Pages

Sunday, October 12, 2008

Lelaki; sudi digoda dan menggoda

Antara mata memandang dan bahasa badan, dan salah satu dari berpuluh-puluh sebab tergoda dan mengoda.

Watak insan bernama lelaki yang peramah (mungkin perama*). Sudi mendengar dan bertanya khabar insan wanita/perempuan boleh mengundang rasa sayang dan perihatin oleh pasangan. Mesra. Terikat. Rindu.

¬ Pertanyaan tentang makan, minum juga tentang kesihatan pasangan sasarannya.
¬ Bila berborak di tempat terbuka selalu berbisik manja.
¬ sikap mencuit bahu, lengan atau siku wanita (lambang lomentik mencair hati wanita, konon?)
¬ Memegang bahu pasangan, semasa berjalan, suatu gaya menampakkan rasa sayang atau dilindungi kepada perasaan wanita (ala-ala buaya tembaga).
...bersambung
¬ mendengar luahan dan ada masa menadah telinga ( jka ada siDIA tolak tepi ?---tak sesuai)
¬ bagi lelaki, rasa pengodanya memang ditunggu, mengambil kesempatan dari kekacakkan dan keramahannya. Umpan bagi insan yang sudi.
¬ Makan terlarang adalah sesuatu yang berlainan dan paling diminati, kesan pada zaman remaja, semakin dilarang semakin nak mencuba. insan ini adalah, menyumbang idea ke arah memberontak, cadangan ke arah kebaikan berdua (tanpa memikirkan regu pasangan asal),
¬ Suka menumpangkan wanita samada ke tempat kerja atau ke mana mana urusan/aktiviti sosial luar. ¬ Belanja makan dan hadiah serta cenderahati adalah perkara kecil.
¬Suka mencari kesempatan dari kelemahan perempuan.
¬ Cukup ramai adik angkat MAYA atau real. Jalan selamat. Alasan Selamat.
¬ Membuat panggilan "Misscal", secara sengaja.
¬MOU dalam soal "kasi" UP dan ucapan tahniah anak dan adik pasangan sasaran. U up anak saya, Saya Up anak U.
¬ Airmata dan tangisan senjata utama dalam mengoda serta merengek sambil mencari alasan.

* anggapkan/baik sangka bahawa lelaki menggoda itu dengan niat baik ingin memilih pasangan. Yang dah beristeri nak tambah koleksi, bukan nak KIKIS atau menambah RASA serta mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita yang kesepian. Apa kata jika lelaki ni bertemu RUAS dengan wanita yang suka digoda?
Tip di atas juga sesuai sebagai penampan watak buaya.

3 comments:

Anonymous said...

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang berakhlak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki dalam lengguk bahasa tubuh dan tingkah. Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Fikir-fikirkan... sapa yang merelakan diri digoda dan siapa yang melorongkan untuk terus menggoda hingga tergoda... lantas merelakan ‘makluk ke tiga’ bersorak dalam sendaloka menggoda, digoda hingga tergoda....
*ImAn*

Anonymous said...

hidup tak berlawan...rugi. tapi positip. coollll.........hihi..

Cetusan said...

selamat berlawan ANony dgn Izan