Atuk saya pengembala lembu dan kerbau yang berpagar.
Antara Binatang dan insan
Siapa yang banyak membuat kerosakan ke atas muka bumi.
jika menjadikan binatang sebagai peliharaan dan punca rezeki, ianya adalah sebagai amanah manusia, awasi serta memberikan ruang bergerak serta makanan.
Termasuk burung,bebaskan binatang jika sekadar untuk hiburan.
dek lembu dan kerbau sesama insan boleh berbalah, berebut hak milik.
Ada yang berebut kawasan 'pemerintahan rumput'.
Lembu yang ingin dijadikan binatang korban wajar mencari padang ragut yang halal, berpagar bukannya 'tanahmu tanahku'. Hati -hati bila merampas atau menafikan hak orang lain.
Kedegilan dalam menerima nasihat dari jiran akan membawa kepada permohonan doa
Tak mustahil lembu mempunyai perasaan bersalah, bila kena pukul dan dihalau manusia selepas meragut rumput. Tak mustahil sang lembu berdoa mencari ketenangan.
Nota: alahai, rumput tak halal, tuan punya tak halal, macam mana nak buat ibadah korban.
suci dalam debu???
Nota: andai tiada masa untuk menjaga haiwan wajar lepaskan lembu ke hutan menjadi lembu hutan, Andai tiada masa menjirus pokok bunga, lebih baik cabut dan tanam di luar kawasan yang tidak berbumbung, biarkan dedauannya menghirup udara segar bersama-sama belaian embun pagi.
13 comments:
apa kene mengena petir dengan tajuk ni? rasanya dah dua kali baca tak jumpa perkataan petir pun??
dekat2 nak raya korban ni, memang wajar cerita pasal lembu korban ni. kena selidik betul2 lembu yang ditempah tu makan kat mana.
jangan jadi suci dalam debu.
salam ..Asilah,,
Petir belum jatuh dari langgit
petir duduk tinggkat yang tinggi agaknya.
(pandai pun cikgu cari ayat petir yerkk)
haah...nampaknya cik ZZ kita pun dah mula cakap yang tersirat
Rosnanie...
yup tak elok mendera sesama insan dan makhlukNYA..
Sdr Zeq
Saya dulu memang rajin bela burung merbuk tapi orang rumah asyik bersungut, kasian burung tu, tak bebas & macam-macam. Akhirnya saya lepaskan semua.
Misterinya ada seekor itu tak mahu keluar sangkar; siap baring di muka pintu sangkar lagi. Bila saya tepuk-tepuk sangkar barulah dia keluar. Itu pun hari-hari dia datang ke kawasan rumah, suaranya mendayu-dayu.
Kalangan binatang memang kenal & sayang pada pembelanya kut!.
Sekarang di rumah masih ada kucing, ikan & bejuku (kura2) sahaja. Itu pun anak-anak yang suka bela makhluk ini.
binatang peliharaan?? sya pn ada kisah sma cm idan gak. masa kecik² dulu abg pn ada jgk pelihara burung. tp setiap pg, abg sya akan bukak sangkar & burung tu akan terbang keluar...merayau² la kut. Tp, bila dh senja...lebih kurang dh dekat nk maghrib dia akan pulang sendiri & masuk sangkar. kalu gitu di kira mcm mana yer zeq? di bolehkan pelihara?
Betull... betul..
andai tak rasa yakin kuat diri dan tertanggung akan tanggungjawab, lebih jangan kahwin dulu.. tak gitu BRO? Ahaks!
bejuku tu panggilan lain bagi kura-kura ke?? sori la tak sempat check dictionary.
pasal petir, teringat citer sumpah bunian episod semalam. adam kena panah petir.
tersiratnya ...
hamboi..
:)
Anntaj..
Tersurat nya sayangi binatang kalau nak faham bahasa binatang kena belajar, haiwan tak akan belajar bahasa manusia.
Asilah
Bejuku kura??
Azie..
tiada ayat kawin p..saya menafikan (memang kaki nafi)
eelobor..
itu dah kira tuah manusia nampak di Burung..burung hidaup nak berbakti nampaknya, pada asal hidup nak makan
Idan..
banyaknya pewangi kena guna..cuba tanya tetamu, bila datang ke rumah ada MAU kucing tak??kucing di luar rumah??
lepas pelihara sembelih ..hheee
oppss teringat ada jiran bela itik atau serati atau angsa, bila orang datang binatang ini berbunyi tak perlu pakai sensor, lagi satu ada jiran bela kera yang di tambat pada sebatang kayu yang menjulang di tepi rumah. Kayu panjang setinggi pokok kelapa, memalam sang kera akan berbunyi bila ada pergerakan/kelibat sejauh hampir 500 m
Cheq tanam pokok bunga, terkadang layu bila balik kerja luar (beberapa hari). Pas tu baja balik n bagi dia berbunga balik... kejamkah daku?
kejam memang tak patut mendera daun,, lain kali nak tinggal lama, bawa berembun, letak lokasi tak berbumbung, bagi wap embun, bagi dedaun menjilat embun malam.
buka/tebuk tapak bawah bagi akar menyedut air dari tanah.
hhee..cuba tanya daun cukup air tak, semasa 3 hari tanpa jirus??
Post a Comment