Ulamak tak berpolitik, ulamak Umno dan ulamak Pembangkang.
Siapa saya untuk mencela,mencerca dan menyelar ulamak, seburuk-buruk ulamak di atas adakah setanding dengan stok pahala saya??.Mencela dari pelbagai aspek.
Bila ulamak tidak selari dengan idea saya??
Sejak lahir dan dilahirkan dalam masyarakat yang beriman. Berketurunan dari orang baik-baik.Didikan dengan bacaan Al-Quran. Memakan makanan yang halal diberikan keluarga sejak kecil. Menghafal dan mentelaah agama.Mendengar cerita yang baik-baik.
Siapa saya berbanding mereka?? Apa kerjaya saya.
Memulakan kerja, keluar dari rumah, mereka berdoa tika melangkah . Adakah saya juga membaca doa keluar rumah, membaca doa naik kenderaan??
Bila melewati tanah perkuburan, mereka berselawat. adakah saya juga berselawat??. Saya asyik mendengar muzik dangdut. Oh betapa jauh benar bezanya..Kecil sangat cermin diriku.
Bila memandu bait -bait maki hamun tersembur dari mulut, Tetapi mereka mengucap bila terasa geram.
Melangkah ke pejabat dengan senyum, seribu baik sangka terhadap insan sekerja dan pembantu. Siapa saya , itulah amalan seharian saya???
Saya boleh mengarahkan pembantu menaip kerja peribadi (kertas A4 siapa punya??). Belum kira menelefon kawan-kawan menggunakan talian pejabat. Menelefon syarikat percetakan bertanya tentang cetakan buku peribadi yang akan terbit. Belum kira menggunakan sampul pejabat.
Keluar mesyuarat melebihi masa dan terbawa-bawa cerita keluarga. Curi masa.Siapa pembantu yang berani menegur??.Siapa saya untuk mencerca individu lain.
Ada masa memakan belanja oleh supplier bila tiba tengahari. Jauh bezanya antara ulamak berbanding kehidupan saya..
Di rumah berdoa ataupun bertaubat..( dikira baik sikit)... termakbulkah DOA sedangkan rumah yang terbina masih belum bersih, bahan binaan dari tokey mata sepet yang diberi atas ehksan hubungan kerja.Cat free, bunga, lampu serta mahal kipas canggih diberi secara percuma kerana ada hubungan kontrak.Tambak tanah juga percuma. Mana mungkin diberikan secara percuma jika tiada pengaruh dan pelaburan???
Berdoa sambil kedukut mengira harta tetap yang tersimpan di dalam bank??siapa saya.???, daki harta yang belum dicuci. Lupa sehingga termakan riba.
30% habuan yang dimasukkan ke dalam akaun?? ke mana dibelanjakan??
"30% untuk saya, 70"% untuk awak, setuju ???" (tawaran dari sesama Islam dan sama bangsa bukan bangsa*)
Potong Q dalam membodek kawan-kawan, kabel dalaman serta menafikankan HAK insan yang layak memasuki alam pekerjaan, sedangkan ramai insan yang layak. Berkatkah??
Berapa kali Ulamak bersedekah ayat suci..Saya pula tak pernah???
DIA Maha Pengampun..Makbul laa tu..
Saya juga tiada masa mendengar ceramah ilmu tentang agama. Malah ada Ulamak memberi ceramah secara percuma setakat duit minyak RM50.00 atau sebuah cenderahati berlogo dari pelastik keras.
Berapa kali saya ada masa menghayati dan menghadiri majlis ilmu agama Islam seperti kuliah subuh, kuliah zuhur dan maghrib???
Berapa kali bersama-sama menghayati Qiyamul Alail, tiap malam Jumaat atau sewaktu dengannya dalam seminggu. itukah saya???
Besar sangat jurangnya kehidupan antara saya dengan Ulamak. silap sedikit, terus dicerca. Saya yang tidak sedar diri, bidang mana yang mahir dan bidang mana yang perlu dipelajari. Angkuh.
Siapa saya yang jarang-jarang membaca Al-Quran pada malam hari.??
.bukan dipenuhi telinga dengan ayat suci.
Berapa kali saya solat berjemaah.Sibuk dan malas. Sianghari sibuk, malam hari pula malas
Siapa?????..Saya untuk mencerca mana-mana Ulamak dalam pelbagai bidang, itu pun hanya sekelumit sehari dalam kehidupan.
Ulamak membuat keputusan melalui petunjukNYA..Saya buat keputusan melalui kabel , kroni, kuasa serta wang.
Jauhnya lompang gaya hidup.
Jarang terdengar ulamak/iman /penceramah mendabik dada ego dengan isi ilmu yang ada, tetap menyelitkan ayat
" yang baik dari Illahi, yangburuk dari diri ..."
"..pesanan buat saya sendiri.."
Jika tiada pesanan atau mukadimmah tersebut anggaplah sebagai lupa dan silapteknik sesekali dalam berbicara.
Mereka juga melakukan kesilapan dan kesalahan Ulamak bukan maksum, tetapi ada beza menyelar atau menegur secara berhemah, mereka ada airmuka. Jawatan dan keluarga.
Bentuk dan cara dilahirkan, sejak dalam perut ibu lagi telah ada perbezaan, Ibu mereka membaca surah meresap ke dalam kandungan.Termasuk rezeki berkat tanpa riba dan rasuah.
Ibu saya????? entahkan dilagukan dengan muzik pop n rock.atau menghabiskan novel cinta dan khayalan kemudian terus lena.
Bila dilahirkan terus dicium oleh kawan-kawan ayah yang tidak kering wuduknya.
Dibelai oleh kawan-kawan ibu yang ikhlas bertudung menutup aurat.
Saya???..entah baru balik dari berkaraoke, maghrib baru balik dari padang golf.
kemana ulamak menenangkan diri??pada pagi hari??
Berapa kali saya berpuasa sebulan untuk menyucikan diri setelah membuat kesilapan???
mengajarkan Al-Quran secara ikhlas???
Berapa baris ayat saya mengajar dalam sehari???, berapa ramai anak murid dari seluruh dunia termasuk yang sedang mengerjakan umrah dan haji atau sedang belajar di pondok agama???
berapa ramai anak murid saya yang berQIYAMmu ALail sekurangnya
sekali seminggu setiap pagi jumaat?? cukupkah seramai 40 orang, anak murid mana yang tidak pernah berdoa memohon keampunan terhadap gurunya??
saya menenangkan diri di Bistro sambil menjamu mata..Lena selepas menonton Liga.???
Soalnya berapa kali saya bertaubat (itupun jika diterima Illahi)..5 kali sehari paling tinggi??
dan berapa kali pula Ulamak bertaubat.(Adakah saya sedar dan sanggup menyelidiki )
Oleh itu berbaik sangka lah terhadap ulamak.iman ustaz. jka ilmu bak kail sejengkal
.