Pepagi yang sejuk, mak masak air jerang air, mak masak dengan kendi cerek, mak masak dengan ranting kayu getah.
Campur dengar air telaga, suam, terus cebuk, mandi.
Selepas pakai baju sekolah mak tunggu, saya makan, tetap tunggu sambil borak, walaupun susah menelan nasi, dicampur kicap,perlahanlahan memamah nasi goreng. Tak lalu. Sabar seorang ibu.
Mak pergi menoreh lewat sikit, (ayah pergi lebih dulu) selepas saya ke sekolah.
Bila sesi sekolah petang mak balik awal masak nasi, tetap duduk depan anaknya menemani makan, walaupun tak lalu makan nasi.
Kini, giliran anaknya menemani seorang ibu menyuapkan nasi, bercampur kuah ayam.
Setiap kali balik kampung tetap, menemani seorang ibu. Borak bersama sama, makan sama sama. Perlahan lahan memamah nasi. Tak lalu, j
?.....dan bila makan terasa seorang ibu berada depan mata, terutama tika merasa nikmat sepinggan makanan, terasa sesak dikerongkong untuk menelan, ,,
.......dan tanpa disedari titisan jernih mengalir ke pipi dan jatuh ke dalam makanan,