Pages

Saturday, December 31, 2011

Bila beburung menyumpah...

Buat remaja muda atau remaja tua
ekzos motosikal  atau ekzos kereta
elok minta izin dulu dari unggas atau beburung di sekeling jalan atau tepi tepi pokok kayu.

mana tau tersumPAH bising nak menggerang anak atau telur.

jika tersumpah oleh manusia lain kira.

Ini tersumpah oleh burung susah nak cari bomoh, sebab jarang Insan boleh dengar bahasa burung.
datang penyakit susah nanti.
#
test ekzoz depan telinga terlebih dulu sebelum memecut injin.

Ambang Merdeka, Kalau Kalau

Entah mengapa kalau, tetiba tanah runtuh semasa melompat, terus tenggelam.

tetapi kalau tanah runtuh semasa sujud kan elok.

soal meninggal siapa yang tau.

tetapi elok juga meninggal di lokasi "BAIK" berbanding di Lokasi " TAK BAIK"

soal niat tiada yang tahu..

sekurang-kurangnya orang akan  sebut BAIK...dia baik..tempat baik..
bersangka baik..

jika 10 ribu pembaca sebut baik...
mayat baik...

Thursday, December 29, 2011

Niat, usaha halal menjadi Cara serta REZEKI

Lewat masuk pintu masjid. Lewat dari lokasi kerja.Niat ingin masuk Syaf depan
Syaf depan sekali.Walaupun barisan panjang dan penuh nampak dari jauh.



berdiri di syaf ke 4

Nasib berusaha dengan niat.

Tetiba

Kosong satu di depan, berpindah lagi satu baris,

kosong lagi satu di depan, pindah lagi.

akhirnya masuk baris depan sekali.

Rezeki juga kan?

Perkara wajib semua orang tahu. tiada timbul ujud..

Pasangan Halal

sejuk mata walaupun panas mentari
Pasangan veteran berpimpinngan tangan berjalan menuju kedai makan.

Panas

***cuba bandingkan betapa wanita berumur 49 tahun berkhalwat???dengan warga asing berumur 41 tahun

Apa mereka cari ??



(Luahan) Nasib Kakitangan Swasta

KAKITANGAN SWASTA

Tahun baru azam baru. Pindah kerja baru
Tahun lepas azam lama berpindah dari kerja lama berhajat ingin lari dari mulut buaya.
rupanya masuk mulut harimau.

begitulah setiap tahun.

soal gaji bonus kerja lebih masa dan semua kerja 5 dalam 1 tetapi gaji tetap satu.

alahai..


TETAPI berlapiknya:

Masih syukur ada KAKITANGAN. jiran sebelah tiada kerja

Tuesday, December 27, 2011

RM 1.20 je

" Ini wang RM1.20 untuk harga suratkhabar minggu lepas, saya terambil 2 naskah." Suara seorang kanak kanak. "Nah, pakcik sedekah balikkepada adik.jangan bagi tau papa ye" Kanak2 itu beredar selepas membayar harga 2 naskah hari ini. Lokasi di sebuah kedai runcit dalam perjalanan ke bandar. Cuti dah habis. Sebuah keluarga dalam sebuah kereta berlalu. Harga dan nilai yang kecil. Tetapi sang anak amanah serta sang ayah yang jjujur. Takutnya mata ganjaran di SANA

Bodek dulu sebelum berhutang

Kena belanja makan dulu. Modal sebelum pinjam wang Semasa nak berhutang sanggup datang rumah atau datang pejabat. Sanggup tunggu. Bila sudah dapat ghaib terus.Ada juga spesis manis begini Sekali kena esok kena lagi.

Monday, December 26, 2011

Usaha juga kan?

Jadi makhluk, usaha juga sebut patahperkataan dan ayat lucah ganaz, makidan kasar.

Sebut lagi banyak
Banyak ulangi
Sama ada maya atau nyata

""Lanc..bdo..mampo.. Bab..sia..
Gill.."
Supaya senang hafal semasa maut dekat di halkum.

Salahsatu usaha dalam kehidupan.

(Emosi) Sememangnya Rindu

Bila cuti ujung minggu,sambil menjamah nasi, tetiba daku rindu.

Menyuap nasi lauk ayam atau lauk ikan digaul(mamah dengan gusi).
Sesuap untukmu, sesuap lagi untukku
Sambil senyum serta sambil bercerita.

Tetiba ingat kedai ingat menu makanan kegemarannya.
Pisang goreng, poli ubi, bubur kacang, makanan sagu, tepung bungkus 3 bilik, pulut pagi cicah kelapa dan...

Basah dihidung basah dipipi, kerongkong terasa keras.

Alfatihah buat bondaku.

* nasib baik nasi dah licin

(Ganazzz). apakata cuti 'krismas sebulan

Suratkhabar itu tak terbit sebulan.
Kedai tutup sebulan
Orang melayu susah nak cari part,susah itu susah ini.

Kan bagus sesekali rasa susah.
Baru sedar diri

Sunday, December 25, 2011

Isteri muda yang tak berapa muda..keluarlah

Enak kah menjadi isteri muda. Tanpa diketahui oleh isteri pertama?

Hari hari disebut tanpa nama.

Yang menjadi mangsanya adalah watak sekeling.

"Tengah hari buat panggilan, bila balik kena tanya. Mangsanya kakitangan jika dia jadi bos.

Adik ipar yang keluar bersama
Anak anak yang ada sama .
Kawan kawan suaminya
Orang sekeling sang suami kahwin dua tapi sembunyi isembunyi"

Keluarlah aduhai makcik. Mude

Saturday, December 24, 2011

Majalah Rojak

kesian pembaca yang dihidangkan dengan label Islamik Al- baik nama di depan, tetapi di dalamnya termasuk iklan buka bahu. Demi pendapatan agaknya.

apa lagi dimiliki oleh orang melayu. Cuba selak kulit belakang sebuah majalah.

Sedangkan isinya baru sahaja menghuraikan ayat -ayat suci..

alahai..rzeki..

* nasib baik bukan sedara mara "saya"

Thursday, December 22, 2011

Jika Ke Kelantan Singgahlah ke Pekan Tok Bali

Akan kelihatan deretan jualan keropok pedas (sira) dan mentah.
Juga kelihatan proses mengguli dan merebus keropok lekor.Fresh untuk bawa bekal pulang ke kota.

dodol dari buatan Tumpat juga dijual.

Perbezaan harga berbanding yang dijual di pasar-pasar.Terdapat cawangan BSN jika kehabisan wang

Jika dari Kota bharu terdapat sebuah masjid berwarna coklat sebelah kiri selepas bandar Pasir Putih, juga selepas simpang ke Jeli.Masuk ke Simpang  kiri.akan kelihatan deretan jualan keropok pedas dan mentah.
Juga kelihatan proses mengguli dan merebus keropok lekor.Fresh untuk bawa bekal pulang ke kota.

Perbezaan harga berbanding yang dijual di pasar-pasar.

Jika dari Kota bharu terdapat sebuah masjid berwarna coklat sebelah kiri selepas bandar Pasir Putih, juga selepas simpang ke Jeli.Masuk ke Simpang  kiri.

Jus Tembikai

Baru tau rupanya bila berkunjung ke negori yang memang PEDAS masakannya.
Memesan menu goreng yang pedas beserta air tembikai cukup menuteralkan rasa sakit perut.

Kebiasaanya selepas sejam atau separuh hari, bila masuk tandas memakan masa setengah jam.
Sakit perut.

kesannya selepas minum jus tembikai tadi .Tiada rasa sakit perut.


KEBETULAN agaknya.

ehsan jus apple

Sesedap mengata, kita menjawab, bab korban dan Umrah

Bila ada orang mengata di depan umum (sebab dia berdiri di hadapan).

kenapa rajin sangat membuat korban di kemboja?? jauh sangat?.
Apakah sudah habis rakyat atau warga yang miskin di Malaysia
rasionalnya sebab kita tak jumpa di Malaysia .

kita tinggal di ibu kota yang sudah jemu dengan daging korban.

sebab kita malas pergi cari orang asli atau warga yang miskin.

senangnya kita wakilkan urus daging ke mana sahaja??


ada juga yang sinis menyebut ramai orang yang tiap tahun beraya di Mekah, umrah pada tiap tahun.
Niat nak meninggal di sana??.

Bila ke Mekah nak bertaubat, bila nak bertaubat ke Mekah....
kenapa di sini tak boleh bertaubat ker?


macam mana kita tau seseorang itu telah atau tidak bertaubat di tanah air?


bila berada di depan umum, sedapnya  mengeluarkan ayat dari sudut diri sendiri, sedangkan yang mengata tidak sebaik mana.

Claimnya betul kah? kerja ikut masakah?
rehat dan masa minum cukupkah?
ada pernah menipukah?

Terpulang kepada insan yang terasa selesa tiap-tiap tahun pergi Umrah tidak menggunakan hasil haram..berbanding dengan orang yang mengata..Cara masing-masing dalam mengurangkan beban dan mencari pahala.

Remehnya bila ada terasa Benda Tiruan

terasa kerasnya bila mencukup misai dan janggut.
Apakah ada pisau cukur tiruan??..

telah cuba membeli di dua buah kedai yang berasingan dengan jenama yang sama.
Tetapi tetap terasa perbezaan nilai cukuran demi cukuran. Atau misai sudah semakin keras???

Wednesday, December 21, 2011

Minat, Nafsu dan....XXXX

Bila minat dan nafsu menguasai diri. Tanpa mengira seragam atau kopiah serta songkok di kepala, kita kekadang lupa diri.

Bercakap serta nasihat soal makan semasa lapar, berhenti bila kenyang, boleh bercakap buat menu yang tidak digemari. Belum jumpa ketam yang digemari. Belum jumpa udang merah yang besar.
apa kata terjumpa menu yang digemari. Dunia bicara telah jauh dari dunia perbuatan.
Itu belum kira soal SEX..

tidak beminat bila belum berjumpa serasi atau taste sejiwa.

* nota pengalaman diri.

Monday, December 19, 2011

Sudut Bacaan/ Bandar Kuantan

Singgah di bandar Kuantan

Berdekatan Bank Islam Malaysia Berhad.

Melewati Masjid Sultan Haji Ahmad Shah. ternampak  selepas pintu masuk.
"SUDUT BACAAN"
Biarpun 4baris/rak  buku-buku dengan dua meja bulat. Buku agama dan lain-lain.
Sudah cukup untuk para jemaah/pengunjung  berhenti rehat sambil membaca. 
Mesra pengunjung namanya.


Tahniah buat pengurusan Masjid


                          # gambar: ehsan gooogle



Sebelum Melabuh....

Bila menggunakan tandas duduk.

Kena juga fikir sebelum melabuh punggung, mereka yang berkudis atau  berkurap sebelum ini, ada virus ke tak?
 selepas itu kena basuh semua, serta  basuh empunya diri. Mana tau melekat bekas-bekas orang ...

Jadi elok basuh dulu sebelum tiba giliran diri nak melabuhkan punggung.

nak selamat, lagi elok pakai tandas cangkung..

Ala-ala Tak Tahu

Buat sengaja tak tahu.
Buat pinjaman berjuta. Besok tak perlu bayar.
Esok pula daftar SSM menggunakan nama anak.

Esok Muflis lagi
Buat pinjaman lagi
Daftar nama isteri-isteri pulak
Apa susahkan??sama ada pinjaman berbayar bercagar yang penting tak perlu bayar.

Lepas dari hukuman di Dunia, wang Rakyat.

Asas -asas bangkrup kena tau. asas-asas  perakaunan dan undang-undang negara.

Friday, December 09, 2011

(Tabiat Baik) Salam Jumaat

Susah juga yer,


nak tinggalkan yang keji. Satu yang keji dan menambah satu tabiat yang baik.

kira seri 0-0

Lalu tinggalkan separuh tabiat buruk serta menambah satu tabiat baik..

Belum dikira seri..?
datang awal ke masjid.

tanpa tidur dalam masjid.
Azam azam..

Thursday, December 08, 2011

Malam Minggu dan sakit

Nak hampir hari minggu.


sakit gigi geraham denyutnya sampai ke kaki, otak dan...
sakit terkoyak kuping kudis dari jahitan luka,
sakit bila membuka balutan luka lagi.sakit terkena air.

sakit kulit kepala dibuka ikatan jahitannya.
sakit kepala migrain,

sakit dan sakit...pedih..
bila dikumpul semua segala jenis sakit.


kepedihannya bolehkah di nuteralkan pada malam minggu..??

Tuesday, December 06, 2011

Persepsi kepada Penulis....yang dot....

Jika terjumpa buku yang tiada indeks atau tiada Bibliografi memang ngilu rasanya.
Bagaimana nak dinamakan penulis jika malas ?? tak lengkap.

Nak buat rujukan tanpa indeks tanpa bibliografi.

Nampak sangat penulis yang tiada rujukan di belakang bukunya adalah dengki atau takut dapat pahala kepada fakta asal.
serta nampak sangat takbur dan sombong.

NOTA:  almukminin almukminat menga'AMIN kan doa tiap hari?

Itu zaman 70an kan?

Zaman ini banyak yang dah baik dan dah insaf.


dulu -dulu ada juga kes guru yang ngajar anak muridnya menciplak ciptaan pelajar lain.
Dalam satu pertandingan ciptaan logo dan nama majalah sekolah , bila ciptaan dihasilkan dalam beberapa minggu. Keputusan pemenang tak keluar-keluar.

yang dapat nama adalah ciptaan badan redaksi majalah sekolah padahal nama judul serta font  dan grafik adalah ciptaaan pelajar yang TAK terkenal.
Berhempas tenaga dan fikiran selama  seminggu telah dicuri dengan senang.

Monday, December 05, 2011

Mengira Nikmat

Bila bangun pagi masih berpakaian.
ada air , kalau ada air panas air suam lagi elok .Mandi.Memakai baju yang berwarna. Syukur.

ada kerja pun elok.Jiran sebelah tiada kerja.

Melangkah dan  memandu memakan masa yang sedikit.Masih syukur.

Ujung minggu ada keluarga lagi syukur. Tempat bergelak dan bertukar emosi.

                                             Dapat melepas dan menghirup  udara lagi bagus


NOTE: Maafkan daku jika terlepas kiraan.

Saturday, December 03, 2011

Bila 'Ana dan Ante' berbicara

Terasa terasing bila termasuk atau terterjun dalam kelompok yang membahasakan diri 'ana atau ante'


seksa dibuatnya bila terbahasa arab dimelayukan.


memang tak dinafikan bahasa arab bahasa ALQURAN...duigalakkan belajar bahadsa arab.

tetapi..kita akan terasa terasing serta ngilu bagi masyarakat melayu..

Bila Harga Tanah naik, di Tunjung K.Bharu

hartawan mana yang memborong tanah di di Tunjung K.Baharu, Kelantan pada awal 2008?

dari tanah sawah atau lalang 3 segi??
mahal naik mendadak, lalu dinaikkan bangunan kerajaan dan swasta.
Juta juta Ringgit pelaburan ditanam.

memang berbaloi. adakah jutawan Berasl dari  Kelantan...?/

sila renungkan..?? dan panjangkan..

Antara Novel dan Terjemahan Al-Quran?

Checklist:

Berapa kali katam al-Novel cinta, novel al-psikologi dan novel bertema al-Keluarga"??

.....


dan


berapa kali sudah habis membaca terjemahan AL-QURAN.

dan berapa siri tersimpan majalah SOLUSI atau GEn-Q,

bersama majalah PLAYGIRL ATAU PLAYMASKULIN?

Roti Oh roti

agaknya laa berapa orang yang teringat jenama ini,
semuanya ingatkan jenama terkenal berlabel besar.
Tajaan di TV, bunyinya islamik . Menaja rancangan yang berunsur Islam.

adakah jika Pengerusinya Islam makanan pun berusnusr islam??
Hak insan untuk memilih jenama.

Getusan Menelan Cetusan: Nak Malu sememangnya MALU..

Getusan Menelan Cetusan: Nak Malu sememangnya MALU..