Pages

Monday, March 29, 2010

Perniagaan di Lorong Gelap

 Antara salah satu  lorong gelap dalam Bandar Kota Bharu.
Berdepan dengan KB Mall terdapat sebuah kedai Roti/kek.

" Bang, nak  yang mana?," tanya seorang jejaka gempal.

Seorang gadis, dalam sinar cahaya dari sebuah kedai bersebelahan, sedang bergaya manja.
Seminit kemudian, disambar oleh sebuah kereta  hilang entah ke mana.
Bila sejuk


Kamus Dialek mini

Gode          = pukul
Gaha daki  = gosok daki
sebe            = malap
geletah       = gatal/gedik

Saturday, March 27, 2010

Jom Heboh, di Kota Bharu.

Jom Heboh mendarat di Kota Bahru. (dari sudut watak yang tiada peluang perniagaan besar atau kecil maupun booth pameran)

Antara tawar menawar;

~ ~~remaja-remaja boleh datang selepas HALAQAH, ada konsert.
~~ Ibu Bapa boleh datang awal, Halaqah bermula selepas maghrib.
~~~Peminat kereta dan pameran boleh datang pada siang hari, selesa bersama-sama anak yang inginkan maklumat perniagaan serta belian.

Sesiapa yang ingin ke tandas sila jangan berebur-rebut, ikut giliran.

~~Ada surau dalam jarak 200 meter.

!!! Kenderaan besar sila beri laluan kepada kenderaan kecil.
~~ sila parking mengikut arahan, ada jalan-jalan yang ditutup JANGAN MASUK..

ada sesiapa yang dengar, ada sesiapa yang boleh membahagikan antara hiburan dan pengetahuan???

Makanan dan minuman boleh dinaikkan sebab orang ramai, permintaan melebihi penawaran, tangan kaki tak cukup.

Peraturan perlu diikuti supaya boleh membezakan antara minyak (ehsan) dengan air tidak bercampur,
 jika hujan turun...walaupun musim panas...

* agak sesuai juga konsert dibuat sebelah Hospital (300meter), bila cedera atau  pitam maupun  pengsan terus singgah ke Wad.

cuma jika ada KUBUR yang berdekatan lagi elok.(selepas berdekatan bilik mayat ada pulak KUBUR ???

SISIPAN


terima kasih Sdr Idan,
kalau boleh nak berwarna (adat insan nak peha selepas diberi betis)


Kamus Dialek mini:

kenalin         = gementar/gugup
sikir              = ngilu (semasa memamah)
buat bghona = buat hal

Wednesday, March 24, 2010

Di Simpang-Simpang Jalan (DSSJ)

Spontan.
Bila ternampak seekor burung bertenggek, teringat kepada Wartawan tahun 70an arwah Pak Sako.




Penulis Pojok yang memberi nasihat, bukannya membodek dan bercerita soal hiburan serta mengkritik sampai kepada peribadi Dj / juruhebah yang bukan dalam dunia hiburan.



~~ banyak saham bila mengadu domba perbalahan  menantu dengan mertua..Semua MALU..adab sopan kemelayuan terhakis.


~ ada sesiapa yang pernah di temuramah oleh wartawan (bukan semua) samada majalah hiburan/rencana atau suratkhabar??

elok pasang TAPE supaya senang nak saman, janji lain yang ditanya lain, yang keluar rencana lain. Reka sendiri ayat menambah.Hati -hati bila Wartawan berJANJI nak edit semula temuramah, nak telefon balik.

MUNAFIK dalam kerjaya.Elok sumpah jadi TIKUS jerr

ALASAN cekadaknya adalah Bos kata tak sesuai, Editor tak lulus, Bla- bala...blaa..

Tuesday, March 23, 2010

Dedalu.

Sudah suratan memang hidup menumpang,  ditumbuhkan di ranting orang lain.
Memula kecil lama kelamaan dahannya lebih besar dari ranting tempat asal bertapak.
Lebih tinggi dari tanah.




~ KekuasaanNYA, jika  ada insan yang dijadikan tanpa air mani, boleh dijadikan, inikan pula hidup menumpang.
Perkara mudah bagiNYA untuk melahirka, menaikkan  atau melenyapkan nama dalam sekelip mata.



~~sisipan~~


*Mentadak Mentadu sedang bertapa*

Saturday, March 20, 2010

Pagi Ujung Minggu

~Gambar ihsan~

Syukur
Celah-celah kota.
Pada saat insan lain enak berselimut sejuk subuh pagi minggu, masih ada golongan insan yang sedia mengHAMBAKAN diri belajar.


Iman: Sila buka muka surat 300, surah ****, ayat ****

..ihsan..

Moga-moga mendapat hidayah dan kekal iman sampai ke akhir hayat.
Zaman kini bukan susah hendak belajar secara percuma.

Thursday, March 18, 2010

Fitnah

Gambar ini tak laku untuk dijual, kerana  kosong.

Tak laku dijual untuk dibuat fitnah atau mengata.
Mengata sambil lalu-lalang dan tepi jalan.oleh orang dari mata turun ke mulut.

Orang tiada akan mengata jika ;

~~bergedik secara normal walaupun tempat awam.
~dalam gelap


Orang akan mengata jika;
 bergedik secara abnormal di tempat awam


nota: bergedik dengan suami??
         bergedik dengan jantan??

Wednesday, March 17, 2010

Manis, Memang Manis

Kuih muih yang manis
Sesekali bila balik ke Kelantan, terjumpa makanan manis terasa 'magnet' untuk merasanya.

Buah Tanjung

Apapun kena seimbang dengan makanan lain yang pahit-pahit seperti pucuk serai kayu di dalam Nasi dagang, ulam Beko, ulam kerdas, pucuk ubi kayu, pucuk gajus, pucuk putat, petai hijau/muda dimamah berserta dengan kulitnya, jering semai (relung) yang melekit bila ke tandas dan lain-lain.

Juga jering rebus dicicah dengan kelapa parut.Rasa manis -manis pahit serta maung.

Merasai kemanisan serta rasa kelat-kelat air nira(tuak) kelapa.

Jika diseimbangkan dengan MCD dan KFC alamak berbaur rojak Melayu dan Mat saleh, penyakit akan merebak.

Sunday, March 14, 2010

Memaksimakan Dakwat

Memilih Printer untuk kegunaan rumah bagi golongan sederhana.(injet)

Pilihlah printer yag mempunyai dua kotak dakwat.Warna dan hitamputih.Bila dakwat hitam sudah habis.
Untuk kegunaan dummy, kotak/tabung hitam boleh dicabut bila sudah kosong. Dengan satu tabung berwarna.
Cetakan agak kabur masih kelihatan kerana memaksimakan campuran dakwat berwarna menjadi Grey.


Nota: teknik ini tak sesuai bagi mereka yang mempunyai hobi membuat cetakan printer pejabat untuk kegunaan peribadi, rumah dan kerja rumah anak-anak.
~~"Hasil mahsul cukai negara"~~

Saturday, March 13, 2010

Memang Sah Balik Kerja Letih Sangat

 Tiba di rumah. Buka stokin,terus lempar ke atas meja.







Lebih kepada HABITAT sejak kecil yang tak akan berubah sampai ke TUA.

Friday, March 12, 2010

Uniq

Kreatif dalam menarik Pelanggan.
Adakah tanda nombor meja di sini satu-satunya di Malaysia.???



Di perbuat dari besi keras,berdiri di atas meja hidangan.
Susah nak patah bila terjatuh, setinggi +- 6 in.

Monday, March 08, 2010

Silap Di mata, Salah Di Minda

Berekoran sebuah kenangan dek kerana kekolotan diri, suatu waktu dulu.

...kerana Keletihan mencari lokasi rehat, selepas letih dari  perjalanan yang panjang..di sini?.."



oh..ini rupanya bilik "berehat" yang dimaksudkan.

Nota:  ~~nawaitu buka Blog bukan nak mengaIBKAN sesama insan.
~~~juga bukan nawaitu menyerang satu atau dua insan,,(EX bos EX suami EX isteri,ex kekasih ) kalau nak serang mereka , elok upah simbah cat ke sasaran tersebut, berbaloi), bukannya dengan cara buka blog bercerita secara LUTSINAR tentang KEMALUA* (berkenaan sifat yang memalukan insan lain, walaupun ini rumah saya, tetapi tetap dalam rumah yang LUTSINAR, bukannya LEGAP orang tak nampak, tika melewatinya, sekurang-kurangnya menjeling tubuh-tubuh yang berbaring di dalamnya.




Sunday, February 28, 2010

Susah juga menjaga kanak-kanak supaya jangan bising di Masjid





harapnya kes ini bukan berlaku di Malaysia. Bising semasa khutbah Jumaat (termasuk segelintir  orang dewasa)

kenapa  di  setengah-tengah  surau/masjid ada meletakkan tanda 'partition' untuk kanak-kanak???manakala setengah surau yang lain tiada???...
anggap saja soal masa, peruntukan atau kekurangan kakitangan.

Friday, February 26, 2010

Maulidurrasul

as-Salam

raikan junjungan Rasul dengan rasa positif
hindarkan kata2 BIDAAH

umat Islam kini jauh dari zaman dulu, yang tebal iman

dengan adanya perarakan menunjukkan kita memberi penghormatan mengingati apa yang ditinggalkannya  atau apa yang disampaikan beliau.

NOTA:

Apa ertinya Liberal dalam kehidupan, separuh separuh lama-lama jadi penuh

Tuesday, February 23, 2010

Cacat

Saya hanya CACAT ketika berada di luar;
mengaku cacat semasa di-:

~~~~ kawasan letak kereta awam
~~~~dalam komuter Lrt dan kenderaan Awam



ketika di rumah saya normal.

Thursday, February 18, 2010

Ini Kucing; bukan KATAK

 Kucing tidak makan KATAK
Geli.

Perumpamaan yang hampir sama tapi tak tepat bagi pelompat Partai adalah;

~~~Masih menggunakan  nama bekas isteri dalam bisnescardnya
~~~masih menduduki rumah tertera nama bekas isterinya
~~~masih menduduki tanah nama pemilik asal isterinya
~~~masih menggunakan kereta bekas isterinya
~~~ menggunakan pejabat yang berada di Wisma bekas isterinya tanpa bayar sewa.

* pandangan dari sudut Sosial dan peradaban, bukannya dari sudut Agama
tak tau pulak jika politik mengHALALKAN cara 'kepondangan' dalam mencapai matlamat perjuangan atau prinsip diri.
Agaknya.

Monday, February 15, 2010

Meditasi, Metafora serta deria kelima atau Langit ketujuh

Sebagai umat Islam wajar membezakan antara amalan berunsur Islam atau tidak
Semasa mengangkat TAKBIR ( yang ada wuduk) SANG SETAN masih boleh memasuki minda inikan pula suasana sunyi seorang diri mencari deria kelima atau keenam??

Mempercayai beberapa peratus info dari deria rasa ke 5 secara Islam.
Hati-hati antara bisikan setan.

Kongsi:
Teh O, untuk kesihatan resepi sendiri (DIY)
-- penawar buah pinggang
* Bunga cengkih dimasukkan bersama air panas.


Friday, February 12, 2010

CNY

selamat menyambut kepada yang meraikannya..
kepada salahsatu bangsa 1Malaysia

raikan dengan berhemah serta berdisiplin asalkan jangan tinggalkan HUKUM

Tuesday, February 09, 2010

MALU

Dalam perjalanan ini tetiba "AKU ' terjumpa cetakan JUZ Al-Quran pada PVC..di sebuah masjid.

nota:
anggaplah AKU adalah ANON yang malu nak ngaku (nanti besar malu)jarang jarang singgah masjid.

~~sememangnya penulis tak pernah membahasakan ayat AKU kecuali kepada insan yang sebantal atau makhluk yang se hampir diujung uratleher/mereh..~~~

Friday, February 05, 2010

Kerja Satu Ibadah

Kerja dan kerja,di mana jua


putih biru dan hijau



Banyak tanah, selagi ada ruang,selagi belum runtuh


Titian di SINI, bagaimana di SANA???


as-salammm kyusuk nampak...

Wednesday, January 27, 2010

Kenapa Tidak Dulu???



~~~~Kenapa kita tak jumpa dari dulu?
~~kenapa semasa muda kita tidak ditakdirkan bertemu ,tak la jadi skandel macam ni?kan senang diurus??


~~kenapa  kini baru sedar minat nak belajar?
~~~kenapa semasa senang, tak pernah jumpa idea perniagaan sebegini, kenapa lewat?

~kenapa tak dulu, tapi kini, baru bertemu ??
~~kenapa, billa saya sakit baru nyesal?

~~~kenapa baru kini datang projek sebegini, tika kudrat dah luntur??

~~kenapa bila saya dah TUA baru buat dosa (terbalik)?? kenapa tak meninggal awal??
~~~kenapa semasa muda, saya tak pernah terfikir, kenapa lewat???

~~kenapa pembalasan tiba semasa tubuh dan tenaga sedang lemah???

)))DIA yang MAHA Mengetahui(((((

*watak kita dan saya adalah watak pelakon pembantu




Tuesday, January 19, 2010

Ayat Berlapik dalam Kehidupan

Antara ayat berlapi adalah

--InsYallah
--bukan semua
--Tapi
--tetap ada kekecualiannya
--segelintir

kegelojohan tentang dakwaan fakta akan nampak longgar dari segi Islamik terutamanya semasa membaca dan menulis teks bila tiada sandaran ayat 'kekecualiannya.', terutama jika ayat itu keluar dari selebriti dan glemer atau ada level akademik.

sememangnya insan bukan maksum.Sedar. Sedar. bukan perfect. Oleh itu tidak akan terlepas dari silap.


sketsa;

bila menyebut bersemangat ingin mengubah ke arah satu malaysia., sifat  tauladan. satu Rumah.
Satu Malaysia kita berceramah kepada peserta supaya menjaga keluarga di rumah terlebih dahulu, jika ingin membawa kemajuan kepada orang luar??.

Nampak ayat perfect..
Apakah mesti keluarga kita mesti telah bahagia terlebih dahulu, baharu ingin memberi bantuan kepada orang luar??

Kenapa Nabi Nuh perfect ker dalam mendidik anak??
Nabi Lut perfect ker dalam mendidik isteri??

Sambil memberikan gambaran Maksum terhadap Nabi Rasul S.AW.(Penghulu Rasul)

moralnya berusaha dengan sertakan ayat berlapik sambil semangat berusaha dengan TIP-tip yang berkobar2.

--segelintir gagal..
-bukan semua berjaya

Ada usaha yang tak berjaya..
selepas doa dan usaha..

Sunday, January 17, 2010

Kerusi

Pentingnya kerusi lambang 'kemesraan'

tika minum memilih kerusi cantik

duduk berehat, kerusi antik
mendengar ceramah, minat kerusi rotan atau kerusi nyatoh, di depan
kerusi pelastik, dibelakang

di pejabat kerusi berpusing


Bersyukur

Syukur Al-HamdulliLAH

bila parking kereta, tiada kena saman.
bila kunci motor, selepas makan tengahari tiada siapa yang berminat mencurinya.
bila pulang dari kerja,, rumah tidak diceroboh pencuri.
sepanjang perjalanan memandu tiada berlaku kerosakan enjin seperti panas dan pancit.

tak terfikir untuk mengucap syukur kerana itu adalah ' kebiasaan'


tetapi bila;

menyumpah bila kereta hilang, selepas ke tempat parking.
motor ghaib selepas sarapan., membebel
tiba di rumah, di dapati barang-barang bertaburan, banyak harta lesap.sayu dalam geram
break jam, tayar pancit aircond rosak, keluhan dalam dugaan.cobaan.



hujan turun membebel, panas membara mengeluh..

Thursday, January 14, 2010

Singgahlah Di Pekan Jitra; Makanan Dan Minuman Yang Murah


Lokasi  Banjaran Titiwangsa melepasi Tasik Banding, Perak
(SNAP) Spontan dari kereta yang sedang bergerak ke arah sebuah kenderan di hadapan

Sebelum itu terdapat seekor sang gajah berehat di pinggir jalan antara celahan pokok besar.

Hadapan

Masjid Al-Mustaqim Jitra,
 Kedah





Positifnya, bila singgah mandi dan bersolat beriman di sesebuah masjid ketika dalam perjalanan.
Soal mandi dan air, boleh sedekahkan dengan nilai yang sama, jika di KLSentral harga bayaran mandi adalah minima RM15.00 , apasalahnya bersedekah sebanyak nilai yang sama.
Dapat mengenali khariah  sesebuah masjid.(berbanding sewa hotel atau bajet).

Makanan dan minuman di bandar Jitra lebih murah, berbanding dengan bandar Kota Bharu, Kelantan.

Friday, January 08, 2010

Bubur Asyura versi Kelantan; Suatu Perjalanan






Selepas 2jam
 Beras 3gantang (9KG) + 2 Kg Kacang
Ditanak jeram pada 5am.



sedia untuk dimasuk kawah



5 jam berlalu



Aroma bawang menusuk hidung




dulu-dulu tiada Polistrin









                                   

Selesai setelah lebih 8 jam.,hasilnya pekat dan hitammanis



Nota:
kejadian lemas di Sg Kelantan..???

Thursday, January 07, 2010

Musim Ini


Orang bersedekah kita merasa
Hendaknya menerima seikhlas mungkin, tanpa sangsi serta buruk sangka, samada dibeli di Mekah, Madinah atau dalam negeri sendiri.
~~~~~~~~~~~~~~~~***~~~~~~~~~~~~~~~~
tempelan:
Follow atau budaya

"Orang belajar cara wukuf, kita belajar berwukuf.
orang menunaikan umrah kita tunai,(DUIT gua woo)
orang tunai haji kita tunai haji (lebih baik tunai haji daripada tak pernah tunai langsng)
orang memancing kita pergi memancing
orang berdangdut, kita ikut berdangdut..(ikut aku, duit aku)"
orang buka karaOke, saya jadi penaja.
tahun depangggggggg, boleh ke sana lagi, (ikut aku wang belanja aku)"---yang penting diriku rasa nak muda semula.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kamus Dialek mini:

Gelecah= tak bertegur sapa/berbalah
ghapik=rapat (hubungan)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, January 05, 2010

Petir Oh Petir, Oh Api



Jika ada yang berkuasa dan mulut masin, sumpahlah yang terlibat, supaya terkena petir, jika tidak, kutuk dengan jari jer..
mereka berminat main API dan petir..


Nota: jangan jual no K/P anda.

Monday, January 04, 2010

Angkuhnya Insan Itu

Dalam perjalanan mengisi ilmu  anak-anak.
Bila dalam diri bercambah sifat sombong dan angkuh ke mana letak, ke mana pergi akan terserlah sifat buruk .

"..Pengetua 'DG' berapa, Aku "M' berapa?...sapa besar."

mungkin sampai pencen akan terbawa sikap sombong, siapa dia dan siapa aku.

'' eerk lehk kumpulan sokongan..kena dengar cakap saya'


keluar, masuk dan 'parking dalam sesebuah sekolah, harus menghormati langit dijunjung.



gambar hiasan; curi dari MMS Tuan Luckyct

Nota:
 Lain kali bila nak angkuhkan diri, serlahkan ke dalam suasana gelap atau dalam rumah sendiri ataupun bukan lokasi awam.