Pages

Sunday, October 12, 2008

Wanita; Sudi digoda dan menggoda

Pergerakan badan memainkan peranan dalam menggoda sasaran di hati dan di mata. Antara dari berpuluh-puluh sebab dan akibat.

¬ Semasa berada di majlis jamuan atau "open house", terdapat juga watak insan wanita yang agak terlebih MALU dari anak DARA sunti yang belum meras*. Toleh kiri toleh kanan. Mata merenung jejaka bermisai dan bertubuh kacak.
Bila duduk di atas kerusi. Tersipu sipu dan terkebil kebil control ayu. Cuba mengawal senyum, gerak bibir semanis yang mungkin. Pergerakan herotannya 5 kali seminit.

¬betulkan lipat silang peha kiri di atas peha kanan.
¬seminit kemudian, silang kaki kanan lagi peha kanan di atas peha kiri.
¬Betulkan letak gaya silang lengan siku ( belum direnung gaya ke depan yang disengajakan ...
¬sentuh tudung (atau jamah helaian rambut).
¬bila berborak berminat mendekatkan bahu dengan bahu (lelaki, jika wanita dengan wanita lain kes)
¬ Kalau tak pandai memujuk dan menggoda, hilanglah salah satu sifat yang sepatutnya dimiliki oleh seseorang yang bergelar perempuan (ini fakta yang diculik dari.???....)
¬ Cukup ramai adik dan abang angkat. Pasport selamat, dari mata memandang.
¬ Airmata adalah modal utama melemahkan pasangan, kedengaran sepuluh masalah sehari.
¬Mou dalam soal ucapan tahniah.
¬ membuat panggilan.."Misscal" secara sengaja pagi petang siang malam.
¬ Tiada istilah menipu, cuma istilah alasan menyorok bila sudah kantoi ketika berdating dengan lelaki lain.
¬ Jarang membandingkan kelebihan pasangan di depan mata dengan lelaki lain dari segi pakaian atau pun kereta, risau kantoi menampakkan banyak sangat lelaki simpanan. Niatnya semua nak sapu, selagi ada yang sudi digoda.

....sambung
¬ bila bergambar jari tangan ada-ada sahaja nak menyentuh orang sebelah

KHUSUS wanita yang sudah berkahwin;

¬ bercerita masalah hubungan dengan suami kepada lelaki bukan muhrim akan membawa padah. Samaada secaya MAYA, berdepan atau kawan sepejabat. Berjumpa dalam persatuan dan aktiviti luar. Sengaja atau tak sengaja.

*yang buruk adalah jurang, yang baik diikuti.

10 comments:

Anonymous said...

Benarkah wanita suka digoda dan menggoda... Erm.. apa pun ramai yang suka membuat andaian dalam tafsiran sendiri.. berdasar firasat kononya sedangkan hakikat mungkin tidak sealiran. Yang penting adap sopan dan malu adalah benteng iman.. andai wanita itu tahu di mana paksi yang harus diikuti, dia pasti tahu bagaimana dan di mana dia harus meletakkan dirinya...
*ImAn*

anyss said...

Wanita sudi digoda dan menggoda atau...lelaki yang mudah tergoda? Andai wanita yang digoda itu tidak tergoda, entah kenapa salahnya tetap wanita juga...mmmm pi mai pi mai tang tu jugak. Sama ada sengaja menggoda, elak diri dari digoda, terjebak dengan lelaki yang mudah tergoda, alih-alih...salahnya tetap wanita.

Cetusan said...

to Iman, anyss

ada dua tiga tafsiran dan kategori
dari sudut wanita bersuami, singles atau janda.

tetap ada pengalaman atau Penampan menolak godaan,sebaliknya sedar diri diri digoda rela masuk ke gelanggang digoda, lelaki tu nawaitu apa??leh tau ke niat lelaki? boleh juga salahkan pada lelaki juga.

adakah jika ianya isteri org, kemudian bila bercerai sang lelaki sanggup nak ambil wanita itu sebagai isteri (ada tetap ada tapi sikit sangat yg bertangunjawab. Sanggup)
kecuali laa wanita memasang niat spare 4 lelaki dalam satu masa kehidupan??satu lelaki di pejabat satu di rumah satu di luar/bertugas dan satu lagi semasa aktiviti berpersatuan NGO atau lain-lain badan politik.

Anonymous said...

Tak semuanya suka dan tak semuanya benar belaka. Tingkah yang dilakukan atas tujuan menggoda hingga mampu digoda lantas tergoda. Tidak juga menafikan seratus peratus terhadap apa yang diperkatakan oleh si penulis. Segalanya bergantung pada tiap individu. Jika wanita itu tahu di mana paksi dia berpijak tahu menjaga akhlak dirinya, pastinya rasa malu akan menjadi benteng kukuh buat diri. Apapun cantik seseorang wanita bukan dari indah lenggok tubuh yang kelihatan, tidak juga dari merdu dan manja suara kedengaran. Cantik seorang wanita bila tahu menggandingkan malu dalam menjaga akhlak dan keperibadian. Menjaga tingkah dalam sopan perlakuan dan tindakan. Dan buat kaum Adam pulak, usah mudah mempergunakan mata melihat apa yang tersaji. Sesungguhnya mata yang dianugerahkan bukan untuk melihat sesuatu yang boleh mendatangkan mungkar… mengundang bisikan DEVIL untuk terus menyuntik virus tak bervaksin dalam diri. Sesuatu yang tidak halal hanyalah untuk sekilas pandang bukannya hingga berpusing kepala 360º dalam lipat maut gaya mat rempit…. Renungkan sendiri…
*ImAn*

Cetusan said...

Iman..

bolehkah insan itu menjadi watak diri sendiri, normal tanpa mengawal control ayu,,selama mana sejam??berpakaian dalam diri sendiri. Tak Hipokrit mengikut suasana?
apakah wanita ingin dikenali sedia mengikut arus bumbung dipijak? dari segi watak cara bergul dan berpakaian? menolak prinsip nak berubah secara ORI kehendak diri sifat azali tapi Malu? hsil desakan atau pandangan orang/kawan sebelah?

Anonymous said...

Kalau kita sedar yang mengawal diri adalah ciptaan maha besar yang bergelar HATI... kalau hati dapat ditakbir secara baik maka baiklah keseluruhan yang ada dalam diri. Perasaan dan akal sering menjadi pencetus dalam tindakan. Mengapa mesti menjadi insan lain hanya untuk mendapatkan perhatian atau menarik perhatian? Mengapa harus pergadaikan maruah hanya untuk mengubah satu prinsip yang belum tentu mendapat keredhaan? Tak salah untuk control ayu berlandaskan rasa untuk menjaga kesopanan dan tertib diri... bukan yang bercorak mengada-ngada. Jangan Hipokrit dalam tindakan sedang hakikat hati memberontak di dalam... perlukan diikut gendang yang dipalu sedangkan langkah terang-terang sumbang dalam tarian yang bukan menjadi lenggok sebuah kehidupan yang diamalkan... Jadilah diri sendiri... biar dikata kampung atau tidak mengikut arus kemodenan. Berkawan bukan bermakna harus mengikut segalanya... dan definasi KAWAN juga perlu dikaji semula untuk menjamin hidup yang lebih sejahtera.
*ImAn*

Anonymous said...

jangan suka marah2..tak baik untuk jantung anda....hikkss...

Cetusan said...
This comment has been removed by the author.
Cetusan said...

izan>>mana marah cool jee
Anony??>>Anda seorang yang ada Prinsip ?? macam mana jika terGODA lalu trgadai prinsip? berapa banyk insan yg sudah tergadai prinsip bila digoda? adakah anda KEBAL dari godaan?

semata bertahan digoda

anyss said...

ZZ memang suka menggoda...dah tau orang puasa pun digodanya dengan air sirap!