Pages

Monday, January 31, 2011

Kalau Hendak Beli Gelembung Boya

Jika berkunjumg ke Kelantan, dan teringin membeli sejenis kuih manis yang dinamakan Gelembung Boya, sila bertanya terlebih dulu sama ada stok berapa hari..
jika sudah mencapai seminggu bermakna sudah terasa 'TENGIK ' .
Kuih ini dibuat dari kelapa. Sila bertanya dan minta pastikan jawapan secara jujur dari peraih yang menjualkannya.





31/01 KOTA BHARU-Datuk Nik Abdul Aziz mendakwa ada masyarakat masih tidak faham perkataan jahiliyah seperti yang digunakan pada kempen PRK DUN Tenang.
* 31/01 RANTAU PANJANG-Cubaan menyeludup gandum tumpas apabila kegiatan mereka disedari 10 anggota tentera yang kebetulan meronda di Jeram Perdah.

Sunday, January 30, 2011

Khas Buat Anon (for Anon guy)

Apa masalah Anön dengan saya?
Komen seolaholah mat saleh? Soal tuan blog dilabel baling batu? Sembunyi identiti?
Salah di mana?
Masuk komen entry jauh ke belakang.
Seolaholah mencabar untuk didelete.?

* 30/01 GUA MUSANG-Pembantu perubatan maut kemalangan di Jln Gua Musang-Kuala Krai.

Bazar Tok Guru

* 30/01 KOTA BHARU-Kerajaan Negeri diingatkn tidak salahkn Uda Holdings kerana kemelut perpindahan 415 peniaga ke Bazar Tok Guru.

* 30/01 KOTA BHARU-Penyelaras UMNO DUN Tanjung Mas, Kanidy Omar kerugian kira-kira RM600,000 kerana banglonya terbakar.
* 30/01 KOTA BHARU-Berkuatkuasa hari ini hingga 10 Feb, pembelian minyak masak bersubsidi di Kelantan dihadkan kepada dua kilogram seorang.

Saturday, January 29, 2011

Aduhai Pembela Islam, Bangkit dan bersuaralah jika anda berkuasa,“Isu Bersalaman Dr. Chua Soi Lek…”,

di sini


Sekilas 39 - Sekilas 39 - “Isu Bersalaman Dr. Chua Soi Lek…”

1. Saya ingin membahaskan mengenai isu Dr. Chua Soi Lek yang memperendahkan sikap Puan Normala mengenai prinsipnya yang selaras dengan hadis Nabi SAW bahawa “aku tidak pernah bersalam dengan wanita, pendekatanku pada seratus orang wanita sama dengan pendekatanku kepada satu orang wanita” (HR Malik)
2. Walaupun bersalaman ada perbahasannya, ada pendapat yang membolehkan dan ada pendapat yang mengharamkan, tetapi seseorang tidak boleh merendahkan pendirian agama yang diamalkan oleh seseorang. Saya ingin bahaskan dari sudut mengapa seseorang bukan Islam boleh menghina Islam. Ini berikutan pendirian Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang berpendapat Dr. Chua Soi Lek telah menghina Islam. Ia sebagai koreksi diri kita bagi isu-isu yang mungkin akan terjadi pada masa akan datang.
3. Orang yang menghina Islam ada dua kategori. 1. Kategori Jahil dan memang tidak tahu. 2. Kategori menghina dengan niat memang mahu merendahkan atau bahasa kasar orang Melayu adalah dengan tujuan kurang ajar.
4. Dua sebab ini pernah berlaku pada zaman Nabi. Sebab pertama iaitu jahil. Ini banyak berlaku. Ramai para sahabat pada peringkat awal menghina Islam tetapi setelah tahu kebenaran dan keindahan Islam, mereka menjadi orang yang sangat membela Islam.
5. Kategori kedua adalah sebab pertentangan atau kurang ajar. Dalam kategori ini, kita boleh membahagiakanya dengan dua sebab, iaitu (i) kurang ajar sebab dia tahu sangat kebenaran itu, tapi memang saja nak tunjuk pertentangan. Ini terjadi di kalangan ahli kitab, yang Nabi tidak banyak berdebat dengan mereka dan akhirnya ada ahli kitab diperangi dan keluar dari Madinah menuju ke Khaibar.
6. Sebab kedua dalam kategori ini ialah (ii) dia tahu kebenaran, tetapi menentang kebenaran kerana orang yang lebih tahu kebenaran itu turut membenarkan perilakunya. Dia jadi berani kerana bersandar pada orang lain yang tahu kebenaran dan menentang kebenaran itu.
7. Golongan seperti ini ialah golongan pembesar Quraisy yang bermatian memusuhi Nabi kerana mereka melihat ahli kitab sendiri menghina-hina Nabi. Golongan ini pernah didampingi oleh Nabi dan nabi selalu menyampaikan Islam pada mereka sehingga pernah ketika Nabi mendampingi mereka, datang seorang buta ingin tahu pasal Islam dan Nabi berpaling kerana rasa terganggu dan Allah menurunkan surah Abasa kepada Nabi SAW.
8. Berbalik pada Dr. Chua Soi Lek. Kita boleh lihat reaksi dia, adakah dia terkategori orang yang menghina Islam dari kalangan orang jahil atau dengan niat untuk berkurang ajar.
9. Kalau dia tergolong dari kalangan orang yang jahil, maka sudah menjadi tanggungjawab orang Islam menyuarakan kebenaran padanya hingga dia faham dan dapat menghormati Islam itu.
10. Kalau dia tergolongan dari kategori kedua, jika sebab pertama, maka dia perlu diperbetulkannya dengan apa cara sekalipun, sama ada dengan tindakan mahkamah kerana menghina Islam, tindakan disiplin dan sebagainya. Kalau dia tergolong dari sebab kedua, maka dia perlu diperbetulkan, orang yang dicontohi itu juga perlu diperbetulkan.
11. Bagaimana ingin memperbetulkan? Bagi saya semua pihak perlu bangun berusaha, para mufti perlu memberikan pandangan, para agamawan yang  tidak berjawatan perlu berusaha, para agamawan dari badan-badan kerajaan juga perlu membetulkan perkara ini, begitu juga agamawan dari mana-mana parti juga perlu bangun mempertahankan agama ini. Negara kita ada persatuan Ulama, ada Ulama Muda dari parti Politik, ada berbagai persatuan cendekiawan muslim di negara ini dan berbagai-bagai lagi. Bangunlah semua dan pertahankanlah Islam.
12. Percayalah, akhirnya orang kafir akan bersatu, kenapa kita tidak berusaha untuk bersatu walau apa platform kita.
13. Saya secara peribadi menyokong pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Dr Chua perlu meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.
14. Sesungguhnya, agama bukan alat untuk menang politik tetapi politiklah salah satu alat untuk agama kerana kita mati akan meninggalkan politik, tetapi kita tidak akan meninggalkan agama hinggalah ke saat hembusan nafas terakhir kita. Allah yang memerintahkan kita memegang Islam hingga mati, firman Allah
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam (Surah Ali Imran ayat 102)
Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah dan semoga Islam terus terpelihara di negara tercinta ini, amin….
“Sekilas Mewarkan Peristiwa”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Bukit Jelutong
23 Safar 1432/28 Januari 2011 jam 5.00 petang


*NOTA tangan:  cuba bayangkan jika masih boleh pakai syariat NABI MUSA dan nabi KHIDIR..

Kamus loghat:

dulu-dulu= GHITU-ghitu
teramat busuk= busuk bangaa
berhenti=Bhoo (dah dah berhenti dulu=dah-dah Bhoo dulu)

Ada Kerja, Ada Gaji.

Pohon kerja, isi borang on line, terus dapat. Orang lain puluhribu isi juga, isi puluh kali, tak dpat.
Walaupun kena hantar luar Semenanjung, usah guna kabel, orang lain tiada kabel.
Ditukar ke negeri asal, tapi bukan daerah asal pun syukur. Rezeki. Orang lain, tak boleh tukar langsung.
Tak dapat cuti CNY , syukur.Orang lain tak cuti langsung.
Yang penting dapat pencen sama ada pilihan atau wajib.
Dapat anugerah melancong dari jabatan, syukur.Orang lain, swasta ada syarikat yang kedukut untuk mencarum KWSP atau Sosco, bonus jauh sekali.

"TAK nak kerja, itu Indo bangla boleh kerja",

promoter atau lainlain jawatan.

Friday, January 28, 2011

Rasa Bersalah Hanya wujud Bila Sudah Berhenti Bertugas

EMOSI diri sebuah penyesalan.

Bila setahun dua berlalu, arahan yang tidak menepati kemanusiaan akan terasa besar kesalahannya menekan diri.

Memberi data-data yang salah semata-mata kerana emosi terhadap kakitangan yang lain.
Membuang kakitangan tanpa alasan yang kukuh semata-mata ikut arahan orang atasan, jual prinsip AGAMA dan budaya, hanya ikut resam keuntungan.

Orang akan kenang kerana benar dan betul tindakan, hormat sampai bersara.
Kakitangan bawahan akan segan bukannya takut  dengan disiplin diri.

Ketetapan masa. Janji tetap. Mesyuarat pukul 8.00am, 7.45am sudah bersedia di kerusi.




*  TANAH MERAH-Warga emas yang menjadi mangsa samun Ahad lalu, trauma krn kediamannya dipecah masuk dua kali dalam tempoh sebulan di Paloh. T>Merah kelantan

* 28/01 KOTA BHARU-Penagih yang bertongkat dihukum penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, hr ini krn menagih dan memiliki dadah.

[Masjid], Kalau Kasut/selipar Kena Curi

Andai kasut kena curi abaikan saja

Anggap sedekah

Lain kali pakai kasut yang berharga murah
Usah berdendam dengan mencuri selipar/kasut orang lain.
Jangan Malu berkaki ayam ke kereta
atau
 pinjam selipar wakaf terpotong depan dan memakainya  sehingga ke kereta.

Kalau Ada Tanah Sekangkang Kera Di Belakang Rumah

Tanam Pisang dua pokok
Pacak Batang ubi kayu 2/3 batang
Tanam serai dua tiga perdu

dua tiga bulan..hasilnya


tanpa buka peti ais

Daun Pisang dipotong kecil  buat alas
Belender Ubi kayu lalu bakar di atas kuali
Aroma daun pisang... aroma hangit ubi kayu..

Thursday, January 27, 2011

TANAH MERAH-Lebih 144 km kabel tembaga dicuri

SINARKELW 27/01 TANAH MERAH-Lebih 144 km kabel tembaga milik TM dipasang di jln dicuri sepjg thn lepas bernilai lebih RM5 juta.
< 0 >
SINARKELW 27/01 PASIR PUTEH-5 nelayan slmt setelah bot mrk terbalik di muara Tok Bali,mrk terpaksa berpaut pd perut bot yg beberapa kali terbalik dipukul ombak.

Wednesday, January 26, 2011

Suatu Pagi Minggu Di Shah Alam

Dataran S.Alam

Selepas  mat rempit digempur..


Melintasi Dataran S.alam, kelihatan ramai insan-insan sedang berPOCO-Poco..

 Bila tiba di sebuah restoren
 Kedengaran suara  jiran bangku sebelah.

..." alangkah elok jika sebelum bersenam dibuat satu ceramah buat mereka..lagi pun mereka sudah bangun awal pagi persedian untuk senamrobik..
elok disePADUKAN dengan bahan ilmiah dan rengangan otot-otot.

..mulakan dengan solat subuh kemudian sedikit ceramah barulah  keluar melompat-lompat untuk hilangkan STRES otot ..


 * keluhan orang muda mana sama dengan pemikiran golongan 'senja'


.

32665; Penyakit Sedut Kredit

Bila satu dua orang sudah terkena elok jauhi dari melanggan SMS untuk FB secara weekly sebanyak Rm1.00.

36655 tidak menipu cuma menolak kredit pelanggannya sebanyak RM1.00

Bila sms untuk pemberitahuan dari 32665, pihak pelanggan yang terpaksa kena bayar.





kecuali terdesak sangat untuk melanggan dengan 32665

Rm1.00 tak banyak mana, cuma jika 3/4 kali sebulan info dari 32665 baru rm4.00



* NOTA: ada sesiapa kawan/rakan Bloger yang menggunakan Mozilla firefox??semasa jalan-jalan melawat rakan2 tetiba ada TROJAN masuk dari mozilla..??sila scan mozilla dan trojan anda.

virus .HEUR oh HUEUR..pulak

Tanah di Selangor masih banyak

Tanah hutan di Selangor masih banyak, patutla 2 partai berebut memerintah.
Menyusuri Plus highway ke Damansara ke Sg Buloh, bukit bukau sedia digondol.
Melewati S.Alam 2 dari Puncak alam, kiri kanan tanah berbukit masih banyak.
Belum masuk kira kawasan Gombak sebelum karak.
Ke sebelah Ukay sebelah Zoo, bukit bukau sehingga Sg congkak (bagaikan banjaran).
Pandan Indah sedang digondol bukitnya.
Tak mustahil tiangtiang kayu akan berubah menjadi tiangmenara batu.

Tuesday, January 25, 2011

Air Mata penting dalam Kehidupan

Teknik kemukakan soalan perlu dalam forum, seolah kita menghayati topik dan tajuk perbincangan.
1. Tambah lagi dengan aliran airmata, moderator akan bangga mesej telah menusuk ke jiwa.
2.Ketika merayu pertolongan.
3. Minta hutang dan berhutang.

Di mana mana akan ditemui sketsa ini,
# geli bila nampak air mata dipublishkan seolaholah airmata insaf dan sedih secara spontan?

Monday, January 24, 2011

Antara Jalan Yang Cukup Memberi Kesabaran

Di lembah Klang antara jalan jalan yang perlu para pemandunya menjadi tikus.
1. Jalan Kg Melayu subang menghala ke Kepong dan Sg. Buloh.
2. Jalan Sg Buloh menghala kepong.
Lori membawa pasir masih mengalir airnya, mengotorkan kereta.
Ada juga lori batu dust yang membawa muatan tinggi melimpah ruah, canvas yang kecil.
Jika nak jadi kucing sila memandu steamroll atau shovel ketika melalui jalan tersebut.

Sunday, January 23, 2011

Apa ada pada Blog jualpamer Lurah .DADAatau DADA bidang?

Apa perlu bangga jika blog jual Dada, jual gambar rambut merah ikal Mayat mempunyai rating tinggi?.
Pendapatn tinggi kena bayar cukai? Maupun zakat.
Tetapi paparan rating menjual DadA bayar zakat? Huhu memang bagus.
"Suci dalam debu "umpama lagu itu. Nawaitu? Kenapa harian Metro lebih diminati berbanding tabloid I luv islam'?

Mazidul Mobile Blogging: Ops Trafik Bukit Aman

Mazidul Mobile Blogging: Ops Trafik Bukit Aman

Mulut Celupar

Risau juga jika berjalan atau berkereta dengan insan bermulut celupar.


..."..kan kan jatuh ke atas kepala hancurrrr.;






 ..iissh besarnya beban ,pecah tayar..baru tau.."..





..

Saturday, January 22, 2011

Apa kelas sambut panggilan dari dalam tandas

Antara banyak banyak perkara penting, ambik panggilan dari dalam tandas boleh dikira ada kelas.
Panggilan disambut semasa mendengar ceramah juga kurang asam.,menampakkan pemilik adalah orang nombor satu.
Ada juga menerimanya semasa dalam masjid, vibrat dilupakan.
Ada tak menjawab panggilan semasa berada di atas katil?..menghormati pasangan mana? Sana bos sini teman..agaknya.
Membuat panggilan berlatarbelakang suara azan, tanda pemiliknya lupa bahawa ianya beragama islam.
Membuat panggilan sewaktu masuk waktu zuhur pada hari Jumaat anggap saja pemanggil tesebut adalah wanita.

Friday, January 21, 2011

Pemandangan yang Tak ingin dilihat Pada hari Jumaat

Hendaknya bila cuti, masa membasuh masa menjemur tilam bantal banyak terluang.
Basuh sana basuh sini vacum sana vacum sini.

Harapan tiada pulak mengambil kesempatan menjemur tilam bantal di pagar surau atau masjid..
persepsinya macamlah pagar surau digunakan untuk berjemur.

Jemur carpet jemur pakaian yang boleh menggelikan mata..

* mentang-mentang lah kita jiran surau..

Thursday, January 20, 2011

D.I.Y: Jika Ada Penyakit Pening semasa Membaca Dalam Kereta.

Pening adalah sifat genetik, terutama bila membaca dalam kereta yang sedang bergerak.
Menoleh ke arah belakang juga mempercepatkan rasa pening.
Oleh itu cuba tukarkan dari membaca Novel atau suratkhabar kepada terjemahan Al-Quran

Kesan membaca sambil tunduk akan membuatkan kepala berputar dan rasa nak termuntah..

Tetapi bila membaca Al-Quran terjemahan rasa pening boleh berkurang..