Pages

Tuesday, February 09, 2010

MALU

Dalam perjalanan ini tetiba "AKU ' terjumpa cetakan JUZ Al-Quran pada PVC..di sebuah masjid.

nota:
anggaplah AKU adalah ANON yang malu nak ngaku (nanti besar malu)jarang jarang singgah masjid.

~~sememangnya penulis tak pernah membahasakan ayat AKU kecuali kepada insan yang sebantal atau makhluk yang se hampir diujung uratleher/mereh..~~~

13 comments:

azieazah said...

Saya pernah diberitahu oleh beberapa orang dari syarikat penerbitan, untuk menulis novel jangan gunakan aku bagi menceritakan plot kecuali dalam dialog.. harusnya menjadi orang kedua atau ketiga...

tapi ada novel yang menggunakan “aku” sebagai penulis serba boleh kerana boleh menjadi banyak watak dalam karyanya..

Apa komen U?

*Saya tetap gunakan AKU dalam tulisan saya yang berniat ditujukan kepada diri saya sendiri. Andai ada orang lain yang sudi membaca, itu dikira penghargaan..

myQza said...

aku tetap aku. suka sebut aku!

Anonymous said...

aku? saya? i?
merujuk kpd subjek utama iaitu yg empunya diri..

bahasa dr tuhan.empunya diri pun masih kepunyaan tuhan...

anyss said...

Bila guna "aku-kau", maknanya orang tu rapat dan dekat dengan kita.
Bila guna "saya-awak" komunikasi tu jenis formal (walaupun ada jugak yang mesra, tetapi bermula dengan formal. jadi, bila dah lama2 tu, susah pulak nak tukar)
bila guna i-u: hanya masa tengah tunjuk lagak dengan orang yang berlagak jugak.
kalau sampai berani guna perkataan "hello, perempuan", orang ini adalah orang yang terlibat dalam urusan kerja formal dan dekat juga dari segi pergaulan pribadi.

terpulanglah nak guna aku, saya, i, ana atau apa2...definisinya hanya kita yang tahu. Ok tak gitu?

Jadinya bila dinda guna aku-kau menyeru2 nama kanda ZZ, maknanya...mesra dari jauh lah kan. Boleh gitu?

eelobor said...

aku-mum, kawe-demo, sayo-awok, u-i, dan seangkatan....ado maksud tersendiri

RangBulan said...

Bagi saya tafsiran aku yang Hamka catatkan dapat merungkai masalah ini. Ada ketikanya aku itu lebih jujur & ikhlas. Tapi tidak sesuai beraku dengan orang tua-tua pun mereka yang kita tak kenal rapat. agak ganjil.

Kalau saya jumpa i you dalam novel Melayu kita saya akan tolak tepi & tak mahu habiskan novel begini.

Kenapa?.

Saya teringat-ingat bagaimana kejamnya penjajah ini menjajah bumi kita; hingga perundangan kita pun sampai sekarang amat meraban merosak bangsa kita. Maka saya benci bahasa mereka di dalam sastera kita.

Kakcik Seroja said...

entah kenapa, tetap suka ber'aku' di catatan blog bagaikan berbicara sendiri.. hanya selesa menggunakan gantinama 'kakcik' bila ada yang sudi 'berbual' :)

rosnanie said...

biasa guna sy sbb atas arahan suami....hehe... Katanya perempuan lebih manis menggunakan ganti nama saya bila berbual hatta menulis di blog


Ps malas nk sign in

asilahmuhajer said...

dalam blog sendiri suka guna aku. kononnya supaya suma orang yang baca rasa close. hhehe.
tak tau la mencapai matlamat atau tak.

echah_syed said...

'ya ALLAH ya tuhan ku..engkau sempurnakan iman ku..'

kata ganti 'aku' bila mengadap 'dia' seolah terasa diri sangat kerdil berbanding sesama kawan terasa sangat santai :)

combi akan menggunakan ganti nama 'aku' kpd org yg combi rasa dia sgt ganaz dan brutal ha ha ha *mesti ada org dah prasan sape org itu :p

Cetusan said...

echah,
harap baca semula,
DAKU atau AKU atau KU

dikau atau KAu maupun engkau..

tetap ada perbezaannya.

Illahi dan Malikat paling hampir
dan hampir.

azieazah said...

Hmmm... saya masih memikir-mikir siapa agaknya yang begitu berani ber“aku-aku” dan sangat brutal dan ganas dengan blogger bernama CIK PUAN COMBI@ECHAH_SYED itu...

ahaks!!

Murni Alfathunnisa said...

AKU agak kasar. Pernah guna dalam entri lama...skrg digantikan dengan I..nak gunakan 'saya', tapi macam kurang mesra..hurm