Pages

Friday, May 17, 2013

Hayat Pewangi, zikir sang pewangi.


Cuba bayangkan jika sebotol pewangi itu berzikir.
Dengan hulurkan sedekah kepada insan terpilih. Bukan banyak sangat. Cukup untuk membeli dua tiga botol pewangi.
Bekalan saham tertulis.
Insan terpilih itu pula  sedekahkan /menyapu pewangi ke atas sejadah. Setitis atau separuh botol.
Beberapa insan sujud. Lalu dahinya berbau wangi.
Berapa saham lagi bercambah.
Selagi wanginya terlekat disejadah.
Selagi wanginya terlekat di dahi insan yang sujud.
Apakata hamba terpilih  itu adalah pentazkirah, guru agama, lalu memberi tazkirah.
Khidmat wanginya semasa tazkirah agama berlangsung.
Saham lagi.
Itu untuk sebuah rumah ibadat. Sebuah surau ysng dikunjungi.
Jika separuh lagi disimbahkan ke atas sejadah di lokasi yang berbeza. Masjid berlainan.
Atau cuba bayanngkan wanginya terpalit ditangan hambanya yang bersalam dengan para ulamak.
Wanginya hambaNya berada di shaf depan dalam solat.
Berapa puluh lagi insan bersalam dengan ulamak itu.
Harumnya berpindah jari.
Sahamnya lagi. Dengan jari jari wangi menadah doa..
Nilai sebotol pewangi khidmat sehingga hilang. BERBANDING RMnya yang rendah.
:-) Cuba bayangkan pula pewangi lain beralkohol itu berkhidmat di lokasi hiburan bersentuhan jantina dalam suasana berbeza.
Bekalan saham pun bercambah.