Salinan/Petikan dari Blog Ustaz Azizi Abdullah- dengan izin
~~~~~~~~~~~~~~0~~~~~~~~0~~~~~~~
"
Dungukah Jais? Terburu-Burukah Asri?
Semakin hari semakin menjadi isu perbalahan Dr. Asri dengan JAIS. Sampai jadi melalut-lalut. Yang lain tumpang sekaki. Penulis juga naik semak serabut. Apalah kita orang Melayu Islam ini. Benda sebesar tahi hidungpun, nak tunjuk juara dan kuasa, sampai mempelengongkan orang awam.
Jalan selesainya mudah. Pegawai JPJ bagaimana kualitinya pun dalam kerja hal-hal JPJ, kalau tak ada lesen memandu, dia tetap salah. Polis boleh tangkap. Tapi ingat, ilmu JPJnya tidak terjejas. Dia tetap pegawai yang mempunyai kepakaran pengurusan JPJ.
(tambah kuah:
Selepas ditangkap,
muncul watak tokey kasut mendakwa DR, tak pakai kasut,
muncul watak kedai tayar mendakwa, tayar kereta Dr, Botak..?????)
Air yang mengalir dari puncak gunung, meleleh turun melalui katur dan lurah, mengalir ke hulu sungai, mengalir ke batang kalinya, tidak boleh disekat dan di ampang begitu-begitu. Dan akhirnya air itu mengalir atau menerjah ke kuala. Di kuala mereka berkompol. Mereka tetap bernama air.
Dr. Asri diumpamakan pegawai JPJ yang tak ada lesen memandu. Titik. Pemikiran, aliran fahaman, ilmu yang dipelajari kemudian menjadi pegangan ada dalam otak Dr. Asri dan orang-orang yang seumpamanya. Ertinya mereka belajar. Bukan berguru; kepalang berguru bagai bunga kembang tak jadi. Masakan Profesor yang menjadi gurunya iblis? Masakan Universiti Jordan bangsal tunggu durian?
Kalaulah Dr. Asri akur dengan penangkapan kerana tanpa permit, kita fikir perkara ini selesai. Kalaulah JAIS pula tidak menunjuk ‘bodoh sombong’ yang ternyata menjadi tunggangan pihak lain, kita juga rasa hal ini tidak jadi melilau macam layang-layang putus tali.
Apabila membaca wawancara wartawan Utusan, Mohd. Radzi Mohd. Zin dengan AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor, (MAIS) Mahfuz Muhamad, ternyata sarang tebuan yang dipelihara Dr. Asri telah dijolok. Mahmud Muhamad kita rasa telah menyorot pandangan dan pemikirannya ke 100 tahun ke belakang.............................................."
~~~~~~~~~~~~0~~~~0
link ke http://aziziabdullah.blogspot.com/2009/11/dungukah-jais-terburu-burukah-asri.html
manusia ini adakalanya tidak senang dengan kesenangan orang lain:)
ReplyDeletebetul kata Tedi~
ReplyDeleteada sahaja yang membuatkan manusia tidak pernah puas~
Tedi zara,
ReplyDeletekita diusap dengan kalimah
-kerja sebagai ibadah
-dan niat tidak boleh menghalalkan cara, itu simple untuk rakyat marhain yang baru belajar,
menghasut dalam kerja adalah IBADAH,
membuka serangan secara terbuka seoalh2 menghalalkan cara.
NOTA:
potong ,potong, apa tunggu lagi dah sah
DAKWA..
thanx zeq....sbb bg link sekali. mmg menarik sgt²
ReplyDeleteBRO ZZ..
ReplyDeleteberapa ramai yang ingat dan faham dalam kerja ada cara (tak kira halal..)?
ada orang hanya tahu kerjaaa kerjaa.. dan bagi dia kerja adalah ikut arahan dan undang-undang (yang salah pun dia ikut jugak)
Halalkan cara yang betul?? hmmm di sudut dia saja..
Inilah jadinya kalau dua-dua pihak tak mahu beralah. Masing2 nak tunjuk hero. Beralah tak bererti yang pihak beralah salah yang menang betul tapi ia adalah satu simbolik bahawa kita sanggup mengenepikan ego demi agama dan bangsa.
ReplyDeleteSatu seorang yang bertauliah dalam agama. Satu badan yang ditauliah untuk urusan agama. Terjadinya perkara ni, nampak sangat mereka pula jadi bapak ketam. Kalau bapak jalan senget, anak2 lagi la.... (kesian la kita anak2 ketam)
eelobor,
ReplyDeletesama info
Azie,
sudut meja , meja pun ada sudut juga, ruang tamu bersudut, tutup lampu tak nampak sudut.
qah qah
V.I.C,
Anak ketam termanggu, orang awam pening, marhain tak tau nak ikut angin mana., yang penting MASYUkkk
apa yang terjadi, kita sebagai pemerhati tak perlu buat andaian sendiri, ramai yang membuat rumusan walaupun hanya tahu 30% daripada cerita, nanti jadi cerita kat kedai kopi, tahu sejengkal, cerita sedepa
ReplyDeletesatu yang kita kena fahami, hal ini sensitif. tak malukah kita pada agama lain? kalau buat apa2 pun kena ada perancangan. baik dr pihak Dr ataupun Jais. Jangan keluar tv, paper lepas tu memalukan agama dan bangsa.
ReplyDeletekerana org lain mungkin tak sebetah Dr ataupun jais utk menjawab persoalan dr mereka. kalau silap jawab, tak jd bahan ke kita nanti?
Chery,
ReplyDeletememang memalukan kepada penganut lain. Ketat sangat
Aku sering menulis seharusnya kita bersangka baik... bersangka baik!.
ReplyDeleteJika niat Dr Asri itu mahu berdakwah, apalah salahnya, permit tu rasanya tak sampai sehari boleh siapkan tak kanlah payah sangat. Kasi sahajalah; menagapa nak dakwa dakwi lagi.
(Kalau suruh orang macam saya berdakwah rasanya lagi pening rakyat marhaen nanti.)
Biarlah Ustaz tu nak berdakwah dalam kelompok mana; namanya pun demokrasi. Buruk sangat amat jika agama lain tenguk orang alim berstatus ulama ini berbalah. Cukuplah Pak Arab itu berbalah sejak berzaman; kita orang Melayu tunjukkan sopan santunnya. Orang Arab memang pelik sikit; degil, kasar, ganas macam-macam orang kata tentang Bangsa Arab. Ada kata nabi turun di kalangan mereka sebab Tuhan nak betulkan kaum mereka ini (Aku pun ada darah Arab.. tapi lebih ke Minang!!! perasan)
Entahlah Zeq, ada sahaja mainan politik kita ini. Penat.