Pages

Wednesday, March 17, 2010

Manis, Memang Manis

Kuih muih yang manis
Sesekali bila balik ke Kelantan, terjumpa makanan manis terasa 'magnet' untuk merasanya.

Buah Tanjung

Apapun kena seimbang dengan makanan lain yang pahit-pahit seperti pucuk serai kayu di dalam Nasi dagang, ulam Beko, ulam kerdas, pucuk ubi kayu, pucuk gajus, pucuk putat, petai hijau/muda dimamah berserta dengan kulitnya, jering semai (relung) yang melekit bila ke tandas dan lain-lain.

Juga jering rebus dicicah dengan kelapa parut.Rasa manis -manis pahit serta maung.

Merasai kemanisan serta rasa kelat-kelat air nira(tuak) kelapa.

Jika diseimbangkan dengan MCD dan KFC alamak berbaur rojak Melayu dan Mat saleh, penyakit akan merebak.

12 comments:

ainShahajar said...

ape petang2 cakap pasal makan ni..

ape2 makan pun jgn melampaui batas.. berpada2..

5 minit pkol 5.. balik dan makan!!

myQza said...

buah tanjung? x penah tgk pun!

eelobor said...

jering rebus ada yg di tumbuk dahulu dgn lesung baru di cicah ngn kelapa parut. tp labih suka makan gitu jer. paling best, "jala mah" mmg peberet

azieazah said...

Dah jadi masam-masam manis ler yaa?

Ada yang makan sampai pecah dinding bilik sebelah tak? hehehehe

kak wan said...

Yang,seraikayu dalam nasi ka'bu,dalam nasi dagang ada sambal nyiur.Nasi ka'bu makan dengan etak,oii siap jilat jari lagi.Jering rebus mak tak bagi makan takut terkapit.

echah_syed said...

pucuk putat...hehe :p

teringat masa combi kecik2 dulu.selalu panjat pokok putat kat rumah atok..

skrg dah tak nmpk pokok putat lagi.mungkin kat kg2 masih ada kot.bila combi kasi tahu anak2 pasal putat dorang ketawa sbb perkataan 'putat' tu mcm lucu :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

gambar yang kat atas tu gambar apa zeq?

Cetusan said...

diana,

buah tanjung, manis, serta kuih koci inti kacang

5 biji = RM1 di Kelantan

Echah,

ulam pucuk putat setakat ini boleh ditemui di kedai makan, Gua Musang depan selekoh ke Kesedar INn.

Wan
welcome,
serai kayu rasa yang pahit2 wangi

Meowwwww said...

Meowwwww :D :D

anyss said...

Salam,
Tetiba je rindu nak makan jering rebus cicah kelapa parut hu h u hu

Cetusan said...

pjg umur marzuki..
geng MAYA hhee buka YOB punya geng
bukan sokong bawa rebah..

siti,
anys,
meow,

iDAN said...

Pucuk sentang dengan sambal nyior! huh! khasiat hanya org Perak yang tahu.