik sosial pada asalnya,
yang dhaif dari segi Grafik (memang MALAS bab ni)
terimalah kekurangan fakta atau kelemahan nilai sesebuah paparan gambar di dalamnya.
atau terLAZER dari segi kehidupan sebagai renungan dan tenungan insan biasa dari saya.
Terima kasih, terima kasih..dan terima kasih.
Nota; peristiwa
8/9 : Bekas MB Kelantan Tan Sri Mohammed Yaakub meninggal dunia akibat barah paru-paru di Pusat Perubatan Pantai pada 5.50 pagi ini ..Alfatihah

Semangat Merdeka
Padang Bola, Tengah hari
Abang: MER.....dekaaaaaa..merdekaaa..merdekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkAAAAaaaaa
Adik: Merdeka ..deka dekaaaaaaaa..dekaaaaa..
Abang: MerdekaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaa
merdekaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...merdeka
Rumah, Petang
Abang: Makkkk mak..nak air oreng
Adik: maaaaaaaaaaaaaaaaakkk nak teh ais..
Mak: baguzzz baguzz, anak2 mak..
melalak tengah panass dalam bulan puasa pulak
..balik rumah minta air dari mak (bukan isteri).ooo..ooo
OOO.OOOO..buat lagi..esok ..
oo meh sini nak bagi air panas, panazz..
* ralat :
tiada kena mengena dengan Perarakan/perhimpunan HALAL..
Abang: MER.....dekaaaaaa..merdekaaa..merdekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkAAAAaaaaa
Adik: Merdeka ..deka dekaaaaaaaa..dekaaaaa..
Abang: MerdekaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaa
merdekaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...merdeka
Rumah, Petang
Abang: Makkkk mak..nak air oreng
Adik: maaaaaaaaaaaaaaaaakkk nak teh ais..
Mak: baguzzz baguzz, anak2 mak..
melalak tengah panass dalam bulan puasa pulak
..balik rumah minta air dari mak (bukan isteri).ooo..ooo
OOO.OOOO..buat lagi..esok ..
oo meh sini nak bagi air panas, panazz..
*
Jualan Murah Potongan Istimewa
Harga sebenar semua musim adalah RM220.00 (harga ASAL)
Harga Musim perayaan atau tahun baru Januari
Harga AsalRM300.00 (RM TIGA RATUS RINGGIT SAHAJA)
TERBARU selepas LESS % %% Harga Tawaran RM260.00
Cepat selagi STOK masih ada
* Sebuah pengalaman yang Tak TIPU. dari pelajaran menipu
Harga Musim perayaan atau tahun baru Januari
Harga Asal
TERBARU selepas LESS % %% Harga Tawaran RM260.00
Cepat selagi STOK masih ada
* Sebuah pengalaman yang Tak TIPU. dari pelajaran menipu
Friday, August 28, 2009
Cobaan
Bila keluar ternampak
dugaaan cubaan
kalau boleh jadi bos elok duduk dalam pejabat tak perlu menahan mata.
dugaaan cubaan
kalau boleh jadi bos elok duduk dalam pejabat tak perlu menahan mata.
Thursday, August 27, 2009
Peluh
Kisah sempena Ramadhan.
Terasa bertuah, bila ternampak seorang pekerja sedang mengangkat tong-tong gas dari stor ke dalam Van.
Pukul 2 pm, mentari panas terik terpancar masih terkena ke arah tubuhnya walaupun sedikit terlindung oleh bumbung stor.
Baju T nya basah, bila dihampiri, kelihatan peluh menitik dari dahi, mengalir turun ke pipi dan dagu, sekali pandang ke arah mukanya, seakan baru lepas disimbah air. Peluh di leher sahaja, cukup dengan sehelai tuala 'selamat pagi'.
Bila ditanya, Ia masih berpuasa.

Friday, August 21, 2009
PERCAYA
Dalam satu perhimpunan Politik.
Selepas selesai seorang Bos, memantau hasil jualannya.
Bos: Ramai pengunjung?
Selepas selesai seorang Bos, memantau hasil jualannya.
Bos: Ramai pengunjung?
Pekerja: tak ramai dalam 1 ribu saja, barangan kurang laku.
Keesokan harinya.
Bos: Semalam u bagi tau pengunjung tak ramai?, yang datang ke situ? Hari ini surakhabar
Keesokan harinya.
Bos: Semalam u bagi tau pengunjung tak ramai?, yang datang ke situ? Hari ini surakhabar
memberi data 20 ribu orang.
Pekerja: Ooh yer kerr, betul kerr? bos nak percaya saya atau nak percaya Suratkhabar?
Moralnya bila memdengar cerita dari akhbar, amat kurang cerdik walaupun bergelar Dr. maupun Profesor atau Dato'.
Wajar bertanya sendiri dari orang yang datang atau yang betul betul terlibat dari hati ke hati sebelum MEMBIDAS.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)

![[bantahan.gif]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCmYamggiu0zXqrlNo2vcpObIkLvnPbzAPMl1t4mLSIFLVHCNeGhSUYmQVm_77ZemVQQr0HmP4WtZBZCH8LZ1sq9D85H2qL150A3jnebBmIN8GqbSzZsI5wiz290QqbD7SNmM9NVHWUdBt/s1600/bantahan.gif)