Pages

Sunday, February 28, 2010

Susah juga menjaga kanak-kanak supaya jangan bising di Masjid





harapnya kes ini bukan berlaku di Malaysia. Bising semasa khutbah Jumaat (termasuk segelintir  orang dewasa)

kenapa  di  setengah-tengah  surau/masjid ada meletakkan tanda 'partition' untuk kanak-kanak???manakala setengah surau yang lain tiada???...
anggap saja soal masa, peruntukan atau kekurangan kakitangan.

19 comments:

azieazah said...

Benar.. tidak mudah.
Jika ada partition atau papan tanda sekalipun, jika tiada kesedaran pun tak guna juga..

Ibu ayah atau penjaga yg bawa anak kecik, harus tahu di mana sepatutnya anak kecil itu tempat sesuai..

rosnanie said...

salam ZZ

memang anak2 kecil tak akan mengerti semua tu. Kdg2 jenuh juga kita warning tp masih mereka lakukan, apatah lagi jika ada kawan. Tapi cuba lah bayangkan jika kita tidak jinak2 kan mereka dengan masjid, agaknya dh besar mahu ke mereka ke sana. Sebenarnya tidak ada istilah mengganggu jika kedua2 anak2 dan org dewasa saling memahami antara satu sama lain

pernah terjadi pada kami sekeluarga di mana anak kedua masa tu masih kecil, lebih kurang 2 tahun. Kami singgah solat maghrib di sebuah masjid. Anak perempuan ikut saya, anak lelaki iktu ayahnya. Tp anak sy tu berlarian dlm masjid, dan memnjerit2 memanggil saya dan kakaknya - saja suka2. Hasilnya, suami kena sound dgn AJK masjid tersebut kerana dia claim anak sy mengganggu ketenteraman masjid. Entahlah, susah nak komen dlm hal ni... budak 2 tahun?

asilahmuhajer said...

setuju dengan rosnanie. hal macam ni memang susah nak dikomen.

sebagai ibu bapa, saya seboleh2nya nak membiasakan anak dengan masjid sejak kecil supaya masjid tu menjadi tempat yang dia suka.

tapi kalau kita memandang dari sudut pandangan AJK masjid plak, mesti kita anggap budak2 kecik ni akan ganggu ketenteraman masjid plak.

kalau budak kecik di letak dalam partition, kalau apa2 berlaku, sapa akan bertanggungjawab? sebagai mak bapak, khusyuk ke solat kita bila teringat apa anak buat?

confuse..confuse..

echah_syed said...

bukan masalah tak bole bawa anak ke masjid atau surau tp disiplin anak tu yg penting.

combi pun mengalami masalah yg sama...ada anak2 menjerit dan menangis ketika solat tarawih.hilang fokus sbb sakit telinga dibuatnye.

adehhh..pendapat combi takyah ler ibu2 yg beranak kecil dtg solat tarawih berjamaah kerana lebih afdal dilakukan dirumah sahaja.

bukan tak bole sbb waktu solat tarawih tu pnjg.tunggu sehingga anak2 tido then solat lah.betul tak?

echah_syed said...

setuju dgn azie..parent bole bergilir menjaga anak2 atau tunggu jer kat dlm kereta.

ada jugak anak2 yg main kejar mengejar dlm masjid beb.aku pernah tegur parent yg biarkan anak2 dorang dgn selamba badak jer :D

tanggung jawab kita lah kalau ada parent yg tak reti ajar anak to be manners kat tempat public mcm gitu...kan kan :)

azieazah said...

Fuhhhh... mujor COMBI tak soh ZZ saman aku plak sbb statement tuh.. hehehehe!

gelak golek-golek sambil tunggu HAZREY nak saman aku... hikhikhik!

ainShahajar said...

ada satu masjid tu.. 'kanak2 tidak boleh melalui kawasan ini'

macam kana2 tu musuh pulak.. tensen lak bace.

tak reti nak komen lebih. takde adik laki dan tak kawen lg

anak2 tu baik je.. alahai. Kalau tegur berhikmah. dgn kasih syg.. ikot kot.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Tak tahu sebab takde pengalaman ada anak dan bawa ke masjid. Tapi pengalaman sebagai orang yang menggunakan masjid vic leh bagi.

Kalau solat terawih di masjid, ada sesetengah jemaah membawa anak kecil. Jujurnya memang rasa terganggu sangat2. Kadang2 saya bertanya apa relevannya diorang bawa anak ke masjid? Nak memperkanalkan dunia masjid kepada anak2? Nak mengajar anak2 solat berjemaah? Masalahnya mana anak kowang? Di sebelah kamu ke? Ataupun dah lari bermain mercun atau kejar2?

Ni la masalahnya... at least biarlah anak tu dah pandai sikit. Dah boleh berfikir dan sudah tahu tanggung jawabnya barulah bawa ke masjid. Kang elok2 kita nak membuat perkara baik, jadi tak baik pula. Mendatangkan ketidak kusyuk kepada jemaah lain pun satu dosa.

Murni Alfathunnisa said...

Kalau ada partition atau signage sekali pun, boleh ke diikut? nak memantau pun perlukan kakitangan. Setuju ngan kak azie, parents la kena mainkan peranan.

iDAN said...

Ada ulama yang kata, anak kecil lelaki yang belum bersunat tak boleh bersentuhan dgn makmun ketika solat, ianya boleh merosakkan solat atau saf. Di arab sedari awal lahir bayi ini telah disunat.

Asa baiknya saf anak-anak ini diasingkan. Tapi bagaimana keselamatan mereka.

Bagi yang sabar tak kisah sangat mereka ini bingit sangat. Tapi memang terkadang kanak-kanak ini terlampau nakalnya ketika khutbah atau kita terawih.

Ibu ayah kenalah rajin nasihatkan anak-anak jangan ganggu orang solat. Lambat laun mereka faham & janganlah kerana masalah bising ini mereka jauh dari masjid atau surau.

eelobor said...

Setuju dgn pendapat utk memperkenalkan anak2 kecil kepada dunia masjid, biarlah anak tersebut sudah memiliki sifat "mumaiyyiz"

Cetusan said...

moralnya berebt2lah menjadi AJK masjid dan surau..

terutama yang ada TASKI ..sebab dapat yuran percuma..

berapa ramai AJK sesebuah Masjd dan surau??..

berapa banyak Masjid dan surau yang statik gerakan dan pembaharuan di selangor??..tahun lepas jamban rosak..

tahun lepas itu ini rosak, tetapi bila berkunjung pada tahun ini masalah yang sama masih ada..

siapa yang berani menegur orang dewasa yang berborak semasa khutbah..hanya petugas diutamakan, mengharapkan jentera sukarela?.

mizztraveller said...

Biasa la tu nama dah kanak2 mestilah bising dan active bermain .

elok juga bawa anak2 ke tempat beribadat ,agar mereka dapat mengenali dan membiasakan diri ke masjid .

kalau boleh sediakan satu bilik khas untu anak2 tersebut.

Cetusan said...

WInter,
apasalhnya melantk seorang AJK supaya kendali kanak2,
AJK sebuah masjid ramai, bukan setakat nak dapat AJK nak elaun saja, yang nampak wajah sedikit ahli AJK penuh A4 tertampal di dinding.

anyss said...

Kemeriahan kanak2 ni lebih ketara masa bulan Ramadhan...seronok berlari sampai kepala kita tengah sujud pun dilangkahnya ;)

Cetusan said...

Soalnya RAsul pun sayang kanak2,
di sini tugas orang dewasa...

kan elok para genstar duk jaga halehwal masjid lagi bagus.. sesiapa bercakap/bising dll cubit jer..
berbanding genstar di jalanan yg tak de faedah

Cetusan said...

bila kita diberi amanah, kita kena kreatif dalam merancang..bukan statik 3 tahun masih sama keluasan surau dan masjid dgn amalan lapok sistem dan lain-lain

iDAN said...

Saya pernah tenguk AJK masjid ini mengasari kanak-kanak sebab buat bising. Kasihanlah pula tenguk budak itu.

Bukannya apa, kanak-kanak ini kalau ada tempat lapang memang suka berlari, apatah lagi siap ada karpet berguling-gulinglah mereka!.

Macam rumah saya ini mana boleh berlari, kecik banget.

Cetusan said...

IDan,

AJK tu tiada budak mungkin atau hari2 tengok budak..jemu