Pages

Saturday, March 27, 2010

Jom Heboh, di Kota Bharu.

Jom Heboh mendarat di Kota Bahru. (dari sudut watak yang tiada peluang perniagaan besar atau kecil maupun booth pameran)

Antara tawar menawar;

~ ~~remaja-remaja boleh datang selepas HALAQAH, ada konsert.
~~ Ibu Bapa boleh datang awal, Halaqah bermula selepas maghrib.
~~~Peminat kereta dan pameran boleh datang pada siang hari, selesa bersama-sama anak yang inginkan maklumat perniagaan serta belian.

Sesiapa yang ingin ke tandas sila jangan berebur-rebut, ikut giliran.

~~Ada surau dalam jarak 200 meter.

!!! Kenderaan besar sila beri laluan kepada kenderaan kecil.
~~ sila parking mengikut arahan, ada jalan-jalan yang ditutup JANGAN MASUK..

ada sesiapa yang dengar, ada sesiapa yang boleh membahagikan antara hiburan dan pengetahuan???

Makanan dan minuman boleh dinaikkan sebab orang ramai, permintaan melebihi penawaran, tangan kaki tak cukup.

Peraturan perlu diikuti supaya boleh membezakan antara minyak (ehsan) dengan air tidak bercampur,
 jika hujan turun...walaupun musim panas...

* agak sesuai juga konsert dibuat sebelah Hospital (300meter), bila cedera atau  pitam maupun  pengsan terus singgah ke Wad.

cuma jika ada KUBUR yang berdekatan lagi elok.(selepas berdekatan bilik mayat ada pulak KUBUR ???

SISIPAN


terima kasih Sdr Idan,
kalau boleh nak berwarna (adat insan nak peha selepas diberi betis)


Kamus Dialek mini:

kenalin         = gementar/gugup
sikir              = ngilu (semasa memamah)
buat bghona = buat hal

19 comments:

  1. Ohhh kanda ZZ,
    jom ramai2 berpesta...kan selebriti semer dah pakai tudung gi kota berbudaya la la la spital pun dekat tu, mana tau salah lompat ke apa

    persoalannya: orang KB dahaga hiburan ke org lain yang gian nak hiburkan orang KB?

    ReplyDelete
  2. Anyss,
    dahaga alasan yang ke3 yang pertama BISNES, ada ramai ada masyuk..

    Orang Melayu kena sogok dengan hiburan, tempel pun jadi laaa...

    * saya pun Melayu juga..

    ReplyDelete
  3. sejauh mana pro & kontra, sama2 kita nantikan......

    ReplyDelete
  4. Soalan juga perlu dijawab, siapa membenarkan Jom Heboh di Kelantan? Tanpa kebenaran, tiada Jom Heboh di sana. Saya pasti guidelines telah ditetapkan. Namun mereka berurusan dengan manusia, pelbagai ragam dan perangai.

    Saya di Jakarta, Indonesia. Tidak di Kelantan.

    Jika difikirkan, selama ini adakah semua kegiatan di Kelantan itu terlalu baik?

    Saya boleh bongkar satu persatu tetapi bimbang nanti akan membangkitkan kemarahan ramai.

    Seperkara lagi, adakah orang Kelantan dahagakan hiburan? Ops! Mereka punya pilihan, pergi atau tidak pergi, kan?

    How is that my friend?

    ReplyDelete
  5. bongkar aja lah en. mazidul... kenapa nak takut pula? takut bila buat salah.. tak gitu en masidul?

    ReplyDelete
  6. Hmmm nak tergelak pun ada, dulu dengar kata JOM HEBOH dan apa jua bentuk konsert haram di Kelantan, Sekarang, apa dah jadi?

    hehehehehe... jangan marah, lagu Dikir Barat pasti ada tuuu.. so tak la rasa bersalah sangat kan?

    Dangdut mungkin takda. Kesiannn...

    ReplyDelete
  7. dangdut ni orang pantai barat je tergila-gila sangat... tak payah nak kesian lah

    ReplyDelete
  8. Boleh jadi kesediaan pihak TV3 menerima syarat-syarat tertentu agar karnival itu dijalankan dalam keadaan sopan, tidak melibatkan maksiat menyebabkan kerajaan Kelantan sedia membuka pintu untuknya. Begitukah? Kalau begitu baguslah. Kerajaan Kelantan nampaknya berjaya menunduk syarikat kolongmerat media eletronik itu agar tunduk kepada kehendaknya?
    Tetapi ada cerita lain yang menarik di sebalik keberangkatan karnival Jom heboh ke Kelantan itu. Katanya ada seorang individu telah digunakan untuk dijadikan lesen bagi memboleh karnival itu diadakan di Kelantan. Kerajaan negeri tidak boleh berbuat apa-apa lagi apabila individu ini dikaitkan dengan karnival berkenaan. Hal ini katanya sudah ke pengetahuan banyak orang. Seorang bergelar Tan Sri berasal Kelantan ketika minum dengan saya beberapa malam dulu bertanya saya sejauh manakah dakwaan ini benar?

    Katanya individu ini pula ada hubungan dengan individu berkuasa dalam TV3 khususnya orang yang bertanggungjawab membawa idea karnival berkenaan. Individu itu katanya sedang jatuh cinta dengan individu di dalam TV3 itu. Sejauh manakah kebenaran ini ia boleh dipertikaikan lagi. Tetapi seperkara tidak boleh dinafikan kalau seseorang itu sudah mabuk cinta apa juga ia sanggup lakukan. Bukan saja sungai Kelantan lautan api juga rela diharungi.

    Lagipun apa nak di hairankan sangat dengan karnival berkenaan. Kalau bintang Akademi Fantasi bernama Asm....


    http://msomelayu.blogspot.com/2010/03/gosspi-hujung-minggu.html

    ReplyDelete
  9. Anyss,


    saya tak buka..

    yang kata tak boleh kena kata tak boleh,

    soal kita nak buat benda tak boleh belakang kira..(ini hanya satu orang individu )

    hidup tanpa hiburan bisnes tak laku agaknya..

    ReplyDelete
  10. Zeq, maaf, nak mencelah.

    Man, tidak timbul soal bersalah atau tidak. Saya tak ada salah apa pun.

    Apapun, lu cakap memang senang sebab bukan lu nak bongkar. Easily said than done.

    Regarding kisah cinta what is and what is not, jika tiada bukti, saya menganggap itu semua hearsay, dengar dan cakap.

    Bukan sebab saya pekerja TV3 tetapi kita harus melihat penganjuran Jom Heboh di Kelantan dari pelbagai sudut pandang.

    ReplyDelete
  11. assalam semua,selamat datang.

    Sr Mazidul,
    elok juga dibongkar, supaya tokey bisnes bertukar bidang.

    Azie,
    dangdut, ramai peminat dari ladang kelapa sawit getah dan buruh binaan.

    Man,

    tugas wartawan bongkar heee,

    Tugas Penguatkuasa menyusul kemudian jika ada aduan atau panas telinga.

    "tugas saya komen dengan HATI"

    jika saya ikut serta itu sifat individu, bukan mengajak atau menyuruh orang lain ikut serta jadi jahat atau mengiyakan serta mempamerkan kejahatan.

    sekurang2nya ada dua versi, jika ada kemalangan semasa nak ke ;

    -konsert remaja
    -tengok pameran Produa

    Tukang heboh,
    welcome..info

    ReplyDelete
  12. ......Ketika ditanya Jom Heboh di Kelantan pula, Nik Aziz berkata, kerajaan negeri akan sentiasa membuat apa yang sedia ada,namun akan dipantau dan diselaraskan dengan undang-undang dan berkaitan yang wajib mematuhi enakmen hiburan Kelantan.

    "Tuan-tuan kena ingat, Islam ni orang lain kata tak boleh, tapi kita kata boleh, mereka pula akan kata adanya huru-haralah bila Islam memerintah, kemunduran dan sebagainya, ertinya walaupun mereka ini Islam, mereka ini mengatakan Islam tidak boleh,"katanya lagi.

    Nik Aziz berkata pembentukan kerajaan Kelantan masa kini adalah hasil daripada kepercayaan rakyat dan akan diselaraskan dengan kehendak Islam termasuklah dalam hiburan.

    "Alhamdulillah, Jom Heboh dapat berjalan dengan baik, tetapi kita baiki apa yang ada dalam program mereka ini agar selari dengan peraturan hiburan dalam negeri kita.

    "Kita akan terima jika Jom Heboh ingin diadakan pada tahun hadapan sekiranya mereka akur dengan kehendak kerajaan," kata beliau.

    harakahdaily

    ReplyDelete
  13. salam,

    En Mazidul, sori kerana mendesak, biasalah kalau cerita2 yg tak elok ni ramai yg nak ambil tau...sekurang2nya kita tahu di mana yg tak betulnya..

    tapi lebih baik jangan kalau masih lagi bimbang.. apapun saya menghargai tugas En. Mazidul sebagai wartawan



    zeqzeq, hehehehehe... syok tengok personality TV3 bertudung... cantiknya mereka jadi berganda-ganda..

    ReplyDelete
  14. as-salam MAN,

    cantik seksi dan cun adalah subjektif.

    Bagi fahaman/sudut Libral tak pakai baju lagi cantik manis..

    ReplyDelete
  15. ko'si ilmu dialek,

    keno make' mu'go = buah2ah atau sayuran yang dimakan oleh makhluk lain [baca:kelawar, burung, dll].

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum…Di jemput beramai-ramai melawat ke kedai buku ilmiah online terbaru…Buku terlaris adalah ‘Indah Hidup Bersyariat’ .Buku panduan fardu ain lengkap utk anda dan seisi keluarga.Ini antara buku mesti milik dan berada di setiap rumah…
    INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

    Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan “step-by-step”. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.
    Seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah, ruang pembacaan, dan individu.

    Teknik penyampaian buku ini mudah difahami, ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. (boleh dilihat bahagian preview, bawah)

    Boleh digunakan untuk :
    -Menjadi rujukan institusi pendidikan, sekolah, pusat sumber, masjid surau, kumpulan -pengajian, persatuan-persatuan.
    -Modul fardu ain untuk seisi keluarga.
    -Dibaca lepas solat Subuh, Maghrib atau sebelum tidur.
    -Bahan fardu ain mingguan, tazkirah, usrah dan halaqah.
    -Bahan untuk mengisi laman web dan blogspot.
    -Hadiahkan buku ini untuk sambutan hari lahir dan hari perkahwinan.
    -Jadikan hadiah dalam peperiksaan atau kecemerlangan pelajar.
    -Beri hadiah rakan-rakan dan insan terdekat.

    —————-
    Penulis :
    1) Dato’ Ismail Kamus
    2) Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

    Kod Katalog : TBBK 1097
    Kod ISBN : 978-983-5102-30-1

    Untuk dapatkannya,
    Sila layari; http://www.stormreaders.net/mahathir696

    ReplyDelete