Pages

Sunday, July 29, 2012

Sketsa ceritera klasik takut kepada bini

Pada zaman dulu, seorang Memanda Menteri yang takut bini, cuba mendapat nasihat supaya menjadi berani kepada bini.
Lalu beliau mendapatkan nasihat dari Penasihatnya.

"...jika nak kahwin empat kena belajar dari lelaki yang kahwin empat, jadi jika nak belajar jadi berani kena mendapatkan idea , dari rakyat jelata yang berani kepada bini.

Setelah dikumpul rakyat jelata, maka diberi arahan supaya rakyat yang takut kepada bini berhimpun di sebelah kanan.

Manakala rakyat yang tak takut kepada bini berhimpun sebelah kiri beliau.
Ramai berpindah ke sebelah kanan.
Nampaknya kesemua rakyat takut kepada biini kecuali seorang.
Selepasitu di dapati seorang lelaki yang duduk bersandar di tiang dewan tak bergerak di sebelah kiri.

Bila ditanya dia takut kepada bini atau tak, kalau takut kepada bini kenapa duduk bersandar tak bergerak ke sebelah kanan.

"...sebab bini saya suruh datang dan bersandar pada tiang jangan bergerak gerak.."...jawab lelaki itu.