Pages

Tuesday, October 06, 2009

Menyelar Ulamak

Ulamak tak berpolitik, ulamak Umno dan ulamak Pembangkang.

Siapa saya untuk mencela,mencerca dan menyelar ulamak, seburuk-buruk ulamak di atas adakah setanding dengan stok pahala saya??.Mencela dari pelbagai aspek.
Bila ulamak tidak selari dengan idea saya??

Sejak lahir dan dilahirkan dalam masyarakat yang beriman. Berketurunan dari orang baik-baik.Didikan dengan bacaan Al-Quran. Memakan makanan yang halal diberikan keluarga sejak kecil. Menghafal dan mentelaah agama.Mendengar cerita yang baik-baik.

Siapa saya berbanding mereka?? Apa kerjaya saya.

Memulakan kerja, keluar dari rumah, mereka berdoa tika melangkah . Adakah saya juga membaca doa keluar rumah, membaca doa naik kenderaan??

Bila melewati tanah perkuburan, mereka berselawat. adakah saya juga berselawat??. Saya asyik mendengar muzik dangdut. Oh betapa jauh benar bezanya..Kecil sangat cermin diriku.

Bila memandu bait -bait maki hamun tersembur dari mulut, Tetapi mereka mengucap bila terasa geram.

Melangkah ke pejabat dengan senyum, seribu baik sangka terhadap insan sekerja dan pembantu. Siapa saya , itulah amalan seharian saya???

Saya boleh mengarahkan pembantu menaip kerja peribadi (kertas A4 siapa punya??). Belum kira menelefon kawan-kawan menggunakan talian pejabat. Menelefon syarikat percetakan bertanya tentang cetakan buku peribadi yang akan terbit. Belum kira menggunakan sampul pejabat.

Keluar mesyuarat melebihi masa dan terbawa-bawa cerita keluarga. Curi masa.Siapa pembantu yang berani menegur??.Siapa saya untuk mencerca individu lain.

 Ada masa memakan belanja oleh supplier bila tiba tengahari. Jauh bezanya antara ulamak berbanding kehidupan saya..

Di rumah berdoa ataupun bertaubat..( dikira baik sikit)... termakbulkah DOA sedangkan rumah yang terbina masih belum bersih, bahan binaan dari tokey mata sepet yang diberi atas ehksan hubungan kerja.Cat free, bunga, lampu serta mahal kipas canggih diberi secara percuma kerana ada hubungan kontrak.Tambak tanah juga percuma. Mana mungkin diberikan secara percuma jika tiada  pengaruh dan pelaburan???

Berdoa sambil kedukut mengira harta tetap yang tersimpan di dalam bank??siapa saya.???, daki harta yang belum dicuci. Lupa sehingga termakan riba.

30%  habuan yang dimasukkan ke dalam akaun?? ke mana dibelanjakan??

"30% untuk  saya, 70"% untuk awak, setuju ???" (tawaran dari sesama Islam dan sama bangsa bukan bangsa*)


Potong Q dalam membodek kawan-kawan, kabel dalaman serta menafikankan HAK insan yang layak memasuki alam pekerjaan, sedangkan ramai insan yang layak. Berkatkah??
Berapa kali Ulamak bersedekah ayat suci..Saya pula tak pernah???
DIA Maha Pengampun..Makbul laa tu..


Saya juga tiada masa mendengar ceramah ilmu tentang agama. Malah ada Ulamak memberi ceramah secara percuma setakat duit minyak RM50.00 atau sebuah cenderahati berlogo dari pelastik keras.

Berapa kali saya ada masa menghayati  dan menghadiri majlis ilmu agama Islam seperti kuliah subuh, kuliah zuhur dan maghrib???

Berapa kali  bersama-sama menghayati Qiyamul Alail, tiap malam Jumaat atau sewaktu dengannya dalam seminggu. itukah saya???

Besar sangat jurangnya kehidupan antara saya dengan Ulamak. silap sedikit, terus dicerca. Saya yang tidak sedar diri, bidang mana yang mahir dan bidang mana yang perlu dipelajari. Angkuh.

Siapa saya yang jarang-jarang membaca Al-Quran pada malam hari.??
.bukan dipenuhi telinga dengan ayat suci.

Berapa kali saya solat berjemaah.Sibuk dan malas. Sianghari sibuk, malam hari pula malas

Siapa?????..Saya untuk mencerca mana-mana Ulamak dalam pelbagai bidang, itu pun hanya sekelumit sehari dalam kehidupan.

Ulamak membuat keputusan melalui petunjukNYA..Saya buat keputusan melalui kabel , kroni, kuasa serta wang.
Jauhnya lompang gaya hidup.

Jarang terdengar ulamak/iman /penceramah mendabik dada ego dengan isi ilmu yang ada, tetap menyelitkan ayat
" yang baik dari Illahi, yangburuk dari diri ..."
"..pesanan buat saya sendiri.."

Jika tiada pesanan atau mukadimmah tersebut anggaplah sebagai lupa dan silapteknik sesekali dalam berbicara.

Mereka juga melakukan kesilapan dan kesalahan Ulamak bukan maksum, tetapi ada beza menyelar atau menegur secara berhemah, mereka ada airmuka. Jawatan dan keluarga.

Bentuk dan cara dilahirkan, sejak dalam perut ibu lagi telah ada perbezaan, Ibu mereka membaca surah meresap ke dalam kandungan.Termasuk rezeki berkat tanpa riba dan rasuah.

 Ibu saya????? entahkan dilagukan dengan muzik pop n rock.atau menghabiskan novel cinta dan khayalan kemudian terus lena.

Bila dilahirkan terus dicium oleh kawan-kawan ayah yang tidak kering wuduknya.
Dibelai oleh kawan-kawan ibu yang ikhlas bertudung menutup aurat.


Saya???..entah baru balik dari berkaraoke, maghrib baru balik dari padang golf.


kemana ulamak menenangkan diri??pada pagi hari??
Berapa kali saya berpuasa sebulan untuk menyucikan diri setelah membuat kesilapan???
mengajarkan Al-Quran secara ikhlas???

Berapa baris ayat saya mengajar dalam sehari???, berapa ramai anak murid dari seluruh dunia termasuk yang sedang mengerjakan umrah dan haji atau sedang belajar di pondok agama???

berapa ramai anak murid saya yang berQIYAMmu ALail sekurangnya
sekali seminggu setiap pagi jumaat?? cukupkah seramai 40 orang, anak murid mana yang tidak pernah berdoa memohon keampunan terhadap gurunya??

saya menenangkan diri di Bistro sambil menjamu mata..Lena selepas menonton Liga.???
Soalnya berapa kali saya bertaubat (itupun jika diterima Illahi)..5 kali sehari paling tinggi??
dan berapa kali pula Ulamak bertaubat.(Adakah saya sedar dan sanggup menyelidiki )

Oleh itu berbaik sangka lah terhadap ulamak.iman ustaz. jka ilmu bak kail sejengkal
.

19 comments:

  1. Benar... bagus juga ada gak sikit rasa sedar diri tu...

    Tapi jangan lupa ulama pun manusia biasa... yg ada kala wajar juga ditegur dan diprasangkakan...uishhh...

    ReplyDelete
  2. ..bertegur dan berpesan..selain mencerca.dalam bidang yang tak pernah mendapat petunjukNYA.

    ReplyDelete
  3. teguran biar tidak memalukan.. bukan di khalayak ramai sehingga orang hilang hormat padanya..

    ReplyDelete
  4. Huh! Hebat bro saya. Hidup Zeq! Menentukan kebaikan dan keburukan manusia, pastinya bukan hak kita.

    Tetapi kepada mereka mengaku melakukan perkara mungkar, kalau boleh kita peringatkan sahaja.

    Semoga apabila kita jahat, ada orang lain menegur, kan?

    ReplyDelete
  5. .Sdr Mazidul..

    Hendaknya ada insan yang sudi mencubit atau menegur jika sesekali atau dua tiga kali nakal dan jahat, tidak sampai membenam kebaikan dan keikhlasan selama ini .

    ReplyDelete
  6. combi selalu tegur huby & anak-anak kalau dorang buruk perangai..

    combi jugak suke ditegur kalau tak 'prasan' bila perangai buruk..

    apapun cara menegur kena tepat dan sesuai.bukan menghentam.baru berkesan..betul tak?? :)

    ReplyDelete
  7. saalam uncle..

    wahhh...hebat entry!

    kekekkekekek..uncle zeq mmg hebat..

    ReplyDelete
  8. BRO

    U leh add another link kat list U..

    ada blog AA yg baru... kali ini dibuka utk public (atas permintaan)

    http://azieazah-aa.blogspot.com/

    Harap maklum.

    ReplyDelete
  9. tu la..skrg ni ulama seolah2 diperkotak-katikkan..aduyaii dunia..

    ReplyDelete
  10. a-salaaam..
    echah..
    menegur, mencelah demi kebaikan bukannya mencela menyelar,,

    KAKI selar yang tak pernah merasai lembutnya tangan ulamak??
    entah berapa kali sehari ??usahkan ulamak iman.bilal atau ustaz yang masih ada wuduk punbarangkali boleh dibilang dengan jari??sehari??sebulan seminggu. meramas tangan bogel gebu memang adalah..qah qah..salam sana salam sini lepas tu selar ustaz..


    RQ..
    hebat kee..tak laa mengayat jerr..bukan kaki ayat pun..
    puji nampak riak kan..lain kali puji besar2 macam sain derma ceque tu..

    ita..
    jika saya kotak U siapa nak beli kotak>> ..jadilah cian kena perkotak..kan..

    ReplyDelete
  11. junjungan kita nabi muhammad saw pernah mengatakan

    aku takut suatu hari yg akan tiba org biasa sudah tidak hormatkan ulama

    pikir2 kan.....

    ReplyDelete
  12. pss.. orang luar biasa..

    qah qah..

    luar biasa sebab kaki kutuk ulamak, usahkan ulamak, bersalam dengan iman dan bilal pun jarang-jarang..

    bila ceramah agama memilih, sebagaimana memilih konsert..lagu pop tak minat..

    "specis yang tak pernah dan tak boleh mmbezakan antara sejuk bila menyentuh tangan mogelmulus dengan meramas tangan iman maupun ulamak"..atuk saya kata.

    ReplyDelete
  13. tu beza kita dengan ulama, amalan yang tak setanding. Tetapi masih ramai yang tak sedar diri, masih perasan bagus, kutuk ulamak macam kutuk member kat kedai kopi, sedangkan kutuk member pun wajib minta maaf apatah lagi kutuk orang yang tinggi ilmu agamanya.

    sepatut kita mengambil pengajaran daripada yang diajarkan oleh ulamak...

    Azieazah...memang ulama pun manusia, kadang2 perlu ditegur. Sedangkan Nabi Muhammad saw yang maksum pun pernah melakukan kesilapan, hinggakan Allah menegurnya (cari la kisah nabi saw dengan seorang buta, kisah terjadi ketika baginda saw sedang bermesyuarat dengan pembasar2 mekah), lagikan ulama yang hanya manusia biasa

    ReplyDelete
  14. Ulamak itu pewaris Nabi, tak kiralah ulamak itu dari pegangan parti mana.

    Pesanan nan baik kita ikuti, jika ada ulamak yang mirip syak was sangka di hati; ketepikan sahaja jangan dimaki.

    Kita manusia biasa tanpa mereka apalah akan jadinya. Kita yang serba serba naif ini disuruh menjadi Imam sembahyang pun belum tentunya lulus terutama dari segi kemampuan tajwid pelbagai.

    Jangan lantaran politik berbeda, kita perlekehkan hukum agama nan nyata.

    Kita tiada kuasa menjatuhkan fatwa segala, yang cuma ada kuasa mengundi secara rahsia.

    Apa yang Sdr Zeq tulis memang betul belaka, majlis agama yang penuh rahmat pun kita sering abaikan. Apalah hak kita mahu menghina ulamak ini.

    Diri sendiri belum tentu terlepas dari hisab di hari perhitungan nanti. Mana lagi dosa diri, mana lagi mahu memohon maaf kepada ulamak yang kita caci. Di akhirat nanti jika dosa diri mudahlah kita mahu berhujah atau memohon maaf jika melibatkan martabat orang lain bagaimana?.

    Lebih baik kita berdiam diri jika memang bukan hak kita untuk melatah atau diapi-apikan.

    ReplyDelete
  15. idan..
    blajar agama sebulan..
    terus kritik iman..ulamak..
    alahai buka pekung dngan kejahilan. bidang yang kurang mahir..wajar berdiam diri..

    terutamanya Bloger2..yang lena didepan TV???muzik??perasan berilmu konon.

    Ulamak dan ustaz lena dalam wuduk. ..jauh beza??

    ReplyDelete
  16. eelobor..

    terima kasih
    kita serupa ker..
    amalkan makin berisi makin tunduk

    tunduk-tunduk bak padi di sawah..

    ReplyDelete
  17. Tanda2 dunia akhir zaman adalah...orang jahil beri fatwa, fatwa dari ulamax dibidas pedas tanpa asas.

    Dunia kian tua...

    ReplyDelete