Pages

Friday, September 20, 2013

Konsultan, Meniaga Tanpa Alamat,( Bisnes Card)?

Sejauh mana buat hubungan niaga yang libatkan 3/5 ribu ringgit atas dasar percaya.
Setakat kenal atau tau taman,,tapi tanpa ada alamat rumah?
Pejabat di rumah.
Yakin ker,,nilai perniagaan terletak kepada nombor HP bukan no telekom?
Bagi saya tetap tak yakin.
Sebagaimana tak yakin korban daging jauh dari mata.

Ini dunia akhir zaman.wooo
Walaupun imej kopiah dan songgkok?
Tutup Hp, macam mana? Nak cari?

Jumaat Yang Mulia, cukupkah dengan memohon maaf?


Renung dan hayati :-)

Seorang anak yang cukup kuat berdendam kepada seorang bapa, mungkin hasutan seorang ibu.
Bahu yang memikul, bukan mata yang memandang.

Apa tidaknya seorang ayah meninggalkannya masih dalam kandungan.
Cerai. Sebab bercerai jangan ungkit dan tanya itu hak kedua ibubapa.

Bertahun berbulan seorang anak membesar.
Seorang bapa tiada memberi nafkah.
Tiada kasih sayang semasa remaja, tiada nikmat membesar bersama seorang ayah. Seorang anak lelaki. Cukup sedu.

Atas alasan mencari seorang ayah. Saranan seorang ibu.

Halalkah seorang anak soal amanah ayahnya? Relakah?

Remaja baru berjumpa seorang ayah.

Kecil hati, bila seorang anak meminta untuk belikan sesuatu peralatan semasa mula masuk kerja.

Biarkan berlalu..

Bertahun

Atas suatu kes yang melibatkan penjagaan, bila berlaku semasa sama sama tua dan berumur..

Lalu dendam bercambah..

Soalnya seorang ayah sanggupkah berdepan dengan anaknya memohon ampun segala kehidupan yang lalu,silap yang lalu.anaknya yang terabai.

Juga adakah seorang anak boleh memaafkan kesalahan dosa ayahandanya..dalam soal amanah tanggungjawab di dunia?
Itu belum kira kemaafan seorang bekas isteri..

Bolehkah sekadar meminta maaf dalam soal amanah?
Maaf kuasa tersalah guna, kesan kepada wang?tersalah pandang? Hanya minta maaf..secara rambang di dada akhbar atau lokasi umum?

Cuba bayangkan seorang ayah yang cukup lengkap sedang menanti di pintu Syurga,,tertahan terlekat,,dek amanah terhadap anaknya? Selagi anaknya tak maafkan?

Kemaafan dari pemimpin, ketua jabatan,agama, pemimpin masyarakat, sosial atau organisasi bagaimana cukupkah sekadar.

"....saya minta maaf atas keslahan saya.."
salah apa?

Dia MAHA Pengampun
Tapi ini soal hubungan sesama insan

Kita tunggu di AL MIZAN nanti.

Thursday, September 19, 2013

Kenal Allah Dulu atau Diri dulu? ILMU TAUHID

Berhempas pulas, setia kuat semangat masuk tazkirah kenal Allah.
Sebulan seminggu.
Dah kenal Allah?
Hisap rokok ketentuan Allah, Allah yang mengizinkan urat nadi bergerak,,mencapai putung rokok, pasang api cucuh rokok.

Hembus rokok juga IzinNya.

Tetiba sukar mengenal diri..

Siapa menggerakkan jari?
Akal atau nafsu, meramas jejari gadis pejal?

Tetiba hilang daya fikir, kerja kerja.
Tapi dalam mengorek rezeki, menadah rezeki, terlupa sumber mana,
Kaki mana mengayuh siapa punya kaki.
Menghadiri ilmu tauhid dari rezeki siapa?

Wang was was atau subhah.

Maknanya kenal Allah, tapi diri belum dikenal

Duduk dulu sebelum berlunjur agar tidak jatuh tersunggkur..

"..Ohh Anakku,,mama nak air..

Suara transparent dari kawah..siap video conference olehNya.

Apa perasaan seorang anak..begitulah sebaliknya..

",,,mama saya dahaga,,nak air panasss.,,"
Apa rasa seorang ibu?

Tuesday, September 17, 2013

Sifat Lelaki Yang Dibenci Oleh Wanita [ 18XXXL ]

:-) Tau buat anak saja
:-) lepas buat anak terus cari isteri baru
:-) tanggungjawab lepaskan kepada isteri
:-) bab bini baru no satu
:-) nafkah zahir batin. Opp setakat batin semua orang boleh bagi.
:-) risau duduk rumah, bising home not sweet.
:-) Penipu kecil penipu besar

:*****

Nota :- ada tak yang fobia kepada "keropok lekor" sang lelaki?, mesti kes kena "RoGOL"?

Aduzz, saya pun lelaki..

Monday, September 16, 2013

TAB Taiwan, Pakai Buang

Inilah rupa isi perut Tab Buatan china Taiwan.
Bateri basah liquid.
Spare part yang mahal nak sama dengan baru,
Elok dibuat replika saja

Klinik 1Malaysia wajar dibuka 24jam?

Bagi warga pendapatan rendah, yang jika tak boleh claim harga ubat di klinik swasta.
Harga sekali sekepala daftar klinik swasta untuk dua jenis ubat sebanyak 45Rm, terasa mahal?termasuk temujanji dengan doktor.
Berbeza dengan rm2untuk klinik kerajaan.
Tetapi kesakitan hanya untuk siangnhari sahaja.
Sakt boleh tunggu esok hari.
Siang hari, malam hari kena tahan, atau pilihan ke klinik swasta.

Jika ke hospital dengan harga minyak dan tenagamenghampiri juga rm45, tiada pilihan.terus ke klinik swasta yang terdekat.
Alahaaii..

Sunday, September 15, 2013

YAB menteri Besar Masjid Negeri, malam ini

Dijangka YAB MB akan hadir

Masjid NegeriSelangor:
Masjid SSAAS menganjurkan majlis bacaan Yasin sempena Hari Malaysia 2013.
Majlis akan bermula hari ini 15/9/2013 selepas solat Maghrib dan dijangka akan tamat selepas solat Isyak.
Jamuan disediakan di Dewan Makan Masjid SSAAS selepas program.
Muslimin muslimat dijemput hadir.

Makan Di Kenduri

Kita ikut perinsip kita. Makan dengan tangan atau makan dengan sudugarfu.
Jika kuku panjang elok sedut dengan sudu.
Jika suap dengan jari dapat nikmat kulum sentuh jari dengan bibir dan lidah.
Ada suhu di situ.

Ikut keselesaan dan kelemahan diri.
Takperlu malu kepada orang sekeliling.
Mereka mereka, kita kita, saya saya...

Tapi jikabunyi sudu boleh melawan bunyk suara speaker nyanyian dari penyanyi, itu sudah dikira abnormal.

Nak ikut orang kata memang parah..serba tak kena..

Beburung Terbang Ikut Angin

Cuba tenung ke langgit.
Sekawan beburung sedang terbang.
Tengok masa dan waktunya, arah yang berbeza.
Dalam perjalanan yang jauh,
Angin pun ada layer,  ekor dan kepala masing masing.
Deria sifat burung mengenali arah kepala angin,
Terbang mengikut haluan angin untuk menuju destinasi masing masing.
Dengan layer atau lapisan itu, tenaga sayap kurang digunakan.
Jadi walaupun berkilo meter terbangnya burung ia tetap boleh dilakukan.
Anugerahnya.

Saturday, September 14, 2013

Daging Korban Ke Luar Kawasan Kariah

Ke kemboja, New York..opss, ke Patani, ke Mesir..opss, ke Sarawak ke Sabah dan sewaktu dengannya.
Anggap jer wang mereka berkepok kepok tersepak, bila membayar harga korban di luar malaysia, tahun tahun lepas mereka telah banyak membayar untuk sesama islam di tanah air, jadi apasalahnya mengutamakan Islam luar pada Raya ini..
Ammen mudahan banyak afdalnya dengan yakin tanpa was was..
Lagipun kepercayaan kuat kawan kawan juga kan?

Lagipun ahli kariah mereka dah biasa makan daging korban..

Persepsi dan niat masing masing,  sangka baik.
Mereka banyak wang,,

Hadiri Kenduri, pinjam Bini/ Suami boleh?

Boleh ker?
Habis makan kenduri sorang sorang, nanti keluar soalan mana orang rumah?
Mana cik Tuannya, rugi makan sepinggan bayar tetap satu sampul jugak kan.

Nanti orang mengata bini tak nak datang sibuk.
Orang kata simpan suami kat rumah la, atau ni sah isteri muda sebab cik abang duduk rumah no satu,
Jadi ke hulu ke hilir dengan seorang anak tanpa cik tuan sebelah.

Kesian..
Serba sebi tak kena bila keluar jumpa orang ramai.

:-)
Ada ke patut dia perli saya
"... Wah cantiknya kueh,warna warni, kueh bulat bulat pejal..tak berbungkus di atas meja dalam tupperware..?..

Friday, September 13, 2013

Apa rasa? Apa Perasaan saya?

Bila memandu kereta yang berlampu putih, silau mata
Kita tak silau orang yang silau.
Mengganggu memandu, siang dan malang, apa rasa?
Marah geram?
Apa perasaan bila bunyi ekzoz kereta kita kuat, menggangu jiran.

Cuba duduk sebelah sana, cuba bayangkan orang yang buat kita marah?

Apa rasa bila kereta kita kena blok?
Datang lewat balik lewat dari solat Jumaat

Nasib baik Dia tak Bagi Kuasa Delete Roh

Manusia sesenang jer delete nama atau bakar tubuh sesama insan.
Membakar dengan nafsu tolak akal.
Andai manusia boleh delete roh sesama sendiri, alahai..ciannya.
Tetiba kita tak jumpa sedara mara kita.hilanag dari alam.
Hilang untuk pembalasan..
Setakat delete dan buang nama saja.

Jika roh bagaikan setitis minyak..kering diserap angin,, bayangkan?...

Tuesday, September 10, 2013

20 Sen

Naik dua posen,
Nasi goreng ayam naik lima posen.
Air naik tiga posen.
Dan banyak lagi bahan dan barang yang naik.

Siapa yang akan menanggungnya.
Apa lagi yang akan naik?
*************
Lagu raya Hazami pun boleh sentak?

Sepasang kurung biru

Cuma liriknya berubah bila terkenang..
Pada pagi raya.
"...mana baju raya maknya, ,"

Tiada jawapan..sendu salah diri..tenung diri..

Soalan buat seorang anak yang baru tiba dari perantauan..
Pepatah ayat yang akan diingati sampai akhir hayat..

Roh Siapakah itu? Allah, Allah Allah


Selepas Azan subuh.
Terdetik
"...emm ada orang meninggal agaknya.."

Dalam mengharungi 7 lampu trafik light, hanya satu yang merah, semua hijau lancar perjalanan dari rumah ke tanah perkuburan. Lancar ketetapanNya.
Rohnya mewarwarkan siapa yang berkaitannya, siapa yang dekat, siapa yang mengiringinya.sesiapa yang terlibat akan menyenangkan.sejahtera.

Penggali kubur sudah merasakan jasad siapa..tanah kubur yang lembut.

"..saya dah merasakan kubur ini bakal diiisi oleh jasad yang terpilih, cukup lembut dan memudahkan kerja saya.."

redup serta rintik hujan mengiringi jenazah ke dalam lahad.


Jasadh dari insan yang menyenangkan semua insan sekeliling...

:-) sketsa seorang kawan..

Sunday, September 08, 2013

Bila Pengerusi Dari Luar Lembah Klang, kosnya?

Tak banyak beza bila orang besar duduk luar dengan tinggal di lembah Klang.
Bezanya adalah kos tambang Kapalterbang dari lokasi asal untuk mengadakan lawatan.
Lepas itu balik kampung semula.
Kosnya rakyat yang tanggung?
Bezanya rmRatus jer, tapi bila dah ratus kali dan makan masa 5tahun atau sepenggalpilihanraya berapa agaknya wang kerajaan yang hilang?
Berbamding Pengerusi yang tinggal di KL.

Felda felcra, Lkim dll lagi? Badan berkanun kerajaan.

Friday, September 06, 2013

Apa kata jemput Beraya Guna sms

Hari terbuka raya dijemput melalui siaran speaker atau sms?
Apakata sebuah masjid dan surau yang ada ahli sahabt masjid menggunakan khidmat sms murah untuk jamuan raya? Jimat atau kesan ramai yang datang.
Jika sepuluh ribu ahli datang menu hidangan tak cukup?
Sebagai mana siaran ceramah dan tazkirah dibuat melalui sms.
Jemput makan beraya tak pula digunakan?

Alahai, bukannya pelahap sangat untuk datang makan minum kueh raya, jika terjemput. Cuma pelek khidmat yang ada tak digunakan.

Tiada Ayah yang Nak anak jadi nakal

Hantar anak ke sekolah mahaad Tahfiz,,atau dia sendiri pun lulusan atau pernah belajar sekolah pondok.
Niat nak jadi baik.
Walaupun kekadang ayah ibu sendiri yang nakal,,tapi dia nak waris keturunannya baik dan beriman,
Walaupun dia sendiri terlepas pandang, PENIPU! PEMUTAR BELIT dalan mencari nafkah untuk beri yuran kepada anaknya.
Yang penting nak anak jadi baik.niat.

:-) patutlaaa hati gelap?

Thursday, September 05, 2013

Sengatan lebah :-) kurangkan sakit

Memang power punya jarum sengat seekor  lebah
Kulit tapak kaki boleh ditembusinya.

Bila terkena sengatan lebah,
Lubang jarum lebah nampak putih kuning, lama lama terasa pedih, bila dipicit racunnya makin merebak sekeliling.
Kita ingat bila dipicit, air sengatnya akan keluar macam picit jerawat. Tidak rupanya, ianya makin tersebar dalam darah, kelihatan bulatan merah tak sampai seminit dengan daya denyut yang pedih.

Ambil setitis madu. Sesudu pun boleh
Letakkan ke lubang sengatan.
Gosok dengan ujung kuku, sehingga kuku terasa panazz.
Gosok macam gosok mencuci kotoran di pakaian.

Mungkin sepuluh minit.
Atau kulit akan terasa kebas, kuku masih rasa suam..

Opp lupa baca apa yang patut.
IzinNya tak sampai setengah jam, kemudian racun lebah telah nuteral. Sakit berkurang. Bulatan merah mula hilang

Wednesday, September 04, 2013

Mencuri Dengar sebuah Perbualan

Dua suara perbualan.

"... Saya nak meninggal dalam keadaan bentuk yang ada kaitan agama Islam. Sama ada perjalan pergi atau balik.
:-) pergi dengar ceramah tauhid atau akidah
:-) menolong yang ada kaitan tauhid dan fekah Islam. Menyampakan Ajaran islam.
:-) Menjual buku agama
Atau apa apaa kaitan denganya.

Jawab kawan sebelah

"...Yee walaupun kita tak meninggal ketika sujud atau dalam surau atau masjid.
Ye walaupun kita kuat menghobi memancing tonton juga bola serta kakitangan wayang,,,,.."

Walaupun kita memang kerja memfitnah dalam berita, serta makan riba..
Dua suara perbualan.

"... Saya nak meninggal dalam keadaan bentuk yang ada kaitan agama Islam. Sama ada perjalan pergi atau balik.
:-) pergi dengar ceramah tauhid atau akidah
:-) menolong yang ada kaitan tauhid dan fekah Islam. Menyampakan Ajaran islam.
:-) Menjual buku agama
Atau apa apaa kaitan denganya.

Jawab kawan sebelah

"...Yee walaupun kita tak meninggal ketika sujud atau dalam surau atau masjid.
Ye walaupun kita kuat menghobi memancing tonton juga bola serta kakitangan wayang,,,,.."
",,,walaupun kita kuat memfitnah berita.."

Hakikatnya kita punya cita cita yang baik. Sekurangkurangnya

Tuesday, September 03, 2013

Hujan Turun Minyak Naik 20posen jer


Beburung enak bermandikan hujan,
Seminit dua, minit ia mengibaskan bulu dan ekornya masing masing.
Mengoyangkan kepala.
Bulunya berbentuk senipis payung licin dn memanazkan.

Burung hanya secara rambang berlindung di bawah daun pokok tetapi ia tak dapat bezakan antara daun besar dan daun kecil, lagi elok duduk di bawah daun besar, boleh memilih dalam banyak banyak pokok yang ada.

Esok lusa tak mustahil, semua harga brang naik.

Saturday, August 31, 2013

Hari hari nak Yang lurus

Apasalahnya lurus dannremeh dalam memilih pencuci gelas pinggan.
Dari sekecil hingga sebesar rumah.
Lurus dan remeh.
Membazir minyak ke lokasi jauh sikit.
Asalkan suci.
Bukan setakat sebut dan niat nak lurus.
Usaha pun lurus.

Friday, August 30, 2013

Berkata Tidak Perkara Mungkar,pahit Letong

Tidak, tidak No No. LA LA
Untuk bersekongkol dalam alam penipuan serta munafik
Menjual nama membeli nama.
Berpakat menjahanam insan dan harta.
Memindahkan harta ke katung peribadi atau geng geng.

Memang pahit.pahit itu ujian jihad.

Wednesday, August 28, 2013

Buat Wang Dengan Blog? 100% ,50% halal?

Saya tetap tak percaya 100% halal pendapatan dari blog.
Kecuali meninggalkan saham bila meninggal esok.
Saham iklan, baju selur dan gincu
Minyak rambut dan sebaginya,  itu belum masuk ketetapan promosi yang jujur.

:-) tikam nombor ekor sekali jer buat silap ,tapi pelayar blog beratus kali tonton tak pakai baju.?, beratus hari walaupun tuannblog sudah meninggal, saham tetap berjalan..beratus kali gambar iklan sopan?

:-) pendapat peribadi..

Kawan berkawan Buat Lembu Kenyang

Masa makan, masa minum
Tiba masa bayar dia buat lembu kenyang.
Kita seluk poket, dia tak sibuk pun.

Pertama kali, giliran kita
Hari kedua, giliran orang lain.
Kali ke lima bukan giliran dia lagi.

Niat iklhas berbelanja sudah bertukar niat, bila tiba ke sepuluh kali.
Sepuluh orang,  sepuluh kawan.

Dan yang paling pelik, kita ajak kawan itu menziarahi kampung halaman ibubapanya.

Pun dia buat lembu kenyang bila tiba masa nak isi minyak kereta.

Masa makan dan minum usah hirau macam biasalaa..lembu kenyang.

Adakah dia masih anggap berbelanja itu mengikut gred gaji atau prioriti umur?

Rupanya tak, bila keluar dan makan minum bersama yang lebih junior pun sama, tabiat dan habitat liat seluk poket berkira dalam berbelanja.
Selama ini kita ingat dia segan belanja seniornya..
Sebaliknya tidak..alahai..macammana laa nak belajar dan mengajar mahkhluk ini..hambaNya..

Tuesday, August 27, 2013

Perjumpaan Alumni atau Sewaktu Dengannya :-) Sendu?

Kita sendu menangis bila jumpakawan lama kerana :-)

:- Dulu bersama sama susah atau terlalu gembira dalam mengejar visi dan misi.

:- Sama sama, susah mengharungi cabaran, semua cabaran, bertekak, berbahas dan bertengkar.
:- terlalu rindu, dengan kenangan lalu iaitu masa itu.
:- pernah sama sama mengomen, berpesan dan tegur menegur terhadap kawan kawan
:- bersama sama deman atau sakit.. Juga kenangan..
:- bersama mencapai sesuatu, usaha bersama sama..letihlelah bersama menjiwai dan mencetus keluhan rasa.
:- sama sama meluahkan rasa ketidakpuashatian..sejiwa
:- Titisan air jernih dari kelopak mata adalah suatu peryataan bahasa ucapan terima kasih badan terhadap kawan masing masing, terima kasih semua semua sekali. Semua perbuatan baik yang dilakukan sepanjang bersama sama..
Dan gembira bersama sama pada akhirnya sebelum berpisah.

Muhasabah Diri :-) ku Malu Mengaku


Malu. Sepupu sikit dengan hipokrit.

Semasa nak mula hidupkan injin, baca bismika..Tuhan Sayang.
Telek kasut, telek selipar tika nak ke Masjid.
Duit gaji beli selipar.?
Gaji yang halal, kira ok..tanpa faedah tanpa bunga, tanpa rasuah bawah meja tanpa curi tulang.

Beli kereta, isi minyak?

Beli kain pelikat wang dari mana?, beli kopiah wang dari mana?
Beli baju.

Mengira? Apakah barangan yang terlepas pandang daku membawanya untuk berdoa?

Lalu solat.

Dan berdoa..seribu doa supaya selamat dan berjalan di jalan lurus..

Apakata salah satu barangan itu termasuk belian yang Dia tak redho?

Doa lagi
Doa esok lagi, rajinnya berdoa tanpa jemu, esok lusa..gigihnya
Dia memang Maha Penyayang.

Alangkah elok jika diizinkanNya, malaikat tolong bagitau, tanggalkan terlebih dulu barangan yang was was atau tak halal itu sebelum berdoa?
Bersihkan luaran terlebih dulu.
Dalaman dan hati, itu juga usahakan bersama sama..

Supaya Insan ini sedar diri, tiada siapa yang boleh sedarkan diri, kecuali insiden terbakar baju dan pakaian?

Cuba lagi..
Cuma malu sahaja mengaku, membawa barangan yang tak diredhoi sambil berdoa?..

Monday, August 26, 2013

Beli Powerbank Memang Nasib, karat damak


Dalam 4bateri 3.6, yang terdapat dalam powerbank, satu darinya berkarat..maknanya satunya dipasang tanpa kualiti.
Untung tokey.
Murah harga.
Tak sampai dua bulan menggunakannya?
Risiko bila menggunakan powerbank. Tapi bia terpaksa apa nak buat. Rugi minyak untuk dibawa baiki atau warraty kedai.

Soket model ini manja

Manja sangat, tidak sesuai untuk kegunaan beban yang tinggi.
Seperti stereka, mesin basuh dan sewaktu dengannya.
Mudah hangus terbakar bila digunakan 24jam.

Saturday, August 24, 2013

Isue Surau Di Sedeli, Harap Tak terjadi Di Negeri Termiskin

Bila kita sedar diri miskin harap nya orang atasan sederhana dalam menyelesaikan isue, bukannya dalam masa 24jam, jika 24sudah semestinya dalam keadaan panaz baran..tak terfikir yang baik.
Demi Islam itu sederhana.
Tidak nampak zalim sangat kepada makhluk yang kurang arif.

Lagipun negeri miskin tak elok merobohkan, elok tukar sejadah atau carpet sahaja..membazir buat binaan baharu..
Yang ngadap kiblat adalah orangnya..bukan jalannya bukan bangunannya.

Sejadah ikut masjid atau masjid ikut sejadah?

:-) Pendapat orang jahil..

Dalam Tandas dan tempat ambil Wuduk Ada Kipas?

Cuba teka masjid mana?
Dalam Selangor.Itu di dunia manusia boleh buat kipasmaupun hawa dingin.
Enaknya sambil berwuduk atau berangan angan ada kipas..
Agaknya di syurga macam mana..la, tanpa tandas..

Beraya Bawa Anak Yang Celupar

Beraya Bawa Anak Yang Celupar

Anak anak yang kuat komen.

"..Abah, daging ayam berbau busuk laa.."
"..Mama kueh raya tengik loo,,

Lagi satu dengan kemudahan Internet, abah pula sms washup anaknya..
Bila pukul 1.pm
"....., abang, dah pukul satu, ajak mama balik..dah dekat zuhur..."

Anak yang muka tak malu terus berteriak..

"..Mama,  abah ajak solat zuhurr.."..
Bergema sebuahdewan makan?
Ada beranikah..

****
Terfikir siapa yang mengaturmelaksanakan perjalanan insanNya. Melepasi empat trafik lampu isyarat, untuk tiba tepat pada waktunya 1.18pm..bermula keluar dri rumah terbuka raya pada 1.00pm? Normal. 25minit perjalanan..

Friday, August 23, 2013

Potong Kukuku

Teringat kukuku panjang bila nak makan?
Atau teringat kukuku hitam bila tiba Jumaat?
Atau teringat kukukakiku panjang bila ru ku solat.

Atau teringat hanya sekali seminggu? Bila tiba Malam Jumaat..?

Apa kena mengena Malam Jumaat...dengan jari?

Jumaat Pagi Yang Sejuk

Hujn lebat dan selimut
Selimut tiruan atau asli, tetap mencabar untuk bangun.
Khasnya untuk tunai tangunggjawab.

Bangun kerana tanggung jawab, jika tiada tanggunjawab, tetap tidur? Sejuk memang mencabar.

Terbayang jika tanah runtuh ketika nyenyak tidur pada pukul 6.am?
Tenggelam bersama tak sempat tertunai tanngungjawab
Malas bangun kerana sejuk?

Wednesday, August 21, 2013

Sudikah Kita Jadi Pembodek?

Membodek ketua @bos, sama ada bos syarikat atau ketua itu pun makan gaji?
Jarang juga yang suka kerja tiap masa, bila makan bila minum jer akan ada arahan.
Sambil minum..

"....itu elo, awak yang buat..ahhhhaa awak kena buat itu..awak kena buat ini.."

Jarang yang sudi kerja tanpa sempadan masa
Masa minum perlu enjoy, buka topik selain kerja..itu fitrah.
Jika masa makan masa minum pun bincang soal kerja itu kurengg normal.

Susahkah menjadi seorang pengurus?

Tak susah jika tau etika etiket masa untuk orang bawahannya.
Frendly kawan kawan semasa di luar kerja..
Kecuali orang yang suka membodek sahaj suka kerja tiap masa mendampingi pengurusnya.
Boleh dan suka menerima arahan tanpa kira waktu..

Monday, August 19, 2013

Nota Selepas Raya


Perangai berubah sikit, ada baik punya

Anak anak buah cucu buah boleh lah tahu cerita dari mak mak sedara bila berbicara soal perangai sepupu sepapat,
Ikut ekor mamanya dan abahnya.
Sama ada kuat meragam kuat merajuk, panaz baran, semua keluar sifat sifat zaman kecil masing.
Atoknya senyum saja walaupun ada habitat itu dari berekor keturunan  salasilah belah atoknya.

Maaf maaf juga, salam salam juga, tapi bab hutang tak kan nak langsaikan dengan jari sepuluh jer.

Bila pulang beraya dari sesebuah rumah, terasa ada yang tak bersalam seorang lagi, siapa yer..
Baru terasa ada ahli yang telah tiada.
Biasa nak tirun tangga nak keluar rumah semu bersalam.,,tapi raya ni terasa tertinggal sesuatu, rupanya ada yang telah tiada.

Bila coti coti, kena kerja, tandanya wang telah kering anak bini ajak tak keluar, kerja hari Ahad dan cuti, manakala orang lain duk rumah.

"....huuu Ahad kerja, , ni kira tak normal macam saya,,orang lain Hari Ahad pergi dating....."

Sebiji tang hidung, bila yang mendengar pun kena kerja juga..habis siapa suruh buat kerja pada hari cuti, kena perli kan pedas..

Sunday, August 18, 2013

Kenal ke Cam?

Dalam sebuah kelas dewasa, kita dikenali kerana:-)
-Kacak,bergaya
-Sopan ala ala auw
-Lembut ayat kata dilontarkan, imej kepimpinan
-Dek kerapnya soalan lazer dan bernas diajukkan kepada guru.

Bila terserempak dengn kawan sekelas yang cantik cun bergaya dann tinggi maintainancenya...kita terpaku?
Kenapa?

Siapa la daku?
soalnya logiknya takkan seorang wanita menegur lelaki terlebih dulu, kecuali ada sebab, setakat selisih jer,

Tapi ianya sebagai tetamu di lokasi kerja

abaikan.
Biarkan sombong.

Saturday, August 17, 2013

Tidak Semua boleh pakai :-) Extension Kabel

Tidak Semua boleh pakai.

Tak semua extension cable boleh pakai semua alat elektrik.
Seperti mesin basuh vacum atau sterika.
Kesannya wayer L atau N akan hangus.
Bila membawa beban yang tinggi.
Yang penting tanya duku nak pakai untuk apa semasa membelinya.
Setakat nak cas gajet bolehlaaa semua extension.

Friday, August 16, 2013

Jihad yang Tak Mati mati,,seksa

Penguatkuasaan yang tegas, jihad,
Kesan dipulau,
Siksa jiwae rage,
Mencegah kemungkaran,  tak amanah dan salahguna kuasa lagi pedih.
Kawan tolong kawan,  kawan sembunyi kawan.
Menegur penipuan sakitnya bukan kearah fizikal.

Berkat benar dalam kepahitan.
Keselamatan jangan kira.

Menghalang perniagaan yang mungkar juga kesan yang menyakitkan dari segi pergaulan
Menolong ke arah sejahtera amat jarang mendapat sokongan.

Wednesday, August 14, 2013

Tongkat Sakti, OKU, (mata)

Waktu bekerja dan jalan yang sibuk. Tengah hari
Berhadapan Pasaraya.
Lokasi Jalan Tok Hakim menuju ke Jalan Tok Guru@ jalan peng chepa

Nun seberang sana seorang OKU mula ingin melintas.
Banyak kereta dan laju.
Pusing kepalatelinga ke kiri, kerana jalan sehala kereta hanya datang arah  sebelah kiri.

Tetiba dengan rabaan tongkatnya ia mula melintas,  motor dan kereta mula memperlahankan kenderaan.
Kagum.
Selamat tiba di seberang jalan.

:-) Orang biasa menunggu hampir 5minit sementara melepasi jalan ke seberang sana.
**perakam sketsa berada di atas sebuah pasaraya berdekatan.

Bergambar Raya, gelakgembira sikit sikit dah la

Kunjung berkunjung, kali ini kita berkunjung jumpa waris sanak saudara.
Gambar kenangan.
Dari kiri ke kanan kanan ke kiri semua waris waghah

Tuesday, August 13, 2013

Ber WAZe Senda Dalam sesak

Kemudahan internet secara positif.
Konduktor boleh membaca ragam pemandu di depan dan belakang sambil bergurau.
Dalam sesak mengurangkan mengantuk pemandu ganti..

**

berjujuk - berderet deret
Bertolak pagi hari sesak, bertolak tengah hari pun sesak juga dalam perjalanan..

Pasar Siti Khadijah, Kek Pisang Panazzz

Berpuluhpuluh jenis kueh menu, ikuthatisemua nak merasa.

Tertarik dengan kek Pisang panazz dari atas dapur.
Diuli di adun dimasuk oven dibungkus terus makan.

****
Terlalu banyak pilihan, ambil lokasi tempat duduk, pesan minuman.
Tunggu sekejap
Jeling kanan kiri, nampak nasi putih yang putih dengan biji yang besar, rangsangan berlaku. Dengan sup peret yang sederhana putih tak lemak tak hitam, sepiring sambal belacan di tepi.
Yes selera dan pilihan menjelma.
"...dik, nasi satu sama dengan yang tu, sup perut...
Selesai masaalah makan.
Minum lagi.
Makan minum tidur makan..

Ulasan tentang Kesusilaan, negeri mana?

Majoriti negeri mana yang menimbulkan ketegangan agama.
Bila didikan kejiranan sejak kecil luntur dan longgar.
Negeri mana yang meledak kesopanan? Berani sentuh sensitiviti agama dan kaum?
Jiran mana?
Kerana mereka tiada semangat sayang kedamaian.

Cuba berkunjung ke Kelantan, khasnya kg Joh, antara kaum sesama gulung rokok cap daun.
Sama hormati agama dan adat sejak kecil.

Didikan sejak kecil, tersasar dari Rukun negara rukuntetangga..

Monday, August 12, 2013

Kurang sesak, Jambatan Salor, Terima Kasih

Bila ada anggota polis ada sikit laju, bila tiba jambatan Salor.
Samannn jer bila potong Q dua line,
Semua orang nak cepat.
Semua nak balik rumah

12 km tu sma laju dengan menunggang basikal

Jambatan Salor

Elok jika ada anggota keselamatan saman pengguna yang memotong Q.
Jalan satu line jadi tiga line.
Jambatan ini sebagai
Jalan. pilihan ke Jeli Tanah merah dan Grik dari Kota Bharu atau Kubang kerian.
Sesaak kerana potong Q

8km tu sama laju dengan jalan kaki

Charger Di Kereta

Beli dengan janji pulang balik,
Test uji sehari dua, kerana banyak Am yang tak ukup, dakwa 2-2.1am, biasanya tak betul, tak masuk charge pun.kecualimada multimeter uji semasa dalam kedai.

1 A biasa normal tiada masalaah

Jimat masa dan perjalanan minyak.

Sunday, August 11, 2013

Bandar Main Mercun :-)Kota Bharu

Kelantan umumnya.
Siang malam pepagi bute, mercun berdentum tum..
Untung tokey mercun, terkejuz tidur dek mercun.

Dah dekat dengan sempadan nak buat macam mana, bolos dan terlepas.
Hubu gan keluarga antara sempadan.

Selamat menggangu jiran anda.
Galakkan anak anak beli mercun banyak banyak
Bakar semasa dan setiap jam.
Sama ada mkmum sedang solat atau tak

Saturday, August 10, 2013

Tu'pat Dakap

Baru jumpa
Baru beraya
Dengan menu tapai
Tu pat Dakap

Pusat Bandar Kb pun Ciput

Berebut coverage lagi..
Ramainyaaa orang balikk celcommm oh cel

Pekan Pasir Mas

sesak sikit bandar yang kecil tersepit antara landasan kereta api dan sungai kelantan.

sedihnya dikata Kampung lagi.
Pekannnnn la

Yang ni sejiwa tekak saya

Elok dengan rasa dan rupa.
Dihidang ikut susun atur untuk orang makan
Memberikan nikmat mata sebelum jamah

Kobis segar sayur hijau
Daging ok.
Tea O pun sesuai dengan tekak ana.

Dan yang powernya sambal belacan cukup fresh.

pertama dan seterusnya.


p

Friday, August 09, 2013

Peminjam Tuala

Cuba awok awok bayangkan, bila terambil bag sandang.
Di dalamnya ada satu helai tuala, kain pelikat, kopiah dan sehelai seluar sehelai baju buat pemastautin sehari.

Bag itu pula mempunyai lambang jahitan ukiran Kaabah, di kedua dua belahnya. Ada zip, cukup season nampaknya.
Bag itu pada asalnya bekasan sehelai sejadah.

Kira sedekahla tak perlu pulangkan.

WA SEDEKAH PADA LU

Moga dengan memakai pelikat itu berserta kopiah solat akan khusuk, rajin  datang berjemaah serta tak akan tinggalkan masjid atau surau. Juga meninggalkan DUNIA dalam iman selepas tobat.

****
Nota :-)
Setelah diingat,,tuala baru dibeli dari wang zakat pendaptan,
Pelikat dari cenderahati sebuah majlis tuan besar.
Kopiah sedekah dari jemaah Umrah. Minyak attar telah bertukar tangan kepada pihak ketiga awal lagi.

Apa yang saya ada, hanya sedekah yang bertukar tangan,

Sedetik sebelum itu
" kalau orang nak pinjam pun ok, tak mahalpun".

Tagih Hutang, usah dirajuk marah geram


Fusshh hutang ditagih minta hutang memang mencabar.

"...Syukur laa lu dah dibayar walaupun sikit...'
Nasihat buah hAti..

Ingatkan buah hati nak bagi tambah kuah. Rupanya penyejuk hati..

Sebijik kena hidung..

Dalam hati...hapa kejadahnya ribu ribu, dibayar rm50 sekali minta..itu pun bila diminta..agaknya berapa tahun nak habislangsai..

Ikutkan hati. Bakoor jer duit tu..

Chicken rice, Pertama Dan Terakhir

Kepak ayam, 4 ketul sejuk
Letak harga tak sampai rm 7.00
Harga bungkus tanpa nasi rm dekat 10.00

Mahal,
Dah sejuk tanpa perencah.
Pertama dan terakhir..

Thursday, August 08, 2013

Cuba teka ayat siapa, marah raya niiihh

Biasa la gua tambah kuah

.....  tak datang dek ada,tazkirah luar. Ada gak masyukkkk rm150.00..

Jangan maraaah raya tau

ayat sesetengah itu mungkin 99% 

**************
***********


******
alasannya 
kehidupan di bandar yang serbaserbi kena beli

Raya Di Masjid dan Surau, perjumpaan Bangla, rasa hati


Redup cuaca

Cuba bayangkan anda perantau,
Jumpa sambil solat raya, berpelukkan.
Bila sibuk kerja tak sempat berjumpa pada jumaat.
Atau remaja jumpa di KLCc.
Mereka gembira.

Sesama Islam

Wednesday, August 07, 2013

Salam Raya Lepas Puasa, PUAS :-) dan Syukur

Maaf zahir batin buat semua
Kesabaran yang lepas
Berjayaaaa ,puas dan syukur

tetap bertambah dari ramadhan tahun lepas jika dibuat semakan.

buat sedaya mungkin sekudrat mungkin.sebagai hambaNya yang diberikan peluang berusaha.


Masjid Naza

Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor http://goo.gl/maps/u6djk

Ramadhan 29:-) Tiada Insan Yang Tak Nak Syurga

Moga kita masuk sama sama.tanpa lewat sehari.
Doa kita makbul untuk sejahtera di sini dan Sana.
Moga dapat ganjaran ribu ribu,
Hasil titik peloh tittik sejuk.

Jika tiada hasil? Dan ganjaran kenapa mereka hambaNya bersusahsejuk pepagi hari.
Mandi air panazz.
Hidupkan enjin dalam sejuk, memakai baju dua tiga lapis.
Telan ubat batuk,bila sejuk batuk.
Apa yang mereka cari.
Besar manakah ganjarannya. NAMPAK..?

Jika tiada ganjaran masakan mereka berseksa lutut dada dan kepala mengais tenaga.
Kerana mereka nampak pembalasanNYa.
Kenapa mereka bersusah payah?
Tinggalakn,  pergorbanan lainnya.

HambaNya hanya berusaha.

Tuesday, August 06, 2013

Makan nasi ber Dulang @ talam, Adab Dan Adat


Di samping ada yang sedia ada, sebagai tambahan

Sama ada Moreh, berbuka atau bersahur.
Tak kira adat dan adab mana asalnya, tetapi memberikan kemesraan sesama Islam, bersaudara sekeluarga.
Pertama kali menjamah nasi. Beserta kuah memang geli.kuah kita kuah orang. Mengalir keliling tepi sedulang.

:-) Tambahan adat selain Bismika bersama amenn.
Dulukan orang veteren, beragama tanda hormat.
:-) bilangan sesedap seselesa duduk, mungkin tiga, empat dan lima orang.
:-)  letakkan sayur dan lauk,  sambal di tengah tengah, minta izin ahli lain untuk tambah tuang kuahnya.
:-) biarkan nasi membukit di tengah dulang.
:-) tarik dan kuak sikit sikit ke arah diri sendiri, se mulut semulut, bukan se genggam, nanti tak habis. Kita akan nampak bukit nasi tadi lama lama mengecil secara bulat. Dari lima sudut gaya nasi dikuak.
:-) suap secara tertib, tadah dengan tangan kiri, jika tak yakin nasi masuk mulut.
:-) jika ada sediakan mangkuk pinggan kosong buat isi tulang lagi baik.
:-) minta izin,  jika nak tolak nasi ke arah berlawanan, mana tau jiran sebelah dah kenyang.
Dan bila kenyang minta izin undur diri. Bukan main tinggal jer. Berkuah dan bertabur nasinya lauknya, kecuali tulang.
Pastikan bahagian sudut kita licin..kecuali ada buah hati nak jilat bekas kita.
Sekian terima kasih

Ramadhan 28 :-) Sahur Sambal daging :-) Kenangan

@ serunding

Rakan sebilik bilik,  bila tiba ramdhan dibekalkan seplastik sambil.
Untuk sebulan.
Kita dok sebelah dapat la sikit sikit tiap kali bersahur, bawa sejemput seorang kekantin asrama.
Mana la keluarga mampu nak beli sambal mahal macam tu.
Laju sikit makan

Terima kasih Az, anak ex pegawai kerajaan. PASIR MAS.

Sunday, August 04, 2013

Malam 27 Dan Ramadhan 27


Nak sedap kan lagi bubur lambuk tika masih panas masukkan rencah ayam serta daging kecil atau telur banyak banyak dan kacau..

Cabaran

Hujan tika enak tidur
Suasana panas meletihkan beramal
Makan akan banyak secara tak sengaja
Kawan kawan ajakmakan luar
Kawan sedara mara berkunjung, lalu kurang masa mengadapNya
Andai tengok TV tak buat halangan lain ada.

membuang mood mMALASSS

Tak dapat membezakan yang sunnat dan wajib..
Atau solat berjemaah dengan sunat Tarawih mana yang dulukan?
Bila tenaga sudah kurang.

++ berada di kaunter yang berhubung dengan orang awam memang mencabar kesabaran. Pengguna selalu betul.

Bila berpuasa kekadang insan yang nak memberi sedekah boleh jadi panas danyang menerima sedekah pun panas baran.dua kali lima

Solat subuh berjemaah bagi lelaki juga cabaran hujan.

Malu dan segan?

Cerita seorang jiran

1: Bazar ramadhan yang sesak.

",,,Sdra tolong beli kueh dan gulai di gerai tu, kerana sejiwa rasa dengan tekak saya..:-)"

Aihh Tuan malu?
Jawab :- Yerr selagi ada kenal yang berkait dengan jawatan dan jabatan, dah dua tiga kali dia jual murah..
Bukan apa, kat sana jawab bukan dengan mulut, wpun ia bagi secara ikhlas? Orang nampak dan dengar.

2: "..Singgah laa berbuka..

Jawab :- Terima kasihh laa, dah ada juadah berlebih..maluuu laa

Sebenarnya segan dan malu, bila dah lewat,  makanan dah habis, jadi atas dasar kawan, Q pun boleh,,tak selesa..
Taraf kita sama saja macam kariah berbuka yang, tiada kawan tiada kenal, amanah namanya.

** tak tahu pakai mazhab apa menggunakan jawatan dalam jabatan untuk masuk tender booth jualan?..
Sangka baiknya untung disedekah kepada para miskin..?

Contohnya:-)

"... Sini semua booth atas nama orang dalam..dah nama booth kawasan dia..memang betullaa booth dia? Logiknya..tender terancang?

Tika kes meninggal dalam sujud satu di Tanah Haram tarawih
Dua meninggal semasa solat Qiyam di Shah Alam, yang ketiga meninggal semasa sujud tika solat sunnat baadiah

Jika tak meninggal dalam sujud,,meninggal tapi jauh dari jilatan API NERAKA JADI lah

Saturday, August 03, 2013

Ramadhan 26 :-) Berbuka pun Ada tahap kesabaran

Bila beratur, ambil gelas ambil nasi, letak suatu barisan. Tinggalkan nasi
Pergi semula
Ambil kueh,

Lalu datang bangsa IC sementara..
Terus di ambilnya pinggan nasi tadi, tanpa soal

Ingat nasi terus terhidang agaknya.
Dengan selamba azan dan ia berbuka.
Ada sabarkah?
Jeling jeling sahaja.

*...+++++*****/

27 dan 2 9 malam,,andai jadibos memang lagi enak terus cuti..usaha juga nama..

Azan Zuhur :-) Menghormati Azan kenangan

Lagi memori
Dalam kelas,  kelas ekonomi tajuk Perlalunan, opss Percukaian.

Bila azan kedengaran dari Sultan Yahya Petra, yang terletak sejauh agak 2Km kedengaran..

".. Kita tafakur sekejap..."
Cik gu Ekonomi yang perihatin..
Masa itu semua pelajar  senyap..

Bila azan selesai,
Kelas disambung semula..

Masa itu belum tau makna erti hormati azan..hormati waktu solat.Dah dalam kelas nak macam mana, lain lah berseorang diri.
Dan taktau apa yang nak tanya apa itu hormati waktu.

Mudahan Guru itu meninggal jika tidak dalam solat, dalam zikir pun jadilaa..

Aameennn..

Terasa Nak cari Cendul ?


Cendul Versi Kampung
Tanpa santan
Cendul hijau merah putih dicampur gula sahaja.
Perasa pandan
Kat mana ada?

 sagu pula warnawarni dan dicampur air gula

**********
Bergambar Raya? Kebahagiaan Doa dan  Ke Sana?
Cuba bayangkan kebahagiaan sebuah keluarga bila berbaris tika bergambar.
Ada duduk berdiri anak adik isteri dan sekeluarga.
Memang manis gembira.
Nampak sayang dan mesra
Letak tangan di bahu, berpelukan adik beradik
Nikmatmya jika kegembiran sekeluarga itu bersambung diLembah Raudah kan...
Tenungkan gambar raya anda.
Bolehkah berjumpa lagi sebegitu di sana?
Siapakah yang paling degil dan keras hati?
Tiada insan yang tak ingin bergembira sama sama di sana,.sebuah keluarga di sini, juga bersambung ke sana..

Warkah Buat Sahabat selepas 25 hari


25 hari berlalu,,iktikaf dalam masjid.
Entah berapa kali U miss solat berjemaah..?

Subuh pun ada
Jumpa maghrib
Jumpa isya
Datang waktu asar jumpa shaf depan..

Andai Doa mu tiap Qiyam, tiap sunnat hajat, belum termakbul

Dikau memang cekal dan sabar...jauh bezanya daku denganmu..cukup sabar.ketahanan diri yang tebal, tak pernah mengalah..berdoa,  berdoa dan berdoa..

:-) agaknya berapa ratus tahun Nabi Ibrahim As. berdoa?

Ramadhan 25 :- Imam@ guru al Quran :-) bacaan Mathurat

Imam@ guru al Quran :-) bacaan  Mathurat

Dulu dulu bila jadi makmum, memang cukup jemu, lepas solat memang lama bacaannya. Tambah lagi ujung Albaqarah.

Doa dan lain bacaannya.

Kemudian bila tahu itu adalah bacaan mathurat..baca dengan ikhlas.
Kelebihan dari pandangan mata :-) (penggalaman diri mana saya tau).

  :- bila nak meninggal inginkan semua anaknya ada di sisi, tak kira jauh dekat  itu niat dan doa.

:- Kawasan pagar rumah dijauhi sihir dan racun, sihir itu dilantungkan balik kepada pengamalnya.

:- meninggal dalam bulan syawal dan ramdhan. Dua orang imam cum guru agama.

Dan banyak lagi kemuliaannya..selamat mengamalkannya.sama sama.

Friday, August 02, 2013

Masa Silam, Membuli kawan

Entah ke berapa puluh tahun tetiba muncul kawan sekelas yang pernah dibuli.
Panjang umur jumpa lagi.
Ada hikmat mungkin untuk meminta maaf atas kelakuan sudah sudah.
Walaupun tiap raya bermaaf maafan.
Namun kepuasan jumpa kawan sekelas yang sama sama tercorot dalam kelas dan sama level sijil kemasukannya.

Ada tugas sebelum pergi agaknya.

Thursday, August 01, 2013

Ramadhan 24 Ajakan berbuka :-) Jaga Hati atau Ambil Hati

Di sebelah pihak ambil hati nanti kecil hati.maklumlaaa jika terdengar kawan berbuka di restoren atau hotel besar bintangnya.
Bangga. ?

Nak dikatakn pelahap kasar sangat.
Oleh itu terimalah ajakan itu sebagai ambil hati sesama kawan sesama jabatan.

Birokrasi yang remeh..
Berborak depan juadah terhidang..memang menyakitkan.
Elok baca Yassin dan tahlil serta selesai dekat hampir lim minit berbuka lagi elok.
Elaak mengumpat depan juadah..

Semakin besar war war berbuka semakinramai terlibat dan tahu..tak ajak kecil hatikan?

Menanti 4.43 pm seksanya

Tenaga yang kehabisan, ngantuk dan sebagainya, dek perjalanan lebih 500Km.
Mengikut kata orang tidur waktu asar akan sakit kepala.
Menahan tidur belum tau lagi.
Rasanya jika tidur, bukan sahajawaktu asar..maghrib pun belum tentu tersedar..

Tika ini...landing di mana mana pun akan lena..tetapi..demi nasihat dan kelemahan diri.

Membaca AlQuran, Budaya Atau Bekalan, bukan budaya bagi saya.

Meletakkan baca AlQuran sebagai budaya memang jadi malas.
Letakkan sebagai bekalan akan memberi semangat bagi insan yang maQamnya rendah,memula tak ikhlas paksa juga, lainlah yang tinggi ilmunya, baca Quran memang ringan.

Nak tidur, nak menunggu Q, nak park, ,dan lainnya sebagai budaya dan amalan bagai mamah kacang.
Tunggu berbuka sesurah.

Lagi pun minat dan meneruskan bacaan adalah rezeki dari Doa yang tersurat. Halangan tetap ada, tetapi lebih besar ruang ujud untuk membacanya. Cukup ajaib. Anugerah siapa?

Tiada masa?
Masa bujang dulu sibuk meronda, mencari juadah berbuka.?
Masa dah ada anak,,,sibuk lgi
Ada cucu sibuk meeting..

Masa tetap tiada.

Sert a terletak kepada HATI yang telah diberi anugerahNya.

Budaya Jabat tangan atau Bersalam, lain padang gaya.

Jumpa bersalam,  senyum salam, sesama Islam
Bertanya khabar.

Jumpa berjabat salam sahaja senyum, bertanya khabar

*********
Kenapa sikap membenci insan terhadap insannlain memang sukar dikikis.

Contoh
Bila satu syarikat jumpa tahu tabiat tingkahlakunnya..

Tak normal jika kita seoarang yang benci, tapi 99 yang suka, tapi jika ditanya hanya kita seorangnyang cuba menyukai dan 99 lain memang tengok muka meluat luap..

Lalu jumpa pulak di suatu komuniti yang lain pula. Bumi tak besar mana.
Ramai juga yang meluat..terus jadi 100% tak boleh tengok tingkahlakunya..

Dah nasib badan agaknya..
Kesian diaa.. Insan itu.
Dan jika terjumpa pula aktif pada lokasi setaman pula,,huuu memang parahlaaa nak beri komen positif..

Ramadhan 23 :-) Tumpang Lalu :-) Remaja

Dulu dulu, bila dengar orang tua sebut :-)
Bila nak lalu depan orang tua berborak. Sedutan perbualan. Tercuri dengar.

"Aku, (kita) pening nak sujud lama lama.."

Tak tau ujung pangkal

Dalam hati, apasal pulak pening..tiga kali jer.

Tabik kepada orang muda dan tua yang berupaya bangun pagi.tolak godaan.
Solat sunat tasbih.
Hampir sejam.
Baru faham topik bualan berpuluh tahun dulu.

Orang muda yang menolak cabaran Tv, sejuk dll
Orang tua yang menolak pelukan bantal golek..

Bangun mandi, buka gate, tutup gate motor kereta memandu..huhhh cabarann sejuk

Wednesday, July 31, 2013

Bauhulu dan akok sempadan Kelantan Pahang

Nampaknya tuan punya kedai ini akan hilang, di mata bila lebuhraya baru dari merapoh ke lipis siap,
Bukit tujuh pun akan di pendekkan.
Lokasi jalan lurus membuatkan ramai pengguna dari Kelantan Kl akan singgah membeli akok dan bahulu di sini sebelum sempadan pahang dari merapoh.cegar perah sebelum simpang sungai Koyan.
Nampaknya selepasini, jjambatan siap akan menjimaykan masa lebih setengah jam..dan tiada bukit tujuh