Pages

Sunday, August 09, 2015

Terharu bab sihir dan santau

AMANAH..

"".Ayah saya, Bahri Muhamad Zin, dah almost 33tahun berkhidmat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Berpuluh tahun dia bekerja jalankan amanah rakyat siasat dan tangkap malaun-malaun yg suka sangat bedal duit haram (hak rakyat). Beratus juta juga dia dan jabatan berjaya selamatkan dari hilang ketangan2 taik.. Selama dia bekerja sbgai Pegawai SPRM, kami sebagai ahli keluarga constantly kena ugut, kena santau, kena kacau, kena pulau, kena herdik dan sebagainya. Dia apatahlagi. Tapi dia sentiasa cakap, biar dibuang oleh dunia kerana mempertahankan kebenaran dari dijulang kerana kebatilan. Hidup ni, bukan nak tongkat langit, tapi nak cari sebanyak mana sebab untuk Allah redha.

Ayah saya mmg tegas especially bab2 agama dan hak orang ni. Sebelum kami ke sekolah kenal ABC dari guru2 kami, dia dan chek(ibu) adalah guru2 pertama kami. Ayah sendiri yg ajar anak2 dia mengaji, ceritakan kisah serikandi-serikandi, sahabat-sahabat, sirah etc. In fact, masa kami mula2 nak belajar bercakap, kami tidak pernah dikenalkan kpd cinderella, tp kami tahu betapa iblis sangat takut pada Umar Al-Khattab. Bukan nak bangga tapi kami tahu sape Bahri Muahamad Zin ni dari kami lahir lg.. Jadi kami tahu bila dia cakap dia akan buat betul dia akan buat.

Saya bukan nak cerita pasal family saya, tapi saya nak cakap sepanjang sy hidup sebagai anak Bahri ni, saya tahu dia cukup pakar dalam 3benda ja, 1) mengajar menyampai tentang agama, 2) siasat, kantoikan dan tangkap orang jahat, 3) tanam bermacam jenis pokok. Jadi bila dia dipindahkan ke JPM, saya mula terfikir, apebenda yang korang nak dia buat sebenarnya? 1) ajar orang kat JPM tentang AGAMA? 2) tanam pelbagai jenis pokok kat JPM dengan harapan hasil blh bayar bil rumah pembesar or 3) lagi banyak korang nak dia kantoikan korang?

whatever it is, saya bukanla pandai bab2 susun atur dalam pentadbiran ni.. cuma nak cakap, selagi xlepas soal kubur, selagi tu roh xleh naik ke langit.. So, good luck with that bebehh..
Kepada ayah, xpelah yah… ok what, baca paper kat JPM.. ayah dah lama pun bekerja.. last2 orang ckp ayah keldai TUUTTT juga.. (ayah pun jawab, Allah ada)"

Elia Bahri

Warga Salor...tahniah..syabas

No comments: