Pages

Wednesday, November 30, 2011

Mudah-mudahan...anak cucu saya

contohnya laaa..


mudah-mudahan dijauhi keturunanku dari menciplak atau mencuri Prosposal mana-mana makhluk ALLAH, walaupun sebaris ayat atau  sebesar zarah tanpa kebenaran pemilik asal..aminn..


"""""...Skandal NFC: Usahawan Yang Mengemukakan Idea Tidak Dipanggil Semasa Proses Bidaan
 
Saya juga merujuk kepada kenyataan YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bahawa kelulusan pinjaman RM250 juta dan penganugerahan projek tidak dibuat di Kabinet, sebaliknya di peringkat JK Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri sendiri.
 
Mengambil kira keangkuhan pimpinan Umno terutamanya Ketua Wanita, Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang sedikit pun tidak mahu memahami kemarahan rakyat mengenai isu ini, KEADILAN pada hari ini mendedahkan bahawa:
 
1. Idea asal untuk mewujudkan sebuah industri daging dan penternakan komersil telah dibawa seawal tahun 2003 oleh sebuah syarikat usahawan muda Bumiputra.
 
2. Cadangan asal yang dibincangkan di peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, MARDI dan Kerajaan Negeri Sembilan langsung tidak membabitkan suntikan dana atau pinjaman dari kerajaan. Syarikat terbabit hanya memohon persetujuan Kerajaan Negeri untuk menyewa tapak ladang penternakan di Gemas.
3. Syarikat terbabit juga telah berjaya mendapat khidmat nasihat dan kerjasama dari Professor Jerry J Reeves, seorang pakar teknologi penternakan dari Washington State University (lihat Lampiran 1).
4. Ladang ternakan tersebut bakal menggunakan teknologi terkini untuk membangunkan baka terbaik tempatan melalui proses artificial insemination menggunakan mani dan embrio baka lembu wagyu. Proses sebegini dijangkakan adalah lebih mudah dan murah untuk membangunkan ladang satelit dan membantu penternak kecil, berbanding dengan kaedah mengimport lembu untuk digemukkan di fidlot seperti yang dibuat NFC.
5. Syarikat terbabit telah mengadakan perbincangan lanjut dengan MARDI dan hampir menandatangani MOU (lihat Lampiran 2 dan Lampiran 3).
6. Cadangan ini juga telah dibawa ke peringkat tertinggi di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kerajaan Negeri Sembilan (lihat Lampiran 4 dan Lampiran 5).
Malangnya, cadangan dan usaha anak muda usahawan Bumiputra ini akhirnya terbantut di situ sahaja setelah mereka membelanjakan hampir RM300,000 membuat persediaan.
 
Semasa mempertimbangkan syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berpotensi untuk menerajui Projek Fidlot Kebangsaan, anak muda ini yang telah menghabiskan bertahun-tahun masa dan wang simpanannya untuk mengejar cita-cita beliau, tidak pula dipanggil untuk turut serta dalam proses tender.
 
Oleh sebab itu, KEADILAN bertegas bahawa proses anugerah projek ini kepada NFC milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil adalah tidak telus dan menyeleweng, kerana salah satu syarikat yang paling awal mencadangkan projek ini langsung tidak dipanggil untuk turut serta. Ini telah menjadi penyakit di dalam Umno bila mana idea dan keringat orang lain dicuri untuk menyelewengkan wang rakyat.
 
Oleh itu, KEADILAN mendesak Perdana Menteri bertanggungjawab dengan keputusan yang dibuat oleh JK Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan beliau kerana keputusan itu penuh dengan unsur penyelewengan dan menindas usahawan-usahawan muda yang bertungkus-lumus berusaha.
 
YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG KEADILAN
AHLI PARLIMEN MACHAN

Nak Malu sememangnya MALU..

Bila melihat generasi muda pasti (bukan warga EMAS macam saya) memperuntukkan masa bila jam 1.pm je terus keluar  menuju surau masjid. Kerja dengan bukan Islam lagi.

Solat berjemaah.

Saya??walaupun tangan disetering sendiri , kaki sendiri kereta sendiri masa sendiri.

masih belum ada ruang untuk peruntukkan masa ke situ..



bila 4pm pula sang remaja itu minta izin keluar lagi.. alahai..walaupun ketuanya bukan Islam.

Monday, November 28, 2011

Bilakah Undang-undang Ketat Jenama Al-HAFIZ akan diwartakan?

Sewenangnya guna nama al-HAfiz atau  Al-hafizah di ujung nama??

adakah wujub fenomena begini?
tak sungguhh,tak kata,  kecuali ada undang-undang yang menyekatnya.
sama ada Al-Hafizah atau alhafiz wajar dikawal penggunaan title itu..

bila penggunaan nama Al-Hafiz untuk tujuan perniagaan dan daya penarik.

Sila Ambil Satu

tanya:
  Pernah jumpa naskah sebegini?

Jawab:
Tak

Tanya : ye tak ya juga naskah begini tiada dekat fun fair heboh2..
tiada di simposium dingin2 atas bukit.

Jawab: lagi pun saya tak main kelas bawah2..naskah ini diselit dan terselit, lokasi bicara agama sahaja..Saya sibuk.

Adakah Hidup di bandar kita kekurangan saudara?

Kerana Masa
kerana lokasi
atau kerana MALU serta EGO
kerana Pangkat
kerana Protokol
atau apa apa alasan yang boleh menjarakkan hubungan saudara mara sepupu anak penakan dan sedekatnya.
Lalu kita mendekati jiran sepejabat atau rakan MAYA .
mengikat perhubungan dengan orang luar sedangkan masih ada waris terdekat yang perlu didekati.

setidaknya mereka yang rapat dengan arwah ayah ibu kawan kawan ayah ibu.

Salam MAAL HIJRAH

Sunday, November 27, 2011

Tanda-Tanda Unsur Wahabi

Jika terdengar ustaz muda atau veteren yang tak minat Tahlil atau baca Talkin di atas Kubur.Selidiki adakah dan dari mana kah unsur itu?

Tidak suka Peraarkan maulid rasul..

juga bila malam Jumaaat je baca Yassin, tidak boleh ubah ke lain acara.

cuba tenung adakah saudara mara kita termasuk perlakuan begitu

Tanya Ustaz?

Adalah wajar soalan secara on line di mana mana rancangan on line dijawab juga secara bertulis sama ada email atau lain lain cara.


adakah sesuai TANYA ustaz ditukar kepada tanya Al Quran.Tanya Al-Sunnah

kita insan biasa yang akan terlupa ayat dan al hadis secara sepontan.dalam masa yang terhad, kecuali pakar dan mahir..dalam persoalan yang ditanya dan dijawab, sesuai bidang masing -masing...