Pages

Thursday, December 18, 2014

Virus

Dalam applikasi
Dan tidk semua applikasi dalam fon boleh update Brim

Tuesday, December 16, 2014

Sunday, December 14, 2014

Soket Murah Mali

Sudah nama kalak membeli kalah memakai.
Elok semak dulu:-) test n uji
Model ini mudah rosak.
Hendak tukar kena kira kos minyak, jika jauh, kecuali jalankaki ke tapak paasar tani dan malam,yang terjual

Saturday, December 13, 2014

DIY: Host Getah tandas

Idea kreatif.
Tahan lasak tak perlu beli dari kedai hardware.
Lagipun ianya mesra tandas.
Senanng cangkut kuat lambat rosak serta kos yang murah.

Moralnya host tidak bersepah di lantai bilik tandas, kerana senang menyangkut selepas menggunakannya.

Thursday, December 11, 2014

(Pele ko ke) Dato' Dr Haji Zeqzeq bukan anak lelaki..

Contohnya perihatin (pelekoke)

Jika untuk media , menaip nama orang biar betul.
Kecik hati orang.
Nama lengkap. Tanda hargai keturunan pangkat orang itu. Tanya sendiri atau minta bisneskad atau biar tuan diri menulisnya dan hulurkan kepada kita.

Contoh : Dato' Seri Dr..
Haji Mohd
Alhafiz Dan lain

Elok bubuh semua jangan tinggalkan.

Wednesday, December 10, 2014

Galakkan skandal : Suamiku Encik sotong

"''. SINOPSIS DRAMA SUAMIKU ENCIK SOTONG
Mengisahkan hubungan Farish (Sharnaaz Ahmad) dan Erica
(Amyra Rosli) yang punyai personaliti berbeza dan sering
bertengkar ekoran paksaan keluarga untuk mereka berkahwin
selama 3 tahun agar dapat mewarisi harta peninggalan arwah
neneknya. Sepanjang perkahwinan, mereka tidak pernah
menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri, malah Erica
telah jatuh cinta kepada sepupunya, Izhan (lakonan Amar
Baharin), manakala Farish terlah jatuh cinta dengan rakan
kolejnya, Dhia (Hanis Zalikha). Plot perjalanan drama yang
punyai unsur komedi, mesej yang ringan dan cermat ini
diteruskan dengan babak penantian mereka agar kontrak
perkahwinan tersebut dapat dihabiskan.""""''

Lembik tak semesti tak keras

Novel ini sesuai untuk semua..
tetapi tak sesuai untuk drama tv nasional.
Unsur libral.
Menggalakkan  skandal.
Malaysia negara Islam.
Tetapi sebab ianya di dramakan oleh bukan Tv kerajaan.
.terpulang.untung

Sejak bila tv swasta menjaga susila warganya.?

Tetap tak sesuai untuk tontongan keluarga.
Novel .pembacanya terpilih.
Penonton terdiri semua peringkat umur.

Menggalakkan skandal
? Niat menghalalkan cara.

Saham tetap ada dari penulisnya hingga ke !Z..penonton walaupun berunsur komedi.


Biarkan labulabunya demi wang

Monday, December 08, 2014

Jika sudi tolong foward


Tolong forward jika sudi
Saham di sana bercambah bagai dahan

Sayaaaaaaagggg

Sayang tu habit ke genetik
Setia tu
Perangai ke sifat---


Ga -tal tu penyakit ke

Keturunan gatal???-- Sent by WhatsApp

Thursday, December 04, 2014

Test power bank

Salah satu cara untuk menilai tiruan ke asli. Bawa hp yang skrin besar seperti tab dan lain.

 Bawa sekali power bank( pinjam) Ambil powerbank yang nak dibeli.

.sambung dan cas gajet.. Jika ada bateri remote kontrol lagi baik.. 

 Penurunan digital yang laju tanda powerbank kurang elok. 

 Cas powerbank tadi dengan powerbank yang dibawa..

 Kenaikan yang mendadak tanda bateri kurang baik..tak perlu beli..

Wednesday, December 03, 2014

Kisah simpati

Saya pernah jumpa mama dia masak nasi kicap dan bawa bekal 10sen je

#$
KISAH RM0.30 YANG MENYENTUH HATI SAYA ....  
   
Cikgu : Kenapa Amin tak rehat?         
Amin: Mak saya beri 30sen sehari  Cikgu ... kat kantin 30sen  ni dpt beli karipap je satu, segan la cikgu beratur panjang2 dpt beli karipap satu jaa .
Jadi saya kumpul duit hari ni utk mkn hari esok , dpt la saya mkn karipap ngan air sirap 30sen.
Saya kat kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Amin tertunduk malu)
Perasaan saya mula bercampur baur, sedih & sebak. Di zaman 2014 ini masih juga ada pelajar yg membawa 30sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 30sen itu jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 30sen sgt besar ertinya ..         
Cikgu : Kalau hari jumaat awk x pergi kantin la ya ?          Amin: Oh .. hari jumaat duit 30sen ni saya sdekah masa bacaan yasiin , cikgu." jwb Amin dgn bersahaja.
"Mak saya kata kalau kita sdekah, rezeki kita akan bertambah.."
Mata saya dah berkaca... saya terkejut & bertambah sebak, dah la duit ada 30sen, siap boleh sedekah pulak lg..
Ya Allah, limpahkan lah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan la pintu rezeki mereka semuga mereka tidak lagi berada didlm kemiskinan.
Huh, mcm terpukul sungguh saya, bayangkn duit 30sen yg d beri utk makan, dia sedekahkan 30sen utk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan yasiin..
#SHARE lah eh. .mungkin cerita nie nampak simple tapi ia memberi 1000 pengajaran agar kita semua lebihkan bersedekah ....   
    
# YG X SHARE NIH , MUNGKIN BELIAU ORANG KAYA .... subahanallah .. Tengok betapa mulianya hati seorang pelajar ni ... mulia dan bijak berbelanja lak tu .....
Terharu dan merasa bangga jugak

Wednesday, November 26, 2014

Macam macam gila gila

Bagi peminat Powerbank, elok pilih yang dibuat dari  Lion bateri ringan.
Berbanding dari Nickel..

Tetapi lion masih belum ada sampai 20k mAh.
Membawa PB macam bawa besi, berat.


Tetapi dek nak mencuba produk terkini dan terbesar mungkin boleh cuba ketahanan muatannya.


15% untuk memenuhi bar bateri gajet.

Jika 100% mungkin boleh cukup 24,jam dengan penggunaan yang banyak dan tinggi, GPS dan Internet.

Berbaloi

Thursday, November 20, 2014

DIY : Gosok Belakang, Bagi Yang tiada Mini

Sapu sabun mandi di dinding bilik mandi, atau sebarang body shampo.
Bagi melekat banyak banyak lagi baik. Sabun mandi ber buku

Kemudian tekan belakng tubuh atas bawah kiri kanan.

(GAHA)


Sebanyak mana yang mahu.
Lagi kasar dinding lagi baguz.

Habis semua daki keluar.
Elok dibuat dua hari sekali. 

Daki ini tak nampak dek mata dan tak dapat digapai oleh tangan.

Tuesday, November 18, 2014

Tangan ke sudu?

Kita orang kampung.
Kita bukan nak menunjuk.Ada tu orang nak tunjuk pandai guna stik dua.
Nasi baik stik tu adat buka meniru agama.

"Pandaikan aku pakai cokpstik  tahu.?
Lu mana pandai."

Ada orang tu..makan pakai dua sudu..garfu tak nak.
NGADA.

Apa pun nikmat ramas tetap ada. Nikmat yang DIa bagi..

Sunday, November 16, 2014

Memory 70an, Di Mana Anda Beli Motor?

Bila Melalui jalan Bangsar ternampak sebuag kedai motor popular tahun 70an. Khasnya pelajar Univ

 Zaman honda Cup70. 
Yang berada sikit Vespa Atau Yamaha. Memory

 # cerita seorang abang

Saturday, November 15, 2014

Tangling :Pagi Sabtu

Nasi lemak Tanglin
Sambil makan dihidang dua versi halwa telinga.
Versi slow pop Versi klasik dondang sayang Serta jika beminat boleh membeli barangan di pasar tani depan gerai.
Di depan slow pop
Di belakang klasik bunyi bunyian harmonika dan serunai.
Sesuai golongan orang lama.

Lokasi jumpa temu para veteren kakitangan swasta dan kerajaan atau sessi jejak kasih.

Set di minda Orang Kenal kita?

Pergi ke restoren orang dah tahu apa minuman. ? Tea O Halia susu Pergi basuh kereta orang boleh ingat kereta hanya basuh di luar sahaja,jimat.

Pergi kedai gunting tukang gunting sudah tahu jenis potongan mana yang disukai. Siapa kita?

Pergi kedai jahit baju, tempah panjang pendek besar kecil, tak perlu dibagi tahu?

Imej, Jangan Gadai ?

Pakai songkok, hormati songkok.
Kesian orang lain.jika imej buruk kita.

Pakai kopiah, malu kepada kopiah, buang kopiah jika nak menipu.
Hormati orang lain.
Imiej kopiah untuk bisnes.
Dua dalam satu

Selama mana ingin berselindung?

Imej kopiah kurangkn respect agama lain..

Wednesday, November 12, 2014

Nyawanya sang ibu kucing siapa yang menjaganya?

Nyawa seekor sang kucing Malamnya baring di bangunan seberang jalan. Lena. Jumpa di situ. .meoowwww.

. Pepagi buta menyeberang jalan ke kios khemah orang berjual nasi cap ikan. Bau ikan agaknya Jalannya agak sibuk. Bagi manusia biasa yang nak menyeberang kena tengok kanan..tengok kiri..tengok kanan, Seminit atau 10minit kekadang 20minit. Baru melintas. Sibuk?kan Sebelah tengah hari pula jumpa.lagi sedang lena di bawah bumbung seberang jalan. Kehidupan seekor ibu kucing yang mengandung.. Selamat je Siapakah yang memelihara roh dan nyawanya? Jumpa di situ..meoow..

Monday, November 10, 2014

Jeruk Petai

Menu jeruk petai Macam macam kerenah bila sang tekak mengada ngada. Walaupun jauh tetap cari. Menu klasik. Aroma jeruk petai memang pembuka selera makan. Restoren Hartinie seksyen 10 Shah Alam ada pilihan tersendiri. 

Di samping nama menu yang tertulis sambil kenal mengenal lauk pauknya. Gulai serati 

Cuma selepas makan petai elok gosok gigi dan mulut. Jika tidak sesak nafas jiran sebelah yang khusuk membaca Alfatihah.

Sunday, November 09, 2014

Lubang Mengintai

Apa persepsi kita bila sedang khusuk, tetiba terpandang lubang pengintai.
Lubang itu pula berada dalam.tandas lelaki.
Intai ukuran sebesar mana.
Genetik dan kajian, atau sekadar seronok seronok budak remaja.

Apa kah hukumannya jika tetangkap siapa penebuknya?

Bogelkannya?

Thursday, November 06, 2014

Jadi pejabat sementara

Bila dah sibuk
Tempat letak cawan n gelas pun boleh jadi tempat letak ballpen.
Kerja kerja
Selagi belum tiada hilang tenaga.
Nasib baik dalam kereta tiada es box dan meja lipay

Friday, October 31, 2014

Khutbah Jumaat singkat?

Alangkah elok jika pihak atasan mengkaji masa khutbah..had masa.
Manusia jika ikut bebas.memang nak.bebad.
Tak kira kopiah ke songkok.
Hadkan 30minit sahaja.

Itupun jika terfikir, khutbah lama sangat pun tak masuk kepala juga.
Bagi negeri yang cuti pula lain kes.

Itupun jika niat insan yang nak kesejahteraan di atas muka bumi.

Tuesday, October 21, 2014

DIY..Klasik Power bank, jangan dibuang

Harga barang lama ini sudah bernilai rm1.50 jika dibeli keluaran awal tahun 2000 untuk nokia 3310 hitam dan sezamannya.

Soldering dan sambung ke female Usb..dan masukkan bateri macam biasa.
Bila sudah ada female USB, bolehla digunakan sepertimana powerbank kini.Cuma satu bar sahaja.

Versi Menggatal

Bukan lokasi Sabah.

Dari sudut lelaki

Fuyoo..fuhh..

Sekumpulan pemuda, terbeliak mata merenung sebiji pinggul ketat sendat berbalut jeans keluar dari sebuah kedai makan.
Meja kedua pun sama, berhenti memamah nasi, tenung betapa slimnya inssan wanita, bodynya cukup bulat mengiiiurkan jejaka normal yang akhil baligh.

4 jejaka senyum..

Dalam hati..uhu temban, pejal.
Yang laser..

" huh segarnya daging"

Uncle bukan Islam yang ' bangun tak bangun,' terpaku sama nafsu masih muda.

Pak Aji melirik manja..tengok lelama nanti terjatuh kopiah dari kepala, jaga imej,

1:

4:

Dari sudut wanita :

Meja kanan sepasang suami isteri..

Suami tengok dan tunduk, takut bini cubit di peha


Dalamnhati ..bini aku lagi putih cantik, jika buka semua.
Dalam hati isteri..
Huh aku lagi cantik..jika dah ketat gitu

1-

2-

Blaaa

Tunggu yer..nanti sebelah tengah hari bila free..

Gerammmmmm

Kenapa mati selepas disengap?

Sakitnya sengatan bagai ubat.

Sengatannya boleh jadi kita terduduk menahan sakit..pedih denyutan.

Jarum paling kecil agaknya dimiliki oleh lebah

Tubuh kecilnya jika nak diukur sebesar jari.

Sekali tekan hancur.

Siapa yang besar di sinni??

Tapi mungkin ia msih bernafas beri peluang  ia terbang..

Sunday, October 19, 2014

Saham? Tidak susah

Tidak susah untuk mencari saham .
Tiada guna bagi kita mungkin berguna bagi orang lain.

Kita miskin ,ada lagi yang lagi teruk dari kita.
Ada yang memerlukan tenaga dan wang ringgit.
Memberikan pertolongan dari tenaga dan barangan yang kita anggap murah, tapi bernilai bagi orang lain.


Berusaha mengais saham, hakimNya yang menentukan

Thursday, October 02, 2014

Tekak Ada Bau?? Tika solat?

Semasa berdiri membaca Alfatihah..Kita terasa sesak hidung?
Kenapa?
Yer tekak jiran sebelah sudah mengeluarkan laharnya yang enak untuk terpaksa dihidu.

Sambil mengesat pewangi atar..vanilla atau kasturi dari leher.sapu hidung kita sendiri..
Tetap kalah dek lahar jiran sebelah

Oleh itu sila mamah kurma sebelum solat.
Seksa jiran kita. jika subuh dua je.
Isyak banyak 4 kali tutup hidung..
Yang peliknya bau semasa berdiri..

Muslimin dan muslimah..

Saturday, September 20, 2014

Warkah Buat mama

Pada mama
amat kurindui kehadiran
Amat ku mengharap belaianmu.
Sedari kecil tidak pernah kurasai.
Kerana kita terpisah sejak ku bayi.

Setelah lama aku mencari.
baru kini aku sedari.
kita mempunuai ikatan dihati.
Ikatan yang sebenarnya ikatan abadi.
Dimana kau lah sebenarnya ibuku yang sejati.

Mama
Aku mengerti..
Kasih sayangmu tidak pernah mati
Kau simpan dan pendam selama ini
Demi menjaga begitu banyak hati..

Hari demi hari
berakhir sudah pencariam ini
Dan kini engkau kembali
Kepangkuanku sebagai ibu melahirku kedunia ini
Kini aku kembali
dan aku mengerti mengapa semua ini terjadi
Tak kan kusimpan didlm hati
Tak kan kupersoal knp terjadi.

Mama terimalah seadanya diriku ini
Kerana aku baru ingin merasai
Nikmat kasih sayang dari ibu sejati
Juga kasih sayang yg abadi

Ketahuilah mama
jikalah boleh
inginku pusing masa ini
agarku merasa pelukanmu
agarku merasa belaianmu
tapi semua telah terjadi
dan aku terima hakikat ini

mama
walau separuh usiaku tidak bersama
aku tetap bersyukur
masih berpeluang bersamamu kini
dan aku berterima kasih
kerana melahir aku kedunia ini

kini hari2 ku disinari
kasij sayang yang semakin bersemi
yang selama ini kirindui
dari ibu yang dicintai....

******

Thursday, August 28, 2014

Info sihir Tuju angin

Mahagurunya sama ada wanita dan lelaki.
Asal dari seberang.

Gurunya dan muridnya.
Murid biasanya warga tempatan.
Niat
-untuk pertahanan atau menyerang musuh
- untuk seri wajah dan cantik
- nampak lawa kacak
- menyerikan menguatkan barang dalaman.
- menjaga barang dalaman sama ada untuk perniagaan atau diri.

Tanda

Tiada yang nampak clu..melainkan yang beramal ayat suci.
Contoh
Pengamalnya boleh duduk di tepi pokok pisang akan berwajah buah pisang.
Bentuk serangannya melalui patung buluh lidi dan boneka.

Kesan mangsa yg dituju

Sakit kepala mencucuk
Panas badan dan telinga
Sejuk separuh dan sebelah badan
Sakit urat..

Pening

Paling teruk
Muntah darah keluar pelbagai binatang kecil lipanbara kala lipas dll.

Bagaiaman nak elak pertahnan

Ayat suci
Elak tidur selepas asar hingga isyak

Ayat suci Quran adalah assifaa

Monday, August 25, 2014

Pilihan soalan sopan

Serta jawapannya pun sopan

1- Tuan bila nak adakan jamuan raya terbuka di sini?

Jb: sudah menjadi tahi

Jb : sudah menjadi baja tanah

Jwb: Sudah menjadi darah daging

Jwb: Oh maaf lupa saya nak ajak..minggu lepas sudah.

Sunday, August 03, 2014

Tiada Tiket Nak Ke Kl ( Dari Kelantan)?

Jika nak kos yang sederhana, kehabisan tiket selain tak nak.naik kapal besi..atau teksi ?

- Sila bertanyya di kaunter tiket KTM pada pukul 8.00 pagi pada hari bertolak. Kehabisan tiket dek, Warga thai beratusratus  orang pulang beraya.
Tiket KTM HANYA ada pada 11/8.

- sila datang pada hari bertolak ke kaunter tiket di lembah sireh..
Tanya tiket ke KL..tiada?
Pilihan lagi, sila beli tiket ke Kuala Terengganu atau ke Kuantan.
Penganggkutan banyak dari KT ke KL. Jika tiket ekpres habis.
Di Kuantan paling tiada, boleh naik bas henti henti karak ke Kl..

Tiket KB ke KL kehabisan tapi tiket Kt ke KL masih banyak.

# cari dulu bas yang ada 3 baris tempat duduk,selesa dan luas tempat letak kaki serta lengan.,tanya kawan

Ziarah kubur:- ) kenapa dan mengapa?

Kenapa semasa saya datang perkara itu berlaku?

Muhasabahnya mengapa:-) untuk beri fikir.
Mengapa kubur tu je sang Cik Bi minat mengorek? Tanah masih basah..kuning bagai kerbau menenggala busut.

Kenapa tika datang lubang itu ada,,selepas 8 tahun atau 35 tahun ank beranak itu dikebumikan?

Moga dosa mereka telah tertebus bagai tembusnya lubang terus link ke langgit.

Saturday, August 02, 2014

Jika Denggi dari Lalat

Kekadang elok juga jika denggi berpunca dari najis lalat.
Banyak dan bertambah kerja PBT nanti.

Tak selesa.bila jamah je ikan dan ayam, lalu lalat datang.

Bila penyakit datang , semburan akan kerap dan acap.
Baguskan.
Undang undang untuk pekedai pun diperketatkan.

Tuesday, July 29, 2014

Senda Raya Aidul Fitri


Sambil mengacau dodol, lemang serta pelbagai menu raya.
Ada tua,muda, kaki pelawak dan veteren. Wanita perempuan, serta lelaki riuh rendah.
Buat penghilang letih.

Sambil memasak daging untuk rendang.

Orang lama memasukkan daun betik bagi melembutkan daging.

Ada suara :-) Apa beza tangan wanita dengan daun betik.?

Yang berpengalaman senyum, yang muda terganga..
Wanita senyum malu.

Lagi satu suara :-) tika sedang memasak
Air putih memancut..ooii..

Saturday, July 26, 2014

Soalan Soalan Yang sedap Didengar Pada Musim ini..AiDul Fitri salam raya

Berapa hari cuti Raya.?

Balik ke mana tahun ini?

TAK balik rayao ko?

Berapa banyak bonus yang dapat pada tahun ini?

Tahun ini beraya masih seorang lagi ker? Bila nak berdua bertiga berempat?...anak mana? Isteri mana? Suami mana?

Tahun ini bali, beraya dengan apa?

Khasnya jika jawapannya bertentangan dengan minat dan kontra dari warga insan yang lain.

Berkorban Pada Malam Ganjil Ramadhan

Dek letih memandu, letih kemas bagai, letih buat kuih.
Lelaki apa yang dia kena korban, malammterakhir memburu.
Esoknya mata merah?

Bila dah jauh memandu, letih itu satu pergorbanan.
Saham yang tak nampak. Nilainya.

*pernah tak kita fikir bila berbuka di luar, membawa sepeket kurma.satu untuk U,  satu untuk saya?
Restoren atau bawah pokok dalam gelap tepi tasik?
Meja meja tersusun?

Berbanding kurma itu keras yang takakn dijamah lagi.
Habiskan sebelum ramadhan tahun depan stok baru.

Friday, July 25, 2014

Azan Pertama ,Subuh

Tika azan pertama subuh, sesetengah masjid. alangkah bahagianya jika tika itu kita sudah kenyang.

Mengisi perut niat, untuk tenaga esok hari. Mengisi semaksima mungkin saham ke sana yang tinggal 10 miinit sebelum para Malaikat terbang naik.
10-20 minit terakhir itu mungkin tak mustahil ganjaranya sebesar gunung sahamnya di sana kelak.
Aaamen

Thursday, July 24, 2014

Anak dan kanak di bawa dalam surau , andai bola matanya adalah side mirror kereta

Ayahnya meletakkan di depan tempat sujud.

Terlentang sambil matanya berkelip kanan kiri.Sambil kaki bergerak sedikit.Mata merenenung ayahnya mengangkat takbir. Baiknya, melihat ramai orang berdiri di depannya.

Diam di situ. Bagai bersedia untuk dibedah. Hingga selesai.

Selesai solat terus bangun dipeluk ayahnya. Aktif semula.
Matanya merenung syling lampu.
Tapi renungannya seolah olah adalah mengikuti gerak geri makhlukNya.di dinding dan syiling surau. Oh jika kita dibuka hijab macam sikecil itu? Merenung bagai melihat rerama dan burung terbang.
Subuh yang sejuk.

Anak yang putih bersih hati dan makanan bersih..dilatih di rumah lagi agaknya, tiap kali solat ayahnya.

Terkedu dek kesopanan seorang anak.tak ganas dan aktif.

Monday, July 21, 2014

Kite Pakai kain Se'he tau

Keseorangan?

Bila dinding tandas awam basah itu kerja saya.
Sambil termenung tiada masa tenung aoa.yang keluar dari mana.
Yang khuusyuknya menembak air ke arah pintu serta dinding tandas.
Lalu air turyn serata terus ke longkang.tak sedar dah habis dan puas.

Tapi bila mandi dalam gelap , mata sendiri tak nmpak diri? Macam mana nak tengok, macamana pula nak.cucidaki.
Tengok tak tengok..tapi kena tutup.kan..yang kiri kanan tengok.

Menghargai Nilai

Elakkan pembaziran. Agaknya berapa ratus km sabun kecil ini bermusafir. Kecil nilai bagi kita mungkin besar nilai bagi tandas awam.,nilai insan yang musafir memerlukkan
Free.
Cuma menggunakan tenaga membawanya.
Sahamnya tinggi di sana.

Sunday, July 20, 2014

Aroma Bangla?

Pernah tak? Soalan tanya bukan menuduh.

Tika sujud tercium mau aroma bangla di tile.

Warga malaysia dok rumah., bangla solat dan berbuka,tidur lepak di surau n masjd,
Penuhi insan bangla.
Fakta?
Ada yang perihatin sokongan derma sesama islam, sila derma kepada bangka,rohinya kemboha dan bagai bagai bila pengumuman di surau.
Tanda setiaislam


Belum kira , hereten kaki seluar serta tshirt kerja.yang berbau harum hitam legam?

Lalu karpet pun wangi semerbak..?

Mr. Number :-) Applikasi Blok sms dan call dari ndroid

Termasuk nombor 5 digit pengiklan dari telco.
Tidaklh masuk sms semasa dalam tandas ketika sedang enak, atau sedang solat
Biasannya  celcom memang minat sms sselepas azan.

penama company nih.
Blok call dan sms

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mrnumber.blocker



Tuesday, July 15, 2014

Ibu,ibu ,ibu

Ibu dikau teristimewa Walaupun "istimewa" pada mata insan lain, teristimewa pada anaknya. Terasa saat mengadu tentang anak kesayangannya, baru semalam. Walaupn dikau "istimewa" Kesakitannya Keletihannya Kepanasannya " Ibu letih, demam"? Ibu meniyakan sambil mengambil sesuatu dari dompetnya.. Huaaa huaa. (Dah tau tau..dalam hati saatnya dah tiba) ...meraung sakit tekak.. Bila menangis mimpi pun sedar ke alam nyata, rugi tak sempat ingati kisah silam dek sendu tangisan Sebenarnya kita rindu ibu kerana ingin kongsi sesuatu..kita nak ibu kembali duduk bersamasama,makan borak senyum sama, dalam alam nyata

Saturday, July 12, 2014

#14 Ramadhan, Bazar Ramadhan banyak lalat?

Antara kesian dan simpati.Undang undang dan kuatkuasa..Terfikir yang mana perlu utama.
Peniaga nak berniaga.Pembeli nak.membeli menu kegemaran, tidak semua bazr penuh lalat, tidak semua menu ada dalam sesatu bazar.

Kebersihan milik semua, tapi yang amanah tu utama, kerja dan periuknasi
Jadi dalam.hati pilih menu yang sukar dijumpai di bazar ramadhan terpilih walaupun banyak lalat serta sanglebah malas mencari debunga untuk disedut.

Beli akok saja.

Thursday, July 10, 2014

Bukan Dengki:-) cuma pelupa

Suatu sudut seorang, anak muda tekun membaca surah, dari gajet terkini,sambil menunggu bas.

Bukan dengki atau terikut, lalu kita pun turut membuka gajet
Bising deru borak insan dan injin kenderaaan temggelam bila sudah khusuk membacanya.Soal ikhlas itu lain kira, semangat mesti ada, terikut yang positif. Imej serta pandagan itu juga satu pesanan melalui perbuatan ditafsirkan oleh mata,

Monday, June 30, 2014

Kupu kupu rama rama bukan wanita

Rama rama bukan wanita

Tika kusyuk tarawih.
Seekor kupu kupu malam..,terbang hinggap mencari warna sejiwa.
Pelikat kotak kotak atau baju kotak kotak berwarna coklat.

Sudikah kita untuk memberikan detik masa bertafakur buat sang rama rama?.

Biarkan
Atau geli atau menepisnya bimbang pelikat akan kotor?

Rama rama tidak menggigit bagai wanita.

Rama lembut, pun takut mendekati inikan pula nak bersahabat dengan sang Belang serta ular yang ganas

MahklukNya jua.

Monday, June 16, 2014

Habit Pelek

Dah veteren tetiba ada?
Lagi habit pelek?
Masukkan jari ke lubang kain yang koyak.
Sedar sedar makin besar lubang tersebut.

+ sama dengan tabiat men gentel buncu bantal..hitam buncu itu

Monday, May 12, 2014

Kifarah ?

Bila niat kifarah dalam kehidupan.Niat serta doa. Seksa di sini dn seksa di sana belum tahu. Supaya serik dalam mendisiplinkan diri. Bersedia menanggungnya sendiri.Pandai buat pandai tanggung. Zuhur Seusai menunaikan kewajipan buatNya. Tergesa gesa menunaikan hak perut pula. Sauk selipar. Terus ke restoren berdekatan Jalan kaki saja. Baru terasa di kaki , lain rasanya. Patutla Selipar jenama yang sama. Bagaimana perasaan orang tu. Mesti menyumpah. "la bla bla" Selepas makan terus ke surau. Memang ada lagi .Lokasi sama landing n park tadi tk berubah. Maaf yertuan saya tak sengaja. Letak dan tukar. Seluk poket suis kenderaan tiada. Agaknya tercicir tadi. Mencari di lokasi syaf pertama. Tiada. Ideanya tunggu sehingga asar. Masa menunggu pelbagai andaian. Apa yang orang tu buat.Mesti dia tunggu semua jemaah dari tandas keluar.agaknya. tiori mungkin ada yang pinjam ke tandas.. Giliran saya mnunggu pula. Seksa Padammukaku Lainkali hatihati. Asar Pihak berkuasa surau yang menyimpannya. Syukur.

Sunday, May 11, 2014

Rerama diam

Tika azan seekor rerama terbang dan hinggap dilantai.
Lokasi lalu lalang Masjd.
Saya cuba sentuh.' ia bergerak sedikit.
Risau terpijak oleh insan khasnya kanak kanak

Biarkan ia menghayati merdu ayatayat seruanNya.

Dia yang menjaga.

Selepas solat.
Masih ada.selamat lagi.
20 minit lepas solat. Saya sentuh lagi. Ia terus terbang lokasi yang selamat dari dipijak.

Cantik dan besar serta lebar bila sayap berkembang.

Ayat ayatNya difahami mahklukNya

Wednesday, May 07, 2014

Rezeki

Apa beza rezeki Allah yang jual tudung yang menampakkan Gunung.
Atau rezeki jual gunung terus

Atau beza songlap seribu atau curi sejuta.

Tapi jika curi sejuta, dalam setahun boleh bayar balik dengan keuntungan, jika selamat dari tertangkap.

Saturday, April 26, 2014

Baik sangka ?

Bila ada insan yang menegur terus tenung mata senyum. Tanya dari mana. Ayat sopan.kita ingat dia kenal. Perasan selebriti. Tenung juga. Mana tahu tak cam. L Tapi bila kita dengar . kemudian daripada kita pun sama. Ayatnya " Saudara .isteri guru tak balik ke?. Kemudian orang sebelah tercegang.. Lalu sidia minta maaf salah orang. Sah sah main tembak kenal walaupun tak kenal Dah namanya insan sangkkaan tetap muncul.

Sunday, April 20, 2014

Power bank Test Dulu

Meniaga punyapasal

Model ini boleh menurun kepada Rm15 sebiji.
Ada kedai batu jual Rm35.
Pasar stadium sampai Rm50 dua ketul.
Pilihan di kaki jalan jalan memilih harga.selamat membeli

Sunday, April 13, 2014

Bersabar itu hanya kata kata?

Ketika perut berkeroncong.Singgah pesan nasi goreng kembong kicap.
Masa dah dekat waktu asar.

Ikan terhidang.jama isinya.
Cukup lembek macam ikan masin jeruk.
Kepala dan ekor masih keras dan tetap aromanya.

Mamah ekor.mamah kepala.aada rasa ikan.

Bau daging serta tbuh ikan bagai bagai.bagai kelapa parut.

Terkedu sekejap.
Isi layak untuk kucing.mungkin stok dalam esbox lama sangat.

Biarkannisi ikan.mamah ekor dan kepala sahaja.

Habiskan nasi serta kuah kicap.nasib baik nasi separuh.

Sabar sabar..

' Dik bungkus lauk ni '

Bawa oulang bagi kepada kucing.

Bab rezeki terfikir kenapa terjadi..rugi bukan sebab kita .tapi sebab tukang masak yang terlepas pandang.

Nak humbang pinggan?..berbaloi ke.
Apa beza rugi seringit dengan rugi seekor ikan?

Wednesday, April 09, 2014

Kebaikan Lenovo

Berbanding jenama seangkatannya yang sederhana.
Sama ada harga dan  cpu.
Kekuatan daya tarik WIFI nya kuat berbanding Nokiabdan samsung ketika berada di titik lokasi yang sama.
Lenovo juga tinggi kapasiti simpan baterinya jadi tak hairanlah ianya hayat lama.

" bolleh angkat satu dan cuba"

+++++++++++++++++++

Kini mat Pakistan jalan jalan pusing kampung naik motor atau beskal sudah tukar bisnes Dulu jual karpet kini jual kain.

Tika seorang wanita sedang duduk dalam acara santai bebas berehat di laman rumah.singgah seorang penjual kain .

" Assalam akak. Aakak sihat cantik.
Akak , angkat kain  akak, sekali."

Cuba bayang apa jawapan wanita itu..?

Friday, April 04, 2014

Bila Air Tiada

Tanpa mengira lokasi. TAPI khasnya masjid. Jika tiada penjagaan yang tepat. Kuasa baunya semerbak.
Kekadang antara air dan api air lagi penting.

#####
Jika terdesak dek perut yang kosong. Makan nasi dengan satay ayam serta kuah kacang sambal dan limau sepotong. CUKUP selera

Sunday, March 16, 2014

Tersurat dan Tersirat


" Cuba awak korek lubang hidung dengan jari kelingking?,
Apa beza dari sudut logik akal dengan :-

:- korek dan cocoh dengan jari hantu
:- korek dengan ibu jari

Apa kesan kepada mata, kepada lubang hidung, ada tambah keluasan atau kelebarannya?
Sejam maupun seminit kemudian?

Thursday, March 13, 2014

MISSING MH370: RHOB Pentadbir Sekalian Alam, Pencipta Alam, akan Jumpa Hari ini

InShAllah hari ini jumpala dia timbullah dia.
Berkat doa insan dan air mata sesama insan sebelum subuh selepas subuh siang malam.

Moralnya insan akan berfikir mencari agama dalammdunia,,semua insan berdoa ikut gaya masingnmasing.berfikir dari sudut sains dan bukan sAINS! GHAIB?

Deria beburung akan membantu,,elok sikit dari minta bantuan JiN

Monday, March 10, 2014

Ensel Pintu berbunyi

Tiada akar rotan pun berguna.
Ensel pintu buruk atau baru jika terkehel antara plastik dan kayu,akan berkeriuk bunyinya semasa membukanyajika tiada WD40,minyak hitam.
Letakkan saja lebihhan minyak masak anda.

Kesannya sunyi bila menariknya,,Biasa pintu yang kena panas.

Tengok saya sapu minyak masak yang takmpakai putih lagi.

Saturday, March 01, 2014

Bahasa Wanita


sudah menjadi lumrah,,lembut bergaya tapi makan dalam
:-) Dengar cerita dahnkerja balik tempat lama, dulu dah tak nak kerja.

:-) Dah rujuk semula, dulu bukan main lagi memaki.

Walaupun patah atau bait kedua itu sebear ditambah oleh beberapa mulut menjadi penguat ayat. BISA jika termakan lada.

Bagi yang berpengalaman,,dan ayat itu sampai ke telingan asal pemiliknya, baru tau di mana ayat sebenar dan di mana ayat tertambah.

Bila saya kata gitu.?
Dari mana ayat tu?

Wednesday, February 12, 2014

Sketsa Seorang Kawan :-) Kedai tea

K
".Terkejuz terkedu..tak sempat tengok baki bank.
Sibuk 20 jam

Keluar keluar tekan tekan dalam masa dua bulan.

Tetiba tengah bulan februari,
Tengok baki gaji masih sama dengan memula masuk dulu.
Fushh "

hang jadi penguatkuasa ka?

Amboi sedapnya mulut,

Cuma terfikir, sejak sebulan banyak tolong menoreh, duit tunai masuk.

Rezeki.

Oo ingat ke awok buat kerja tak halal, banyak, jual blog pun masyuk juga, tempek iklan dot dot, tambah letak iklan wisky atau gambar separa bogel, tu pun masyuk juga.goyang kaki,
Kutu menipu pun masyuk banyak juga, MLM pun masyuk sambil goyang mata..banyak lagi jika nak..

Tuesday, February 11, 2014

Perubahan Komunikasi antara Adik Beradik :-) Siapa Mulakan?


Mulakan ke arah kebaikan.
Jika selama ini bercakap atau berhubung dengan sebutan,

  saya awak, Mu n Aku.
Adik atau abang,,adik atau kakak., angah along saja.

Tetiba salah seorang itu tak kira level atau prioriti,,telah berubah gaya hidup.

Contoh :-)

"ASSALAMUALAIKUM BANG, Kak "

Malu bila ucapan itu tak pernah diucapkan selama sejak lahir..malu ker. Siapa yang tak malu mulakan?
Sejak ayat lama berpuluh tahun,tetiba keluar sms begini :-)

"..salam sejahtera dik "

:-) selama ni gini jer :-)

"..buat apa tu, aku tak balik raya,  sibuk, "

Friday, February 07, 2014

Batuk :-)Gaya saya, Gamat dan sewaktu dengannya.

Sedikit batuk, kemudian bersalam berborak pula insan yang baru tiba dari Tanah Arab, kuman batuk memang kebal.
Lengkungan bagai telur dadar terbentuk di sekeling kotak suara.
Sehari suara tak keluar. Memang power, power dari segi kepanasan.
Walaupun yang didekati sudah habis batuk, masih ada kuman kebal dari Tanah Arab tu.
Jangkit bila bersama dalam hawa dingin atau berdepean maupun semasa berpelukkan.

Mengikut imuniti badan, samada sehari atau dua tiga hari berdehem.
Lokasi kahak walaupun kecil membulat terasa dslam tekah, terasa pecah.mungkin kulit tekak sudah dihisap kumanhee..macam anai anai duduk bersarang dirumah.
Pedih jangan kira.
Dua botol pagi petang siang malam. Macam lali jer kuman.
Sekali telan turun kebawah kahak. Gatal semula.
Sekali batuk kahak keluar. Kemudian yang bawah leher keluar lagi naik atas, batuk lagi.
Soalnya lendir bersama kuman, kuman bagai jentik jentik menari ke dinding tekak.
Sekali batuk urat tegang ke kepala perut dan pinggang.Kesan juga.
Selagi ada kuman selagi itu gatal.telan ubat masih ada naik turun semasa hembus nafas.telan naik semula.,
Habis dua botol ubat batuk, kuman masih senyum berjoget.

Akhirnya idea sapu minyak panazz Gamat di leher semasa nak tidur. Tidur terlentang. Jangan mengiring, sapu tebal tebal
Besok pagi walaupun kahak ada, bila bila masa pun lendir dan kahak tetap ada, cuma kuman jer yang tiada.
Baru tau kekebalan kuman dari luar..
Tiada geli, tiada gatal, tiada la batuk..walaupun kahak setebal cendol.

Tuesday, February 04, 2014

Tahukah, Debu Kunyit Bercampur Kacang Dal?


Debu kunyit yang dimesin dan peket kecil besar itu bercampur dengan kacang Dal.
Kacang dal juga dimesin untuk membuat maruku.
Cuma kuantiti dan peratusnya berbeza.
Lada merah tiada campur, yang halia, lengkuas dimasukkan sagu tin biskut kedalam mesin pengisar kacang.

Kari danrempah yang dijual juga bercampur dengan kacang cuma peratusnya sedikit. Untuk tahan lama.
Tak percaya cuba tanya pengilang.  Pengilang lada biasanya beberapa meter akan berbau kari atau cili merah menusuk hidung.
Oleh itu jika nak rasa original elok cari dalam bentuk asal..

Sejauhmana Kita hormati majlis Orang


:-) Lewat datang
:-) bodohcerdik sombong melawan Tuan rumah.
:-) Masa kita tak sama dengan masa orang
:-) terlupa mana langgit mana bumi. Rumah sendiri lain kira
:-) menyalahkan tuan rumah untuk menutup salah diri.
:-)tidak menghormati masa. Berilmu yang tak berilmuserta tak gunakan ilmu.

Sunday, February 02, 2014

Media terkini, jimat kos, Bila Agaknya Gomen. Buat Akta memblog kakitangannya


Mana mana kakitangan yang menulis profailnya kakitangan,elok diberikan kerja menyebar info pejabat.
Jimat sikit kos jabatan. Lagipun fb dan blog lebih cepat berkesan.laju memorynya, berbanding web jabatan, memerlukan kelanjuan gajet dan pc.

Apa apa bentuk penyiaran jabatan bolehla kakitangannya siarankan.
Sambil mengecas laptop untuk kegunaan peribadi ada gak gunanya untuk kegunaan media info jabatan.

Contohnya Jadual banjir, jadual terkini cuaca, musim, jadual peperiksaan, pusat sekolah.
Pusat Brim.
Pusat zakat serta lokasi.
Lokasi asnaf
Lokasi penagih dan statistik
Lokasi jalanraya sesak dan lain yang berkaitan tugas

:-):-):-)
Di samping menu masak memasak

** kecuali profilenya adalah surarumah sepunuh masa, atau suami kerja sendiri bos

Perasan, Banyak Perkara Perasan

Tapi bila bab perasan kita banyak berbudi yang paling susah.
Alasannya kita simpan jasa.

Walhal tak banyak atau tiada langsung.
Sewajarnya kita simpan angan yang tak pernah berjasa, tak pernah berkorban pun. Elok ( terkorban adala).