Ketika ke Putrajaya, melalui ELITE HIGHWAY, selepas USJ, menghampiri Putra Perdana, kelihatan sebuah bukit sedang digodol.
SEKSI dengan warna tanahnya yang kekuningan.
Pembangunan diperlukan, tanah diperlukan untuk menimbus lurah.
Agaknya bilakah sang bukit akan merajuk lalu meruntuhkan dirinya sendiri.
Alang-alang manusia sendiri yang suka bukit dihancurkan dan dirobohkan, elok terus meruntuhkan diri sendiri, biar sama-sama melepas.
Sang bukit tidak boleh tegak menjadi teras bumi, Sang Manusia tidak boleh menggunakan tanah dan batu untuk pembangunan.