Pages

Sunday, September 21, 2008

Lailatulqadar; suatu Penantian

Ketahanan dan cubaan menanti malam Lailatulqadar
( Bercerita dari teman kepada kawan kepada sahabatnya)

Insan biasa. Kebetulan masih bujang. Dengan semangat selepas beberapa tahun mencuba.
Analisa, tip, kajian dan semakan kelemahan diri semasa memburu peristiwa yang sama, dari tahun-tahun sebelumnya seperti;
-demam yang kuat
-batuk muntah
-sejuk
-terlantar sakit kepala serta pening

Dengan sahdunya memanjatkan doa kehadrat ILLAHI semoga semua rintangan besar tidak akan muncul ke atas diri.
Sedar dan mengakui betapa sukarnya untuk bertemu malam tersebut.
Memohon cuti tanpa gaji selama sebulan. Dalam setahun, 11 bulan telah diisi dengan kerja, logiknya jika cuti selama 1 bulan rasanya masih boleh makan nasi.

Memulakan malam pertama dengan sholat maghrib berimam/berjamaah. (setelah diumumkan peristiharan ramadhan, lalu meneruskan sholat tarawih). Isyak. Selesai 20 rakaat. Salam dengan semua makmun paling akhir tangan Tok Iman. Senyum dalam syukur, dalam kepuasan.

Di rumah baca ala kadar satu surah kecil. Tidur.
Sahur 5pagi. Sejuk. Turun ke masjid. Mengisi minda. Tazkirah pendek. Ceramah subuh, pada hari cuti umum, seperti sabtu dan ahad.
Hujan. Zuhur ke surau.
Mandi. Asar ke surau.
Maghrib berbuka dengan air dan kurma, terus ke Masjid. Sholat. Makan nasi di gerai depan masjid. Isyak dan tarawih. Salam. Alhamdulillah.
Malam ala kadar, membaca satu surah kecil. Tidur.
Hari kedua, bersahur. Menggigil. Selsema. Hujan. Memakai 2 lapis baju ke masjid. Bekalan 3 sampul kecil tisu dalam 3 poket baju melayu habis buat menyapu lelehan dari hidung. Puas dalam kesyukuran.

Cubaan pada hari yang berikutnya; sehingga hari yang ke 19 bulan ramadhan.
----Mandi ketika subuh dengan air suam.
----Duatiga kali motor pancit sepuluh minit sebelum masuk waktu zohor dan asar. Tolak ke tepi jalan, terkejar-kejar berjalan kaki ke surau.
---Basah seluruh badan terkena percikan air hujan (atas) dan kereta (tepi). Terpaksa mandi semula dan membawa pakaian tambahan.

...>>>bersambung..

Pada malam ke 20, selepas Sholat witir, Imam mula berpesan supaya menggandakan amalan pada malam berikutnya.
Pada pagi hari ke 21, lewat bangkit, sempat minum. Mandi terus ke masjid.
Semasa berulang alik ke masjid setiap hari, sempat merenung keindahan, sinar mentari naik atau jatuh dari celah dedahan pepohon besar di kiri-kanan jalan.
Subuh. Ketika keluar, samar-samar, berkabus dan sejuk. Pulang diiringi dengan silauan mentari menyinar kuning kemerahan.


.....>>>bersambung...


--------Antara persedian yang dibawa bersama (di dalam bakul motosikal), sepasang kain pelikat dan baju melayu serta sehelai tuala mandi. Sabun mandi.------
------Antara semakan senarai persediaan untuk berdoa; ( apa yang nak didoakan belum terfikir)
1. Pakaian yang digunakan semasa solat dan berdoa?? hasil titik peluh secara HALAL?
2. Pergaulan seharian, bab sopan beradab atau terlarang maupun terlampau (tepok-tampar cubi-cubitan ataupun senggol-sengolan sesama bukan muhrim).
3. Rumah dan tanah lokasi berdoa.
4. Minyak atau apa-apa yang berkaitan dengan pengangkutan, dari sumber mana?

...>>> bersambung...
Sepuluh tahun kemudian, teringat ayat yang sama, sayu. Lokasi yang berbeza. Selepas Penyimpang Besar Raja-raja mengumumkan tarikh hari raya. Sebelum Isyak berjamaah.
" Habiskan la sisa satu malam yang terakhir, esok sudah malam Raya. Soal amalan diterima itu bukan kerja kita."
Kenangan satu dari dua malam terakhir yang cukup malas untuk datang sholat berjamaah maghrib, petangnya hujan lebat. Basah. Mandi dan tukar baju.
" Mudahan tuan puan dapat melebihkan amalan pada malam ini hingga ke pagi nanti." Pesanan Iman selepas tazkirah. Kurang 11 malam. Menoleh ke belakang. Kosong. Hanya satu baris makmun sahaja. Menoleh ke kanan dan ke kiri, dalam kira-kira 10 orang sahaja, itu pun ada yang nampak layu. Sepanjang perjalanan terasa tiada bunyi cengkerik. Memang terasa sepi, sepanjang perjalanan ke rumah (perbezaaanya sepanjang 28 malam ulang-alik). Terenungpandang sepohon besar nun seberang jalan, hitam teguh.
Lena
Tersedar lewat, tanpa sahur bergegas mandi. Sejuk. Menyarung dua lapis baju.
Suasana udara yang berkabut, pepohon kayu serta betapa tenangnya air yang mengalir dari anak sungai sepanjang jalan. Tidak susah mencari parking, tanda makmum tidak ramai.
" Bersyukurlah jika tuan puan dapat menghidupkan malam tadi dan pagi ini. Mudah-mudahan Illahi memperkenankan doa tuan/puan sekelian." Kata-kata, dari Tok imam selepas tazkirah subuh. ADUZZ. Menyesal.
6.45 pagi. Kebetulan hari cuti umun. Sepi. (Unggas membisu, ramai insan lena dalam kesejukkan) sepanjang perjalanan pulang, sinar mentari kekuningan lembut menembusi kabus yang makin hilang, malu dan GHAIB. Sudah mulai panas macam biasa.
Sepuluh tahun kemudian juga teringat satu dari dua doa, satu darinya telah termakbul walaupun 50%.
¬¬¬RALAT: setelah dibuat semakan (checklist), itu pun setelah sepuluh tahun, terdapat sebuah HAMPER yang diragui KEHALALANnya telah dimakan pada masa malam 4 hari sebelum menjelang raya. (tika mana tau sudut mana HALAL HARAM).
SELAMAT AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN--
...... 10 tahun lalu.
* Tidak semua doa termakbul dan tidak semua tak dimakbulkan Illahi
* Tidak semua kebaikan dibalas di dunia, manakala tidak semua kejahatan dibalas di dunia

* ---Pada zaman yang serba maju ICT ini masih ujudkah Ilmu LADUNI? yang mengatasi SMS, MMS serta Video 3G?? mengatasi kelajuan angin, bunyi, udara serta cahaya dari rahmatNYA? Atas sifat "Khusus" satu atau dua insan sedunia.---*

Saturday, September 20, 2008

Bumi yang bulat


Putaran dalam sebuah kehidupan

Dari empunya cerita seorang kawan melalui seorang saudara kepada seorang sahabat;
Seorang gadis belasan tahun yang masih dara, jodohnya ditakdirkan berkahwin dengan seorang lelaki veteren (unsur kekayaan diabaikan) sebaya dengan ayahnya. Pucuk muda. Corak kehidupan sederhana.

Umur gadis itu baru mendaki 19 tahun, manakala suaminya pula telah melewati 59 tahun perbezaannya adalah 40tahun. Secara fizikal, pertukaran hormon akan menjadikan sang lelaki lebih muda atau menurun (analisa tanpa temu ramah atau audit bertauliah) kepada 39 tahun. Adil. Sang suami akan bertambah sihat, segar dan gagah terikut-ikut dengan gaya serta perwatakan baru. Manakala isteri pula akan bertambah matang, dari segi fizikal menaik ke atas kepada 39 tahun juga. Adil. Wanita bertambah tua dalam perubahan penuaannya. Demi cinta. Demi kasihan.

Takdir juga bila tiba tahun-tahun terakhir seorang suami yang jemu dalam tahap melayan isteri. Wujud orang ketiga (lelaki yang lebih muda). Takdir juga Sang Suami menjadi arwah. Meninggalkan isteri muda secara kebetulan muncul insan yang sudi mengisi ruang dan mendengar rintihan.

Kemudian Sang isteri telah berkahwin lain dengan lelaki muda. Oleh kerana fobia dari pengalaman memilih berkahwin dengan lelaki yang berumur lalu terpikat lelaki lebih muda darinya. Ubah rasa. Ubah selera. Wanita juga ada hak untuk menggunakan istilah `pucuk muda`
Pertukaran hormon juga boleh mengembalikan usia awet muda tadi menjadi usia sebenar. Adil
Bilangan angka umur yang sama. Cuma Lelaki lebih muda dari wanita.

Begitulah corak kehidupan insan yang berulang-ulang.

¬¬¬¬Moralnya setiap kejadian ada hikmahnya. Baik sangka, tanpa buruk sangka seperti gatal (pihak lelaki), kikis harta (pihak perempuan). Tidak perlu mengutuk atau menghina mana-mana kaum.¬¬¬¬¬

Wednesday, September 17, 2008

Menyusur akar

Meletakkan soal kejujuran dalam perbuatan dan berkata dengan jujur.

Soal pertama

Pekerjaan--- Saya malas kerja. Malas lalu minta tolong kawan punchcard untuk "cover line".
Penyakit--- Sipolan yang bomohkan, bila terkena penyakit kita lebih menyalahkn orang lain. Lebih baik menyalahkan HANTU hhee berbanding manusia. Tak pasal-pasal tertolak pahala.
Doa--- tidak termakbul juga masih belum mencari silap diri, samada tanah (jika tanah pesaka wajib kena usul periksa mana tau harta anak yatim (sepupu) yang ditipu oleh orang tua kita), songkok, kain pelikat, sejadah atau rumah dibeli dari sumber rezeki yang belum ditapis HALALnya, walaupun bukan 100% haram (seeloknya menapis dahulu sebagaimana menapis air- mengunakan "filter" yang kuning keluar dari paip air).
Peribadi--- saya nakal atau gatal. Mengakui dengan jujur jika terasa itulah sifat dalam diri.
Ego--- Sesungguhnya adakah saya seorang yang ego, sombong dan suka menunjukk-nunjuk yang memberi kesan jiran, kawan atau saudara mara. Akui dengan rasa pahit.

Soal kedua
Soal nak berubah itu sudah soal kedua. Pelaksanaan.

Monday, September 15, 2008

Perhubungan




Bahasa mentari, angin dan awan ( sunset) selain dari bahasa ARAB. Gambar pertama lebih awal (kiri) seminit dari gambar kedua (kanan) ada beza warna agak kemerahan.

Pemantauan


Memasang tanda peringatan (adalah kerja senang) untuk kanak-kanak tidak sama dengan untuk orang dewasa.

Jadi jika pandai pasang papan tanda, kenala pandai memantau, turun ke belakang melihat telatah kanak-kanak samada boleh tak ikut mereka ikuti nasihat papantanda itu?
Lagi pun AJK masjid/ surau ramai. Sesekali cuba duduk syaf paling belakang sekali. Amanah.

Sunday, September 14, 2008

Berpesan-pesan


Agak panas bandar Kota bahru.
Sedang asyik menunggu dalam fikirkhayal, tetiba seorang abang berteriak
" buat apa tunggulagi, nak kena saman koooo"
Di belakang, sebuah kereta sedang ditarik wiper nak disangkut dengan secebis surat cinta.

Terus bergerak ke depan tanpa sempat mengucapkan terima kasih.

Saturday, September 13, 2008

GHAIB (2)




Nabi Allah khidir AS




Setiap ada nyawa akan hilang nyawa. Jadi Logiknya Nabi Allah Khidir AS pun wafat.


Sayangnya cerita tentang muncul suara Nabi Khidir AS semasa menjelaskan (melawan hasutan syaitan) akan kematian Rasul Muhammad SAW tak dapat ditanya oleh para sahabat. Allah MAHA Perancang Maha mengetahui. Maha bijaksana.


Apakah akan timbul kembali melalui cara atau suara yang sama apabila wujud konflik akidah umat Islam di dunia pada masa ini atau akan datang? melalui pendengaran ilham insan/ulamak terpilih. Apakah hanya Nabi Khidir AS mempunyai signal/bahasa (anugerahNYA) yang boleh berkomunikasi antara manusia yang hidup?


Walaupun tidak muncul secara fizikal, Nabi Khidir AS (dengan Kehendak dan PerintahNYA), baginda akan muncul memberi pertolongan.
Dan tidak mustahil Nabi Khidir hidup semasa Rasul S.A.W wafat, kelebihan baginda dapat mengesan (anugerahNYA) kewafatan Rasul Muhammad S.A.W. dan berkomunikasi dengan sahabat Rasul, cuma dalam jarak yang jauh.
Juga tidak mustahil sehingga kini, baginda masih hidup sehingga kiamat.????
Wallahalam..

Friday, September 12, 2008

usaha tanpa RIAK


Usaha bersungguh-sungguh mengumpul pahala tanpa RIAK.

Bagaikan berulang-ulang makan minum dan esoknya ke tandas, suatu proses alam. Insan biasa yang merancang, DIA yang membalasNYA.

Memujuk diri sendiri, bila kita nampak ada insan lain yang berDAYA maju menunaikan UMRAH dan HAJI berpuluh kali, kerana antara hari ini dan esok tiada siapa yang dapat kekalkan pahalanya. Hari ini masuk Pahala esok keluar(DOSA), akan ada kebocoran. jadi kita ikut gaya kita, asalkan jangan RIAK. Juga dapat membezakan antara WAJIB atau sunah

Wednesday, September 10, 2008

Hidung

Ketika berada bertiga di dalam sebuah kereta, tetiba salah seorang telah menurunkan cermin tingkap? adakah terCIUM bau yang enak? bagaimana perasan dua orang lagi?

BAZAR RAMADHAN


Tiap tahun akan bertambah banyak bazar ramadhan. Cuma yang masih tidak berubah adalah TAHAP penipuan dan CEKIK darah (seperti BASI dll). Membeli dengn menggunakan RASA lapar memberi kesan kepada pembaziran. Masjid dan surau akan juga menerima kesannya, makanan yang disumbangkan akan melimpah. Sampah.


* bila ada dua tangan penuh untuk menjinjing bungkusan, bila terjumpa kawan kawan yang hendak berjabat tangan?

Bersahur


Dalam memilih makanan bersahur wajar berhati-hati tentang HALAL, kita berhak memilih Hotel yg benar-benar tak bercampur, kenapa perlu MALU memilih BINTANG atau tak berbintang.

Thursday, September 04, 2008

Salam Ramadhan


Semasa Pak iman memesan,
"Betulkan shaf, rapatkan shaf"
Menoleh ke belakang, untuk menyamakan tumit kaki , bukannya menyamakan ibu jari ( ibu kaki tak sama setiap orang).
Ada yang merenung ibu jari makmum di sebelah, ada panjang ada lebar?. Sambil sempat berkhayal.
" Amboi besarnya , Panjangnya" (andaian yang melencong).

*Antara tugas, rela dan kesempatan atau keluasan tikar /sejadah kekadang terfikir siapa yang perlu dipersalahkan jika kanak-kanak atau orang dewasa, yang membuat bising semasa khutbah serta solat Jumaat. Samada AJK surau masjid atau siapa?. Adakah mereka tidak pernah meninjau suasana di belakang sekali. Gelagat anak orang dan ayah orang.