Pages

Saturday, October 31, 2009

Penampan Forensik dalam Penyiasatan

Laporan SATU

MMS satu:
Waalaikum salam, Yer Tuan, semua beres tuan. Semua unit CPU dan laptop selamat serta bersih. Hardisk telah ditukar kepada HD terpakai, didapati dari Jalan Petaling yang berharga RM2.00 sebiji, masih data yang lama.
Hard disk telah diformat menggunakan Motherboard yang telah disetkan mengikut 'Clock' pada masa yang sama iaitu 2004.Sistem unformat akan memberikan data ZERO .Maklumat bil dan invois telah diubah mengikut arahan Tuan, serta mengikut tarikh terkebelakang.

Sistem 'Mirror akaun' juga diubahsuai.Syarikat Tuan mempunyai 3 mirror akaun.

Data-data dalam CPU tersebut mempunyai beberapa pelan yang berharga beratus ribu.
Oh lagi satu bila ditaip 'unformat' sistem yang kami setkan akan melencong kepada sistem Grafik tersebut.Secara automatik pelan itu akan 'burn'.

Saya akan hantar data-data yang telah diprint pada date semasa menunjukkan kita ada Maklumat itu.Tuan jangan risau ahli pasukan saya mempunyai pengalaman 20 tahun dalam sofware dan hardware komputer.

Oleh itu Tuan boleh bersedia bila data-data itu hilang. Sediakan peguam untuk menyaman balik.

'saksi mati' telah saya hapuskan. Nama Tuan sebagai Ahli Lembaga Pengarah telah dikeluarkan, dari SSM.
Selamat dan bersih.

Ini adalah kerja MENIPU yang terakhir bagi pasukan kami.
Oleh itu diharap pihak tuan akan menghadiahkan tiket ke Mekah untuk bertaubat.

Friday, October 30, 2009

Petir dan Binatang

Atuk saya pengembala lembu dan kerbau yang berpagar.
Antara Binatang dan insan
Siapa yang banyak membuat kerosakan ke atas muka bumi.


jika menjadikan binatang sebagai  peliharaan dan punca rezeki, ianya adalah sebagai amanah manusia, awasi serta memberikan ruang bergerak serta makanan.

Termasuk burung,bebaskan binatang jika sekadar untuk hiburan.

dek lembu dan kerbau sesama insan boleh berbalah, berebut hak milik.
Ada yang berebut kawasan 'pemerintahan rumput'.

Lembu yang ingin dijadikan binatang korban wajar mencari padang ragut yang halal, berpagar bukannya 'tanahmu tanahku'. Hati -hati bila merampas atau menafikan hak orang lain.

Kedegilan dalam menerima nasihat dari jiran akan membawa kepada permohonan doa

Tak mustahil lembu mempunyai perasaan  bersalah, bila kena pukul dan dihalau manusia selepas meragut rumput. Tak mustahil sang lembu berdoa mencari ketenangan.


Nota: alahai, rumput tak halal, tuan punya tak halal, macam mana nak buat ibadah korban.

suci dalam debu???

Nota: andai tiada masa untuk menjaga haiwan wajar lepaskan lembu ke hutan menjadi lembu hutan, Andai tiada masa menjirus pokok bunga, lebih baik cabut dan tanam di luar kawasan yang tidak berbumbung, biarkan dedauannya menghirup udara segar bersama-sama belaian embun pagi.

Tuesday, October 27, 2009

Cerewet

Secara kebetulan lokasi yang kurang mahir
Bila berjumpa dengan insan yang cerewet memilih nak makan dan makanan

"Pilihan Restoren di sana , banyak"

.Sekadar dengar cakap dan info dari kawan-kawan.
Sanggup  menempuh kesesakan .

melangkah masuk ke sebuah restoren
ternampak lalat berterbangan, terus keluar.

Masuk kedai restoren kedua
Bila tengok tempat basuh tangan berdekatan dengan lauk. Renjis-renjis tangan pengunjung yang basah, tempias masuk ke dalam bekas lauk-pauk. Beredar.

Masuk kedai sebelah, memerhatikan nasi, cedukan nasi oleh pengunjung lain,, tiada wap, tandanya sejuk.

Fushh,,,

Berundur...Cari kedai lain.

Belum kira pinggan berkulat
Lokasi yang berbau
bla-bla..

Kalau jumpa insan sebegini ...lebih baik tak payah terima pelawaan makan.Tapau lagi bagus.


nota;

teknik penandaan menu atau isi nasi yang dibungkus, telah melewati 3/4 sistem sejak dulu hngga kini.

----Cucuk satu paku,/satu lidi ,membezakan nasi ayam
                      dua paku/lidi nasi berlaukkan ikan

---- satu getah nasi ada sambal
       dua getah nasi tanpa sambal

---terbaharu
Bungkusan Polisterin
cebisan kertas yang tertulis atau tulisan ke atas tudung sebelah atas.

Monday, October 26, 2009

Kumbang

Ehemm buat apa tu.

Kumbang memerlukan masa 5 saat sahaja untuk menyedut manisan dari setiap kelopak bunga. Ada 5 stigma debunga. Kemudian terbang ke sasaran kelopak yang lain. Terbang lagi.
Sehingga kesemua kelopak bunga diratah dan dijelajahinya.


Menghilang

Datang sang kumbang lain pula, mengulangi pekerjaan yang sama.





Kasihsayang

Adegan yang ingin dilihat.


Mesra dan akrab
Betapa kasih seorang cucu memeluk Atoknya sambl menyeberang jalan.Tanpa disuruh. Kasihsayang sesama insan.
Bertuahnya seorang datuk.
Mudahan tidak luput ditelan kemodenan.

Sunday, October 25, 2009

GOL

Pengulas A: Gooolllllllllllll.... yer yer satu tandukan kencang oleh Mr Kelabu berjaya menembusi pintu gol lawan. Penjaga gol yang kebetulan teringat dan terbayang sebiji bola sebagai kekasih, melayang-layang dikebas orang. Terpingga-pingga. Dalam memerhatikan gerakan pemain lawan, penjaga gol seolah-olah ternampak seorang bekas kawan yang telah merampas kekasihnya, ia telah terlampau marah. Sehingga sukar memilih antara bola , kekasih atau kawan untuk dihalang.
Penjaga Gol ini memang kacak dan hensem Saya tertarik dengan sifat kelelakian serta otot-ototnya. Baik budi. Cuma laser sikit-skit.(bini dia cakap).
Keputusan terkini  saya belum kira.

Pengulas B: Goollllll, tandukan  Mr kelabu  masuk ke gawang pasukan  C, tandukannya tidak la sehebat mana, lagipun penjaga gol semacam khayal kerana entah apa-apa. Bola pula seakan berwarna-warni pada mata saya, ada semacam 5 segi berwarna hijau biru hitam. pelek kenapa bola di cat hitam dan putih, kenapa pula dijahit 5 segi kenapa tidak jahit samarata.tak perlu ada segi segi memeningkan mata. keseluruhan cat  bola hendaklah warna putih atau garang senang mata melihat.

Tandukan sehebat mana pun akan dapat dihalang dan ditangkap oleh penjaga gol. Lagi pun tangan penjaga gol  kidal dan bengkok dek kerana penyakit lamanya.(hanya saya seorang yang tahu).

Penjaga gol itu juga seorang yang kedukut, malas belanja kawan-kawan termasuk saya.
Ayah dia menolak pinangan ayah saya, itu dulu-dulu, adik dia cantik.

Para penonton, semasa bola hendak ditanduk saya nampak seakan angin kuat meniup baju beberapa pemain yang berada di sekitar pintu gol, jadi pergerakan bola agak menyerong menyukarkan barisan pertahanan

Saya tak puas hati  bila  dapat tahu Mr Kelabu bersaudara dengan penjaga Gol pasukan C .
Ini  Kroni. namanya.
Keputusan terkini saya belum buka internet.

Ulasan terpaksa di potong kerana sensitif dan tak masuk akal.

nota:
A: Pengosip
B: Pengulas Politik
Begitulah HARU-biru bila pengulas picisan politik dan pengosip diberi peluang menjadi pengulas sukan.

Bagaimana agaknya jika pengulas bidang lain menceburi bidang yang berbeza, kurang mahir, belajar dari buku dan khabar angin atau berita/fakta basi.

Saturday, October 24, 2009

Sedekah Ikhlas


Untung nya

Penulis dan penerbit, bukan susah nak dapat pahala jika ikhlas dan suka menghalalkan info.

Bayangkan banyak orang /pengunjung  "window shoping "sempat membelek-belek lalu membaca kemudian menceduk info berguna dari buku-buku yang terbuka (salah satu) tanpa 'plastik seal'.

Membaca secara percuma, sehingga lusuh, berkedut-kedut atau kelabu warna kulitnya

Kemudian fakta itu dijadikan ilmu bermanfaat,  malah disebarkan menjadi dahan dan ranting kepada insan yang lain.

Nota: Pembaca wajar meminta halal ilmu/bacaan tersebut dari penjualnya.

Besar , besar Oh besar



Air buah gelas besar


AIR GELAS BUAH BESAR


Antara cerita ini dalam sejarah:
Faktor istimewa inilah memainkan peranan dan alasan utama ke arah serangan sexual terhadap wanita.

kes-kes;

--di salah sebuah pejabat Kerajaan Negeri Sembilan, antara ketua dengan kakitangan--tak rela.(akhbar Perdana).
--si Baju kuning di dalam lift, Putrajaya ---rela.
--di salah sebuah pejabat swasta, Sepang, memeluk dari belakang oleh ketua Jabatan.--Tak rela
dan sebagainnya.

Jika terdapat kes serangan sexual, sila dapatkan gambar samaada istimewa atau sebaliknya.

Tolong gantikan perkataan,
 istimewa = BESAR



Friday, October 23, 2009

Menumpang

Sketsa Hari Jumaat

Selepas sibuk melompat, berjalan, melalak dan bekerja 6 atau 5 hari seminggu, kekadang terfikir bahawa tempat berpijak adalah sementara.Menumpang putaran roda-roda kereta, menumpang pasak tiang di atas tanah serta menumpang berteduh di sebuah rumah.


Bagaikan menumpang sebuah Katil electronik di dalam sebuah WAD ICU.
Sebuah hospital.

Menumpang lena. Juga hanya sementara.
tika ini, tiada Toyota, tiada Astro serta tak nampak atap genting pada mata.
Hanya anak-anak di sisi yang merah matanya dan perit tekaknya
.
Yaa sinn..

Wednesday, October 21, 2009

Lopak


Batu Oh batu kenapa kau pecah
macammana tak pecah minyak hitam sikit sangat
macam mana tak pecah muaTAN terlebih
macammana tak pecah lori 'TAN' besar sangat
macam mana tak pecah aspal nipis sangat

lori o lori kenapa kau berat
macam mana tak berat nak untung Trip
macam mana tak berat saman terlekat
macam mana tak berat  masa nak jimat

Trip O trip kenapa  nak kejar untung
macam mana nak untung nak kejar hujan
macam mana nak untung 30% jadi komisyen

hujan O hujan
(dah kerja aku)

nota:
manusia tak pernah disalahkan

Mengular


Selepas menaip kemudian 'print'

menaip lagi print lagi

Salah satu profesion yang orang luar tidak tau, hanya mengikut arahan Boss. Hanya bos yang tau sifat maki hamun, seksi dan malas.
Insan yang tidak suka dikomen atau dikritik, perjalanan kerjanya adalah sesuai memohon jawatan ini, berbanding jika buat silap atau ponteng

Jika membuat kerja luar seperti penguatkuasa, kaunter dan sewaktu dengannya.

Mencukupkan masa jam di pejabat, kemudian pulang.

Normalnya insan akan MALU bila semua orang tau dia tak buat kerja, selagi belum terbongkar sikap mengular diteruskan.
 
Nota: aman dunia, jika sedar iaNYA boleh  nampak.

Tuesday, October 20, 2009

Usaha

Di sebuah Cafe. Mana-mana lokasi samada Tanglin dan sewaktu dengannnya.

" Assalamuaalaikum,  Pakcik, maaf menggangu, ini buku baru boleh tengok tak semestinya membeli". sapa seorang gadis manis. sambil menghulurkan buku berbentuk agama.


".Waalaikumsalam,.mmm..nampak bagus buku ini, adik dah baca ker?" Senyum seorang insan, sambil membelek-belek helaian buku, sebagai menjaga hati insan lain.

"Belum lagi, baru dapat hari ini". jawab Gadis.

moralnya
--tanpa disedari  'Pakcik' itu adalah penulis buku yang dijual oleh penjual.(kecik hati, jatuh air muka, jika diceritakan berdepan dengan penulis buku jualannya)
-usaha mencari rezeki halal dan berkat, walaupun sedikit, berbanding duduk rumah goyang kaki (MALU), dan bukannya songlap duit cukai rakyat juta-juta, cepat kaya serta mewah.
- baca dahulu isi sesuai dengan tugas yang dijalankan.
--prepare dan persedian untuk jalankan tugas.
--sikap Bos yang kedekut ,wajar menghadiahkan set jualan terlebih awal(sehari sebulan) setiap buku yang ingin dipasarkan.

Sunday, October 18, 2009

Boleh Percaya Ke?

...bila bisikan dari lelaki muda dihalakan kepada wanita berumur;
              
                 "dikau manis, I minat U"

              " Saya sayang, jujur tau,cinta terbit dari hati yang suci"

              "U menarik, memang ada daya menarik"

             " I tertarik pada pinggang U, bahu U" (sensor...)

             " saya tak melihat umur,  asal kita bahagia"

...pujuk rayu lelaki kepada wanita kaya walaupun kurang menarik;

" Awak memang baik hati, Saya memang kurang minat wanita cantik, yang penting hati dan perangai"


Kecuali sang lelaki mempunyai kerjaya yang tetap dan mewah dari wanita..di sini ada kejujurannya.



kembang hidung (dan XXX..) bila dipuji terutama kepada mereka yang kekeringan pujian.
tanamkan sifat curiga bila umur telah meningkat kenapa kita disukai, adakah kerana wang atau kerjaya.

Elakkan PERASAN dalam jiwa bila mendapat perhatian dari lelaki muda.

Saturday, October 17, 2009

Secara Kebetulan???



Suara: HP saya hilang..
Saya: beri salam dulu..
Suara: assalamua'laikum
Saya: Waalaikum'salam, Awak baca Blog saya???
Suara: Tak baca dan tak tau awak mempunyai blog.
Saya: Lagi bagus..(suara halus).

Bila gadjet N80, hilang di dalam tandas sebuah Masjid. Ghaib
Nokia N80 second hand pada masa kini berharga RM400.00- RM500.00.

Secara kebetulan memasukkan deposit tetap ke ASN pada pertengahan bulan Januari 2008 sebanyak RM10,000.00

Kini bulan Oktober 2009. ada masa 10 bulan, peluang membayar zakat, terabai, terlupa atau melupakan

Selepas dikira nilai zakat harta setahun.


Kebetulan???


*Moralnya jangan bertangguh ..membayar zakat harta simpanan/emas bila cukup HAUL

Ayat-ayat Angkuh

"" Dia jalan kaki buat apa aku tumpangkan, ...dulu-dulu sekolah malas, nak beli kereta tak mampu "..



"Weekk.weeek ...tak sedar diri miskin, tapi ada niat bergaya"

" kereta aku punya, suka hatiku laa nak bagi sesiapa naik, masjid dekat jalan kaki jer"

" Apa laa dia orang tu asyik berborak mengumpat, bila dengar azan solat asar, elok ikut pergi surau berjemaah, macam saya"


" Saya  berusaha lalu berjaya serta dapat miliki  kereta kemudian rumah, atas usaha titik peloh saya sejak kecil,  salah ker saya bangga"

" Mak saya putih cantik, saya memang cantik, keturunan ada kelas"

Friday, October 16, 2009

Ikut-ikutan

Selepas solat Jumaat, terus lena di atas carpet masjid.
(Segelintir jemaah lelaki.)
Orang lain boleh baring, kenapa saya tak boleh.
Tanggapan tidak lena sampai keluar air liur basi.


Tak sedar peluh membasahi baju, jarang didapati lena yang tak berpeloh, lalu melekat di carpet.
Harum tanpa sedar

Memasang kipas (bill api masjid dia bayar agaknya)



Penganut Islam yng nampak smart serta educated tetapi perlu ditegur oleh bilal dan khatib (halau jer).

Padahal tempat lepak tanpa carpet masih luas, di dalam sesebuah masjid.
Saja bersifat degil.
Serta tabiat ikut-ikutan.

Baik sangka

Warga Malaysia memang perihatin. Angin berita dan semangat ingin menderma berkobar-kobar. Macam lalang haluan mengikut arus perdana. Niat baik. Bukannya menunjuk-nunjuk menderma sambil wajah terpampang di muka suratkhabar.

Niat baik juga sanggup terbang ke luar negeri menghulur tenaga.

Sambil itu jangan lupa warga Malaysia yang masih terlepas pandang, jika tidak masuk suratkhabar orang tak tau.


Melancong sambil menderma ke Masjid Banda Acheh.

Sambil juga menderma masjid dalam negeri cuma masjid dalam negeri tidak nampak, berbanding ke Banda Acheh, siap kirim derma/sedekah.

Kepada warga malaysia yang derita,  rakyat Malaysia tetap menghulur derma cuma tak sampai RMjuta juta sebagaimana kepada rakyat di seberang.Cuma tidak diheboh.,tetap ada.

Ini namanya baik sangka sesama rakyat Malaysia.

Thursday, October 15, 2009

Rupa-rupanya


Terjelir-jelir adalah sifat anjing. selepas diberi makan masih terjelir-jelir.  Memburu kepuasan yang tak bertepi,

Anjing jantan lebih manja dengan majikan wanita yang memakai skirt. Menghidu peha. Aroma

Lagi satu peribahasa yang boleh diketengahkan  adalah 'Hebat bagai anjing'


Anjing yang pernah kena sumpah oleh Nabi Allah Nuh kerana kebiadapan tidak dapat menahan nafsu membuat perhubungan jenis, semasa berada di dalam bahtera baginda. Dek kerana disumpah ketika 'GAME' , jangkamasa bersatu agak lama.

Nota:

Sebagai menghormati buku agama, kepala/tubuh anjing berada di bawahnya. lagi pun diisi dalam Blog yang sama helaian yang sama, tetap berangkai dan berekor, sebagai satu 'dewan'

Sejuk, nyaman dan menghijau

Lokasi berdekatan Gua Musang
Pokok Beko (Oroxylym indicum) menghiasi laman rumah  dan tepi jalan menuju Kuala Lumpur-Kuala Krai.
Beka sejenis ulam dan kerabu
Buahnya, panjang  dibuat kerabu bercampur kelapa dan daunnya sebagai ulam mentah. Pahit tetapi boleh menjadi ubat disamping berjenis-jenis ulam lain seperti gajus, putat serta serai kayu.

*kelihatan buah beko mencanak ke atas, tajam

Wednesday, October 14, 2009

Sister In Islam

Sister In Islam wajar ditukar nama lain yang tiada unsur Islamik.
Mencemar nama Islam atas isue sebat.



Adakah SII pertikai hukum Islam atau pertikai perlaksanaan hukuman sebat??
Antara nama yang boleh dipertimbangkan.
Sister in sosial atau sister Malaysia dan sewaktu dengannya.

TABUNG HAJI; Potong Q



Betulkah  bayaran sebanyak RM1000.00 seorang untuk melicinkan pemilihan menunaikan Fardu haji, sedangkan bakal haji sudah berumur 60an.

Menjatuhkan persepsi ISLAM dan maruah kakitangan.


Alasan ingin mencari muasasah yang kenal, mencari bilik hotel yang dekat???

Tuesday, October 13, 2009

Antara Caller Ringtone yang Kurang sopan

Antara ayatnya..

"TOLONG KAK,MAK SAYA JAHAT! TOLONG  I PUKUL DIA K"
pilihan
koleksi QQ baby
Fush yooo.bagaimana iklaneka yang biada* begini terlepas pandang demi WANG..


mudahan (tidak) melanggannya adalah anak-anak editor suratkhabar atau anakk-anak talian perniagaan yang terlibat. (bukan doa, tapi mintak2)

http://www.peguin.com/ iklan di dalam harian metro

mengajar anak-anak bergurau dengan kurang sopan

22990 melalui celcom

banyak saham mereka,banyak untung mereka,
 kemudian boleh derma ke....sana???????

Saturday, October 10, 2009

Khayalan Pengayuh MOP

Sesekali berangan menjadi orang berada. Apasalahnya.


".. hahh Along nak kawin  perempuan budak hampeh, sekolah setakat PMR",  buta punya budak, macam dah tiada gadis lain., malu mama". Rungut sang Ibu.

"Bang, besok saya nak tukar semua nama hak milik wasiat kepada anak-anak, tak nak, kelak bila saya meninggal abang jadi Duda kaya".

"..yang si adik pulak jatuh cinta kepada 'boy' mat rempit, apa kejadahnya..iiusssss..." .geram sang ibu.
Besoknya, ke bandar dan menukar balik nama hak milik harta pusaka yang telah diwasiatkan kepada anak gadisnya yang degil.

P/S: agaknya ada sesiapa yang pernah baca cerpen "Khayalan Pengayuh Beca"??

Kamus Mini dialek:

bendang padi=baghuh padi
lastik=bi'dah
pisang awak=pisang kelat lega
pisang rastali=pisang kelat keling

Thursday, October 08, 2009

Ego dan Sensitif

Selain dari malas, umur, malu dan kesuntukan masa.


Perujuk atau insan yang menelaah hukum agama secara nota beku adalah bersifat ego, samada melalui on line (wikipedia),  belajar dari buku-buku, banyak pilihan mengikut selera dan bidang yang diminati. Mana-mana topik dan hukum yang terkena hidung akan dielakkan, buka helaian berikutnya. Belajar mengikut minat.


Alasan yang kuat sekali adalah sensitif bila kena marah, bila belajar menerusi ustaz dan tok guru, akan kena berleter samada sebutan ayat dan nahu bahasa Al-Quran.

Malu belajar....sesat minda.

Tuesday, October 06, 2009

Menyelar Ulamak

Ulamak tak berpolitik, ulamak Umno dan ulamak Pembangkang.

Siapa saya untuk mencela,mencerca dan menyelar ulamak, seburuk-buruk ulamak di atas adakah setanding dengan stok pahala saya??.Mencela dari pelbagai aspek.
Bila ulamak tidak selari dengan idea saya??

Sejak lahir dan dilahirkan dalam masyarakat yang beriman. Berketurunan dari orang baik-baik.Didikan dengan bacaan Al-Quran. Memakan makanan yang halal diberikan keluarga sejak kecil. Menghafal dan mentelaah agama.Mendengar cerita yang baik-baik.

Siapa saya berbanding mereka?? Apa kerjaya saya.

Memulakan kerja, keluar dari rumah, mereka berdoa tika melangkah . Adakah saya juga membaca doa keluar rumah, membaca doa naik kenderaan??

Bila melewati tanah perkuburan, mereka berselawat. adakah saya juga berselawat??. Saya asyik mendengar muzik dangdut. Oh betapa jauh benar bezanya..Kecil sangat cermin diriku.

Bila memandu bait -bait maki hamun tersembur dari mulut, Tetapi mereka mengucap bila terasa geram.

Melangkah ke pejabat dengan senyum, seribu baik sangka terhadap insan sekerja dan pembantu. Siapa saya , itulah amalan seharian saya???

Saya boleh mengarahkan pembantu menaip kerja peribadi (kertas A4 siapa punya??). Belum kira menelefon kawan-kawan menggunakan talian pejabat. Menelefon syarikat percetakan bertanya tentang cetakan buku peribadi yang akan terbit. Belum kira menggunakan sampul pejabat.

Keluar mesyuarat melebihi masa dan terbawa-bawa cerita keluarga. Curi masa.Siapa pembantu yang berani menegur??.Siapa saya untuk mencerca individu lain.

 Ada masa memakan belanja oleh supplier bila tiba tengahari. Jauh bezanya antara ulamak berbanding kehidupan saya..

Di rumah berdoa ataupun bertaubat..( dikira baik sikit)... termakbulkah DOA sedangkan rumah yang terbina masih belum bersih, bahan binaan dari tokey mata sepet yang diberi atas ehksan hubungan kerja.Cat free, bunga, lampu serta mahal kipas canggih diberi secara percuma kerana ada hubungan kontrak.Tambak tanah juga percuma. Mana mungkin diberikan secara percuma jika tiada  pengaruh dan pelaburan???

Berdoa sambil kedukut mengira harta tetap yang tersimpan di dalam bank??siapa saya.???, daki harta yang belum dicuci. Lupa sehingga termakan riba.

30%  habuan yang dimasukkan ke dalam akaun?? ke mana dibelanjakan??

"30% untuk  saya, 70"% untuk awak, setuju ???" (tawaran dari sesama Islam dan sama bangsa bukan bangsa*)


Potong Q dalam membodek kawan-kawan, kabel dalaman serta menafikankan HAK insan yang layak memasuki alam pekerjaan, sedangkan ramai insan yang layak. Berkatkah??
Berapa kali Ulamak bersedekah ayat suci..Saya pula tak pernah???
DIA Maha Pengampun..Makbul laa tu..


Saya juga tiada masa mendengar ceramah ilmu tentang agama. Malah ada Ulamak memberi ceramah secara percuma setakat duit minyak RM50.00 atau sebuah cenderahati berlogo dari pelastik keras.

Berapa kali saya ada masa menghayati  dan menghadiri majlis ilmu agama Islam seperti kuliah subuh, kuliah zuhur dan maghrib???

Berapa kali  bersama-sama menghayati Qiyamul Alail, tiap malam Jumaat atau sewaktu dengannya dalam seminggu. itukah saya???

Besar sangat jurangnya kehidupan antara saya dengan Ulamak. silap sedikit, terus dicerca. Saya yang tidak sedar diri, bidang mana yang mahir dan bidang mana yang perlu dipelajari. Angkuh.

Siapa saya yang jarang-jarang membaca Al-Quran pada malam hari.??
.bukan dipenuhi telinga dengan ayat suci.

Berapa kali saya solat berjemaah.Sibuk dan malas. Sianghari sibuk, malam hari pula malas

Siapa?????..Saya untuk mencerca mana-mana Ulamak dalam pelbagai bidang, itu pun hanya sekelumit sehari dalam kehidupan.

Ulamak membuat keputusan melalui petunjukNYA..Saya buat keputusan melalui kabel , kroni, kuasa serta wang.
Jauhnya lompang gaya hidup.

Jarang terdengar ulamak/iman /penceramah mendabik dada ego dengan isi ilmu yang ada, tetap menyelitkan ayat
" yang baik dari Illahi, yangburuk dari diri ..."
"..pesanan buat saya sendiri.."

Jika tiada pesanan atau mukadimmah tersebut anggaplah sebagai lupa dan silapteknik sesekali dalam berbicara.

Mereka juga melakukan kesilapan dan kesalahan Ulamak bukan maksum, tetapi ada beza menyelar atau menegur secara berhemah, mereka ada airmuka. Jawatan dan keluarga.

Bentuk dan cara dilahirkan, sejak dalam perut ibu lagi telah ada perbezaan, Ibu mereka membaca surah meresap ke dalam kandungan.Termasuk rezeki berkat tanpa riba dan rasuah.

 Ibu saya????? entahkan dilagukan dengan muzik pop n rock.atau menghabiskan novel cinta dan khayalan kemudian terus lena.

Bila dilahirkan terus dicium oleh kawan-kawan ayah yang tidak kering wuduknya.
Dibelai oleh kawan-kawan ibu yang ikhlas bertudung menutup aurat.


Saya???..entah baru balik dari berkaraoke, maghrib baru balik dari padang golf.


kemana ulamak menenangkan diri??pada pagi hari??
Berapa kali saya berpuasa sebulan untuk menyucikan diri setelah membuat kesilapan???
mengajarkan Al-Quran secara ikhlas???

Berapa baris ayat saya mengajar dalam sehari???, berapa ramai anak murid dari seluruh dunia termasuk yang sedang mengerjakan umrah dan haji atau sedang belajar di pondok agama???

berapa ramai anak murid saya yang berQIYAMmu ALail sekurangnya
sekali seminggu setiap pagi jumaat?? cukupkah seramai 40 orang, anak murid mana yang tidak pernah berdoa memohon keampunan terhadap gurunya??

saya menenangkan diri di Bistro sambil menjamu mata..Lena selepas menonton Liga.???
Soalnya berapa kali saya bertaubat (itupun jika diterima Illahi)..5 kali sehari paling tinggi??
dan berapa kali pula Ulamak bertaubat.(Adakah saya sedar dan sanggup menyelidiki )

Oleh itu berbaik sangka lah terhadap ulamak.iman ustaz. jka ilmu bak kail sejengkal
.

Sunday, October 04, 2009

Hijau dan Merah jambu

Bagaikan dua beradik


Moga Malaysia tetap aman damai. Kehijauan sana-sini. Tiada pokok dan haiwan yang geli melihat telatah  manusia yang sesat, sihir dan syirik yang berlindung di bawah batugua serta dicelah  banir maupun akarnya. Biarkan unggas berdoa supaya Illahi membalas kebiadapan manusia. Pemimpin masih mendengar saranan serta fatwa ulamaq.
Di sini, moga tiada kampung  tertimbus, betapa murkanya Illahi

Merah dengan bandungnya. Biarkan kocakan hanya di dalam segelas air bandung. Sesat sihir dalam beragama, Kawin campur bagai ayam dengan itik.Moga merah tidak akan berbaur denga gelas hijau. Segelintir insan tidak dapat melawan golongan majoriti yang serong.

DIA, Maha Bijaksana mengira (MAHA Akauntan) untung rugi yang mana perlu hidup walaupun sepohon kelapa.

Friday, October 02, 2009

kawan-kawan, bukan kawin-kawin

Bila pelayan tiba,
A: ..mm..Teh O satu..makan.. mee goring
B: Milo ais satu, air suam, makan pula, bagi nasi goring ayam, telor ayam kampung masak separuh  2 biji


Makan dan minum.

tettt..tett..
bunyi sms telefon kawan sebelah. Siasatan dari kekasih (C)

"bersama siapa"..
Kawan buka sms tanpa reply.

 Seminit HP berbunyi lagi

"hmmm...saya sedang minum, ada kawan di restoren". Balas B.

suara halus di ujung talian membebel.

 " kawan lelaki ler, bukannya perempuan..Jawab B.
" Yee laaah saya yang ajak dia makan dan minum, saya  belanja tau". sinis dari B

Habis makan.
A menunggu B membayar makanan, sambil baca surakhabar..

Sejam, kemudian
Setelah kesemua mukasuratkhabar dibelekbaca

Lalu A ke kaunter menjelaskan makan minum..

Kes selesai.




P/S;

--lawan tokey
--diperlatkan serta menipu..