Pages

Monday, July 15, 2013

Mengata Diri

Berpuasa sudah melepasi beberapa hari.

Yang dah rasa semasa berbuka :-) senarai
Akok dah rasa
Puteri mandi dah rasa
Buah mulong pun sudah
ayam gulai
Daging gulai
Ikang masak pedas
Sambal kerabu daun getah, ,opps pucuk ubi pedas
Bubur kcang sudah
Itu dah rasa ini dah rasa

Yang belum rasa berbuka :-)

Buburlambok
Ikan percik
Ayam percik ayam bakar
Ikan bakar
Pengat pisang belum
Sagumpal pun belumm
Sagu merah juga belum
Murtabak tak sempat nak beli ramai sangat.
Cendol belum

Cuba rasakan bila hanya berbuka hanya dengan tiga biji buah kurma kemudian solat, mengejar syaf pertama Mahgrib

Entah apa lagi fikir nak beli dan rasa..

Solat taubah baru berapa rakaat?
Sunnat sejadah berapa?

Yang sesekali terasa dah berapa Juz membaca AlQuran..rahsia.?
.nak peruntukan 20minit sehari pun malass...ooh bila nak habis 114 surah niiiih.

Dalam enam hari belum belek suratkhabar.  Adil kan..
Online surat khabar sahaja yang ada masa..

Jenguk,tenung dan kerling Jiran

Jiran semeja jiran sekedai jiran setaman
Jiran sekelompok dan jiran yang baru tiba untuk berbuka.

Dah masa azan baru tiba, nak pesan nak itu nak ini, semua nak cepat (maaf kan mereka yang sesak jalan agaknya).
Apasalhnya jiran sebelah hulirkan sebiji kurma tuan punya Kedai yang dah dihidang secara percuma.. Mesra alam.
Meja kita dah bertimbung dengan hijau kuning ayam nasi dan kuih mueh.
Tak salah melambangkan sikap Humble

Sunday, July 14, 2013

Menghampiri Ramadhan Keenam

Kesabaran bila kenderaan dihalang saborr, semasa singgah membeli Juadah berbuka.
Mungkin jika bukan buka puasa pergaduhan terjadi.sabor,,untung ada Ramadhan.

Lapar juga menyebabkan hilang daya tahan menunggu roti Jon, murtabak dll..ada juga sebab Ramadhan?

********

Dengki yang positif.
Bila tengok jiran sebelah membuka kotak kurma mahal, lembut.
Lalu dihulurkan kepada jiran jiran lain, kita tengok jerr. Kita ambil sebiji.

Esok nantilaa Aku beli sekotak dan hulurkan sampai habis,lusa beli lagi, baru simpan di rumah.
Meniru benda elok..walaupun agak kurang ikhlas memulannya.
Kita bukannya maqam yang tinggi nilai hati yangbkelam sedikit. Lama lama akan hilang bila dibiasakan bersedekah. Tanpa kedukut.

AL Sutan Kita :-) My best Ramadhan

YMM Al sultan kita, Selangor dan Kelantan sibuk menziarahi dan melawat siri ke masjid dan surau.
Yelaaa bebulan ramadhan, aktiviti sesuai dengan bulan kan?
Bukan mengata negeri lain tau, info sahaja, puji sikit, siapa nak war warkan cerita baik Sultan kita kan?

Sultan sedan g dalam lawatan ke 17 masjid surau di Selangorr.tahniah penasihat..dalam " Ramadhan my best "

***********

Tiori bukan tuduhan

Jika sesuatu expo hiburan itu, di hujani oleh lambakan skru dua inci yang baru, bertaburan menghala ketapak pesta agaknya anggkara siapa.?

Jika siri ceramah dan tazkirah keagamaan mengajak belia mendengar hukum hakam agama, tetiba terjumpa puluhan skru bertaburan berdekatan tapak ceramah?

Cukup untuk membocorkan tayarkereta.
Anggkara siapa pulak?..dengki dengan pertumbuhan berbentuk Islamik?

Ada Hati terkata, Ada Mulut ada munyik:-) berbuka vs bersahur


Memang sejak dulu kala lagi, bab makan jatuh berebut rebut nombor satu.Islam semuanya.
Sama ada kontrek itu nama penghujungnya Haji atau Hajjah.
Kontrak katering membekal menu berbuka atau berbuka.
Secara mingguan,  harian sepuluh seorang dan sebulan?
Jujur atau auta maupun berkira?

Senarai hitamkan yang mana kontrektor kedukut masin

Bila sudah tau semalam makanan habis licin, kenpa hari ini tidak ditambah, berkira sangat dan tiada flexsibel bilangan?

"Dah habis,  memang habis lah.?"

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan Kelima

Jika silap percaturan dan ruang lokasi sempit serta pendingin yang lembap kerja nya, rasatengit dan hangit dalam ruang dewan bertarawih.
Oleh otu sila bawa minyak wangi masing masing.
Sekurangnya bila bersalam jemaah sebelah boleh rasa wanginya jemari

ALMAKLUMLAA lapan rakaat pun sudah berpeloh..semua celah akan mengeluarkan peloh..
Aktiviti sujud rukuk yang banyak dengan ramai insan.

Membantu sesama jiran SEBELH KIRI dari sesak nafas. TENGIK JIRAN SEBELAH LAGI KANAN

Nikmatnya berbuka reramai, Apasalahnya sesekali Berkelah di Masjid

Biaasanya kita berkelah di tepian pantai.

 betapa nikmat melihat ramai insan..berbuka

Tiada level kita rasakan,,,

kita boleh muhasabah diri, segelojohmana menyuap makanan, banyak mana makanan tenung diri, berapa hari dah tak makan dengan stok menu di depan mata?

nikmat berebut paip air,

berapa ribu bersila dibarisan juadah sejak enam petang?dan berapa ratus pula yang sempat kejar rakaat pertma maghrib berjemaah?

nikmat dan cubaan.

belum kira sentuh berjalan ke hulu hilir cepat dan perlahan dek kekenyangan

cubaan jika nak ke Umrah

Nun di Padang Masyarr juga tiada level dan pangkat



 **** jika terbeli ayam goreng dua kali,
terasa keras dan berbau.
maaf dan kira halal sesama insan, sangka baik dia jual separuh harga, walaupunwajar diberitau ayam semalam.

Ada juga Spesis Begini :-) Stim


Nah 5Rm,  upah isi minyak tolong keluar beli juadah berbuka.

Gua sakit mata, sesak ramai orang sambil senggol sengolan
Lagipun gua geli dan lekad STIM tengok anak muda anak tua yang pakai ketat, tambah ujan, nampak semua lekuk lekuk.

puasa ni yang berkurang adalah tenaga dalam, berfikir dan fizikal minda berfikir
Yang bertambah adalah nafsu, semangat, marah ngantuk dan malas

Rm 5 = berapa nila pahal yang terbang?

Sedekah Tenaga

Jalan jalan cari bahan
Bila terserempak terdengar curahan semburan dari tandas sebelah, jenguk jenguk buzy body, tak rugi,
Kudrat pun dianugerahkanNya
Tekan lagi sekali..air akan berhenti menyembur mangkuk tandas di bawahnya.

Keempat Ramadhan :-) Paculah


Selagi ada tenaga, selagi mood beramal tinggi,dah esok cutikan.?

Mana tau tahun depan?  Dah tiada.
Kekadang mood beramal tinggi..sayangi mood dan semangat anugerahNya.
Supaya tak nyesal, korbankan sedikit masa.
Mood itu rezeki untuk bekalan

Berbuka Di Surau / Masjid?

Jimat membasuh pingan
Boleh mengekang ego NAFSU makan dan marah.

Sifat merendah diri serta mengenal insan lain.
Lepas berbuka, boleh terus membuka sehelai AyatNya. Dalam sibuk punkan.? Berbanding tersandar lena kenyang bila berbuka di rumah.

* jika tiada komitmen malas dan ank kecil

Friday, July 12, 2013

Ketiga Ramdhan :-) Kepuasan bila bersedekah


Tarawih malam masih sama dengan jemaah pada malam kedua.

Puas bila yakin dan nampak barangan sedekah itu bergerak dan laku atau habis,puas (walaupun Pahala DIA yang tentukan).

Akan tertannya dalam hati apa yang tak kena dengan barang yang dibeli itu, tidak kira selipar, kueh bubur, lambuk, majalah lama,  air mineral dan sewaktu dengannya. Termasuk kotak kotak yang penuh bubur lambuk terbuang kosong??,rezeki dalam kenyang..rezeki bubur yang tak masuk perut manusia.

** kekadang bila diceritakan perihal sedekah kepada insan lain, termasuk /walaupun "buah hati"., ada kesan juga,,kesan tak bergerak sedekah itu,barangan itu terabai..Padam muka, buat lagi

Kedua Ramadhan:-) sedekah, silap sikit jer


Silap mengucapkan patah perkataan sudah jauh perbezaannya,
Beza bekalan di SANA :-)

"OOOH,, banyak, wang syiling tadi saya sedekahkan kepada bebudak buat beli ais kotak, melalui mesin."

Atau,
"..Maaflah, dah habis syiling, tadi saya tolong tukarkan wang syiling, bebudak tu, semasa depan mesin air kotak.."

* Berbuka masih sama, ramai orang,
baris tarawikh, kurang sikit, berbanding malam pertama

Thursday, July 11, 2013

Tertenguk ais

SEBUAH RESTOREN
Semua meja terhidang menu,
Meja ssebelah beberapa anakjejaka
Makanan belum dihantar, lalu ais milo diletak di atas meja!
TETIBA dengan sepontan gelas ais dicapai terus ke bibir,
"..Oooppp oppp Puasalaaa.., belum azan lagi.." tegur kawan sebelah..
Dah memang tertenguk..ter ter..
************
Cakap Serupa bikin
Umpama satu dalam seratus.
Sedikit ssngat cakap serupa bikin,dalam semua segi termasuk bina blog bisnes blog dan kerja.
Pasang iklan itu ikhlas ker? Nak suruh oarang jadi baik? Jujur ker? Atau untung?
Soalnya bila ada anggotan team yang tak amanah akan melibatkan meja yang lain terbengkalai.
Sama ada harta yang diamanahkan, barangan yang diamanahkan membahagi.
Amanah masa kerja?
Membaca AlQuran menggangu tinggalkan kerja yang wajib, kerja? Ada?
Puasa Sunnat,  kerja orang lain buat? Alasan letih?
Keadilan membahagi tugas juga amanah
Masing masingnya biar AKU senang, biar kerja ku selesai kes..
Orang lain itu punya pasal.

Wednesday, July 10, 2013

Membodek beli membelah cara baru bukan percuma

Teknik baru
Ingatkan voucer free rupanya bukan percuma

" RM0 Tahniah! Anda kini boleh nikmati RM50 baucar Zalora dgn masukkan AIRCASH50 di ruang kod kupon sblm byrn. Mula membeli-belah dgn AirCash skrg!
Info:1111.T&S

Pertama Ramadhan


Semangat ke surau dan masjid memang kuat. Mudahann kekal ke akhir bulan.
Memerlukan pengorbanan yang kurang tinggi sebab perut belum kenyang sangat. Tunggu malam kedua pulak.
Separuhnya angkat peha bila selepas lapan rakaat.
Positif berbanding tak datang langsung.
:-) hari pertama :-)
Dugaan, mengumpat dan cabaran kesabaran kerenah manusia.
Kulikong. Puasa sekurangnya boleh tahan nafsu marah.
Mudahan ujian akan berkurang..

Tuesday, July 09, 2013

Sebelum Ibu...


Hilangnya nikmat kemesraan seorang ibu.
Sebelum suaranya tiada kedengaran, hanya mata memandang sepi, bila anaknya berada di depan mata.
Tiada cerita ibu

Sebelum tiada kedengaran hilainya,
Sebelum tiada kudrat untuk menyentuh ramas bersalam dengan sang anak.
Atau hanya dapat merenung sekujur tubuh dengan nasi disuap anaknya

Ibuuu.
Atau hanya dapat menjamah tangannya. Hanya dapat mengecam suara, mana si adik mana si kakak, anak anak tersayang..

Atau hanya bol
Atau sebelum hanya tinggalkan kenangan kasihsayang jasa, menu masakan yang digemari anak anaknya..
Sebelum menjenguk pusara..hanya pusara..

Oh Tuhanku Yaa Allah, ampunilah dosa dosa ibuku semasa membesarkan ku,semua dosa kecil dan besar jika ada..
Alfatihah,

Mencendol Hari Terakhir, Spesel

Mendekati sek 10 Wangsa Maju Setapak.
Cendol gerai bawah pokok. Yang specialnya :-)
Pulut durian serta
Tambahan campuran. mangga dan betik, selain cendol biasa.

Pilih kerusi yang wangi dari najis kucing.
Alah biasa tegal tak besa. Kecuali watak resdong yang tak berbau apa apa.
Selamat supaya kereta tidak berbau harum bila pulang nanti.

Monday, July 08, 2013

Jimat Bateri Rupanya

Barulah tau jimat bateri, bila pakai mode malam.
Dan mode kapalterbang off
Alahai bila terdesak minda terbuka.
Offkan wifi dan Gps.
Bila bateri sudah nazak bawah 13%

tak pernah cubatrytest,jadi tak taulah pulak

Selamat berusaha menghabiskan satu "dua " bab dari 114 bab",,kalau tak katam semua pun.."novel" ini entah berbintang berbulan nilai skemanya

Ole Ole Al Haram


Ceritera dari :-)

Tika bersandar di tiang Masjid, selepas zuhur, tepi tong Zam zam, belakang mimbar imam, Depannya Kaabah

"... Plezee.  .  Fon fon, wanita Arab di sebelahnya gadis,,(dari celah matanya memang tajam...hitam:-)..
Buat buat faham walaupun  tak faham,
Dalam hati dari mana dia tau saya ada Hp?, sim Arab punya?

Dugaan? ( dalam hati)
Sambil menghulurkan, Hp dengan redho. Baik sangka..

Bunyi tuturnya dalam bahasa arab...seolah olah dengan suaminya..

Kemudian hilang dalam celah celah insan wanita yang ramai..

Pandai pinjam, pandailah memulangkannya?

Meneruskan iktikaf...dalam redho soal rezeki.

Sejam kemudian HP dipulangkan.

Al syukurr.rezeki tak ke mana...."

Penutup Menggatal


:-)  ehemmm..orang cantik dan kiut kena tenung 3kali kan?
: Ammboii,, hormat sikit oo..ni kakak tau,,
:-) Kakak tu,  nama luaran saja..dah lenggang kuat sangat apa salahnya tenungg..lama ooo, sampai bergegar iman saya..uhukk

: sapa soh tenung??

:-) salah saya jugak


Selamat berpuasa

Sunday, July 07, 2013

:-) Imam Tarawih Jemputan Gunakan Product Tempatan

Secara peribadinya elok masjid dan surau Malaysia memggunakan memaksimakan Imam imam dari lulusan tahfiz negara.
Utamakan produk tempatan,,tidak membazir, kecuali kitankekurangan imam yang terlatih atau tiada maahad tahfiz di Malaysia.
Memberi ruang dan  peluang kerja kepada rakyat Malaysia.
siapa lagiPengursan Ajk masjid surau yang ingin menolong rakyat sendiri, jika bukan kita?
nak mengharapkan jemputan ke Indonesia, ke Syria?


Cakap dan bikin.

Berkat ker Rezeki? Masuk Wall Orang

Masuk dengan POTONG STIM nak membaca nak mendelete,nnya..
Kalau berkat teruskan...
Hidup berjirannelok tak menggangu sesama iklan,,
Iklan kan sebelah, nak iklan ubat SEX UBAT KUAT tiada siapa yang larang dan terganggu..
Taubat sebelummrezeki menjadi aiR mANI??

Saturday, July 06, 2013

Santai ujung Minggu

Bukannya buat duit poket di ujung minggu, kata kta orang kaya.

Nak mentenet pun tiada alasan, Bursa tutup laa,,
Jadi tiada alasan depan web lama lama, bini bini jeling...

OLE ole Al haram :-)Dalam Penerbangan :-)

Baiksangkanya bila :-)
Sikap mementingkan diri tak berubah semasa menuju jumpa makam Rasul SAw.

Bila boarding insan sepasang suami isteri jauh jauh.
Bila minta tolak ansur ditukar dengan rela tempat duduk.

Bakal jemaah umrah masih bersikap pentingkan diri?. Malas tukar.

Berapa jamkah kita bermasam muka dalam penerbangan?
Berapa kali doa untyk melembut hati dipanjatkan?
Tak berubah rubahhhhhhh.

Bila pulang sekali lagi minta ehsan tukar tiket. Perangai masih sama.
Maknanya dia masih simpan hanya satu sifat buruknya. Yang tiga empat lagi telah berubah.
Moralnya kena pergi Umrah lagi sekali.
Individulistik.

Cuci LCD Gajet

Boleh tahan juga jenama ini untuk menyapu daki di Screen Ciumscreen anda

Thursday, July 04, 2013

Kanak kanak Vs nasi Bungkus

Sedang mengedar nasi bungkus untuk tahlil
"Dik dik, mari sini,
Adik ada berapa kawan,, nih ambik..
Tolong ambilkan untuk abang awak sama"

Seminit kemudian, seorang kanak kanak, datang kembali..
"Pakcik, ni lebih satu,"

"Ambillah saya sedekahhkan untuk awak dik, makanlaah dah rezeki awak.."

Wednesday, July 03, 2013

Jika runtuh?

Runtuh bila?

Bila mimpi, kita hayati :-) Meninggal

Ajal maut Dia yang tentukan.

Antara percaya atau tidak.
Yakin atau tak.
Bila memusingmemory sejak kecil berpandukan kejadian yang teringat atau kejadian semasa belum baligh tapi diceritakan oleh orang yang lebih tua, berkenaan maut. Mungkin kita ambil hal atau tak hirau langsung.

Aalsebab meninggal kerana hidung, meninggal dalam air meninggal tak boleh bernyawa, atau meninggal dalam udara?

Apakah diri ini itu meninggal dalam air, kemudian tetiba ada peluang kerja dalam agensi perkapalan.

Adakah daku akan sampai ajalnya dalam laut? Dalam air...
Ambil hirau atau tak hirau soal mimpi?

Antara gementar dan redho?

Soalnya adalah kita perlu lari dari sesuatu yang ditetapkanNya...

Tuesday, July 02, 2013

Air Mani kotor

..." Eh eh Lu belum ada anak,  lu belum kahwin tau, jangan sentuh bab anak jaga anak, cucah woo..."

Ulasannya :-)
Hasil komen :-)

Patutlaa anak dia hati hitam legam keras kepala, hasil beras tak bersih menjadikan air mani kotor..mudghah.  N hgaaah lagi..

Patutlaaa rumah selalu kena rompak
Patutlaa kedai kena bongkarr banyak sangat duit haram..

Monday, July 01, 2013

DR Anti virus Percuma :-) Dr Web lite. Untuk Android

Boleh laaa kerana percuma.boleh scan treat yang membazirr ruang. walupun bukan virus.
Dr web

Cerita dari 3 buah Surau dari Lokasi berbeza :-) Sesama Islam Pada Yang Kenal?

Habis jika bukan kawan atau tak kenal bukan sesama Islam ker?
1.

Selepas solat Isyak ada makan minum, entah AJK atau pihak berkuasa surau menunggu di luar pintu kaca.

"...jemput jemput En..ada makan minum sikit..."
Tak luak pun makanan, dan tak semua yang dijemput itu sudi makan jika dia tak biasa singgah...sekadar pemanizz ajakan baguzz..lima bintang.
2.
Selepas solat dan tahlil,
"...En sila sila ambil nasi. Jemput jemput..nasi banyak jangan risau"
Jawab :- O..ooh terima kasih..saya kebetulan singgah lepas kerja,,thankiu jemput.."
Orang datang berjemaah pun bukan niat nak minum makan pun walaupun malam Jumaat.
Dan tak semua insan muka tak malu atau malu dalam bab makan percuma, mungkin sekadar memenuhi jemputan..

3.
Lepas Berjemaah Isyak..

Jemaah yang dah biasa terus makan, yang tak biasa berlalu..jer..memang muka Malu sebab tempat orang..lagi pun bukan pelahap sangat nak makan pun..

** PR
sesebuah organisasi adalah didikan sejak kecil, kerana insan selalu berfikir soal diri,  bukan fikir orang dlam situasi semasa..
Seseorang itu akan berfikir soal diri, nak,balik dengan siapa makan dengan siapa, nak bawa mana, nak balik pukul berapa, terlepas pandang jiran sebelah..walaupun sekadar membuka mulut, nak ajak minum kepada jemaah yang tak dikenali.

Stress Di tempat kerja?

Cuba semak jika termasuk dalam diri stress?

Sunday, June 30, 2013

kes Queen Kontrol lawak ujung minggu

ujung minggu sedang sepasang suami isteri bertekak.
Tetiba lalu tukang pembeli barangan lusuh lalu pusing taman taman perumahan dengan speakernya.

Paper lama paper lama...

Suami yang malas kerja kisahnya...

Terkena benda panas, elak melecur yang banyak

Bila kulit melecur

Tak kira kena api, air atau minyak.
:-) letakkan lidah hisap secara kuar lokasi terkena.
Ikut denyut rasa sakit, buat 10 minit.
Ludah air liur jika terasa pahit, kulit sendiri pun pahit?.
Kesannya kurang sakit kemudian hari,cepat sembuh.
Kesan pecah berair tiada, tapi nampak merah tanda sembuh.

Ole ole Al Haram


"..Elok tukar wang di madinah, senang dapat money changer berbanding di mekah, jauh jumpa money charger di samping harga mahal di Mekah. Untuk Rm bila ditukar di Madinah

Nak senag lagi buka akaun Alrajhi Bank.

Keluar pagar di Mekah ada Atm Alrajhi bank, tak sedar ribu ribu keluar sehari.., keluar masjid ada Atm, membeli dan minum.
Masuk Masjid semula."

Saturday, June 29, 2013

Rangking buat apa jika tambah saham

Banyak banyak saham, rangking tinggi, riak pun naik.
Wang punya pasal atau info punya pasal?

Kuitplah wang tercicir walaupun 5sen

Atas alasan membazir, walaupun lima sen, tunduklah kutiplah,jangan harap apa orang kata.

Bila orang tanya bagitau nak sedekah surau,
Mereka mana tau 9.95 sen lagi kita akan tambah.

Jangan risau jika wang ada tercicir bawah RM50 saya akan masukkan ke mana mana kotak peti Surau atau maahad Serta anak yatim.
Kebetulan lebih dari itu akan dihubungi jika aada alamat
Jika ada wallaet serta nama boleh dihubungi pemiliknya.

Maafkan saya dan halalkan wang yang anda tercicir ke bawah Rm50.
Setakat ini tiada lebih dari itu.

* pernah juga seorang bekas Bos menguji dengan longgokkan dan taburan note Rm 50 dam 100. Banyak,,bertaburan dalam sebuah bag laptop yang seolah olah terlupa. Di kira barang lama. [mungkin dalam Rm20K] Sekali lagi bekas Bos, iaitu semasa telah berhenti. Dan tak berbaloi jika melarikan Rm sebanyak itu..

® cerita seorang jiran.

Bukan Menghina Penjual Ikang masin?

Ada tiga org penjual :-) wanita
Satu pakai coli
Satu pakai skirt dan choli.
Satu pakai paian cujup untuk solat.

Selamat memilih penjual mana bagi lelaki atau wanita yang ingin menolong peniaga?

Barangan lelaki yang mudah tak jumpa

Sikat, jika besar atau kecil sangat,
Pewangi, pemetik rokok asap.
Pencukur mahal, bukan sekali pakai buang
Dan yang seksa paling banyak hilang pemotong kuku, jika tiad tali.

Masuk Barisan :-) uniq

Uniq dibariskan kepala selipar kearah depan keluar.memanjang dua barisan.
Alasannya senang jemaah keluar

Friday, June 28, 2013

Warga Shah Alam esok lusa

Jualan amal

Belajar Membaiki Elektronik :-) Mahal

Buka alat itu, scan benda halus terbakar.
Beli alat baru atau second hand  dan buka serta telek belek  no Ic Atau Resistor yang sama jenis dan lokasi.
Beli di kedai, secara rambang dua tiga biji. Komponen yang sama.
Pergi  ke bengkel upah membaiki gajet. Soldering apa yang patut. Hanya kedai itu yang ada alat soldering khusus. Untuk alatan sehalus rambut.
Alasannnya jika kita bawa sebijikseketul alatan yang rosak :-)
Part tiada, mahal dan lambat, sebenarnya mereka malas buka dan detect problem.

Pengalaman :-) Muhasabah Rezeki, setan berminat, histeria

Bila terkena penyakit setan masuk tubuh, elok muhasabah, cuci makanan dalam tubuh terlebih dahulu.

Rumah setan dalam darah daging.
Pilihan memamah menghirup menu yang banyak.
Sekaki lagi pilihan.

Beli makanan kedai mana.
Untung dari iklan porno
Punca wang,  riba, harta anak sepupu yg yatim.
Ngular 24 jam..
Selamat mencuci Darah.

Wednesday, June 26, 2013

Harga sebuah Belanja Kawan


Sambil borak borak, yang sebelum ini tak terfikir untuk diajak berborak.
Ajak minum suatu alasan.

Ujung bulan kekadang nampak gelisah dri jauh.
Ada insan tunggu 7 haribulan.

Jadi segelas air dan sepinggan cawan sambil berborak kekadang mahal bagi penerimanya..
Tanpa niat dibalas balik.
Kemudian rezeki akan datang tak semena mena.

*kekadang tanpa sedari,  bila rakan yang beralasan tak sempat jumpa bos dan bla bla nak beli rokok...

Kita faham buat buat faham apa mesej yang nak disampaikan..
Juga tanpa sedari baki  RM dalam poket kurang dari nilai yang diberi pinjam. ALAHAI...

Tika poket kering ketika itulaaa ada insan yang memerlukan tanpa disangka..

Dongeng Hujan Vs Jerubu


"Aduhai jerubu, maaf gua punya tugas, nyahla kau ke bumi, ngalir ke sungai dan laut. "

"Woi woi, lu ingat gua pun tak visi juga ka. DIA juga menjadikan ku,tau."
Angin pun tolong gua tau..
Tengok manusia ada sikit insaf, nak keluar berjimba bersuka ada kurengg memalam bute, dek jerubu, tau juga takut demam and (speaking sikit) mati.
tapi mahkluk yang nak ke surau dan masjid kuat semangat, jika mereka rebah pun ada saham? Kan?"

" maaf lain kali cakap...""

drummm dumm guruh,gruuoomm ,rummm..groommmmm

Tuesday, June 25, 2013

Sujud Syukur PADAMU :-) ujann

Syukurr,, dekat azan asar hujan turun..
Banyak masjid surau adakan sujud syukur. Baca apa yang patut dan pandai. Atau sujud lama sikit dalam rakaat keempat asar.dll solat

Cuba semak sudut Dinding bila...

Bila jam mahal dan jam murah di rumah, agak lewat walaupun bateri baru.selain jam yang rosak. Rekahan dinding yang senget dari bawah struktur tanah mungkin sedikit, tapi elok buat selidikan. Kesan air bawah tanah dan rekahan. Dinding senget, kekadang jarum jam tak bergerak langsung walaupun gantungannya nampak stabil. Rekahan yang tak nampak..atau sikit sangat.

Bersyukur Jika Kita Jumpa Yang jujur


Peniaga jujur, pembuat nasi pun jujur.

Walaupun sukar jumpa gaya Rasul meniaga, yang elok di bawah.

Peniaga telah tau. (Tak perlu ajar).bila nasi laku dan sampai bila laku atau berapa tak laku berpandukan jualan semalam. Jadi tak timbul terlebih jualan kecuali jerubu..

Contoh ayat jujur :-)

"...Ohh ni nasi pagi, mungkin tak elok di jual lagi.. Mungkin basi."

Berbanding terus menjualnya bila ada orang nak beli.
Ikut tiori pasaran nak beli kena jual, kualiti belakang kira.untung di depan.

Bila sudah tau nasi berlebih sampai ke petang kan elok di masukkan kuah asing dengan nasi Suku. Tahan lama sikit.


*******



Monday, June 24, 2013

TERIMA kasih Tv1

IPU di screen tv sambil menonton, tanda info itu penting.
Sambil mengadap tv.
Tugas yang kreatif.

*****® Dialek ® ™*****

Ple`ting = straw minuman
Belok beleka =bengkok sangat
Ka`kah = dia tu, individu
Tak pok = tak sihat mental
Gotel = gentel

Nasi Lemak Pagi Vs Insan Lain


Apasalahnya jika kita makan nasi dengam jari atau bungkus ke pejabat.
Lalu memberitahu tuan gerai, supaya sudu plastik takmperlu dibubuh.
Membazir saja, tak guna pun.
Begitu juga jika hirup air tanpa straw@pleting.
Tak perlu disertakan membazir alam dan jimat buat  pekedai.

* apasalahnya berfikir lebih dari jam kerja lapan jam ke arah kebaikan insan lain.
Tak kedukut kelebihan daya fikir anugerahNya.

Contoh:-)
Bila jerubu melanda, topeng diperlukan cadangan beli topeng juga dalam kerja berfikir. SPARE topeng jika banyak wang.

Bagi petugas di asrama apa salahnya menghubungi keluarga secara sms,,mengenai status anak anak pelajar dibawahnjagaannya.
Status cuti sama ada nak,bawa pulang ke kampung jika lama sangat cuti diberikan oleh pihak tertentu.

Jika  bukan tugas yang berbayar? Bergaji? Apasalhnya memberikan kesejahteraan sesama insan.

* tiada kelihatn beburung berkicaun gembira di pepohon dan pepokok.tiada beburung berterbangan di udara..



Sunday, June 23, 2013

Nak cari Air Kolah :-)Wuduk :-)berubat?

Salah satu kolah yang baru dibina adalah terletak di surau As syakirin USj.
Selepas masjid kubah biru Fastabiqulkairat..
Sebelum ini terdapat di masjid jamek  sek 16 sedang pembinaan.

Bila ditarik sikit jer


Sebelum ini ligat keluar meronda
Menghirup nafas udara segar dariNya, bebas.
MAHA Pemurah,

Tetiba disekat dengan jerebu.
Tekak dada sakit, mata pedih, hidung sesak.

Seksa, terkurung

Baru terasa nikmatNya yang Pemurah. Percuma walaupun tak dengar kataNya.

Dia suruh kawal kaki agaknya.

Wajarnya Perpustakaan desa atau Kondo dibuka


Tika cuti minggu untuk lokasi berehat anak anak.
Kawasan perumahan yang sesak.
Membuka perpustakasn pada hari minggu wajar
Berhawa dinggin.

suria yang tertahan cahayanya http://www.keek.com/!Ojt4cab

Saturday, June 22, 2013

Berusaha Mendapat Bekalan Habuan (27)


Rezeki dan habuan bekalan, usaha.

Berusaha alert tentang bila waktu mentari panazz..

Lena

Sayup sayup azan,,,
Niat shaf pertama.
Ambil wuduk
Dari jauh shaf memang sudah penuh. Mula nak berbaris shaf kedua..
Tetiba kosong diujung sekali tepi dinding...
Melangkah ke shaf pertama dengan Riak.

" dapat juga shaf pertama untukku:-:-).."

....perut memulas, keluar barisan dan masuk tandas...
Dapat niatpun jadilaaa
Nak dapat 27,,lalu dpat satu pun belum tau..

***
Kesian lelaki yang tertenung selepas wuduk, ke arah perempuan( bawah 50an,jika atas 50 masuk kategori lain) yang macam kerengge ketat pakaiannya walaupun dalam dewan solat..

RIAK riak yang merugikan

Percuma :-) kertas Kosong, di Pasaran tetap ada nilai


"...Bos, Minta kertas tebal ni sikit,..U potong ikut ukuran bisnezcard"

Bila nampak lebihan kertas tebal yang banyak dalam sebuah kilang kertas.

Boleh saja..apa tidaknya selepas bayar hutang syarikat ribu ribu, setakat cebisan kertas ni tiada nilai bagi syarikat besar percetakan dan kertas.

Minta amoi pun bagi,,nak tak nak jerr..

Kertas kecil ni bila masuk pasaran akan berharga ringgit juga..

Dalam hati :-) izin dalam paksa
Tapi jangan risau kertas ni gua tak nak bagi anak anak guna pun, nanti hitam otak dan hatinya..

Belum tentu dia bagi secara ikhlas jika tiada kontrak mana diberinya kenal pun tak rasanya...elehhh..bisnes sementara berkuasa.
Kertas ni disimpan dalam kereta buat, diberi kawan kawan untuk menulis telefon nombor.
Dapat percuma,  digunakan pun percuma.

* cerita ini ada kena mengena dengan pengkisah jadi tak timbul jaga tepi kain orang..

Malas Basuh Tangan KANAN :-) Sementara

Dah malas sangat basuh tangan selepas,  lepas suap menyuap
Sapu dan lapik saja tangan dengan gelas kemudian hiruplaa dengan tangan kanan.
Tak susah kan.
Tak perlu guna tangan kiri.
Lagipun gelas itu akan dibasuh juga.
Sementara malas nak bangun mencuci ke sink yang jauh, leps membayar harga bru cuci dan berlalu ke kereta.

****
Makan dengan sudu dan garfu hilang satu nikmat ramas panaz lembik atau pejal, suam rasa makanan depan mata.
Kecuali ccacat atau tangan kotor sangat

Thursday, June 20, 2013

Wakaf :-) Jangan Ambil

Aman dunia jika mendengar ayat

Minum Di Restoren :-) humble yang tak diwarisi

Beralih lokasi bila ada watak yang bersuaramejanya sempit.
Nak meeting dengan kawannkawan.

Sedangkan banyak lokasi lain yang kososng kerusidan meja masih kosong.
Seolah olah nak guna meja kita yang baru nak mula minum.
Alaaa beralah dan beralih ke lokasi lain..

Antara sifat humble dan kurang sopan serta ego bukan terletak kepada imej, pakaian dan jawatan..

* mak tak sempat ajar atau terlupa..tak semua ibubappa mengajarkan gaya kehidupan anaknya, kalau ajarpun tak semua masuk minda. Lekat

Monday, June 17, 2013

Bagi Lelaki :-)Mengantuk menunggu Isyak

Adalah satu cabaran yang cukup kuat.
Tahan mengantuk, tahan dugaan selepas makan.
Lelaki yang gagah adalah yang dapat menghadapi dugaan dan cabaran serta menolak mengadap TV untuk sampai ke Isyak berjemaah.
Bagaikan cabaran menahan kek satay rusa di depan mata,. Jika itu adalah makanan.

Buruk Sangka :-) Besi Pun Boleh merajuk


Bila terfikir nak tukar cutter, bukan soal lusuh, tapi nak yang besar sikit.
Sebelum itu memang ada cutter lama digunakan.

Masuk kedai hardware, beli cutter baru besar sikit.

Balik rumah puas cari.
Tak jumpa, aik macam merajuk jer,..
Jadi gunakanlah cutter baru sementara jumpa yang lama.
Hajatnya cutter bru sebagai spare shaja..

Dua tiga hari kemudian baru jumpa cutter yang bukan lama, depan mata...

Saturday, June 15, 2013

Semurni Hatinya :-) buzy body, komunikasi tanpa wayar

Suatu petang di lorongyang biaasa biasa.

Lelaki tampan menyalakan sebatang rokok di sedut seorang insan itu.
Seorang tua  jalanan bagai pengemis. Sah da baju kotor. Legam bukan di hatinya?
Memegang sebanika kertas ditangannya.
Tunduk menyedut asap.

Seolah mereka sedang berbisik, sang lelaki tinggi manakala sang veteren rendah.

*** salah satu bentuk komunikasi dan info?

Mewujudkan telinga sebagai Wifi

Bersambung walaupun beberapa meter dari server hotpot.
Masukkan pin ketika dekat dengan hot spot, kemudian bergerak minum, kita masih lagi mendapatkan line internet.

Begitu juga dengan telinga.
Set upkan atau fokus kan pendengaran ke arah tazkirah ceramah dari surau, kemudian secara otomatis, pengisian ceramah itu akan masuk telinga, walaupun muzik bingit dalam sebuah pasaraya..
Atau restoren ketika sedang makan minum yang penting fokus.
Nak tak nak.

Friday, June 14, 2013

Versi Jumaat, Baik punya. INFO yang Tak melalai laghokan


Dah nama Jumaat, Penghulu hari.
Tapi jika hari Jumaat tak boleh jadi baik, lain hari entah laa.
Sama malam tadi,  malam Jumaat, di mana?

******** *******

Bahagian Dakwah JAIS:

Program Menyemarakkan Islam Di Negeri Selangor (PROMISE) Tahun 2013 (Pengajian Berkitab).
Tempat= Perkarangan Muzium Negeri Selangor. Tarikh= 15/6/2013. 9-10pg subjek Jinayat kitab Fiqh Manhaji oleh Us.Mohamad Zamri bin Mohamed Shafik. 10.30-11.30pg
subjek Perubatan Islam kitab Hadis Perubatan oleh Us.Mohamad Hanafi Bin Rahman. Muslimin muslimat dijemput hadir.

##########

Tak pasal pasal bekalan bocor, hari mulia dok menunggu tetiba sang Kebaya ketat, goyang depan mata..SUHAA....

Thursday, June 13, 2013

Nikah Belah Sana


" ..Dia tu pergi sebelah sana dengan saya,,,kahwin lagi satu.."
Bila dihidangkan cerita cuti sekolah
Cerita ada orang ajak pergi belah sana,  sianu kahwin lagi satu,
Kenal dia,  kenal sianu.
Sengaja untuk memancing atau menguji setakat mana lelaki boleh simpan rahsia.
Sedangkan kita kawan semua, isteri kenal suami pun selalu jumpa.
Jadi tiada sebab untuk cari pasal, bertanya dia tu ke yang kahwin belah sana.
Atau cerita kahwin sengaja direka untuk pendengar cerita mengorek rahsia, siapa nama, pergi dengan siapa lagi.
Tiada masa untuk buzy body siapa kahwin bila dan dengan siapa.
Nak cerita silakan cerita, tadah telinga, namun bab nak tanya itu ini, no TIME! banyak benda lain nak tanya.
Bukan boleh  jual pun cerita tu. Meniaga gosip?