Pages

Thursday, February 10, 2011

Selagi Belum Terkena...Alahai Wanita

Alahai Sang Isteri

Selagi belum terkena, wanita kurang arif, sama ada kawan boleh menjadi duri dalam rumah tangganya. Mengundang ULAR masuk ke ruang dapur. Bercerita tentang periukbelanga. Nampak kebersihan peti sejuk.

Susahkah untuk mengenali SPECIS BETINA sebegitu???

Wanita yang boleh memahami wanita, buka mata dan hati.
Betina sahaja tau di mana mencari mangsanya.

Dek kerana meletakkan kepercayaan yang terlebih sangat, sang isteri berkongsi masalah dengan kawan yang sudi bertandang ke dapur. Tanpa disedari mengundang ruang, suami untuk digoda.

Masalah itu rupanya akan digunakan untuk menikam belakang seorang kawan sendiri. Alahai.. Kesempatan ada di mana-mana. Merebut peluang.

Bila terjadi kes suami dikebas orang, saat itu sesal pun sudah tidak berguna lagi. Jika terasa ada sesuatu yang pelek elok diajak orang ketiga dan keempat untuk menilai dari sudut kaca mata mereka. Mana tau dek kerana budi kesalahan di depan mata nampak kelabu dan kelihatan bersih.



MINI DIALEK:


Apadia =Gapo


Perangai =pe’el (buat peel)


Handal= bisho ( bishop ditetak tak LUT)