Pages

Tuesday, June 29, 2010

Dah Cukup

Dapat berbakti untuk masuk tandas atau diguna pakai buat ambil Wuduk pun jadi lah..
hari Jumaat dia menjadi rebutan....

kecian 'dia' tak pernah  masuk TV bila dibuat siaran langsung.
 Asyik fokus ke depan sahaja


jadi saya bagi kredit si DIA ini masuk Blog..
siaran tertunda hari Jumaat.


Maha Pencipta:





Dailek:

'Kendak' adakah sama dengan Khalwat??

Sunday, June 27, 2010

“ ..Moga Ku dapat menambah HIDAYAH serta petunjukNYA..”






..Meninggal dunia tanpa menyusahkan mereka yang hidup, meninggal semasa pulang dari tempat yang baik-baik, bukan sebaliknya. (sorak sorak, nyanyi nyanyuk..lompat compang-comping..)










.. ..............Aminnn..









*Dalam diri.


HUH UHU HUh?????


 

Friday, June 25, 2010

World Cup 2010, dua lubang satu bola, antara aksi penjaga gol yang ngilu

Dalam banyak aksi penjaga gol yang menampang, menampar dan  menangkap bola untuk meyelamatkan bola dari masuk ke pintu gawang.
 terdapat satu aksi yang NGILU pada mata saya.
Ketika menangkap bola yang ditolak pemain lawan, secara rendah, lalu memeluk kemudian terus duduk,kedua lututnya ditekan ke rumput.Memeluk bola diperut.Selepas itu masih tak puas hati dengan keselamatan sebiji bola agar tidak dirampas oleh pihak lawan, penjaga gol itu terus  merebahkan badan ke tanah sambil mendakap erat sebiji bola dibawah perutnya.Sayangnya dia kepada bola.

menyembunyikan kereta mainan di dalam baju dalam aksi yang serupa, semasa berbalah dengan adik beradik.




*tanpa niat menghina jawatan Penjaga gol.

DIALEK:
 tangis  = Ti'ak
gemuk macam gajah  = gemuk macam geduk
baldi                         = beldi
air lumut/air kotoran dalam longkang/air dari bawah dapur  = air chaa

Thursday, June 24, 2010

Buruk sangka terhadap PERISTIHARAN

"Saya telah tutup kilang"--- ------------Perempuan, wanita, isteri dan ??????

"Saya  tiada hormon (MANDUL) "----Pemuda, suami, lelaki dan ?????





bisa diajak berjalan
bisa diajak keluar makan siang malam.
bisa digoda.
bisa dikerjakan

LELAKI
tidak perlu kondom
tiada saman bila anak dilahirkan---,tiada benih yang tertinggal di merata-merata tempat.

Wanita
tidak takut DIROGO*------------ kes buang bayi boleh dielakkan.
selamat dan menjimatkan dari membeli ubat perancang.

Wednesday, June 23, 2010

Islam atau Adat pada waktu Maghrib????

* kalau boleh elakkan  memulakan (baca lagi memulakan) SMS semasa dah dekat nak solat maghrib.
* Niat ber sms samada untuk dijawab dengan kadar segera atau tidak.
* Mendail kawan semasa 10 minit dah dekat waktu solat (biar pun kita tidak solat).
* 10 minit selepas waktu maghrib juga dikira masa yang agak sibuk tidak kira bujang atau berkeluarga.

* alahai sungguh beratnya menerima TETAMU pada waktu Maghrib.

Menghampiri waktu maghrib juga masa untuk mandi
                                      mengunci pintu kereta
                                       menutup langsir
                                      menutup tingkap
                                     menutup pintu pagar
                                    baru selesai menyiram bunga
dan pelbagai semakan di luar rumah.

Isue di atas tidak termasuk  waktu zuhur atau asar, yang dikira masih dalam perjalanan samada memandu atau dipandu.

Wednesday, June 16, 2010

Warga Kota Tinggi, Sungainya yang bersih

                                          Kg Kelantan???






                            *  gambar Sungainya telah terdelete

Masyarakat Kota Tinggi boleh berbangga kerana sungai yang mengalir di tengah-tengah Pekannya bersih.
Tahniah.

Walaupun ada bangunan yang terbengkalai, bila menapak di lorong belakang kedai dan bangunan, tiada bau yang kurang enak.

Alangkah elok jika dibina tempat menjamu selera, ala-ala Benteng.

Tuesday, June 15, 2010

Salah Pintu

Bila salah pintu
muka kena tebal.


* selain dari salah bilik
             salah LUBANG
             salah kereta


Wednesday, June 09, 2010

Izin

"Saya faham maksud awak, dan awak pun tentu lebih faham suami awak jenis macamana orangnya. Jadi jangan sesekali kita berperasangka buruk pada pasangan. dalam soal ini saya minta maaf la wat hati awak jadi risau..jika ada keIZINan, kita pun boleh jadi kawan".

OOh bini AKU dah nak ada kawan, memula kawan kemudian jadi adik.Pandai, pandai memang cerdik, mengayat bakal seorang MADU. Sang suami teramat suka mempunyai isteri kedua yang lebih cerdik dari isteri pertama. Pandai membelit.

~~rojak:

ciri-ciri pembelot dalam sebuah perjanjian atau perdamaian.

1..mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan mengatasi  apa yang telah dipersetujui bersama oleh anggota atau ahli perjanjian...
2. membuat tindakan yang menyalahi syarat perjanjian damai kedua pihak.
~~~~~~~~
Dailek:

lembek = tilam
Peleting = straw/penyedut minuman
Gonyoh  = sental
beleming = berlumut
igak = tangkap

Wednesday, June 02, 2010

Worm.Win32. Jangkitan Melalui Pendrive

Worm.win32

Cucuk Pendrive yang baru beli kepada Laptop atau Pc kawan anda.
Biarkan seminit

Cucuk balik pendrive tersebut ke Laptop anda.
Warning Worm. win32.
""..beep beepp""
..keluar bunyi. (ini pun jika Laptop kita dipasang antivirus, anti trojan dan malware).

Jika tidak, semua fail dalam laptop akan dijangkiti malware dan virus, memory jadi rendah wujud Folderbaru kosong entah dari mana,
 Laptop jadi lembap.
Tanpa disedari klik sana KLIK sini,
FOLDER MYCOMPUTER HILANG.


Oleh itu
BELILAH anti virus, malware atau pishing yang tulin.
anti trojan yang tulin.

Tuesday, June 01, 2010

Aduhai Negara Arab

Aduhai Negara Arab Bersatulah..

Hanya ini yang dapat kuluahkan.

Negara Arab yang besar, jika nak dibandingkan Negara Israel.
"
Oh Tuhanku, Allah Dikau Yang Maha Perkasa
di mana tenteraMU?, turunkanla pengajaran ke atas  musuh Islam di sana."

Saturday, May 29, 2010

Hobi, Kerja dan Hutang

Memilih hobi, kerja dan hutang

Selepas menonton bola, teruskan Qiyamul Alail.(tidur dahulu).



Bila Main dah menjadi Kerja. tetapi masih tak lupa DIRI.

Dailek

Jerkok = sergah
duah  = panggil, teriak

Wednesday, May 26, 2010

Tanah Di Kelantan; Cepat-cepat Harga Masih Rendah

Datanglah melabur dalam pembelian tanah di Kelantan.
Harga masih murah sebelum bertukar pemerintahan, tidak kira bertukar partai atau bertukar MB.
Generasi muda inginkan pembangunan tidak hairan harga tanah akan naik.

Zaman 'KEKOH' tanah, anda boleh mendekati mana-mana golongan antara 3 pihak;
Dekati mana-mana golongan ahli perniagaan samada dalam Pas, Umno dan pihak satu lagi.(?).

Contohnya, Kawasan Gua Musang hutan dara .
Tanah padi dan ladang getah milik perseorangan.

Bertukar nama melalui perkahwinan dengan anak-anak Kelantan.

Ramalan akan wujud stadium kedua, padang Golf kedua, padang lumba kuda, selepas pemerintahan berganti. Masa menentukan.
Golongan muda generasi pelapis.

Mencari SATU dari Tujuh golongan.
Siapa yang tidak ingin hiburan dan kesenangan serta kemudahan.???.
Pembangunan sosial ???
lagi pun dunia dah dekat Gempa bumi yang besar. Apa yang hendak dihairankan???
sama-sama KEKAH jika ada peluang.

Pembangunan memerlukan pergorbanan, samada bertukar rumah kereta isteri dan perbanyakkan lot rumah kedai. Selagi peluang ada di depan mata.

Saturday, May 22, 2010

Keluhan

KELANTAN, CERITA POLITIK ATAU CERITA RAKYAT?





Wang Ehsan Hasil minyak, dibahagikan kepada keluarga anak 2, sedangkan anak 9 diabaikan.

YB Menteri tak bersalah.

Tugas penyenaraian nama yang bengkok. Sumpah seranah oleh mereka yang terabai, sedangkan mereka lebih perit serta susah dalam sesebuah kampung berbanding dengan nama yang terpilih mendapat bahagian Wang Ehsan.



Bahagikan senarai nama-nama sepupu, anak buah dan keluarga terdekat lagi elok.(kemudian baca sejarah bahawa Zaman Khalifah  dulu-dulu pun  memilih saudara-mara, sepupu dan menantu).



Nama-nama yang berhak dan memerlukan terabai. Salah satu penyebab rakyat meluat kepada Kerajaan Pusat. Rakyat itu termasuk penyokong dan pembangkang . Siapa yang rugi???.


Timbalan Menteri mengumunkan lesen Judi Bola. Rakyat, samada keluarga penyokong dan pembangkang akan kena tempias.Ini kenyataan berunsur politik ker?

Nota: Wang khairat Kematian RM lebih 2 ribu seorang, dari kerajaan Negeri tanpa memilih bulu, menaikkan semangat sayangkan kerajaan sedia ada.

Friday, May 21, 2010

Kerja

Alkisah




Isteri : Bang, Saya nak pergi kursus ke Selatan, minggu depan.

Suami : Dengan siapa? Berapa lama?

Isteri : Aiak..tak kan dengan bukan orang, dengan rakan sekerja (baca rakansekerjakan) saya.., aala seminggu jer..

Suami : OO...Baguslah dapat kredit.

Senyum.



Oh ya...minggu depan lagi sekali, Abang pun nak ke luar daerah juga.

Ada aktiviti NGO yang abang sertai bulan lepas. Bersama rakan sekerja

(baca rakan sekerjakan).




Kerja, Kerja.dan kerjakan

Wednesday, May 19, 2010

Bangga Dengan 'Rating??


Apakah umat Islam bangga dengan rating siaran Radio yang dipuja.?

Bangga peminat Radio IKIM logik juga.
Hendak ke pasar tekan  Ikim.
Ke tempat kerja suiskan Ikim.

Berbeza dengan setengah warga yang hendak ke Masjid menunaikan solat beriman pun masih tekan suis stesyen yang berkumandang lagu ROCK dan metal. Apatah lagi stesyen yang tiada alunan Azan apabila masuk sholat lima waktu. Macam-macam gelagat bila minat yang tidak bersesuaian dengan waktu.

Nota* Siaran azan menandakan sempadan dalam perjalanan dan masa kerja, bagi sesetengah insan, melainkan INSAN itu sangat kuat ingatan tentang waktu sholat atau pun telah 'set'kan alarm waktu solat.

Sempadan dari leka

     " eeh dah zuhur.."
" ohh dah masuk waktu asar rupanya....dah nak balik kerja.."


Dailek:

ghukah = Panjat
timbok  = tibai

Sunday, May 16, 2010

Wau ; Musim Demi Musim

Sementara sawah diairi dari taliair
menanti tanah dibajak
Cuaca Panas
Sawah merekah

Terasa kembali ke zaman dulu-dulu.Bila petang. Kanak-kanak berpanas  menarik tali wau.
Angin bertiup kencang, ditengah sawah yang baru dituai.







Macam-macam

nak lariskan nama memikat dengan niat BAIK sangka..






Saturday, May 15, 2010

Benar atau Dendam

Wujudkah? Facebook ini??

Andainya dendam??

menjurus dari seorang insan lelaki  atau wanita??



Dialek:

belebe   =beleter
bekki     =baiki
kemeset = senang

Thursday, May 13, 2010

Sesekali Bila Jatuh Sakit

Ingin berada di dalam wad yang selesa dan agak 'privasi'. Berhawa dingin.
Berapa lama akan kena tahan.
bermacam-macam bau dari dalam serta dari luar menusuk hidung.
Ragam pesakit dan ragam pengunjung/pelawat.
menusuk telinga pelbagai bunyi-bunyian.
Kesian kepada penjaga, mereka akan sakit dek bau-bauan dalam wad, jika lemah badan tak mustahil turut jatuh sakit, bila pulang kerumah.
Berapa orang nak bergilir-gilir, menjaga diriku. Keluhan.


Berapa jauh agaknya diriku melompat ke sana sini, tetiba berada di dalam sebuah WAD, terkongkong dek botol air yang lekat dilengan. Terlupa nikmat sepasang tangan.
Nikmat sepasang kaki..
Seksa.


Terfikir berapa banyak hutang yang belum selesai.
Berapakah  kos selama berada di hospital.

Berapa ' bakul '  hutang dengan Illahi...


*  Gantang sebagai kenangan




dialek:

Gocoh       = tumbuk
nasi kapit  = nasi himpit
begheng    = degil
teghok       = sesak/tolak-tolak
tokghok     = tak ada kuasa/daya

Sunday, May 09, 2010

Ibu Hanya Satu

Selamat Hari Ibu


Pernah membaca kata-kata seorang usahawann yang telah meninggal dunia.

" Bina rumah dua tingkat supaya tiap pagi dapat melihat wajah seorang Ibu  sebelum keluar bekerja.."

Ibu hanya satu dan seorang.
Rumah boleh dibina lagi jika mampu.
Tanah boleh dibeli beberapa bidang jika mampu.
Kerjaya boleh dipilih dari berpuluh-puluh jenis dan lokasi.

Pergorbanan untuk bersama-sama ibu dalam menghabiskan sisa-sisa hidupnya adalah sesuatu yang perit dan pahit (bagi anak lelaki)

Kamus dialek mini:

Ralit = seronok
oreng Barat= orang siam
bersabit       = berkisah/topik
jajak            = berjalan/melawat

Thursday, May 06, 2010

Sindrom Cari Pasal

Lokasi Hentian Putra, hentian bas ke Pantai Timur.
Hentian jarak jauh.
Ujung minggu.


Pak  Dogol dan kawan-kawan:  Dik dik, Ganu, ganu, Dik, dik mano??Kota Bharu, Kota Bharu.
 sambil bertanya kepada penumpang yang lalu-lalang yang hendak ke kaunter tiket.

Wak Long: KL satu (geram bila dihalang nak ke kaunter tiket).


...PINGGGGGGGGGGGGGGGGG...

..terpinga-pinga Wak Long kena penampar percuma..

kurang AJAR PUNYA BUDAK.....



dah tau orang jual tiket jarak jauh kenapa menjawab sambil perli?? itulah hasilnya wal hasil cari pasal. siapa cari pasal terlebih dulu.


*sekian lawak hari khamis, tiada kena mengena dengan yang kena atau terkena.


Kamus dailek mini:

ca'ce= berdiri
bele= sambil
gerhe= pangku tempat berehat (dari batang kayu dan buluh)
lecu= gincu