Pages

Tuesday, November 10, 2009

Telus, Berkecuali serta mudah difahami oleh semua peringkat fahaman dan akademik

Salinan/Petikan dari Blog Ustaz Azizi Abdullah- dengan izin
~~~~~~~~~~~~~~0~~~~~~~~0~~~~~~~
"




Dungukah Jais? Terburu-Burukah Asri?
 
Semakin hari semakin menjadi isu perbalahan Dr. Asri dengan JAIS. Sampai jadi melalut-lalut. Yang lain tumpang sekaki. Penulis juga naik semak serabut. Apalah kita orang Melayu Islam ini. Benda sebesar tahi hidungpun, nak tunjuk juara dan kuasa, sampai mempelengongkan orang awam.




Jalan selesainya mudah. Pegawai JPJ bagaimana kualitinya pun dalam kerja hal-hal JPJ, kalau tak ada lesen memandu, dia tetap salah. Polis boleh tangkap. Tapi ingat, ilmu JPJnya tidak terjejas. Dia tetap pegawai yang mempunyai kepakaran pengurusan JPJ.

(tambah kuah:
Selepas ditangkap,
muncul watak tokey kasut mendakwa DR, tak pakai kasut,
muncul watak kedai tayar mendakwa, tayar kereta Dr, Botak..?????)

Air yang mengalir dari puncak gunung, meleleh turun melalui katur dan lurah, mengalir ke hulu sungai, mengalir ke batang kalinya, tidak boleh disekat dan di ampang begitu-begitu. Dan akhirnya air itu mengalir atau menerjah ke kuala. Di kuala mereka berkompol. Mereka tetap bernama air.
 
Dr. Asri diumpamakan pegawai JPJ yang tak ada lesen memandu. Titik. Pemikiran, aliran fahaman, ilmu yang dipelajari kemudian menjadi pegangan ada dalam otak Dr. Asri dan orang-orang yang seumpamanya. Ertinya mereka belajar. Bukan berguru; kepalang berguru bagai bunga kembang tak jadi. Masakan Profesor yang menjadi gurunya iblis? Masakan Universiti Jordan bangsal tunggu durian?


Kalaulah Dr. Asri akur dengan penangkapan kerana tanpa permit, kita fikir perkara ini selesai. Kalaulah JAIS pula tidak menunjuk ‘bodoh sombong’ yang ternyata menjadi tunggangan pihak lain, kita juga rasa hal ini tidak jadi melilau macam layang-layang putus tali.
 
Apabila membaca wawancara wartawan Utusan, Mohd. Radzi Mohd. Zin dengan AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor, (MAIS) Mahfuz Muhamad, ternyata sarang tebuan yang dipelihara Dr. Asri telah dijolok. Mahmud Muhamad kita rasa telah menyorot pandangan dan pemikirannya ke 100 tahun ke belakang.............................................."
 
~~~~~~~~~~~~0~~~~0

link ke http://aziziabdullah.blogspot.com/2009/11/dungukah-jais-terburu-burukah-asri.html

Monday, November 09, 2009

Syyyyyyzzz, sysssss.....

Bila jumpa sejadah, bila was-was gambar sejadah macam potrait burung atau hanuman ke, hantu ke apa ker. Baik diam-diam.Tak perlu heboh sekampung.
Tak perlu buat aduan kepada Media Perdana. Kelak menjadi berita panas, gelemer dan murah. Rujuk pakar dalam diam kemudian jahit sendiri atau tampal boleh guna lagi.


Tak perlu buang, itu  membazir namanya.




Nota: tak pasal-pasal dituduh penganut  WAHHABI

Saturday, November 07, 2009

Berat Mata Memandang

Setelah sebulan terlantar.

Seorang suami yang masih setia, dua kali sehari mengunjungi rumah isteri tuanya. Mengisi susu ke dalam salur getah  memenuhi jadual. Tangan yang sesekali bergerak, kaki dan tubuh kaku tak bermaya, menyedut susu.

Terlantar di katil. Lena.
Anak-anak perempuan jauh merantau, tiada anak lelaki.
sebulan kemudian
Lalu menghembuskan nafas terakhir seorang diri, Tak mandi selama beberapa bulan, busuk
tanpa anak-anak tanpa suami (berada bersama insteri muda).

Semoga bahagia di sana.

Tuesday, November 03, 2009

Projek atau Islamik?


Satu peluru berapa musuh kena demam???





Bila Kelompok Islam Berbalah


Bila golongan lama sukar dikomen dan dikritik


Bila masing-masing cuba menguji KUASA (Test Power)


Kekadang sukar menilik DIRI yang agak lama berkuasa, berumur serta ramai kawan yang
TAKSUB ditambah menjaga hati dan termakan budi lalu segan, untuk menegur sesama sendiri,
--seolah-olah ingin memegang KUASA sampai habis chas.



Bila titik-titik projek Periuk Nasi akan berkurang atau  tergugat



Projek dan kuasa siapa yang terjejas??


Bila sifat BUSUK hati melihat orang lain maju.



Nota:
Lepas ini Peguam Syarie VS  Sister Islam..

--Rahsia dakwaan yang tertangguh dan pembayaran dari Persatuan Ibu Tunggal.

siapa yang membuka AIB SIS dan siapa yang membela Peguam Syarie??
Alahai nama Islam tapi masih belum Islamik (segelintir peguam yang mencemar nama,  masih ada pembelaan??)

* Kenapa JAKIM melatah bila dikomen tentang Restoren Halal???.

*Nampaknya banyak Insan beragama Islam tak boleh dikomen????malu mengakui kelemahan jentera, bersifat menafikan.

Islam Oh
Penganut Islam.

Bersama-sama

Agaknya sampai bila amanah ini akan terjaga. Menjaga keharmonian bukit-bukau.

Jika diikutkan rasa dan petumbuhan manusia, semua bukit akan ditumbangkan.
kalau ikutkan hati manusia ingin berumah di angkasa..

nafsu yang TAK terbatas.

Pokok kayu : Awak jangan menimpa saya yer.

Bukit : Awak duduk diam-diam, sambil menyegarkan udara tumbuh di sekeliling kami. Sejuk meyerap cahaya mentari.


"Kita bersama-sama berbakti kepada manusia".


Sunday, November 01, 2009

Kerusi Pelastik

Kerusi Pelastik Vs Kerusi Kayu

Tiba di warung, tarik kerusi, tengok bawah, sapu sikit, hentak-hentak sengetkan sedikit, lepas itu baru labuhkan punggung, risau seluar akan kotor. Najis burung  atau basah dek seluar pengunjung sebelum itu.

Masuk  Kopitiam kerusi lembut atau stainles steel, tak perlu ragu-ragu terus duduk.

Apakah kerusi melambangkan habit dan kelas seseorang???


Muka atau wajah mencuka bila kerusi yang berkelas di rebut orang sebelah.

Warung di tepi jalan di labuhkan oleh seluar-seluar yang agak masam. adakah kita berkira? logiknya jika berkira memakai seluar yang sama ketika bersolat???

Solat pakailah kain pelikat jika was-was akan  kesucian  kerusi restoren.

Seluar  di basuh 2 hari sekali, pakai hari ini besok boleh pakai lagi agaknya.


Saturday, October 31, 2009

Penampan Forensik dalam Penyiasatan

Laporan SATU

MMS satu:
Waalaikum salam, Yer Tuan, semua beres tuan. Semua unit CPU dan laptop selamat serta bersih. Hardisk telah ditukar kepada HD terpakai, didapati dari Jalan Petaling yang berharga RM2.00 sebiji, masih data yang lama.
Hard disk telah diformat menggunakan Motherboard yang telah disetkan mengikut 'Clock' pada masa yang sama iaitu 2004.Sistem unformat akan memberikan data ZERO .Maklumat bil dan invois telah diubah mengikut arahan Tuan, serta mengikut tarikh terkebelakang.

Sistem 'Mirror akaun' juga diubahsuai.Syarikat Tuan mempunyai 3 mirror akaun.

Data-data dalam CPU tersebut mempunyai beberapa pelan yang berharga beratus ribu.
Oh lagi satu bila ditaip 'unformat' sistem yang kami setkan akan melencong kepada sistem Grafik tersebut.Secara automatik pelan itu akan 'burn'.

Saya akan hantar data-data yang telah diprint pada date semasa menunjukkan kita ada Maklumat itu.Tuan jangan risau ahli pasukan saya mempunyai pengalaman 20 tahun dalam sofware dan hardware komputer.

Oleh itu Tuan boleh bersedia bila data-data itu hilang. Sediakan peguam untuk menyaman balik.

'saksi mati' telah saya hapuskan. Nama Tuan sebagai Ahli Lembaga Pengarah telah dikeluarkan, dari SSM.
Selamat dan bersih.

Ini adalah kerja MENIPU yang terakhir bagi pasukan kami.
Oleh itu diharap pihak tuan akan menghadiahkan tiket ke Mekah untuk bertaubat.

Friday, October 30, 2009

Petir dan Binatang

Atuk saya pengembala lembu dan kerbau yang berpagar.
Antara Binatang dan insan
Siapa yang banyak membuat kerosakan ke atas muka bumi.


jika menjadikan binatang sebagai  peliharaan dan punca rezeki, ianya adalah sebagai amanah manusia, awasi serta memberikan ruang bergerak serta makanan.

Termasuk burung,bebaskan binatang jika sekadar untuk hiburan.

dek lembu dan kerbau sesama insan boleh berbalah, berebut hak milik.
Ada yang berebut kawasan 'pemerintahan rumput'.

Lembu yang ingin dijadikan binatang korban wajar mencari padang ragut yang halal, berpagar bukannya 'tanahmu tanahku'. Hati -hati bila merampas atau menafikan hak orang lain.

Kedegilan dalam menerima nasihat dari jiran akan membawa kepada permohonan doa

Tak mustahil lembu mempunyai perasaan  bersalah, bila kena pukul dan dihalau manusia selepas meragut rumput. Tak mustahil sang lembu berdoa mencari ketenangan.


Nota: alahai, rumput tak halal, tuan punya tak halal, macam mana nak buat ibadah korban.

suci dalam debu???

Nota: andai tiada masa untuk menjaga haiwan wajar lepaskan lembu ke hutan menjadi lembu hutan, Andai tiada masa menjirus pokok bunga, lebih baik cabut dan tanam di luar kawasan yang tidak berbumbung, biarkan dedauannya menghirup udara segar bersama-sama belaian embun pagi.

Tuesday, October 27, 2009

Cerewet

Secara kebetulan lokasi yang kurang mahir
Bila berjumpa dengan insan yang cerewet memilih nak makan dan makanan

"Pilihan Restoren di sana , banyak"

.Sekadar dengar cakap dan info dari kawan-kawan.
Sanggup  menempuh kesesakan .

melangkah masuk ke sebuah restoren
ternampak lalat berterbangan, terus keluar.

Masuk kedai restoren kedua
Bila tengok tempat basuh tangan berdekatan dengan lauk. Renjis-renjis tangan pengunjung yang basah, tempias masuk ke dalam bekas lauk-pauk. Beredar.

Masuk kedai sebelah, memerhatikan nasi, cedukan nasi oleh pengunjung lain,, tiada wap, tandanya sejuk.

Fushh,,,

Berundur...Cari kedai lain.

Belum kira pinggan berkulat
Lokasi yang berbau
bla-bla..

Kalau jumpa insan sebegini ...lebih baik tak payah terima pelawaan makan.Tapau lagi bagus.


nota;

teknik penandaan menu atau isi nasi yang dibungkus, telah melewati 3/4 sistem sejak dulu hngga kini.

----Cucuk satu paku,/satu lidi ,membezakan nasi ayam
                      dua paku/lidi nasi berlaukkan ikan

---- satu getah nasi ada sambal
       dua getah nasi tanpa sambal

---terbaharu
Bungkusan Polisterin
cebisan kertas yang tertulis atau tulisan ke atas tudung sebelah atas.

Monday, October 26, 2009

Kumbang

Ehemm buat apa tu.

Kumbang memerlukan masa 5 saat sahaja untuk menyedut manisan dari setiap kelopak bunga. Ada 5 stigma debunga. Kemudian terbang ke sasaran kelopak yang lain. Terbang lagi.
Sehingga kesemua kelopak bunga diratah dan dijelajahinya.


Menghilang

Datang sang kumbang lain pula, mengulangi pekerjaan yang sama.





Kasihsayang

Adegan yang ingin dilihat.


Mesra dan akrab
Betapa kasih seorang cucu memeluk Atoknya sambl menyeberang jalan.Tanpa disuruh. Kasihsayang sesama insan.
Bertuahnya seorang datuk.
Mudahan tidak luput ditelan kemodenan.

Sunday, October 25, 2009

GOL

Pengulas A: Gooolllllllllllll.... yer yer satu tandukan kencang oleh Mr Kelabu berjaya menembusi pintu gol lawan. Penjaga gol yang kebetulan teringat dan terbayang sebiji bola sebagai kekasih, melayang-layang dikebas orang. Terpingga-pingga. Dalam memerhatikan gerakan pemain lawan, penjaga gol seolah-olah ternampak seorang bekas kawan yang telah merampas kekasihnya, ia telah terlampau marah. Sehingga sukar memilih antara bola , kekasih atau kawan untuk dihalang.
Penjaga Gol ini memang kacak dan hensem Saya tertarik dengan sifat kelelakian serta otot-ototnya. Baik budi. Cuma laser sikit-skit.(bini dia cakap).
Keputusan terkini  saya belum kira.

Pengulas B: Goollllll, tandukan  Mr kelabu  masuk ke gawang pasukan  C, tandukannya tidak la sehebat mana, lagipun penjaga gol semacam khayal kerana entah apa-apa. Bola pula seakan berwarna-warni pada mata saya, ada semacam 5 segi berwarna hijau biru hitam. pelek kenapa bola di cat hitam dan putih, kenapa pula dijahit 5 segi kenapa tidak jahit samarata.tak perlu ada segi segi memeningkan mata. keseluruhan cat  bola hendaklah warna putih atau garang senang mata melihat.

Tandukan sehebat mana pun akan dapat dihalang dan ditangkap oleh penjaga gol. Lagi pun tangan penjaga gol  kidal dan bengkok dek kerana penyakit lamanya.(hanya saya seorang yang tahu).

Penjaga gol itu juga seorang yang kedukut, malas belanja kawan-kawan termasuk saya.
Ayah dia menolak pinangan ayah saya, itu dulu-dulu, adik dia cantik.

Para penonton, semasa bola hendak ditanduk saya nampak seakan angin kuat meniup baju beberapa pemain yang berada di sekitar pintu gol, jadi pergerakan bola agak menyerong menyukarkan barisan pertahanan

Saya tak puas hati  bila  dapat tahu Mr Kelabu bersaudara dengan penjaga Gol pasukan C .
Ini  Kroni. namanya.
Keputusan terkini saya belum buka internet.

Ulasan terpaksa di potong kerana sensitif dan tak masuk akal.

nota:
A: Pengosip
B: Pengulas Politik
Begitulah HARU-biru bila pengulas picisan politik dan pengosip diberi peluang menjadi pengulas sukan.

Bagaimana agaknya jika pengulas bidang lain menceburi bidang yang berbeza, kurang mahir, belajar dari buku dan khabar angin atau berita/fakta basi.

Saturday, October 24, 2009

Sedekah Ikhlas


Untung nya

Penulis dan penerbit, bukan susah nak dapat pahala jika ikhlas dan suka menghalalkan info.

Bayangkan banyak orang /pengunjung  "window shoping "sempat membelek-belek lalu membaca kemudian menceduk info berguna dari buku-buku yang terbuka (salah satu) tanpa 'plastik seal'.

Membaca secara percuma, sehingga lusuh, berkedut-kedut atau kelabu warna kulitnya

Kemudian fakta itu dijadikan ilmu bermanfaat,  malah disebarkan menjadi dahan dan ranting kepada insan yang lain.

Nota: Pembaca wajar meminta halal ilmu/bacaan tersebut dari penjualnya.

Besar , besar Oh besar



Air buah gelas besar


AIR GELAS BUAH BESAR


Antara cerita ini dalam sejarah:
Faktor istimewa inilah memainkan peranan dan alasan utama ke arah serangan sexual terhadap wanita.

kes-kes;

--di salah sebuah pejabat Kerajaan Negeri Sembilan, antara ketua dengan kakitangan--tak rela.(akhbar Perdana).
--si Baju kuning di dalam lift, Putrajaya ---rela.
--di salah sebuah pejabat swasta, Sepang, memeluk dari belakang oleh ketua Jabatan.--Tak rela
dan sebagainnya.

Jika terdapat kes serangan sexual, sila dapatkan gambar samaada istimewa atau sebaliknya.

Tolong gantikan perkataan,
 istimewa = BESAR



Friday, October 23, 2009

Menumpang

Sketsa Hari Jumaat

Selepas sibuk melompat, berjalan, melalak dan bekerja 6 atau 5 hari seminggu, kekadang terfikir bahawa tempat berpijak adalah sementara.Menumpang putaran roda-roda kereta, menumpang pasak tiang di atas tanah serta menumpang berteduh di sebuah rumah.


Bagaikan menumpang sebuah Katil electronik di dalam sebuah WAD ICU.
Sebuah hospital.

Menumpang lena. Juga hanya sementara.
tika ini, tiada Toyota, tiada Astro serta tak nampak atap genting pada mata.
Hanya anak-anak di sisi yang merah matanya dan perit tekaknya
.
Yaa sinn..

Wednesday, October 21, 2009

Lopak


Batu Oh batu kenapa kau pecah
macammana tak pecah minyak hitam sikit sangat
macam mana tak pecah muaTAN terlebih
macammana tak pecah lori 'TAN' besar sangat
macam mana tak pecah aspal nipis sangat

lori o lori kenapa kau berat
macam mana tak berat nak untung Trip
macam mana tak berat saman terlekat
macam mana tak berat  masa nak jimat

Trip O trip kenapa  nak kejar untung
macam mana nak untung nak kejar hujan
macam mana nak untung 30% jadi komisyen

hujan O hujan
(dah kerja aku)

nota:
manusia tak pernah disalahkan

Mengular


Selepas menaip kemudian 'print'

menaip lagi print lagi

Salah satu profesion yang orang luar tidak tau, hanya mengikut arahan Boss. Hanya bos yang tau sifat maki hamun, seksi dan malas.
Insan yang tidak suka dikomen atau dikritik, perjalanan kerjanya adalah sesuai memohon jawatan ini, berbanding jika buat silap atau ponteng

Jika membuat kerja luar seperti penguatkuasa, kaunter dan sewaktu dengannya.

Mencukupkan masa jam di pejabat, kemudian pulang.

Normalnya insan akan MALU bila semua orang tau dia tak buat kerja, selagi belum terbongkar sikap mengular diteruskan.
 
Nota: aman dunia, jika sedar iaNYA boleh  nampak.

Tuesday, October 20, 2009

Usaha

Di sebuah Cafe. Mana-mana lokasi samada Tanglin dan sewaktu dengannnya.

" Assalamuaalaikum,  Pakcik, maaf menggangu, ini buku baru boleh tengok tak semestinya membeli". sapa seorang gadis manis. sambil menghulurkan buku berbentuk agama.


".Waalaikumsalam,.mmm..nampak bagus buku ini, adik dah baca ker?" Senyum seorang insan, sambil membelek-belek helaian buku, sebagai menjaga hati insan lain.

"Belum lagi, baru dapat hari ini". jawab Gadis.

moralnya
--tanpa disedari  'Pakcik' itu adalah penulis buku yang dijual oleh penjual.(kecik hati, jatuh air muka, jika diceritakan berdepan dengan penulis buku jualannya)
-usaha mencari rezeki halal dan berkat, walaupun sedikit, berbanding duduk rumah goyang kaki (MALU), dan bukannya songlap duit cukai rakyat juta-juta, cepat kaya serta mewah.
- baca dahulu isi sesuai dengan tugas yang dijalankan.
--prepare dan persedian untuk jalankan tugas.
--sikap Bos yang kedekut ,wajar menghadiahkan set jualan terlebih awal(sehari sebulan) setiap buku yang ingin dipasarkan.

Sunday, October 18, 2009

Boleh Percaya Ke?

...bila bisikan dari lelaki muda dihalakan kepada wanita berumur;
              
                 "dikau manis, I minat U"

              " Saya sayang, jujur tau,cinta terbit dari hati yang suci"

              "U menarik, memang ada daya menarik"

             " I tertarik pada pinggang U, bahu U" (sensor...)

             " saya tak melihat umur,  asal kita bahagia"

...pujuk rayu lelaki kepada wanita kaya walaupun kurang menarik;

" Awak memang baik hati, Saya memang kurang minat wanita cantik, yang penting hati dan perangai"


Kecuali sang lelaki mempunyai kerjaya yang tetap dan mewah dari wanita..di sini ada kejujurannya.



kembang hidung (dan XXX..) bila dipuji terutama kepada mereka yang kekeringan pujian.
tanamkan sifat curiga bila umur telah meningkat kenapa kita disukai, adakah kerana wang atau kerjaya.

Elakkan PERASAN dalam jiwa bila mendapat perhatian dari lelaki muda.

Saturday, October 17, 2009

Secara Kebetulan???



Suara: HP saya hilang..
Saya: beri salam dulu..
Suara: assalamua'laikum
Saya: Waalaikum'salam, Awak baca Blog saya???
Suara: Tak baca dan tak tau awak mempunyai blog.
Saya: Lagi bagus..(suara halus).

Bila gadjet N80, hilang di dalam tandas sebuah Masjid. Ghaib
Nokia N80 second hand pada masa kini berharga RM400.00- RM500.00.

Secara kebetulan memasukkan deposit tetap ke ASN pada pertengahan bulan Januari 2008 sebanyak RM10,000.00

Kini bulan Oktober 2009. ada masa 10 bulan, peluang membayar zakat, terabai, terlupa atau melupakan

Selepas dikira nilai zakat harta setahun.


Kebetulan???


*Moralnya jangan bertangguh ..membayar zakat harta simpanan/emas bila cukup HAUL