Apasalahnya lurus dannremeh dalam memilih pencuci gelas pinggan.
Dari sekecil hingga sebesar rumah.
Lurus dan remeh.
Membazir minyak ke lokasi jauh sikit.
Asalkan suci.
Bukan setakat sebut dan niat nak lurus.
Usaha pun lurus.
Assalamua'laikum, Masuk laaa., < "Tiada hak cipta dalam Islam" diizin salin jika perlu. SEMUA GAMBAR ADALAH WAKAF TIADA MILIK PERIBADI! KECUALI PERNYATAAN PEMILIKNYA SERTA GAMBAR MILIK LINK! Harap maaf jika terdapat iklan yang memberi "bonus di Akhirat "atau gambar yang seksa
Saturday, August 31, 2013
Hari hari nak Yang lurus
Friday, August 30, 2013
Berkata Tidak Perkara Mungkar,pahit Letong
Tidak, tidak No No. LA LA
Untuk bersekongkol dalam alam penipuan serta munafik
Menjual nama membeli nama.
Berpakat menjahanam insan dan harta.
Memindahkan harta ke katung peribadi atau geng geng.
Memang pahit.pahit itu ujian jihad.
Wednesday, August 28, 2013
Buat Wang Dengan Blog? 100% ,50% halal?
Saya tetap tak percaya 100% halal pendapatan dari blog.
Kecuali meninggalkan saham bila meninggal esok.
Saham iklan, baju selur dan gincu
Minyak rambut dan sebaginya, itu belum masuk ketetapan promosi yang jujur.
:-) tikam nombor ekor sekali jer buat silap ,tapi pelayar blog beratus kali tonton tak pakai baju.?, beratus hari walaupun tuannblog sudah meninggal, saham tetap berjalan..beratus kali gambar iklan sopan?
:-) pendapat peribadi..
Kawan berkawan Buat Lembu Kenyang
Masa makan, masa minum
Tiba masa bayar dia buat lembu kenyang.
Kita seluk poket, dia tak sibuk pun.
Pertama kali, giliran kita
Hari kedua, giliran orang lain.
Kali ke lima bukan giliran dia lagi.
Niat iklhas berbelanja sudah bertukar niat, bila tiba ke sepuluh kali.
Sepuluh orang, sepuluh kawan.
Dan yang paling pelik, kita ajak kawan itu menziarahi kampung halaman ibubapanya.
Pun dia buat lembu kenyang bila tiba masa nak isi minyak kereta.
Masa makan dan minum usah hirau macam biasalaa..lembu kenyang.
Adakah dia masih anggap berbelanja itu mengikut gred gaji atau prioriti umur?
Rupanya tak, bila keluar dan makan minum bersama yang lebih junior pun sama, tabiat dan habitat liat seluk poket berkira dalam berbelanja.
Selama ini kita ingat dia segan belanja seniornya..
Sebaliknya tidak..alahai..macammana laa nak belajar dan mengajar mahkhluk ini..hambaNya..
Tuesday, August 27, 2013
Perjumpaan Alumni atau Sewaktu Dengannya :-) Sendu?
Kita sendu menangis bila jumpakawan lama kerana :-)
:- Dulu bersama sama susah atau terlalu gembira dalam mengejar visi dan misi.
:- Sama sama, susah mengharungi cabaran, semua cabaran, bertekak, berbahas dan bertengkar.
:- terlalu rindu, dengan kenangan lalu iaitu masa itu.
:- pernah sama sama mengomen, berpesan dan tegur menegur terhadap kawan kawan
:- bersama sama deman atau sakit.. Juga kenangan..
:- bersama mencapai sesuatu, usaha bersama sama..letihlelah bersama menjiwai dan mencetus keluhan rasa.
:- sama sama meluahkan rasa ketidakpuashatian..sejiwa
:- Titisan air jernih dari kelopak mata adalah suatu peryataan bahasa ucapan terima kasih badan terhadap kawan masing masing, terima kasih semua semua sekali. Semua perbuatan baik yang dilakukan sepanjang bersama sama..
Dan gembira bersama sama pada akhirnya sebelum berpisah.
Muhasabah Diri :-) ku Malu Mengaku
Malu. Sepupu sikit dengan hipokrit.
Semasa nak mula hidupkan injin, baca bismika..Tuhan Sayang.
Telek kasut, telek selipar tika nak ke Masjid.
Duit gaji beli selipar.?
Gaji yang halal, kira ok..tanpa faedah tanpa bunga, tanpa rasuah bawah meja tanpa curi tulang.
Beli kereta, isi minyak?
Beli kain pelikat wang dari mana?, beli kopiah wang dari mana?
Beli baju.
Mengira? Apakah barangan yang terlepas pandang daku membawanya untuk berdoa?
Lalu solat.
Dan berdoa..seribu doa supaya selamat dan berjalan di jalan lurus..
Apakata salah satu barangan itu termasuk belian yang Dia tak redho?
Doa lagi
Doa esok lagi, rajinnya berdoa tanpa jemu, esok lusa..gigihnya
Dia memang Maha Penyayang.
Alangkah elok jika diizinkanNya, malaikat tolong bagitau, tanggalkan terlebih dulu barangan yang was was atau tak halal itu sebelum berdoa?
Bersihkan luaran terlebih dulu.
Dalaman dan hati, itu juga usahakan bersama sama..
Supaya Insan ini sedar diri, tiada siapa yang boleh sedarkan diri, kecuali insiden terbakar baju dan pakaian?
Cuba lagi..
Cuma malu sahaja mengaku, membawa barangan yang tak diredhoi sambil berdoa?..
Monday, August 26, 2013
Beli Powerbank Memang Nasib, karat damak
Dalam 4bateri 3.6, yang terdapat dalam powerbank, satu darinya berkarat..maknanya satunya dipasang tanpa kualiti.
Untung tokey.
Murah harga.
Tak sampai dua bulan menggunakannya?
Risiko bila menggunakan powerbank. Tapi bia terpaksa apa nak buat. Rugi minyak untuk dibawa baiki atau warraty kedai.
Soket model ini manja
Manja sangat, tidak sesuai untuk kegunaan beban yang tinggi.
Seperti stereka, mesin basuh dan sewaktu dengannya.
Mudah hangus terbakar bila digunakan 24jam.
Saturday, August 24, 2013
Isue Surau Di Sedeli, Harap Tak terjadi Di Negeri Termiskin
Bila kita sedar diri miskin harap nya orang atasan sederhana dalam menyelesaikan isue, bukannya dalam masa 24jam, jika 24sudah semestinya dalam keadaan panaz baran..tak terfikir yang baik.
Demi Islam itu sederhana.
Tidak nampak zalim sangat kepada makhluk yang kurang arif.
Lagipun negeri miskin tak elok merobohkan, elok tukar sejadah atau carpet sahaja..membazir buat binaan baharu..
Yang ngadap kiblat adalah orangnya..bukan jalannya bukan bangunannya.
Sejadah ikut masjid atau masjid ikut sejadah?
:-) Pendapat orang jahil..
Dalam Tandas dan tempat ambil Wuduk Ada Kipas?
Cuba teka masjid mana?
Dalam Selangor.Itu di dunia manusia boleh buat kipasmaupun hawa dingin.
Enaknya sambil berwuduk atau berangan angan ada kipas..
Agaknya di syurga macam mana..la, tanpa tandas..
Beraya Bawa Anak Yang Celupar
Beraya Bawa Anak Yang Celupar
Anak anak yang kuat komen.
"..Abah, daging ayam berbau busuk laa.."
"..Mama kueh raya tengik loo,,
Lagi satu dengan kemudahan Internet, abah pula sms washup anaknya..
Bila pukul 1.pm
"....., abang, dah pukul satu, ajak mama balik..dah dekat zuhur..."
Anak yang muka tak malu terus berteriak..
"..Mama, abah ajak solat zuhurr.."..
Bergema sebuahdewan makan?
Ada beranikah..
****
Terfikir siapa yang mengaturmelaksanakan perjalanan insanNya. Melepasi empat trafik lampu isyarat, untuk tiba tepat pada waktunya 1.18pm..bermula keluar dri rumah terbuka raya pada 1.00pm? Normal. 25minit perjalanan..
Friday, August 23, 2013
Potong Kukuku
Teringat kukuku panjang bila nak makan?
Atau teringat kukuku hitam bila tiba Jumaat?
Atau teringat kukukakiku panjang bila ru ku solat.
Atau teringat hanya sekali seminggu? Bila tiba Malam Jumaat..?
Apa kena mengena Malam Jumaat...dengan jari?
Jumaat Pagi Yang Sejuk
Hujn lebat dan selimut
Selimut tiruan atau asli, tetap mencabar untuk bangun.
Khasnya untuk tunai tangunggjawab.
Bangun kerana tanggung jawab, jika tiada tanggunjawab, tetap tidur? Sejuk memang mencabar.
Terbayang jika tanah runtuh ketika nyenyak tidur pada pukul 6.am?
Tenggelam bersama tak sempat tertunai tanngungjawab
Malas bangun kerana sejuk?
Wednesday, August 21, 2013
Sudikah Kita Jadi Pembodek?
Membodek ketua @bos, sama ada bos syarikat atau ketua itu pun makan gaji?
Jarang juga yang suka kerja tiap masa, bila makan bila minum jer akan ada arahan.
Sambil minum..
"....itu elo, awak yang buat..ahhhhaa awak kena buat itu..awak kena buat ini.."
Jarang yang sudi kerja tanpa sempadan masa
Masa minum perlu enjoy, buka topik selain kerja..itu fitrah.
Jika masa makan masa minum pun bincang soal kerja itu kurengg normal.
Susahkah menjadi seorang pengurus?
Tak susah jika tau etika etiket masa untuk orang bawahannya.
Frendly kawan kawan semasa di luar kerja..
Kecuali orang yang suka membodek sahaj suka kerja tiap masa mendampingi pengurusnya.
Boleh dan suka menerima arahan tanpa kira waktu..
Monday, August 19, 2013
Nota Selepas Raya
Perangai berubah sikit, ada baik punya
Anak anak buah cucu buah boleh lah tahu cerita dari mak mak sedara bila berbicara soal perangai sepupu sepapat,
Ikut ekor mamanya dan abahnya.
Sama ada kuat meragam kuat merajuk, panaz baran, semua keluar sifat sifat zaman kecil masing.
Atoknya senyum saja walaupun ada habitat itu dari berekor keturunan salasilah belah atoknya.
Maaf maaf juga, salam salam juga, tapi bab hutang tak kan nak langsaikan dengan jari sepuluh jer.
Bila pulang beraya dari sesebuah rumah, terasa ada yang tak bersalam seorang lagi, siapa yer..
Baru terasa ada ahli yang telah tiada.
Biasa nak tirun tangga nak keluar rumah semu bersalam.,,tapi raya ni terasa tertinggal sesuatu, rupanya ada yang telah tiada.
Bila coti coti, kena kerja, tandanya wang telah kering anak bini ajak tak keluar, kerja hari Ahad dan cuti, manakala orang lain duk rumah.
"....huuu Ahad kerja, , ni kira tak normal macam saya,,orang lain Hari Ahad pergi dating....."
Sebiji tang hidung, bila yang mendengar pun kena kerja juga..habis siapa suruh buat kerja pada hari cuti, kena perli kan pedas..
Sunday, August 18, 2013
Kenal ke Cam?
Dalam sebuah kelas dewasa, kita dikenali kerana:-)
-Kacak,bergaya
-Sopan ala ala auw
-Lembut ayat kata dilontarkan, imej kepimpinan
-Dek kerapnya soalan lazer dan bernas diajukkan kepada guru.
Bila terserempak dengn kawan sekelas yang cantik cun bergaya dann tinggi maintainancenya...kita terpaku?
Kenapa?
Siapa la daku?
soalnya logiknya takkan seorang wanita menegur lelaki terlebih dulu, kecuali ada sebab, setakat selisih jer,
Tapi ianya sebagai tetamu di lokasi kerja
abaikan.
Biarkan sombong.
Saturday, August 17, 2013
Tidak Semua boleh pakai :-) Extension Kabel
Tidak Semua boleh pakai.
Tak semua extension cable boleh pakai semua alat elektrik.
Seperti mesin basuh vacum atau sterika.
Kesannya wayer L atau N akan hangus.
Bila membawa beban yang tinggi.
Yang penting tanya duku nak pakai untuk apa semasa membelinya.
Setakat nak cas gajet bolehlaaa semua extension.
Friday, August 16, 2013
Jihad yang Tak Mati mati,,seksa
Penguatkuasaan yang tegas, jihad,
Kesan dipulau,
Siksa jiwae rage,
Mencegah kemungkaran, tak amanah dan salahguna kuasa lagi pedih.
Kawan tolong kawan, kawan sembunyi kawan.
Menegur penipuan sakitnya bukan kearah fizikal.
Berkat benar dalam kepahitan.
Keselamatan jangan kira.
Menghalang perniagaan yang mungkar juga kesan yang menyakitkan dari segi pergaulan
Menolong ke arah sejahtera amat jarang mendapat sokongan.
Wednesday, August 14, 2013
Tongkat Sakti, OKU, (mata)
Waktu bekerja dan jalan yang sibuk. Tengah hari
Berhadapan Pasaraya.
Lokasi Jalan Tok Hakim menuju ke Jalan Tok Guru@ jalan peng chepa
Nun seberang sana seorang OKU mula ingin melintas.
Banyak kereta dan laju.
Pusing kepalatelinga ke kiri, kerana jalan sehala kereta hanya datang arah sebelah kiri.
Tetiba dengan rabaan tongkatnya ia mula melintas, motor dan kereta mula memperlahankan kenderaan.
Kagum.
Selamat tiba di seberang jalan.
:-) Orang biasa menunggu hampir 5minit sementara melepasi jalan ke seberang sana.
**perakam sketsa berada di atas sebuah pasaraya berdekatan.
Bergambar Raya, gelakgembira sikit sikit dah la
Kunjung berkunjung, kali ini kita berkunjung jumpa waris sanak saudara.
Gambar kenangan.
Dari kiri ke kanan kanan ke kiri semua waris waghah
Tuesday, August 13, 2013
Ber WAZe Senda Dalam sesak
Kemudahan internet secara positif.
Konduktor boleh membaca ragam pemandu di depan dan belakang sambil bergurau.
Dalam sesak mengurangkan mengantuk pemandu ganti..
**
berjujuk - berderet deret
Bertolak pagi hari sesak, bertolak tengah hari pun sesak juga dalam perjalanan..
Pasar Siti Khadijah, Kek Pisang Panazzz
Berpuluhpuluh jenis kueh menu, ikuthatisemua nak merasa.
Tertarik dengan kek Pisang panazz dari atas dapur.
Diuli di adun dimasuk oven dibungkus terus makan.
****
Terlalu banyak pilihan, ambil lokasi tempat duduk, pesan minuman.
Tunggu sekejap
Jeling kanan kiri, nampak nasi putih yang putih dengan biji yang besar, rangsangan berlaku. Dengan sup peret yang sederhana putih tak lemak tak hitam, sepiring sambal belacan di tepi.
Yes selera dan pilihan menjelma.
"...dik, nasi satu sama dengan yang tu, sup perut...
Selesai masaalah makan.
Minum lagi.
Makan minum tidur makan..
Ulasan tentang Kesusilaan, negeri mana?
Majoriti negeri mana yang menimbulkan ketegangan agama.
Bila didikan kejiranan sejak kecil luntur dan longgar.
Negeri mana yang meledak kesopanan? Berani sentuh sensitiviti agama dan kaum?
Jiran mana?
Kerana mereka tiada semangat sayang kedamaian.
Cuba berkunjung ke Kelantan, khasnya kg Joh, antara kaum sesama gulung rokok cap daun.
Sama hormati agama dan adat sejak kecil.
Didikan sejak kecil, tersasar dari Rukun negara rukuntetangga..
Monday, August 12, 2013
Kurang sesak, Jambatan Salor, Terima Kasih
Bila ada anggota polis ada sikit laju, bila tiba jambatan Salor.
Samannn jer bila potong Q dua line,
Semua orang nak cepat.
Semua nak balik rumah
12 km tu sma laju dengan menunggang basikal
Jambatan Salor
Elok jika ada anggota keselamatan saman pengguna yang memotong Q.
Jalan satu line jadi tiga line.
Jambatan ini sebagai
Jalan. pilihan ke Jeli Tanah merah dan Grik dari Kota Bharu atau Kubang kerian.
Sesaak kerana potong Q
8km tu sama laju dengan jalan kaki
Charger Di Kereta
Beli dengan janji pulang balik,
Test uji sehari dua, kerana banyak Am yang tak ukup, dakwa 2-2.1am, biasanya tak betul, tak masuk charge pun.kecualimada multimeter uji semasa dalam kedai.
1 A biasa normal tiada masalaah
Jimat masa dan perjalanan minyak.
Sunday, August 11, 2013
Bandar Main Mercun :-)Kota Bharu
Kelantan umumnya.
Siang malam pepagi bute, mercun berdentum tum..
Untung tokey mercun, terkejuz tidur dek mercun.
Dah dekat dengan sempadan nak buat macam mana, bolos dan terlepas.
Hubu gan keluarga antara sempadan.
Selamat menggangu jiran anda.
Galakkan anak anak beli mercun banyak banyak
Bakar semasa dan setiap jam.
Sama ada mkmum sedang solat atau tak
Saturday, August 10, 2013
Pekan Pasir Mas
sesak sikit bandar yang kecil tersepit antara landasan kereta api dan sungai kelantan.
sedihnya dikata Kampung lagi.
Pekannnnn la
Yang ni sejiwa tekak saya
Elok dengan rasa dan rupa.
Dihidang ikut susun atur untuk orang makan
Memberikan nikmat mata sebelum jamah
Kobis segar sayur hijau
Daging ok.
Tea O pun sesuai dengan tekak ana.
Dan yang powernya sambal belacan cukup fresh.
pertama dan seterusnya.
Friday, August 09, 2013
Peminjam Tuala
Cuba awok awok bayangkan, bila terambil bag sandang.
Di dalamnya ada satu helai tuala, kain pelikat, kopiah dan sehelai seluar sehelai baju buat pemastautin sehari.
Bag itu pula mempunyai lambang jahitan ukiran Kaabah, di kedua dua belahnya. Ada zip, cukup season nampaknya.
Bag itu pada asalnya bekasan sehelai sejadah.
Kira sedekahla tak perlu pulangkan.
WA SEDEKAH PADA LU
Moga dengan memakai pelikat itu berserta kopiah solat akan khusuk, rajin datang berjemaah serta tak akan tinggalkan masjid atau surau. Juga meninggalkan DUNIA dalam iman selepas tobat.
****
Nota :-)
Setelah diingat,,tuala baru dibeli dari wang zakat pendaptan,
Pelikat dari cenderahati sebuah majlis tuan besar.
Kopiah sedekah dari jemaah Umrah. Minyak attar telah bertukar tangan kepada pihak ketiga awal lagi.
Apa yang saya ada, hanya sedekah yang bertukar tangan,
Sedetik sebelum itu
" kalau orang nak pinjam pun ok, tak mahalpun".
Tagih Hutang, usah dirajuk marah geram
Fusshh hutang ditagih minta hutang memang mencabar.
"...Syukur laa lu dah dibayar walaupun sikit...'
Nasihat buah hAti..
Ingatkan buah hati nak bagi tambah kuah. Rupanya penyejuk hati..
Sebijik kena hidung..
Dalam hati...hapa kejadahnya ribu ribu, dibayar rm50 sekali minta..itu pun bila diminta..agaknya berapa tahun nak habislangsai..
Ikutkan hati. Bakoor jer duit tu..
Chicken rice, Pertama Dan Terakhir
Kepak ayam, 4 ketul sejuk
Letak harga tak sampai rm 7.00
Harga bungkus tanpa nasi rm dekat 10.00
Mahal,
Dah sejuk tanpa perencah.
Pertama dan terakhir..
Thursday, August 08, 2013
Cuba teka ayat siapa, marah raya niiihh
Biasa la gua tambah kuah
..... tak datang dek ada,tazkirah luar. Ada gak masyukkkk rm150.00..
Jangan maraaah raya tau
ayat sesetengah itu mungkin 99%
Raya Di Masjid dan Surau, perjumpaan Bangla, rasa hati
Redup cuaca
Cuba bayangkan anda perantau,
Jumpa sambil solat raya, berpelukkan.
Bila sibuk kerja tak sempat berjumpa pada jumaat.
Atau remaja jumpa di KLCc.
Mereka gembira.
Sesama Islam
Wednesday, August 07, 2013
Salam Raya Lepas Puasa, PUAS :-) dan Syukur
Maaf zahir batin buat semua
Kesabaran yang lepas
Berjayaaaa ,puas dan syukur
tetap bertambah dari ramadhan tahun lepas jika dibuat semakan.
buat sedaya mungkin sekudrat mungkin.sebagai hambaNya yang diberikan peluang berusaha.
Ramadhan 29:-) Tiada Insan Yang Tak Nak Syurga
Moga kita masuk sama sama.tanpa lewat sehari.
Doa kita makbul untuk sejahtera di sini dan Sana.
Moga dapat ganjaran ribu ribu,
Hasil titik peloh tittik sejuk.
Jika tiada hasil? Dan ganjaran kenapa mereka hambaNya bersusahsejuk pepagi hari.
Mandi air panazz.
Hidupkan enjin dalam sejuk, memakai baju dua tiga lapis.
Telan ubat batuk,bila sejuk batuk.
Apa yang mereka cari.
Besar manakah ganjarannya. NAMPAK..?
Jika tiada ganjaran masakan mereka berseksa lutut dada dan kepala mengais tenaga.
Kerana mereka nampak pembalasanNYa.
Kenapa mereka bersusah payah?
Tinggalakn, pergorbanan lainnya.
HambaNya hanya berusaha.
Tuesday, August 06, 2013
Makan nasi ber Dulang @ talam, Adab Dan Adat
Di samping ada yang sedia ada, sebagai tambahan
Sama ada Moreh, berbuka atau bersahur.
Tak kira adat dan adab mana asalnya, tetapi memberikan kemesraan sesama Islam, bersaudara sekeluarga.
Pertama kali menjamah nasi. Beserta kuah memang geli.kuah kita kuah orang. Mengalir keliling tepi sedulang.
:-) Tambahan adat selain Bismika bersama amenn.
Dulukan orang veteren, beragama tanda hormat.
:-) bilangan sesedap seselesa duduk, mungkin tiga, empat dan lima orang.
:-) letakkan sayur dan lauk, sambal di tengah tengah, minta izin ahli lain untuk tambah tuang kuahnya.
:-) biarkan nasi membukit di tengah dulang.
:-) tarik dan kuak sikit sikit ke arah diri sendiri, se mulut semulut, bukan se genggam, nanti tak habis. Kita akan nampak bukit nasi tadi lama lama mengecil secara bulat. Dari lima sudut gaya nasi dikuak.
:-) suap secara tertib, tadah dengan tangan kiri, jika tak yakin nasi masuk mulut.
:-) jika ada sediakan mangkuk pinggan kosong buat isi tulang lagi baik.
:-) minta izin, jika nak tolak nasi ke arah berlawanan, mana tau jiran sebelah dah kenyang.
Dan bila kenyang minta izin undur diri. Bukan main tinggal jer. Berkuah dan bertabur nasinya lauknya, kecuali tulang.
Pastikan bahagian sudut kita licin..kecuali ada buah hati nak jilat bekas kita.
Sekian terima kasih
Ramadhan 28 :-) Sahur Sambal daging :-) Kenangan
@ serunding
Rakan sebilik bilik, bila tiba ramdhan dibekalkan seplastik sambil.
Untuk sebulan.
Kita dok sebelah dapat la sikit sikit tiap kali bersahur, bawa sejemput seorang kekantin asrama.
Mana la keluarga mampu nak beli sambal mahal macam tu.
Laju sikit makan
Terima kasih Az, anak ex pegawai kerajaan. PASIR MAS.
Sunday, August 04, 2013
Malam 27 Dan Ramadhan 27
Nak sedap kan lagi bubur lambuk tika masih panas masukkan rencah ayam serta daging kecil atau telur banyak banyak dan kacau..
Cabaran
Hujan tika enak tidur
Suasana panas meletihkan beramal
Makan akan banyak secara tak sengaja
Kawan kawan ajakmakan luar
Kawan sedara mara berkunjung, lalu kurang masa mengadapNya
Andai tengok TV tak buat halangan lain ada.
membuang mood mMALASSS
Tak dapat membezakan yang sunnat dan wajib..
Atau solat berjemaah dengan sunat Tarawih mana yang dulukan?
Bila tenaga sudah kurang.
++ berada di kaunter yang berhubung dengan orang awam memang mencabar kesabaran. Pengguna selalu betul.
Bila berpuasa kekadang insan yang nak memberi sedekah boleh jadi panas danyang menerima sedekah pun panas baran.dua kali lima
Solat subuh berjemaah bagi lelaki juga cabaran hujan.
Malu dan segan?
Cerita seorang jiran
1: Bazar ramadhan yang sesak.
",,,Sdra tolong beli kueh dan gulai di gerai tu, kerana sejiwa rasa dengan tekak saya..:-)"
Aihh Tuan malu?
Jawab :- Yerr selagi ada kenal yang berkait dengan jawatan dan jabatan, dah dua tiga kali dia jual murah..
Bukan apa, kat sana jawab bukan dengan mulut, wpun ia bagi secara ikhlas? Orang nampak dan dengar.
2: "..Singgah laa berbuka..
Jawab :- Terima kasihh laa, dah ada juadah berlebih..maluuu laa
Sebenarnya segan dan malu, bila dah lewat, makanan dah habis, jadi atas dasar kawan, Q pun boleh,,tak selesa..
Taraf kita sama saja macam kariah berbuka yang, tiada kawan tiada kenal, amanah namanya.
** tak tahu pakai mazhab apa menggunakan jawatan dalam jabatan untuk masuk tender booth jualan?..
Sangka baiknya untung disedekah kepada para miskin..?
Contohnya:-)
"... Sini semua booth atas nama orang dalam..dah nama booth kawasan dia..memang betullaa booth dia? Logiknya..tender terancang?
Tika kes meninggal dalam sujud satu di Tanah Haram tarawih
Dua meninggal semasa solat Qiyam di Shah Alam, yang ketiga meninggal semasa sujud tika solat sunnat baadiah
Jika tak meninggal dalam sujud,,meninggal tapi jauh dari jilatan API NERAKA JADI lah
Saturday, August 03, 2013
Ramadhan 26 :-) Berbuka pun Ada tahap kesabaran
Bila beratur, ambil gelas ambil nasi, letak suatu barisan. Tinggalkan nasi
Pergi semula
Ambil kueh,
Lalu datang bangsa IC sementara..
Terus di ambilnya pinggan nasi tadi, tanpa soal
Ingat nasi terus terhidang agaknya.
Dengan selamba azan dan ia berbuka.
Ada sabarkah?
Jeling jeling sahaja.
*...+++++*****/
27 dan 2 9 malam,,andai jadibos memang lagi enak terus cuti..usaha juga nama..
Azan Zuhur :-) Menghormati Azan kenangan
Lagi memori
Dalam kelas, kelas ekonomi tajuk Perlalunan, opss Percukaian.
Bila azan kedengaran dari Sultan Yahya Petra, yang terletak sejauh agak 2Km kedengaran..
".. Kita tafakur sekejap..."
Cik gu Ekonomi yang perihatin..
Masa itu semua pelajar senyap..
Bila azan selesai,
Kelas disambung semula..
Masa itu belum tau makna erti hormati azan..hormati waktu solat.Dah dalam kelas nak macam mana, lain lah berseorang diri.
Dan taktau apa yang nak tanya apa itu hormati waktu.
Mudahan Guru itu meninggal jika tidak dalam solat, dalam zikir pun jadilaa..
Aameennn..
Terasa Nak cari Cendul ?
Cendul Versi Kampung
Tanpa santan
Cendul hijau merah putih dicampur gula sahaja.
Perasa pandan
Kat mana ada?
sagu pula warnawarni dan dicampur air gula
Bergambar Raya? Kebahagiaan Doa dan Ke Sana?
Cuba bayangkan kebahagiaan sebuah keluarga bila berbaris tika bergambar.
Ada duduk berdiri anak adik isteri dan sekeluarga.
Memang manis gembira.
Nampak sayang dan mesra
Letak tangan di bahu, berpelukan adik beradik
Nikmatmya jika kegembiran sekeluarga itu bersambung diLembah Raudah kan...
Tenungkan gambar raya anda.
Bolehkah berjumpa lagi sebegitu di sana?
Siapakah yang paling degil dan keras hati?
Tiada insan yang tak ingin bergembira sama sama di sana,.sebuah keluarga di sini, juga bersambung ke sana..
Warkah Buat Sahabat selepas 25 hari
25 hari berlalu,,iktikaf dalam masjid.
Entah berapa kali U miss solat berjemaah..?
Subuh pun ada
Jumpa maghrib
Jumpa isya
Datang waktu asar jumpa shaf depan..
Andai Doa mu tiap Qiyam, tiap sunnat hajat, belum termakbul
Dikau memang cekal dan sabar...jauh bezanya daku denganmu..cukup sabar.ketahanan diri yang tebal, tak pernah mengalah..berdoa, berdoa dan berdoa..
:-) agaknya berapa ratus tahun Nabi Ibrahim As. berdoa?
Ramadhan 25 :- Imam@ guru al Quran :-) bacaan Mathurat
Imam@ guru al Quran :-) bacaan Mathurat
Dulu dulu bila jadi makmum, memang cukup jemu, lepas solat memang lama bacaannya. Tambah lagi ujung Albaqarah.
Doa dan lain bacaannya.
Kemudian bila tahu itu adalah bacaan mathurat..baca dengan ikhlas.
Kelebihan dari pandangan mata :-) (penggalaman diri mana saya tau).
:- bila nak meninggal inginkan semua anaknya ada di sisi, tak kira jauh dekat itu niat dan doa.
:- Kawasan pagar rumah dijauhi sihir dan racun, sihir itu dilantungkan balik kepada pengamalnya.
:- meninggal dalam bulan syawal dan ramdhan. Dua orang imam cum guru agama.
Dan banyak lagi kemuliaannya..selamat mengamalkannya.sama sama.
Friday, August 02, 2013
Masa Silam, Membuli kawan
Entah ke berapa puluh tahun tetiba muncul kawan sekelas yang pernah dibuli.
Panjang umur jumpa lagi.
Ada hikmat mungkin untuk meminta maaf atas kelakuan sudah sudah.
Walaupun tiap raya bermaaf maafan.
Namun kepuasan jumpa kawan sekelas yang sama sama tercorot dalam kelas dan sama level sijil kemasukannya.
Ada tugas sebelum pergi agaknya.
Thursday, August 01, 2013
Ramadhan 24 Ajakan berbuka :-) Jaga Hati atau Ambil Hati
Di sebelah pihak ambil hati nanti kecil hati.maklumlaaa jika terdengar kawan berbuka di restoren atau hotel besar bintangnya.
Bangga. ?
Nak dikatakn pelahap kasar sangat.
Oleh itu terimalah ajakan itu sebagai ambil hati sesama kawan sesama jabatan.
Birokrasi yang remeh..
Berborak depan juadah terhidang..memang menyakitkan.
Elok baca Yassin dan tahlil serta selesai dekat hampir lim minit berbuka lagi elok.
Elaak mengumpat depan juadah..
Semakin besar war war berbuka semakinramai terlibat dan tahu..tak ajak kecil hatikan?
Menanti 4.43 pm seksanya
Tenaga yang kehabisan, ngantuk dan sebagainya, dek perjalanan lebih 500Km.
Mengikut kata orang tidur waktu asar akan sakit kepala.
Menahan tidur belum tau lagi.
Rasanya jika tidur, bukan sahajawaktu asar..maghrib pun belum tentu tersedar..
Tika ini...landing di mana mana pun akan lena..tetapi..demi nasihat dan kelemahan diri.
Membaca AlQuran, Budaya Atau Bekalan, bukan budaya bagi saya.
Meletakkan baca AlQuran sebagai budaya memang jadi malas.
Letakkan sebagai bekalan akan memberi semangat bagi insan yang maQamnya rendah,memula tak ikhlas paksa juga, lainlah yang tinggi ilmunya, baca Quran memang ringan.
Nak tidur, nak menunggu Q, nak park, ,dan lainnya sebagai budaya dan amalan bagai mamah kacang.
Tunggu berbuka sesurah.
Lagi pun minat dan meneruskan bacaan adalah rezeki dari Doa yang tersurat. Halangan tetap ada, tetapi lebih besar ruang ujud untuk membacanya. Cukup ajaib. Anugerah siapa?
Tiada masa?
Masa bujang dulu sibuk meronda, mencari juadah berbuka.?
Masa dah ada anak,,,sibuk lgi
Ada cucu sibuk meeting..
Masa tetap tiada.
Sert a terletak kepada HATI yang telah diberi anugerahNya.
Budaya Jabat tangan atau Bersalam, lain padang gaya.
Jumpa bersalam, senyum salam, sesama Islam
Bertanya khabar.
Jumpa berjabat salam sahaja senyum, bertanya khabar
*********
Kenapa sikap membenci insan terhadap insannlain memang sukar dikikis.
Contoh
Bila satu syarikat jumpa tahu tabiat tingkahlakunnya..
Tak normal jika kita seoarang yang benci, tapi 99 yang suka, tapi jika ditanya hanya kita seorangnyang cuba menyukai dan 99 lain memang tengok muka meluat luap..
Lalu jumpa pulak di suatu komuniti yang lain pula. Bumi tak besar mana.
Ramai juga yang meluat..terus jadi 100% tak boleh tengok tingkahlakunya..
Dah nasib badan agaknya..
Kesian diaa.. Insan itu.
Dan jika terjumpa pula aktif pada lokasi setaman pula,,huuu memang parahlaaa nak beri komen positif..
Ramadhan 23 :-) Tumpang Lalu :-) Remaja
Dulu dulu, bila dengar orang tua sebut :-)
Bila nak lalu depan orang tua berborak. Sedutan perbualan. Tercuri dengar.
"Aku, (kita) pening nak sujud lama lama.."
Tak tau ujung pangkal
Dalam hati, apasal pulak pening..tiga kali jer.
Tabik kepada orang muda dan tua yang berupaya bangun pagi.tolak godaan.
Solat sunat tasbih.
Hampir sejam.
Baru faham topik bualan berpuluh tahun dulu.
Orang muda yang menolak cabaran Tv, sejuk dll
Orang tua yang menolak pelukan bantal golek..
Bangun mandi, buka gate, tutup gate motor kereta memandu..huhhh cabarann sejuk