Kenangan yang paling mahal adalah peristwa pada hari raya aidil fitri. Semasa berkumandang azan dan takbir raya, masih di Lapangan Terbang subang. Sesak dengan jemaah yang baru pulang umrah dari Mekah.
Mana boleh beraya di rantau, tidak pernah mengalaminya. Berlepas pada jam 11.am ke K.Bharu. Selepas jumpa ayahbonda serta saudara terdekat, sebelah malamnya berlepas semula ke Kuala Lumpur.
Semuanya berlaku, semasa dalam bertugas. Ponteng. Seragam kerja dimasukkan kedalam bag kecil. Pager di 'Off'kan, bila tiba di Lapangan Terbang Subang.
Debaran kecut jantung, kali pertama, berada dalam penerbangan beserta dengan resah kerana ponteng kerja.Hilang berbaur dengan semangat beraya di kampung.
Pager di'On' kembali semasa mendarat a di Subang, pada sebelah malamnya.Tukar pakaian seragam, meneruskan kerja.
Itulah satu perbuatan yang pertama dan terakhir menyalahi etika kerja, nasib baik tidak ditangkap dan tiada panggilan 'pager', semasa ponteng. Syukur.Taubat bukan taubuat.
Setelah dicongak dan dihitung, kos balik beraya berbaloi dengan claim elauan serta 'tripplepay' selama 2 hari( 48 jam) 'Stanby'.
Dilarang meniru adegan tersebut. Dosa, masih sempat lagi baca 'Bismillah...' tika melangkah naik kapalterbang.( buat kerja tak baik pun masih ingat ILLAHI ), Berpeloh gementar dalam hawa dingin. Ada penumpang berbisik dan memuncung bibir ke arah 'lovebite' di leher Pramugari, (apa itu lovebite?apa pulak pakai bunga di leher..tak faham, tak kenal dan tak boleh bayangfikir)
Kini sudah ada KLIA dan balai berlepas di Kota Bharu (LTSIP) telah pun bertukar wajah.
**************
Ri ni;
--15/9: Lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia kini boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA, kata TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kamus lisan dialek Kelantan.
* Kawan = GU,
Ok kawan (Gu)
* kenapa = bakpo
.Kenapa (bakpo ) awak ponteng?
* Sengaja = sengelin
Dia sengaja (sengelin ) tayang aiskerim depan budak kecil.
* Mencuri = mengetek
Remaja itu suka mencuri (mengetek) jambu
* sengoti=sungguh/benar /betul
...yang dia cerita itu adalah benar (segoti), kena percaya.
*nappar tawar=penampar
Sebiji penampar(nappar tawar) hinggap di muka anak gadisnya, selepas pulang dari dating
.
*kedekut =(klorek) hangit
Hj Bakhil kedekut( klorek hangit) macam dalam cerita P.ramlee
*aye summbak= masuk air
Telinga budak itu masuk air (sumbak aye)
*masjid=se'jid=semejid
di sesetengah daerah menggunakan se'jid, manakala daerah lain semejid
Masjid telah pun siap didirikan di bandar itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~









.jpg)
.jpg)








![[bantahan.gif]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCmYamggiu0zXqrlNo2vcpObIkLvnPbzAPMl1t4mLSIFLVHCNeGhSUYmQVm_77ZemVQQr0HmP4WtZBZCH8LZ1sq9D85H2qL150A3jnebBmIN8GqbSzZsI5wiz290QqbD7SNmM9NVHWUdBt/s1600/bantahan.gif)



.jpg)
.jpg)

.jpg)