Pages

Wednesday, March 31, 2010

Pasar Besar VS Jambatan Besar

Pekan Pasir Mas
Memang pengundi tahu dan akur kos pembinaan Pasar Besar di bawah tanggung jawab Kerajaan Negeri dan PBT.



Pekan Pasir Mas, Pasar Lama,
dek kerana Pasar Basah yang belum siap

Berbanding kos  membina Jambatan Besar  adalah  dari Kerajaan Pusat,
Merintangi Sungai Kelantan sebagai Jambatan Ketiga.
Kedua-duanya dalam Parlimen Pasir Mas,
Menunggu dan .....

Sesekali buka pekung apa salahnya.


Kamus dialek mini

Jambatan = gertak
Terlalu panas= Panah Teng (cuaca)
Redup/mendung= Jo'oo

Monday, March 29, 2010

Perniagaan di Lorong Gelap

 Antara salah satu  lorong gelap dalam Bandar Kota Bharu.
Berdepan dengan KB Mall terdapat sebuah kedai Roti/kek.

" Bang, nak  yang mana?," tanya seorang jejaka gempal.

Seorang gadis, dalam sinar cahaya dari sebuah kedai bersebelahan, sedang bergaya manja.
Seminit kemudian, disambar oleh sebuah kereta  hilang entah ke mana.
Bila sejuk


Kamus Dialek mini

Gode          = pukul
Gaha daki  = gosok daki
sebe            = malap
geletah       = gatal/gedik

Saturday, March 27, 2010

Jom Heboh, di Kota Bharu.

Jom Heboh mendarat di Kota Bahru. (dari sudut watak yang tiada peluang perniagaan besar atau kecil maupun booth pameran)

Antara tawar menawar;

~ ~~remaja-remaja boleh datang selepas HALAQAH, ada konsert.
~~ Ibu Bapa boleh datang awal, Halaqah bermula selepas maghrib.
~~~Peminat kereta dan pameran boleh datang pada siang hari, selesa bersama-sama anak yang inginkan maklumat perniagaan serta belian.

Sesiapa yang ingin ke tandas sila jangan berebur-rebut, ikut giliran.

~~Ada surau dalam jarak 200 meter.

!!! Kenderaan besar sila beri laluan kepada kenderaan kecil.
~~ sila parking mengikut arahan, ada jalan-jalan yang ditutup JANGAN MASUK..

ada sesiapa yang dengar, ada sesiapa yang boleh membahagikan antara hiburan dan pengetahuan???

Makanan dan minuman boleh dinaikkan sebab orang ramai, permintaan melebihi penawaran, tangan kaki tak cukup.

Peraturan perlu diikuti supaya boleh membezakan antara minyak (ehsan) dengan air tidak bercampur,
 jika hujan turun...walaupun musim panas...

* agak sesuai juga konsert dibuat sebelah Hospital (300meter), bila cedera atau  pitam maupun  pengsan terus singgah ke Wad.

cuma jika ada KUBUR yang berdekatan lagi elok.(selepas berdekatan bilik mayat ada pulak KUBUR ???

SISIPAN


terima kasih Sdr Idan,
kalau boleh nak berwarna (adat insan nak peha selepas diberi betis)


Kamus Dialek mini:

kenalin         = gementar/gugup
sikir              = ngilu (semasa memamah)
buat bghona = buat hal

Wednesday, March 24, 2010

Di Simpang-Simpang Jalan (DSSJ)

Spontan.
Bila ternampak seekor burung bertenggek, teringat kepada Wartawan tahun 70an arwah Pak Sako.




Penulis Pojok yang memberi nasihat, bukannya membodek dan bercerita soal hiburan serta mengkritik sampai kepada peribadi Dj / juruhebah yang bukan dalam dunia hiburan.



~~ banyak saham bila mengadu domba perbalahan  menantu dengan mertua..Semua MALU..adab sopan kemelayuan terhakis.


~ ada sesiapa yang pernah di temuramah oleh wartawan (bukan semua) samada majalah hiburan/rencana atau suratkhabar??

elok pasang TAPE supaya senang nak saman, janji lain yang ditanya lain, yang keluar rencana lain. Reka sendiri ayat menambah.Hati -hati bila Wartawan berJANJI nak edit semula temuramah, nak telefon balik.

MUNAFIK dalam kerjaya.Elok sumpah jadi TIKUS jerr

ALASAN cekadaknya adalah Bos kata tak sesuai, Editor tak lulus, Bla- bala...blaa..

Tuesday, March 23, 2010

Dedalu.

Sudah suratan memang hidup menumpang,  ditumbuhkan di ranting orang lain.
Memula kecil lama kelamaan dahannya lebih besar dari ranting tempat asal bertapak.
Lebih tinggi dari tanah.




~ KekuasaanNYA, jika  ada insan yang dijadikan tanpa air mani, boleh dijadikan, inikan pula hidup menumpang.
Perkara mudah bagiNYA untuk melahirka, menaikkan  atau melenyapkan nama dalam sekelip mata.



~~sisipan~~


*Mentadak Mentadu sedang bertapa*

Saturday, March 20, 2010

Pagi Ujung Minggu

~Gambar ihsan~

Syukur
Celah-celah kota.
Pada saat insan lain enak berselimut sejuk subuh pagi minggu, masih ada golongan insan yang sedia mengHAMBAKAN diri belajar.


Iman: Sila buka muka surat 300, surah ****, ayat ****

..ihsan..

Moga-moga mendapat hidayah dan kekal iman sampai ke akhir hayat.
Zaman kini bukan susah hendak belajar secara percuma.

Thursday, March 18, 2010

Fitnah

Gambar ini tak laku untuk dijual, kerana  kosong.

Tak laku dijual untuk dibuat fitnah atau mengata.
Mengata sambil lalu-lalang dan tepi jalan.oleh orang dari mata turun ke mulut.

Orang tiada akan mengata jika ;

~~bergedik secara normal walaupun tempat awam.
~dalam gelap


Orang akan mengata jika;
 bergedik secara abnormal di tempat awam


nota: bergedik dengan suami??
         bergedik dengan jantan??

Wednesday, March 17, 2010

Manis, Memang Manis

Kuih muih yang manis
Sesekali bila balik ke Kelantan, terjumpa makanan manis terasa 'magnet' untuk merasanya.

Buah Tanjung

Apapun kena seimbang dengan makanan lain yang pahit-pahit seperti pucuk serai kayu di dalam Nasi dagang, ulam Beko, ulam kerdas, pucuk ubi kayu, pucuk gajus, pucuk putat, petai hijau/muda dimamah berserta dengan kulitnya, jering semai (relung) yang melekit bila ke tandas dan lain-lain.

Juga jering rebus dicicah dengan kelapa parut.Rasa manis -manis pahit serta maung.

Merasai kemanisan serta rasa kelat-kelat air nira(tuak) kelapa.

Jika diseimbangkan dengan MCD dan KFC alamak berbaur rojak Melayu dan Mat saleh, penyakit akan merebak.

Sunday, March 14, 2010

Memaksimakan Dakwat

Memilih Printer untuk kegunaan rumah bagi golongan sederhana.(injet)

Pilihlah printer yag mempunyai dua kotak dakwat.Warna dan hitamputih.Bila dakwat hitam sudah habis.
Untuk kegunaan dummy, kotak/tabung hitam boleh dicabut bila sudah kosong. Dengan satu tabung berwarna.
Cetakan agak kabur masih kelihatan kerana memaksimakan campuran dakwat berwarna menjadi Grey.


Nota: teknik ini tak sesuai bagi mereka yang mempunyai hobi membuat cetakan printer pejabat untuk kegunaan peribadi, rumah dan kerja rumah anak-anak.
~~"Hasil mahsul cukai negara"~~

Saturday, March 13, 2010

Memang Sah Balik Kerja Letih Sangat

 Tiba di rumah. Buka stokin,terus lempar ke atas meja.







Lebih kepada HABITAT sejak kecil yang tak akan berubah sampai ke TUA.

Friday, March 12, 2010

Uniq

Kreatif dalam menarik Pelanggan.
Adakah tanda nombor meja di sini satu-satunya di Malaysia.???



Di perbuat dari besi keras,berdiri di atas meja hidangan.
Susah nak patah bila terjatuh, setinggi +- 6 in.

Monday, March 08, 2010

Silap Di mata, Salah Di Minda

Berekoran sebuah kenangan dek kerana kekolotan diri, suatu waktu dulu.

...kerana Keletihan mencari lokasi rehat, selepas letih dari  perjalanan yang panjang..di sini?.."



oh..ini rupanya bilik "berehat" yang dimaksudkan.

Nota:  ~~nawaitu buka Blog bukan nak mengaIBKAN sesama insan.
~~~juga bukan nawaitu menyerang satu atau dua insan,,(EX bos EX suami EX isteri,ex kekasih ) kalau nak serang mereka , elok upah simbah cat ke sasaran tersebut, berbaloi), bukannya dengan cara buka blog bercerita secara LUTSINAR tentang KEMALUA* (berkenaan sifat yang memalukan insan lain, walaupun ini rumah saya, tetapi tetap dalam rumah yang LUTSINAR, bukannya LEGAP orang tak nampak, tika melewatinya, sekurang-kurangnya menjeling tubuh-tubuh yang berbaring di dalamnya.