Pages

Saturday, October 17, 2009

Ayat-ayat Angkuh

"" Dia jalan kaki buat apa aku tumpangkan, ...dulu-dulu sekolah malas, nak beli kereta tak mampu "..



"Weekk.weeek ...tak sedar diri miskin, tapi ada niat bergaya"

" kereta aku punya, suka hatiku laa nak bagi sesiapa naik, masjid dekat jalan kaki jer"

" Apa laa dia orang tu asyik berborak mengumpat, bila dengar azan solat asar, elok ikut pergi surau berjemaah, macam saya"


" Saya  berusaha lalu berjaya serta dapat miliki  kereta kemudian rumah, atas usaha titik peloh saya sejak kecil,  salah ker saya bangga"

" Mak saya putih cantik, saya memang cantik, keturunan ada kelas"

Friday, October 16, 2009

Ikut-ikutan

Selepas solat Jumaat, terus lena di atas carpet masjid.
(Segelintir jemaah lelaki.)
Orang lain boleh baring, kenapa saya tak boleh.
Tanggapan tidak lena sampai keluar air liur basi.


Tak sedar peluh membasahi baju, jarang didapati lena yang tak berpeloh, lalu melekat di carpet.
Harum tanpa sedar

Memasang kipas (bill api masjid dia bayar agaknya)



Penganut Islam yng nampak smart serta educated tetapi perlu ditegur oleh bilal dan khatib (halau jer).

Padahal tempat lepak tanpa carpet masih luas, di dalam sesebuah masjid.
Saja bersifat degil.
Serta tabiat ikut-ikutan.

Baik sangka

Warga Malaysia memang perihatin. Angin berita dan semangat ingin menderma berkobar-kobar. Macam lalang haluan mengikut arus perdana. Niat baik. Bukannya menunjuk-nunjuk menderma sambil wajah terpampang di muka suratkhabar.

Niat baik juga sanggup terbang ke luar negeri menghulur tenaga.

Sambil itu jangan lupa warga Malaysia yang masih terlepas pandang, jika tidak masuk suratkhabar orang tak tau.


Melancong sambil menderma ke Masjid Banda Acheh.

Sambil juga menderma masjid dalam negeri cuma masjid dalam negeri tidak nampak, berbanding ke Banda Acheh, siap kirim derma/sedekah.

Kepada warga malaysia yang derita,  rakyat Malaysia tetap menghulur derma cuma tak sampai RMjuta juta sebagaimana kepada rakyat di seberang.Cuma tidak diheboh.,tetap ada.

Ini namanya baik sangka sesama rakyat Malaysia.

Thursday, October 15, 2009

Rupa-rupanya


Terjelir-jelir adalah sifat anjing. selepas diberi makan masih terjelir-jelir.  Memburu kepuasan yang tak bertepi,

Anjing jantan lebih manja dengan majikan wanita yang memakai skirt. Menghidu peha. Aroma

Lagi satu peribahasa yang boleh diketengahkan  adalah 'Hebat bagai anjing'


Anjing yang pernah kena sumpah oleh Nabi Allah Nuh kerana kebiadapan tidak dapat menahan nafsu membuat perhubungan jenis, semasa berada di dalam bahtera baginda. Dek kerana disumpah ketika 'GAME' , jangkamasa bersatu agak lama.

Nota:

Sebagai menghormati buku agama, kepala/tubuh anjing berada di bawahnya. lagi pun diisi dalam Blog yang sama helaian yang sama, tetap berangkai dan berekor, sebagai satu 'dewan'

Sejuk, nyaman dan menghijau

Lokasi berdekatan Gua Musang
Pokok Beko (Oroxylym indicum) menghiasi laman rumah  dan tepi jalan menuju Kuala Lumpur-Kuala Krai.
Beka sejenis ulam dan kerabu
Buahnya, panjang  dibuat kerabu bercampur kelapa dan daunnya sebagai ulam mentah. Pahit tetapi boleh menjadi ubat disamping berjenis-jenis ulam lain seperti gajus, putat serta serai kayu.

*kelihatan buah beko mencanak ke atas, tajam

Wednesday, October 14, 2009

Sister In Islam

Sister In Islam wajar ditukar nama lain yang tiada unsur Islamik.
Mencemar nama Islam atas isue sebat.



Adakah SII pertikai hukum Islam atau pertikai perlaksanaan hukuman sebat??
Antara nama yang boleh dipertimbangkan.
Sister in sosial atau sister Malaysia dan sewaktu dengannya.

TABUNG HAJI; Potong Q



Betulkah  bayaran sebanyak RM1000.00 seorang untuk melicinkan pemilihan menunaikan Fardu haji, sedangkan bakal haji sudah berumur 60an.

Menjatuhkan persepsi ISLAM dan maruah kakitangan.


Alasan ingin mencari muasasah yang kenal, mencari bilik hotel yang dekat???

Tuesday, October 13, 2009

Antara Caller Ringtone yang Kurang sopan

Antara ayatnya..

"TOLONG KAK,MAK SAYA JAHAT! TOLONG  I PUKUL DIA K"
pilihan
koleksi QQ baby
Fush yooo.bagaimana iklaneka yang biada* begini terlepas pandang demi WANG..


mudahan (tidak) melanggannya adalah anak-anak editor suratkhabar atau anakk-anak talian perniagaan yang terlibat. (bukan doa, tapi mintak2)

http://www.peguin.com/ iklan di dalam harian metro

mengajar anak-anak bergurau dengan kurang sopan

22990 melalui celcom

banyak saham mereka,banyak untung mereka,
 kemudian boleh derma ke....sana???????

Saturday, October 10, 2009

Khayalan Pengayuh MOP

Sesekali berangan menjadi orang berada. Apasalahnya.


".. hahh Along nak kawin  perempuan budak hampeh, sekolah setakat PMR",  buta punya budak, macam dah tiada gadis lain., malu mama". Rungut sang Ibu.

"Bang, besok saya nak tukar semua nama hak milik wasiat kepada anak-anak, tak nak, kelak bila saya meninggal abang jadi Duda kaya".

"..yang si adik pulak jatuh cinta kepada 'boy' mat rempit, apa kejadahnya..iiusssss..." .geram sang ibu.
Besoknya, ke bandar dan menukar balik nama hak milik harta pusaka yang telah diwasiatkan kepada anak gadisnya yang degil.

P/S: agaknya ada sesiapa yang pernah baca cerpen "Khayalan Pengayuh Beca"??

Kamus Mini dialek:

bendang padi=baghuh padi
lastik=bi'dah
pisang awak=pisang kelat lega
pisang rastali=pisang kelat keling

Thursday, October 08, 2009

Ego dan Sensitif

Selain dari malas, umur, malu dan kesuntukan masa.


Perujuk atau insan yang menelaah hukum agama secara nota beku adalah bersifat ego, samada melalui on line (wikipedia),  belajar dari buku-buku, banyak pilihan mengikut selera dan bidang yang diminati. Mana-mana topik dan hukum yang terkena hidung akan dielakkan, buka helaian berikutnya. Belajar mengikut minat.


Alasan yang kuat sekali adalah sensitif bila kena marah, bila belajar menerusi ustaz dan tok guru, akan kena berleter samada sebutan ayat dan nahu bahasa Al-Quran.

Malu belajar....sesat minda.

Tuesday, October 06, 2009

Menyelar Ulamak

Ulamak tak berpolitik, ulamak Umno dan ulamak Pembangkang.

Siapa saya untuk mencela,mencerca dan menyelar ulamak, seburuk-buruk ulamak di atas adakah setanding dengan stok pahala saya??.Mencela dari pelbagai aspek.
Bila ulamak tidak selari dengan idea saya??

Sejak lahir dan dilahirkan dalam masyarakat yang beriman. Berketurunan dari orang baik-baik.Didikan dengan bacaan Al-Quran. Memakan makanan yang halal diberikan keluarga sejak kecil. Menghafal dan mentelaah agama.Mendengar cerita yang baik-baik.

Siapa saya berbanding mereka?? Apa kerjaya saya.

Memulakan kerja, keluar dari rumah, mereka berdoa tika melangkah . Adakah saya juga membaca doa keluar rumah, membaca doa naik kenderaan??

Bila melewati tanah perkuburan, mereka berselawat. adakah saya juga berselawat??. Saya asyik mendengar muzik dangdut. Oh betapa jauh benar bezanya..Kecil sangat cermin diriku.

Bila memandu bait -bait maki hamun tersembur dari mulut, Tetapi mereka mengucap bila terasa geram.

Melangkah ke pejabat dengan senyum, seribu baik sangka terhadap insan sekerja dan pembantu. Siapa saya , itulah amalan seharian saya???

Saya boleh mengarahkan pembantu menaip kerja peribadi (kertas A4 siapa punya??). Belum kira menelefon kawan-kawan menggunakan talian pejabat. Menelefon syarikat percetakan bertanya tentang cetakan buku peribadi yang akan terbit. Belum kira menggunakan sampul pejabat.

Keluar mesyuarat melebihi masa dan terbawa-bawa cerita keluarga. Curi masa.Siapa pembantu yang berani menegur??.Siapa saya untuk mencerca individu lain.

 Ada masa memakan belanja oleh supplier bila tiba tengahari. Jauh bezanya antara ulamak berbanding kehidupan saya..

Di rumah berdoa ataupun bertaubat..( dikira baik sikit)... termakbulkah DOA sedangkan rumah yang terbina masih belum bersih, bahan binaan dari tokey mata sepet yang diberi atas ehksan hubungan kerja.Cat free, bunga, lampu serta mahal kipas canggih diberi secara percuma kerana ada hubungan kontrak.Tambak tanah juga percuma. Mana mungkin diberikan secara percuma jika tiada  pengaruh dan pelaburan???

Berdoa sambil kedukut mengira harta tetap yang tersimpan di dalam bank??siapa saya.???, daki harta yang belum dicuci. Lupa sehingga termakan riba.

30%  habuan yang dimasukkan ke dalam akaun?? ke mana dibelanjakan??

"30% untuk  saya, 70"% untuk awak, setuju ???" (tawaran dari sesama Islam dan sama bangsa bukan bangsa*)


Potong Q dalam membodek kawan-kawan, kabel dalaman serta menafikankan HAK insan yang layak memasuki alam pekerjaan, sedangkan ramai insan yang layak. Berkatkah??
Berapa kali Ulamak bersedekah ayat suci..Saya pula tak pernah???
DIA Maha Pengampun..Makbul laa tu..


Saya juga tiada masa mendengar ceramah ilmu tentang agama. Malah ada Ulamak memberi ceramah secara percuma setakat duit minyak RM50.00 atau sebuah cenderahati berlogo dari pelastik keras.

Berapa kali saya ada masa menghayati  dan menghadiri majlis ilmu agama Islam seperti kuliah subuh, kuliah zuhur dan maghrib???

Berapa kali  bersama-sama menghayati Qiyamul Alail, tiap malam Jumaat atau sewaktu dengannya dalam seminggu. itukah saya???

Besar sangat jurangnya kehidupan antara saya dengan Ulamak. silap sedikit, terus dicerca. Saya yang tidak sedar diri, bidang mana yang mahir dan bidang mana yang perlu dipelajari. Angkuh.

Siapa saya yang jarang-jarang membaca Al-Quran pada malam hari.??
.bukan dipenuhi telinga dengan ayat suci.

Berapa kali saya solat berjemaah.Sibuk dan malas. Sianghari sibuk, malam hari pula malas

Siapa?????..Saya untuk mencerca mana-mana Ulamak dalam pelbagai bidang, itu pun hanya sekelumit sehari dalam kehidupan.

Ulamak membuat keputusan melalui petunjukNYA..Saya buat keputusan melalui kabel , kroni, kuasa serta wang.
Jauhnya lompang gaya hidup.

Jarang terdengar ulamak/iman /penceramah mendabik dada ego dengan isi ilmu yang ada, tetap menyelitkan ayat
" yang baik dari Illahi, yangburuk dari diri ..."
"..pesanan buat saya sendiri.."

Jika tiada pesanan atau mukadimmah tersebut anggaplah sebagai lupa dan silapteknik sesekali dalam berbicara.

Mereka juga melakukan kesilapan dan kesalahan Ulamak bukan maksum, tetapi ada beza menyelar atau menegur secara berhemah, mereka ada airmuka. Jawatan dan keluarga.

Bentuk dan cara dilahirkan, sejak dalam perut ibu lagi telah ada perbezaan, Ibu mereka membaca surah meresap ke dalam kandungan.Termasuk rezeki berkat tanpa riba dan rasuah.

 Ibu saya????? entahkan dilagukan dengan muzik pop n rock.atau menghabiskan novel cinta dan khayalan kemudian terus lena.

Bila dilahirkan terus dicium oleh kawan-kawan ayah yang tidak kering wuduknya.
Dibelai oleh kawan-kawan ibu yang ikhlas bertudung menutup aurat.


Saya???..entah baru balik dari berkaraoke, maghrib baru balik dari padang golf.


kemana ulamak menenangkan diri??pada pagi hari??
Berapa kali saya berpuasa sebulan untuk menyucikan diri setelah membuat kesilapan???
mengajarkan Al-Quran secara ikhlas???

Berapa baris ayat saya mengajar dalam sehari???, berapa ramai anak murid dari seluruh dunia termasuk yang sedang mengerjakan umrah dan haji atau sedang belajar di pondok agama???

berapa ramai anak murid saya yang berQIYAMmu ALail sekurangnya
sekali seminggu setiap pagi jumaat?? cukupkah seramai 40 orang, anak murid mana yang tidak pernah berdoa memohon keampunan terhadap gurunya??

saya menenangkan diri di Bistro sambil menjamu mata..Lena selepas menonton Liga.???
Soalnya berapa kali saya bertaubat (itupun jika diterima Illahi)..5 kali sehari paling tinggi??
dan berapa kali pula Ulamak bertaubat.(Adakah saya sedar dan sanggup menyelidiki )

Oleh itu berbaik sangka lah terhadap ulamak.iman ustaz. jka ilmu bak kail sejengkal
.

Sunday, October 04, 2009

Hijau dan Merah jambu

Bagaikan dua beradik


Moga Malaysia tetap aman damai. Kehijauan sana-sini. Tiada pokok dan haiwan yang geli melihat telatah  manusia yang sesat, sihir dan syirik yang berlindung di bawah batugua serta dicelah  banir maupun akarnya. Biarkan unggas berdoa supaya Illahi membalas kebiadapan manusia. Pemimpin masih mendengar saranan serta fatwa ulamaq.
Di sini, moga tiada kampung  tertimbus, betapa murkanya Illahi

Merah dengan bandungnya. Biarkan kocakan hanya di dalam segelas air bandung. Sesat sihir dalam beragama, Kawin campur bagai ayam dengan itik.Moga merah tidak akan berbaur denga gelas hijau. Segelintir insan tidak dapat melawan golongan majoriti yang serong.

DIA, Maha Bijaksana mengira (MAHA Akauntan) untung rugi yang mana perlu hidup walaupun sepohon kelapa.

Friday, October 02, 2009

kawan-kawan, bukan kawin-kawin

Bila pelayan tiba,
A: ..mm..Teh O satu..makan.. mee goring
B: Milo ais satu, air suam, makan pula, bagi nasi goring ayam, telor ayam kampung masak separuh  2 biji


Makan dan minum.

tettt..tett..
bunyi sms telefon kawan sebelah. Siasatan dari kekasih (C)

"bersama siapa"..
Kawan buka sms tanpa reply.

 Seminit HP berbunyi lagi

"hmmm...saya sedang minum, ada kawan di restoren". Balas B.

suara halus di ujung talian membebel.

 " kawan lelaki ler, bukannya perempuan..Jawab B.
" Yee laaah saya yang ajak dia makan dan minum, saya  belanja tau". sinis dari B

Habis makan.
A menunggu B membayar makanan, sambil baca surakhabar..

Sejam, kemudian
Setelah kesemua mukasuratkhabar dibelekbaca

Lalu A ke kaunter menjelaskan makan minum..

Kes selesai.




P/S;

--lawan tokey
--diperlatkan serta menipu..

Wednesday, September 30, 2009

Sekadar Kenangan Bisu

Teringat ...dan  cuba mengingatkan sesuatu..
ilham ...


Lokasi dan Nama Hotel yang menjadi sebutan mahkamah masa kini..





Tuesday, September 29, 2009

Muhassa'bah Diri

Bukan banyak sangat RM10.00.


Pada hari raya ketiga, tersilau sekeping note merah RM10.00 yang tercicir, tepi kaki lima  aspal.
Seberang jalan, sekeluarga serta anak-anak sedang berjalan pulang dari beraya.

"Dik..tu ..tu  , ada duit sepuloh rial.." Seorang kanak-kanak memunggut lalu memasukan  ke dalam poket. anggap duit raya.

Pada hari raya kelima.Celcom line dan humanware problem, Simcard celcom masih berbaki RM5.00
Cabut simcard celcom, tukar kepada maxis. Topud maxis sambil tukar bateri.

Tersedar simcard celcom tercicir.
ke Centre Celcom  report dan ganti simkard baru dengan bayaran RM5.00.

(5+5=10)..bila nak rugi tetap akan rugi.

Kos kerugian belum masuk kira:
       --   kos  minyak ke centre Celcom
        --  Kredit menelefon/info kawan-kawan
        --  kredit kawan yang membuat panggilan/info
        --  masa
                                               
 Rm10.00 yang tercicir pada hari raya ketiga adalah suatu clue untuk sesiapa yang terjumpa wang tidak kira besar atau kecil adalah sebagai  amanah,  DIA membuka ruang kepada sang saya, tidak kepada insan lain yang melewati jalan yang sama???.

Pungut wang  dan sedekahkan ke  tabung masjid. Bila tiba di akhirat kelak, pemilik wang tersebut  bersyukur. Tak sangka bonus saham melebihi apa yang disangka, berbanding jika digunakan untuk membeli mercun.

Moralnya jangan bersekongkol rezeki yang TAK berkat.
P/s;
Belum kira /edit tentang bunga bank, zakat bank, curi tulang dan lain-lain rezeki yang kurang berkat yang akan menanti giliran untuk BOCOr bila-bila masa. Bila amanah terabai
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kamus mini dialek

*sengal/ngilu =sikir (sesuai untuk gigi)

Monday, September 28, 2009

Hipokrit

Insan hipo ibarat batu-batu yang bersalut cat, bila jumpa kawan ini bercakap lain, jumpa kawan itu bercakap lain, bila tertekan atau bergensel akan kelihatan warna pendirian asal. Keras di dalam tetapi nampak lembut di luar.


Bersikap menyalahkan kawan-kawan.

Mengalihkan alasan bila terdesak berupaya menunding jari dari janji asal demi membela diri seolah-olah tidak bersalah. serta mendengar arus hasutan.

contoh;

"Tadi awak yang ajak saya, bukan saya yang ajak awak", menepis fakta asal
" Saya tidak pernah memberi izin kepada awak, awak memandai-mandai", semalam lain, hari ini lain, bila berdepan dengan ramai orang, fakta dan janji asal akan berubah.

" tadi awak juga yang cadangkan, suruh saya beli barang ni, bila tak kena, kenapa salahkan saya seorang"?

" Sebelum saya pamerkan gambar U ke dalam Blog, dah tanya U, setuju ke tak,. kemudian U kata gambar curi. dipamerkan tanpa izin,.fushh..gambar posing maut senyum GEDIT-gedit tu U kata curi.??"  Perasaan lawa kunun.
Lidah biawak punya olang.

Moralnya bila jumpa batu sila cat warna kegemaran dan simpan dalam laci pejabat buat kenangan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kamus mini Dialek

*mabuk air sejuk = gila bayang

*kenduri=bekwah/makan gulai

*berterbang=be'gho (bagi lalat dan nyamuk)

*Jalan besar= tembok ibu

Sunday, September 27, 2009

Makanan dari laut


Sare


Dibuat dari rumpai lumut laut.
resepi sama dengan nasi kerabu ada tumis, ada sambal kelapa, cuma ada rumpai laut yang diketuk-ketuk,  menyamai bentuk mee hon.
Enak makan bersama nasi sebagai ulam.

Tumis dari santan



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kamus Mini Dialek;

*cubit=cobek (bagi lauk)
tolong cobek daging ikan sikit.
 cubit=kutil
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kaum-kerabat


Mereka adalah kaum kerabat yang terdekat selepas ibubapa.
Cuma untuk mencari susurgalur waris adalah sesuatu yang bersifat payah, malu dan ego. Oleh itu biarkan mereka,  lebih bangga bersedekah kepada rumah-rumah anak yatim..


Bila semua saudara-mara mengingati kaum-kerabat terdekat, menjalinkan hubungan silaturrahim, rasanya rumah anak yatim dan orang tua akan berkurangan.



Bila sikap malu dan kekurangan masa untuk mengenal waris, penghuni rumah anak yatim dan orang tua akan bertambah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kamus mini dialek

* perlahan =koho

*tak nak= taksir

*kuih puteri mandi= kuih kepek idung
*buah melaka= buah nonde/buah mulong
*agar-agar=beldha

Friday, September 25, 2009

Sakit; bila tiba masanya


Sesekali menziarahi insan yang terlantar di hospital memberikan rasa lembut di hati. Muda atau tua akan  merasai kesakitan. Ajal selepas itu.


Merenung dalam diri; kenapa ku dilahirkan??
                                siapa ayahku
                                siapa ibuku
                                cukupkah amal dan sumbanganku
Syawal yang memberikan ruang dan waktu untuk menziarahi keluarga, mengenal asal-usul dari luar kotak kebiasaan.
Mungkin selama ini kita mendengar cerita sebelah pihak nenek atau tok wan. Cerita negatif ayah kita. Lalu memulaukan  ayah.
Disogokkan dengan cerita negatif seorang ibu dari nenek, lalu memulaukan ibu. Menghukum terus siapa yang bersalah.

Antara nama-nama panggilan yang muncul semasa menziarahi atau singah makan di kenduri:

..tok wan tok da, paksu mak su pak tam makcik mak usu,pak adik, mak adik kak ngah kak cik, tok nik pak nik ..

...jika tidak bertemu semasa kenduri dimana lagi sanak saudara akan berjumpa kenal asal usul sekampung sedaerah??..sibuk sebelum mati.
                          
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hari ini

*24/09: Bekas MB Pahang yang juga YDP Angkasa, Datuk Abdul Rahim Bakar meninggal dunia pukul 7.45 malam ini dipercayai akibat sakit jantung.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kamus mini Dialek  

*bayar zakat =sukat teghah
sukat teghah(bayar zakat) sebelum Raya.

*komplen= takwe
suka komplen(takwe) orang buat kerja

* suka=berahi
suka (berahi) minum air oren

*degup-jantung/risau =gedebar-ghaib
berdegup-jantung (gedebar-ghaib)bila terbayang hantu di kubur
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~        

Tuesday, September 22, 2009

Adat atau Protokol

Hari raya pun kena gunapakai Protokol ..



Adik patut menziarahi rumah abang. Adik perlu bertandang rumah kakak. Yang sulung diutamakan sebagai rumah tempat bertemu.keluarga jika kedua orang tua sudah tiada.

Tetapi kekadang sikap eggo dan besar diri, kelebihan pangkat lebih malas untuk menziarahi sanak saudara.
Kurang wajar, kerana pangkat akan hilang suatu masa nanti.

Alfatihah buat mereka yang telah pergi..
Tua muda, tingi atau rendah tidak semestinya awal atau kemudian untuk 'pergi berkunjung' terlebih dahulu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kamus mini dialek

*mamah/gigit=kekah
-kekah(,Memamah) buah jambu

*nyenyak=jenegha
tidur nyenyak(jenegha)/jenegha tidur






~~~~~~~~~~~~~~~