Ketahanan dan cubaan menanti malam Lailatulqadar
( Bercerita dari teman kepada kawan kepada sahabatnya)
Insan biasa. Kebetulan masih bujang. Dengan semangat selepas beberapa tahun mencuba.
Analisa, tip, kajian dan semakan kelemahan diri semasa memburu peristiwa yang sama, dari tahun-tahun sebelumnya seperti;
-demam yang kuat
-batuk muntah
-sejuk
-terlantar sakit kepala serta pening
Dengan sahdunya memanjatkan doa kehadrat ILLAHI semoga semua rintangan besar tidak akan muncul ke atas diri.
Sedar dan mengakui betapa sukarnya untuk bertemu malam tersebut.
Memohon cuti tanpa gaji selama sebulan. Dalam setahun, 11 bulan telah diisi dengan kerja, logiknya jika cuti selama 1 bulan rasanya masih boleh makan nasi.
Memulakan malam pertama dengan sholat maghrib berimam/berjamaah. (setelah diumumkan peristiharan ramadhan, lalu meneruskan sholat tarawih). Isyak. Selesai 20 rakaat. Salam dengan semua makmun paling akhir tangan Tok Iman. Senyum dalam syukur, dalam kepuasan.
Di rumah baca ala kadar satu surah kecil. Tidur.
Sahur 5pagi. Sejuk. Turun ke masjid. Mengisi minda. Tazkirah pendek. Ceramah subuh, pada hari cuti umum, seperti sabtu dan ahad.
Hujan. Zuhur ke surau.
Mandi. Asar ke surau.
Maghrib berbuka dengan air dan kurma, terus ke Masjid. Sholat. Makan nasi di gerai depan masjid. Isyak dan tarawih. Salam. Alhamdulillah.
Malam ala kadar, membaca satu surah kecil. Tidur.
Hari kedua, bersahur. Menggigil. Selsema. Hujan. Memakai 2 lapis baju ke masjid. Bekalan 3 sampul kecil tisu dalam 3 poket baju melayu habis buat menyapu lelehan dari hidung. Puas dalam kesyukuran.
Cubaan pada hari yang berikutnya; sehingga hari yang ke 19 bulan ramadhan.
----Mandi ketika subuh dengan air suam.
----Duatiga kali motor pancit sepuluh minit sebelum masuk waktu zohor dan asar. Tolak ke tepi jalan, terkejar-kejar berjalan kaki ke surau.

---Basah seluruh badan terkena percikan air hujan (atas) dan kereta (tepi). Terpaksa mandi semula dan membawa pakaian tambahan.
...>>>bersambung..
Pada malam ke 20, selepas Sholat witir, Imam mula berpesan supaya menggandakan amalan pada malam berikutnya.
Pada pagi hari ke 21, lewat bangkit, sempat minum. Mandi terus ke masjid.
Semasa berulang alik ke masjid setiap hari, sempat merenung keindahan, sinar mentari naik atau jatuh dari celah dedahan pepohon besar di kiri-kanan jalan.
Subuh. Ketika keluar, samar-samar, berkabus dan sejuk. Pulang diiringi dengan silauan mentari menyinar kuning kemerahan.
.....>>>bersambung...
--------Antara persedian yang dibawa bersama (di dalam bakul motosikal), sepasang kain pelikat dan baju melayu serta sehelai tuala mandi. Sabun mandi.------

------Antara semakan senarai persediaan untuk berdoa; ( apa yang nak didoakan belum terfikir)
1. Pakaian yang digunakan semasa solat dan berdoa?? hasil titik peluh secara HALAL?
2. Pergaulan seharian, bab sopan beradab atau terlarang maupun terlampau (tepok-tampar cubi-cubitan ataupun senggol-sengolan sesama bukan muhrim).
3. Rumah dan tanah lokasi berdoa.
4. Minyak atau apa-apa yang berkaitan dengan pengangkutan, dari sumber mana?
...>>> bersambung...
Sepuluh tahun kemudian, teringat ayat yang sama, sayu. Lokasi yang berbeza. Selepas Penyimpang Besar Raja-raja mengumumkan tarikh hari raya. Sebelum Isyak berjamaah.
" Habiskan la sisa satu malam yang terakhir, esok sudah malam Raya. Soal amalan diterima itu bukan kerja kita."
Kenangan satu dari dua malam terakhir yang cukup malas untuk datang sholat berjamaah maghrib, petangnya hujan lebat. Basah. Mandi dan tukar baju.
" Mudahan tuan puan dapat melebihkan amalan pada malam ini hingga ke pagi nanti." Pesanan Iman selepas tazkirah. Kurang 11 malam. Menoleh ke belakang. Kosong. Hanya satu baris makmun sahaja. Menoleh ke kanan dan ke kiri, dalam kira-kira 10 orang sahaja, itu pun ada yang nampak layu. Sepanjang perjalanan terasa tiada bunyi cengkerik. Memang terasa sepi, sepanjang perjalanan ke rumah (perbezaaanya sepanjang 28 malam ulang-alik). Terenungpandang sepohon besar nun seberang jalan, hitam teguh.
Lena
Tersedar lewat, tanpa sahur bergegas mandi. Sejuk. Menyarung dua lapis baju.
Suasana udara yang berkabut, pepohon kayu serta betapa tenangnya air yang mengalir dari anak sungai sepanjang jalan. Tidak susah mencari parking, tanda makmum tidak ramai.
" Bersyukurlah jika tuan puan dapat menghidupkan malam tadi dan pagi ini. Mudah-mudahan Illahi memperkenankan doa tuan/puan sekelian." Kata-kata, dari Tok imam selepas tazkirah subuh. ADUZZ. Menyesal.
6.45 pagi. Kebetulan hari cuti umun. Sepi. (Unggas membisu, ramai insan lena dalam kesejukkan) sepanjang perjalanan pulang, sinar mentari kekuningan lembut menembusi kabus yang makin hilang, malu dan GHAIB. Sudah mulai panas macam biasa.
Sepuluh tahun kemudian juga teringat satu dari dua doa, satu darinya telah termakbul walaupun 50%.
¬¬¬RALAT: setelah dibuat semakan (checklist), itu pun setelah sepuluh tahun, terdapat sebuah HAMPER yang diragui KEHALALANnya telah dimakan pada masa malam 4 hari sebelum menjelang raya. (tika mana tau sudut mana HALAL HARAM).
SELAMAT AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN--
...... 10 tahun lalu.
* Tidak semua doa termakbul dan tidak semua tak dimakbulkan Illahi
* Tidak semua kebaikan dibalas di dunia, manakala tidak semua kejahatan dibalas di dunia
* ---Pada zaman yang serba maju ICT ini masih ujudkah Ilmu LADUNI? yang mengatasi SMS, MMS serta Video 3G?? mengatasi kelajuan angin, bunyi, udara serta cahaya dari rahmatNYA? Atas sifat "Khusus" satu atau dua insan sedunia.---*
6 comments:
zeqzeq, ada kwn lama pesan...jgn dicari hingga keakar umbi takut2 separuh ingatan hilang...buat atau jaga yang termampu. selamat menyambut kedatangan syawal tak lama lagi...
hhe salam Izan.
.fatwa dan pendapat masing msing
..usaha..
kekadang menyambut ramadhan atau Syawal yang mana penting..
Illahi Maha Penyayang..
Logiknya takkan Tuhan nak bagi Hilang Akal dalam bab AGAMA. hee
semoga ketemu apa yang dicari...
Salam...
Bila nak sambung novel yang terbengkalai tu...
mm sambung dlam keletihan..
dldm menunggu bab AGAMA rasanya belum pernah INSAN ILLAHI pengsan., atau setidak-tidaknya dalam diri itu terasa atau buat buat RASA menyalahkan diri beribadat.
paling tinggi bengkak kaki, pening atau sewaktu dengannya yang ringan.
Kawan tu memberi info,ianya tak dapat menggulangi PENUNGGUAN yang sama sejak itu walaupun berusaha 15 tahun kemudian. Usaha dan usaha.
Post a Comment