Pages

Sunday, November 28, 2010

Agaknya siapakah yang sudi mencubit kita,jika terlena atau belum sedar diri ini,itu dah TUA?

Siapakah agaknya yang tak segan menegur kita dari Tak sedar diri dah Tua?
"hoi dah 40an tak payahlah pamer gambar separabogel kat blog, malu anak anak atau anak buah,cucu buah"

"Abang dah tua untuk buat kerja itu, bukannya 20an lagi".

Tuesday, November 23, 2010

Sudah senang dan Mudah

Kalau boleh nak lagi mudah:

ada tanda berapa KM dari sini

setelah bergerak 3 KM ada lagi satu papan tanda

selepas melepasi papantanda pertama ada lagi papantanda 6km

sehingga ke muka pintu Homestay yang dituju.



Rehat melepas lelah,menanti gelap


menikmati alam ciptaanNYA pada mata, walaupun terasa hidung ditusuk pahit

Tuesday, November 16, 2010

Banyak kereta bercermin gelap di Kelantan berbanding Lembah kelang

Menjalar di jalanraya memakai tinted hitam..terasa pelek.
Ini kelihatan semasa berhenti menunggu lampu trafik .
§penghijran warga 'Tani' dan tomyamnya telah lama..+20tahun
Bersesak-sesak dalam KtM samada ke utara,tengah atau selatan.

*antara kenangan Aidil adha dulu-dulu, semasa pulang ke kampung melalui Ekpres Ktm ke Pantai Timur. Seorang makcik menangis,bila tersedar ianya terlepas station k.lipis sedangkan ekpres Ktm telah berada hampir G.musang. Sudahlah wajah makcik itu mirip mak saya, tambah sendu, niat nak balik pun nak jengok seorang ibu.

Sunday, November 07, 2010

Menjerit, Berteriak, melaungkan serta melontarkan suara sekuat mungkin, tetapi tenggelam dek suara hempasan ombak.Melepas tension yang pekat.

stres....HOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOI..

Tenggelam

...oleh bunyi deruan enjin bot..
..ombak yang menampar dinding bot.

suara terus hilang

Tekak jadi SERAK..
kih kih..kih...

                                                   dilambung

                                                  dilambung lagi


                                                  turun bukan jatuh

                                                   turun bukan menjunam

bila letih tanpa suara..
tengok yang tenang ..sebuah kerangka gergasi di langgit.

dari jauh
ombakmu nampak tenang..
tapi bila berada di dadamu
dilambung jua.

~~ kita ada agama dan anutan masing-masnig pilihlah cara melepaskan STRES yang BETUL dan kekal...
memancing atau ke disco makan angin salahsatu cara yang ke10,, elok buat QiyamuAlail dan membaca Al-Quran pepagi hari untuk mencari ketenangan yang abadi..~~
* ihsan seorang kawan..

Wednesday, October 20, 2010

Bila masuk melawat ke hospital, jom

Tenung arah kiblat
tengok flush
tak kebal mana tubuh ini.
Masuk sembilu di ujung jari..pun sakit
biarkan dua tiga hari..ianya akan memBENGKAK, merah, menanah..kebalkah daku? nak pegang pen pun sakit..

bab lain lagi..

betapa peloh mencurah-curah..baunya harum..
cecair yang keluar dari segala punca tiada yang harum pada..hidung sendiri..
depan
belakang.


Belum boleh dikatakan HINAKAH diriku Insan..

terkena cahaya mentari di kepala sudah sakit..

betapa diri yang kerdil..

Friday, October 15, 2010

Apa Salahnya kita angkat tangan sesama Insan..

se sombong mana
se tinggi mana pangkat
 se laju mana nak kejar tandas...
elok angkat tangan tanda mesra alam..


pengguna lain akan membuat persepsi
kereta sahaja besar..sedangkan MINDA..rendah

* betulkah persepsi negatif terhadap (tak semua )bekas anggota seragam  samseng di jalanraya???

LAWAK:hari cuti..zaman langgit tertutup

dalam sesi kauseling di pejabat kauseling bukan rumah urut..

Ustaz: ..sejak bila kawin

Suami: sejak tahun lepas..yer..susah nak dapat anak  belum  rezeki saya..

Ustaz..: boleh cerita proses sedikit ..samada makan ubat dan lain-lain..

Suami.. Masih berusaha, tapi isteri saya belum mengandung

Ustaz: berapa kali membuat hubungan jenis..

Suami: biasa jer sekali seminggu

Ustaz: cuba cerita mendalam khusus sikit..

Suami:...emmehemm
bla bla pagi..malam,,

bla,,

uhu

ahh
eemm

..dan semasa nak kejang saya tembak ke arah  PUSAT isteri saya.
.              ..........

Harapnya saya dapat kekalkan..SALAM JUMAAT

Nama Blog saya dalam bahasa Malaysia melayu
komen bahasa melayu
--dan yang penting kurang cerita Hiburan melalaikan
--tiada orang NAK upah buka cerita politk, tiada unsur jual maruah
--tidak ada Kroni menjatuhkan pemimpin

kritik lembut mesra..
 lemparkan  unsur LIBRAL dalam kehidupan..

Aminn
SALAM JUMAAT..


Kamus daerah:

--Amboi bergedit tah tah kaki dia.
 bergedit =goyang /bergerak/menari-nari
           

Monday, October 04, 2010

PATI;HUKUMAN ISA sewajarnya kepada mereka yang memboloskan warga asing masuk keluar negara ini.

Sebagai rakyat Malaysia, wajar hukuman ISA diberikan kepada mereka yang memberikan laluan secara haram untuk PATI memasuki dan keluar negara.
alasannya mereka menggadai tanah air sendiri supaya HURUHARA..

sekian terima kasih.

Friday, October 01, 2010

Salam Hari Jumaat.

Tertenung seorang insan menghisap Kayu SUGI sambil berjalan masuk Masjid
berhenti sekejap di barisan hadapan, menggosok2 lagi.
lalu memasukkan Kayu SUGI ke celah poket Jubahnya..


Tetiba terjatuh semasa sujud..

Kepada siapa nak ngadu..

Menegur secara lisan agak memalukan sesama Insan.


   <<< "TINGALKAN KAYU SUGI ANDA DI DALAM TANDAS">>

     ayat ini elok ditampal didalam rumah Ibadat

Thursday, September 30, 2010

Pasar Malam dengan kerenahnya

Roti John..

bila terkena elok bagi tau orang lain, lagi pun sekali terkena minggu depan tak perlu beli lagi digerai yang sama, kalau muka tak malu bagi, tau minggu lepas roti saya beli dari kedai awak telah  BASI.


buka belahan roti, asingkan mayonis dan goreng telur, cubit inti kari (ayam) rasa dengan tengah-tengah LiDAH, bila terasa MASAM bererti, intinya telah basi dan dimasak pada malam atau pepagi, bukannya pada tengah hari yang sama.

telur dan mayonis diisimasuk semasa mengoreng roti ,sedangkan kuahnya disediakan dari rumah.

biar nampak SUCI orangnya, berbanding CUCI mejanya.

kalau dah  pakai rantai leher, cucuk hidung bagi lelaki..itu tandanya..rabun mata jika masih belum faham erti SUCI.

Monday, September 27, 2010

Kesopanan Dan Kesusilaan; Terima Kasih SINAR














"Menghormati si Mati."

Terima Kasih Suratkhabar Sinar. Sebagai Pembaca, sejuk mata.

Dalam mengejar jualan, jika kita buat header gambar separuh ternganga di TENGAH  atau gambar tersengih sedangkan ini dalam kes BUNUH, ada darah ..(nampak sangat HIPO)

andai gambar yang sedang menangis menampakkan simpati melampau.

Gambar berbentuk sederhana/natural masih banyak.
LOGIKNYA MASIH ADA PAPARAN NATURAL BERTUDUNG DALAM PEMILIHAN.

Mentang mentang  ianya bukan saudara mara kita.

' Saham '   kepada pembaca dan sewaktu dengannya.

Sunday, September 26, 2010

Ada masa, ruang untuk memburu

 Meluangkan masa memburu Parasit dalam PC dan Laptop semasa melayari BLOG.










Semasa 'ON protection Antivirus' cuba layari salah satu Blog kawan-kawan,  kita akan dapati blog mana yang menjadi penternak Virus dan Malware.

Sekian, Terima kasih.

Mahkluk yang mengganggu kenikmatan

Ketika hendak menjamah hidangan tetiba nampak dua ekor mahkluk sedang berbisik-bisik..
Apa agaknya perasaan tetamu??
Bagi saya, saya akan memilih rumah terbuka yang tidak ada DJ,  tidak ada khemah terlebih dulu, semasa lapar. Bila ada khemah makanan dibuat secara  kontrak.


skodeng;
 Islam itu MUDAH tanpa sekatan dan tidak kedukut

Kopiah terletak diluar
kain pelikat tanpa kunci
cara letak Al-Quran yang terbuka

Surau

                                                                         Masjid


 EHEMM
siapalah agaknya yang banyak duit ini???
gunakan 66300 Celcom..

"RM0.00 Kak wan, tolonglh sokong dn menangkn zaid. Anwar terlalu taksub dgn azmin & shamsidar.Jgn biar nafsu Anwar rosakn pkr.Tlg sebar kpd ahli PKR kita yg kenal K.Wan"
politik mula masuki TELCO

Sunday, September 19, 2010

"Aku perhatikan gelagat orang tiga suku, tapi aku bukan sesuku"

Surau kecil
Barisan makmum sudah selesai solat Asar berjemaah


Masuk seorang insan, seluar pendek bawah paras lutut serta tak berbaju.
Solat, tika sujud rakaat pertama, berbunyi.

" brrrrruuu
brruuu..eekkk .." breekk..
sengaja ia menoleh ke belakang.
baca Tahiyat akhir (dia tau solat satu rakaat sahaja).

Bangun semula ambil wuduk. Solat lagi.
Tapi tetap satu rakaat.

Walaupun ianya dua tiga suku, tuhan masih selamatkannya dari kes BUNUH diri. Agaknya andai dia nak bunuh diri, sudah lama dia berbuat begitu sebelum jadi 2/3 suku.

Masih bersemangat untuk solat.

"Aku mungkin turut menjadi 3 suku jika terus mengikuti pergerakannya "

 Tanda KekuasaanNYA menjadikan mahkluk banyak ragam serta sifat
* Watak AKU bukannya pengkisah Blog..

Dialek Mini:

pelayan (kenduri) = Jong Kaka
Menahan              = Begho o'ok
Berjalan kaki       = Bah Tunja

Thursday, September 02, 2010

Bila membebel kepada anak, untie yang terasa.

Marah anak sindir untie "ni ni, apasal pakai skirt, along dah baligh tau" 
sebelah anaknya, untie yang mencuka.

" tu, kuku panjang sangat hitam, rugi sahaja solat tunggang tungik..meh sini nak mama tolong potong"
 gerutu sang untie dengan kuku panjang bagai kuku langsuir..

~~~~~sedih terharu dalam bulan ramadhan masih ada Masjid yang meletakkan Al-Quran dalam RAK2 MAHAL tanpa disentuh..
lokasi kedudukan yang agak ke hadapan dan menyusahkan tetamu masjid untuk menjamahnya..
apa agaknya?keluhan. bila sesebuah/ berpuluh buah naskah Al-quran yang kemas bersih tak lusuh tersimpan rapi dalam almari cantik berkilat.untuk siapa???
Berbanding sebuah Al-Quran di sebuah surau/masjid yang lusuh kerana dibaca dan dibelek..
                                 Naskah yang lusuh, tandanya senang digapai dibaca,depan mata tepi tiang dan belek, contoh yang perlu diikuti, berbanding sikap yang ;
risau hilang
risau kena curi
malas menyusun semula.

Saturday, August 28, 2010

Berapa Tahun kita sudah berpuasa, berapa tahun telah mengalami kesesakan

Lewat (bukan LIWAT)
Alasan datang lewat oleh ahli Panel atau Pengerusi sesebuah majlis?
jalan sesak (bukan ceramah bertindih, -atau TAMAK)
ada sesiapa yang tak pernah dengar jalan sesak di Lebuhraya Persekutuan dan LDP?
tidak kira ceramah AGAMAwan (bukan politik) yang beri alasan lewat sesak?

Berapa jam anggaran ke lokasi ceramah melepasi Lebuhraya Persekutuan?
jauh antara hotel?
10 minit dengan jarak 40KM, pada masa lepas pejabat??

bila habit lewat..
dilapikkan dengan ayat
" yang baik dari ILlahi..takdir dan lain lain...

Friday, August 06, 2010

Ri ni, Hari Jumaat, hari terakhir makan pisang percuma

kekadang terfikir bagaimana susahnya insan yang
tiada kaki lalu  berkerusi roda


Gambar hiasan


tiada tangan
tanpa mata, jalan berpimping

betapa payah menapak ke masjid

solat Jumaat
atau solat berjemaah

sedangkan AKU dan  SAYA and I..????

yang masih lengkap fizikal, cuma masih sayang masa utnuk berkorban 'menyeksa' diri
menapak ke surau atau ke masjid..


Kreatif


Melayu tak mudah lupa ada stiker..



"ada surau dan masjid yang membina tapak memijak kaki semasa berwuduk, dari krikil batu-batu halus yang kesat untuk mengelak dari licin.".

Wednesday, July 21, 2010

Apa ada pada Nombor,Taksub atau memori

Ketika dalam Rawat, rehat dan melepas lelah.
Terpandang sesuatu.
Lawa nombor.

Alangkah elok menjadi peminat nombor digunakan untuk mengingati dan menghafal AlQur'an
Surah berapa ayat berapa..

* nombor Pendaftaran kereta amat sensitif, kerana melibatkan memori dan nilai sentimental seseorang.

Dailek:
P'eluh ghejat = basah berpeloh
gesek pintu = gensel dengan pintu
seghebe  = kebas

Sunday, July 11, 2010

Jamu Mata sebelum Nikmatnya Hilang







* Menghargai kebolehan mata, sebagaimana mensyukuri jejari serta kebolehan minda, yang boleh menaip, elok elakkan dari menaip perkara yang boleh memanaskan maupun membesarkan isu kecil, walaupun ianya adalah Periuk nasi;-
seperti ANu..dalam botol, cium anji, Sotong, burung dan daun poker, Anugerah tokoh Guru serta SE*. 

Tuesday, July 06, 2010

Bila Agaknya Pihak Berkuasa membuat Pemantauan terhadap "perjalanan' Rumah Anak Yatim

Menubuhkan Rumah Anak yatim.
Tumbuh tanpa lesen
Siapakah yang memantau pergerakan perakaunan mereka.
mana tau menderma sebagai nak elak Cukai Pendapatan