Pages

Tuesday, August 27, 2013

Muhasabah Diri :-) ku Malu Mengaku


Malu. Sepupu sikit dengan hipokrit.

Semasa nak mula hidupkan injin, baca bismika..Tuhan Sayang.
Telek kasut, telek selipar tika nak ke Masjid.
Duit gaji beli selipar.?
Gaji yang halal, kira ok..tanpa faedah tanpa bunga, tanpa rasuah bawah meja tanpa curi tulang.

Beli kereta, isi minyak?

Beli kain pelikat wang dari mana?, beli kopiah wang dari mana?
Beli baju.

Mengira? Apakah barangan yang terlepas pandang daku membawanya untuk berdoa?

Lalu solat.

Dan berdoa..seribu doa supaya selamat dan berjalan di jalan lurus..

Apakata salah satu barangan itu termasuk belian yang Dia tak redho?

Doa lagi
Doa esok lagi, rajinnya berdoa tanpa jemu, esok lusa..gigihnya
Dia memang Maha Penyayang.

Alangkah elok jika diizinkanNya, malaikat tolong bagitau, tanggalkan terlebih dulu barangan yang was was atau tak halal itu sebelum berdoa?
Bersihkan luaran terlebih dulu.
Dalaman dan hati, itu juga usahakan bersama sama..

Supaya Insan ini sedar diri, tiada siapa yang boleh sedarkan diri, kecuali insiden terbakar baju dan pakaian?

Cuba lagi..
Cuma malu sahaja mengaku, membawa barangan yang tak diredhoi sambil berdoa?..

No comments:

Post a Comment