Pages

Friday, November 21, 2008

Sketsa ujung minggu, Buaya VS Pisau cukur

Buayakah daku???

Melayani sang gadis dari kelompok hostel, membawa bersiar-siar melepaskan tension pada tiap hujung minggu. Sambil itu menyuntik rasa sayang, meluahkan nada rindu.
Ke pantai dan ke jeram atau air terjun. Kesemua tempat peranginan yang ada dalam sesebuah negeri telah dijejaki.
Jauh dari keluarga, dapat berjalan dan makan secara percuma, tidak perlu mengupah pemandu pelancong. Pemandu pelancong merangkap sebagai abang angkat.

Dalam tempoh 3 tahun menetap, ia mahir dan tau selok-belok di sesebuah bandar.

Ke Hentian bas, ketika pulang beraya. Tiket sudah sedia ditempah/dibelanja.

..... bersambung.....
Falsampah; alang-alang berkawan biar berhabis, rugi jka tidak menyentuh.

Akhir cerita sang pemuda frust kerana sang gadis mula curang. Mengalih rasa kepada insan yang berkereta.

Sang buaya yang sedang menanti untuk membawa keluar, sedar bahawa sang gadis juga bercadang keluar dengan insan yang sedang menunggu di dalam kereta, di depan pintu pagar hostel.

Ada kaitan dengan cerita di bawah.



Pisau cukurkah daku???

Menggoda sang Pemuda yang Tampan. Buat mengisi masa rehat pada hujung minggu.
Pemuda yang sudah bekerja. Label sebagai adik angkat suatu jalan selamat.

Menjaga hati sebaik mungkin. Sebolehnya memburu lelaki yang baik ( kurang sikit DAYA Ke"haus"an) bila berdating. Sambil meluahkan rasa boring, rasa rindu ucapan terima kasih kerana sudi mengisi sekeping hati.

Sekadar buat menghibur pada hujung minggu. Ke pantai bersiar-siar, meronda dalam kepekatan malam ke pagi.
Menagih simpati dan sayang akibat berjauhan dengan keluarga.

Satu kemudahan pengangkutan. Kesempatan sebagai pelajar kolej diisi sebaik mungkin, jimat cermat dalam berbelanja.

.....bersambung...

Falsampah; Berkawan kena cari yang berduit, buat apa berkawan jika tidak sanggup membiayai daku?

Akhir cerita sebaik sahaja habis tempoh pembelajaran di kolej dan mendapat pekerjaan, sang gadis meninggalkan sang pemuda. Alasan demi menurut cadangan keluarga yang ingin menjodohkannya dengan jiran terdekat.

...bersambung..
sebelum itu,
kantoi pada malam minggu , semasa sama-sama menanti memujuk untuk membawa keluar pasangan masing-masing.
Bumi bukan besar.

Salam kanan lepastu salam kiri

Antara dari siapa yang memulakan, kepada siapa (sesama muhrim) perlu menyambutnya.
Setiba di sesebuah masjid atau surau, selepas solat kekadang terasa MAHAL untuk memulakan salam ke arah jemaah lain.
Terasa terasing, bila duduk berdekatan malu untuk menghulurkan sepuluh jari.

Samada sikap MAHAL atau menjaga status serta reputasi dalam bidang masing-masing???.

Sunday, November 16, 2008

Dendam dan Ungkitan: Masa

Andaikan kita berdendam bolehkah atau sejauh mana disimpan? setahun?
Dua hari raya dilalui sudah cukup untuk kembali dan padamkan rasa dendam sesama insan. Lupakan ungkitan yang lepas.

Jarak masa setahun adalah terlalu lama, bila dibayangkan dan andaian sempadan yang digaris oleh Illahi untuk melupuskan dendam jika tidak sanggup atau sempat bermaafan dalam masa tiga hari seterusnya membawa ke jarak seminggu (Sholat Jumaat).

Sunday, November 02, 2008

Adab atau Petua


Pernah juga dinasihatkan supaya makan nasi perlahan-lahan. Minum air selepas nasi habis, sekurang-kurangnya 30minit. Adakah itu petua untuk jaga badan atau jaga "POWER"?


Tetapi orang tua tua itu sendiri, bila memamah dan mengunyah nasi tak sempat tiga mulut, sudah tersedak, kenalah telan air.


Apakah kaitan mengunyah nasi dengan tenaga dalaman? Mengunyah secara gelojoh atau secara perlahan-lahan.


moralnya boleh cuba ..