Pages

Wednesday, July 31, 2013

Bauhulu dan akok sempadan Kelantan Pahang

Nampaknya tuan punya kedai ini akan hilang, di mata bila lebuhraya baru dari merapoh ke lipis siap,
Bukit tujuh pun akan di pendekkan.
Lokasi jalan lurus membuatkan ramai pengguna dari Kelantan Kl akan singgah membeli akok dan bahulu di sini sebelum sempadan pahang dari merapoh.cegar perah sebelum simpang sungai Koyan.
Nampaknya selepasini, jjambatan siap akan menjimaykan masa lebih setengah jam..dan tiada bukit tujuh

Ada gunanya

Satu untuk buat ubat bedil buluh, kecil
Satu untuk buat ubat luka, dengan campurann airliur
Lagi untuk makan burung
Juga tukang keris buat melicinkam hulu keris, mempelas

Ramadhan 22 :-) berguru diri sendiri :-)kenangan

Teringat dolu dulu, bila membaca setakat sambil lalu.
Serta berguru seorang diri.

Membaca "
Ii. Laa Maarrr

Bila berguru dengan guru baru tau sebutan nya yang betul
" Alif Lammmm mim  Rhoaa"

Tuesday, July 30, 2013

Air Nira Kelapa, Air Tuak

Tuak, sedia untuk berbuka sejambil dua ringgit
Dapatla dua gelas
Tak sah jika bulan puasa tak minum tuak, di Kelantan.
Selain air kelapa.
Tuak fresh lgi enak. Tapi susah nak dapat sebab nira dinyandat pada sebelah pagi kira kira 10am. Sehari semalam selepas ditadah.kekadang dua kali sehari.kekadang sehari sekali bergantung kesuburan mayangnya.Makin putihnmakin fresh, bila dicampur akar kayu bertukar coklat

Nota:-)
Nyandat = kerja memotong mayang.
Jambil, =satu plastik

Monday, July 29, 2013

Cubaan Sendirian :-) Tanah Perkuburan


Tika Yaseen dibaca.
Angin menderu,,terasa tengik dan bau yang amat menusuk hidung.
Masih teruskan bacaan, tanpa buruksangka di siang hari.

Dalam kunjungan yang entah ke berapa puluh kali, kali ini terasa bau yang kurangg enak..

Bacaan. selesai..
Ujian ke apa ni?

Tenung keliling, kanan kiri..
Nampak di ujung sana,sebelah kanan, tanah tinggi seolah olah baru.

Kecil sahaja nampak..

Kubur bayi?

Baik sangkanya,,mungkin kubur itu dikorek oleh biawak..
Kubur anak kecil rendah galiannya,,separas lutut,

Kerja selesai.
Pulang, masih banyak kerja yang belum selesai.
Tak perlu selidik sangat.

Ramadhan 21-) Bila diubah penanda

Dilipat tanda,  bacaan insan awal.mudah menyemak semula mudah belek,walaupun AlQuran wakaf.
Elok jangan la diubah. Kasihan sesama insan.
Adat dan adab sesama insan.
Sama sama tolong menolong.

Sunday, July 28, 2013

20 Ramadhan H+Celcom memang sukar

Macam anak tiri jerr,,lokasi ini memang susah mendapat Bb celcom...

Ada Yang Pernah Ke Kelas ini?

Belajar dan belajar walaupun tak pandai pandai.


Sketsa kelas malam

"....pinjam Rabo kejap..."...

Sang lelaki pemalu tersipu sipu..

"....oi oi..otak kuning oo...jangan salah faham,,,pinjam eraser sekejap..sang gadis putih kuning..memberi penerangan tanpa ditanya..

sang gadis anak ex exco,  berpurdah senyum sinis...

Guru akaun kelip kelip matanya..


cuba  perhatikan tulisan jawi diutamakan

Yang Pasti, Hidup InsHaAllah

Buat Ibu
Bayangan insan bersimpuh gaun putih dikelilingi oleh pengiringnya.tiada kedut di dahi ,,licin, anggun cantik.

* bila di belek umur dan teringat gambar dalam kp.,lama. muda. lingkungan 30an, sesuai dengan umur semasa dilahirkan pegkisah ,,berumur 28 tahun. hampiri 35 tahun agaknya.

tiada unsur riak di sini, kerana nama dan wajah tak dikenali.ianya sebuah penceritaan khas.
Moga aman di saNa

Waze memang sesuai

Sesuai untuk perjalanan, kerana ada info jalan sedang dibaiki
dan mencari lokasi bermalam sekitarny

Saturday, July 27, 2013

19 Ramadhan




Soal boleh solat sunnat, di rumah soal lain.
Niat untuk, membaca Quran, bila ramai memberikan semangat.
Menghabiskan Surah surah.

Masjid Cerah, masjid Gelap

*********

dah agak jangka,

Cukup sebijik kurma7.31pm



**********


Kena cas ke? Bila topud

Gua talak tau selama ni, kena tolak 0.50 sen, bila  topud di kedai my Newscom.

Untung, kita dah bayar dulu sepatutnya boleh less atau kredit

Tak Sah Iklan

Jika tiada wanita
Oleh itu tiada nasyid anggotanya wanita.( dalam aktiviti Pas).
Nampaknya wanita kena undi Bn :-) hasut sikit.

tiada pelajar perempuan?

Saat Paling mengantuk dek kekenyangan

Walaupun sudah mandi.
Saat dan minit paling mengantuk, walaupun bapak setan jauh.
Dah memang habitat pengkisah agaknya.

Antara 5.40 ke 5.51am
Selepas kenyang. Jika tak melawan.
Memang akan tidurr terus sampai mentari keluar..

Penerbangan Antarabangsa

Pintu Berlepas

Bila tiba pintu masuk
Tiang scan tubuh.
"...Biuuzz buzzz.:!"
Buzer keselamatan berbunyi.

Dalam hati
Opp ssya tak bawa besi, tada pistol..
Tiada besi dalam tubuh, lutut dan lain lain? Kenapa?

" ..Kamu ada hutang tunggu, sampai mereka tiba dan halalkan!!!
Nah baca!

:- hutang riba
:- duduk tinggal di atas tanah yang tidak di bahagi secara syarii, KAMU TAMAK.
:- Gaji tak halal
:- Hutang kawan belum langsai

TUNGGU

Dan banyak lagi,,satu lembaga hitam putih memberikan senarai semakan dengan kasar.

** mimpi ngeri seolah olah Timbanga Mizan di hadapan

Friday, July 26, 2013

18 Ramadhan:- Bulan Puasa, tengah Berpuasa elok jauhi Menganiyai Orang

Elakkan aniyai orang insan lain. Tertindas?

Jika terkena kakitangan yang bawahan nak marah, susah dek kerana ketidakadilan..
Mana tau insan ini yang sedang berpuasa beroda semasa sujud selama sejam sambil menitiskan airmatanya..

Mana tau makbul rintihannya., bila ditindas..

Ditukarkan atau dipecat..
Tambah lagi jika yang didoakan itu mempunyai rekod hitam..

KUNFAYAKUNN tak mustahil

Thursday, July 25, 2013

17 Ramadhan 1434 H

Esok selangor cuti, tapi petang khamis yang sesak..selamat balik kampung.
Bila adda acara Nuzul Quran, masjid ramai surau pun ramai..

Cuma dalam diri rasa bersalah..berapa muka surat Ayat AlQuran akan dibaca pada Nuzul Quran..menghayati dalam benruk macam mana?
Haei novel hari buku, haei Nuzul Quran?

Ya yer Cukupla, Pok cik. Beraya

Beraya dengan baju melayu jer
Kito pun nak beraya juga.
Raya gaya orang tua.
Dah ada masa, selamat memilih baju, sebelum wsktu sesak tiba.
Sesak masa insan dan wang


cukup satu set, minyak wangi butang baju, kopiah dan songkok

c

Kemenangan :-)PRK K.Besut, jika benar


Makcik, apa yang tiada dalam rumah ini?

Peti sejuk :-)jawab makcik

Esok peti seuk,  tiba.

Pakcik, apa yang tada dale rumah nih?

Tv baru,jawab pakcik..

Sehari kemudian tiba Tv baru..

Apa yang tiada dalam rumah?.

Bini tak ada lagi, kena bagi bini?

Jika benar cerita ini?..
Memang parah,,
Eloklaaa PRK SETAHUN SEKALI?.boleh tukar semua peralatan dalam rumah..

Kutip Derma Di Bazar Ramadhan


Ada yang cacat gadis lagi
Ada tabung entah apa apa..
Ada tabung nama ada tuan tiada
Ada yang dakwa masjid tahfiz..

Serabut di mata

Bukan dengki cuma, selagi sihat elok kerja cari kais wang berbanding dengan menadah, kecuali kurang upaya,
OkU pun boleh menjual tisu..
Meminta adalah kerja paling senang..

Sooal nak,beri soal lain, tanpa war war..di sini..

Cuma kita kekurangan penguatkuasa..

Jika bagi komisyen kutip peminta derma sedekah bolehtak?

Jawatan kosong, tapi ini memerlukn kos juga, kos kenderaan dan bagi makan,,
Jadi, membiarkan terus berlaku...
Sama sama biarkan..

Wednesday, July 24, 2013

Ramadhan Ke 16, Jangan lupa Doa Qunut yer

Bila sudah turun naik surau,
Surau diperbuat dari papan.

Tetiba masa solat witir
Kena naik surau sebab dah dekat nak makan dan minum

Orang depan sujud, kita di belakang ruku, entah tersondol punggung kawan.

"..Gedegummm bunyi lutut jatuh di lantai "..
Dah zaman remaja mana ada sakit semua keras, tulangkeras..

Bila tiba keesokan bercerita kepada kawannkawan sekelas, gelak sama sama, semuanya sama, lupa doa Qunut. Pada malam Nuzul Quran. YANG mana diam itu tanda dia tak faham atau tak pernah sempat witir langsung

Alkisah sketsa dolu dolu

Ada nampak jenama ini Di Malaysia? Ada yang nak ke Mesir

Made in EGypt, dalam RM90

Serasi dan mujarab untuk resdung, selsema dan sakit perut, tak masuk  sakit ATI.

Jika banyak sangat kegunaanya dah masuk PENIPU NAMANYA.

Atau ada sesiapa yang nak ke Mesir?

Dah namanya ubat, susah dan mahal, jika tulin.

Apendiks :-) boleh dikurangkan??


Bagi pesakit apendiks.

Mana tau serasi.

Kurangkan sakit kemudian terus lega.
Sapu minyak panazz dulu.

Kemudian sujud syukur selama 30 minit sehingga lega.
Terus lena dalam sujud jika mahu.
Biasanya bila sujud kita akan pening.
Di sini sakit perut mengatasi pening, itu arahan ke otak..
Otak kata sejuk badan terus sejuk..otak yang arah panazzz badan pun panazz.

Biasanya kesan makanan pedas atau menu kedai mamak yang masam.
Sehari perut kosong tetiba dihumbangkan dengan nasi yang banyak,,terus cakit peyutt..

Ramadhan Ke 15 :-) 2# Mualaf

Bahasa English yang diterjemahkan

".... Bang IsyAllah ada masa kita solat berdua,  U jadi Imam...
Dalam Qiyam suatu pagi malam yang terakhir nanti.."

"..saya boleh agak U berdoa paling kurang. 5 kali sehari supaya dibukakan pintu hati anak dan isteri."

Selama 5 tahun, berdoa, memang cekal dan ketahanan diri yang tebal! bagi saya. Tak jemu jemu.

Dalam hati, mana tau kekuatan doa dua orang. Alasan, kekadng kita berdoa untuk diri jarang yang makbul, tapi jika menolong berdoa untuk kawan cepat makbul..hikmat pada mata kasar makhlukNya.

Dan InshAllah saya usahakan 30 pelajar pondok yang ikhlas solat hajat untuk U pada malam terakhir..jika sempat..

Welcome terima kasih.
Samassama.

Ia menutup bersahur dengan kurma..

Tuesday, July 23, 2013

Ada sesiapa pernah Join?

Seikhlas sejujurnya
Jika tak jujur elok tikam ekor jerr

Kerana tikam ekor sah dah ditipu atau untung? 99-1

Tak kena sumpah oleh insan.
Meniaga yang ini konsep bagaimana..?

Isi hati Pembekal Berbuka -) "..Ada Lauk berlebih tak?.."

Dah nama dalam hati, kekadang,  sendu rahsia dan ada ayat ditelan mati anak..

Bila ada pertanyaan "yang berkuasa mengenai makanan", nak kata habis dah memang habis.
Bila hari pertama ada permintaan begitu,
Pihak kontraktor akan sediakan terlebih spare pada hari kedua puasa..senang cerita?

"...ada lauk lebih tak, tak banyak saya dua bibi jer..?

"..ada lauk nasi yang tak habis tak?, tak banyk Lima orang jerr,.."
Sambil membawa tuperware.

Kena hulur dan buat makanan berlebih supaya senang dapat kontrek pada puasa tahun depan.

Antara bersedekah dan pahala..untung niaga?

kita orang membekalkan sebanyak 600 bungkus, bila habis memang habislaaa


****** habis bila tukang rekomen dan Jawtkuasa yang beri dan undi tender asyik minta makanan je..tak sampai hati nak kata tikikada kan?


**////
Wajarnya dalam seminggu orang berkuasa tidak menyentuh soal makanan untuk bungkus, kerana beri tekanan kepda pembekal..
Kecuali kes orang tak datang ramai..hujan ribut petir dll..**

Rupa rupanya,,untuk memudahkan saya berdoa.

Bila terfikir selepas kematian, susun atur pengkebumian kedua arwah ibu dan nendaku (anak dan ibu). Lokasi tanah perkuburan yang sama.(A)
Kedua ayahda dan bapamertuanya, lokasi tanah perkuburan yang sama (B)
Terletak di dua lokasi yang berbeza.
?
?
?
?
?
Rupa nya supaya saya senang berdoa(memang spesis malas doa panjangpanjang).

"...Ya Allah ampunkanlah dosadosa ibu dan nenekku,,serta seluruh ahli kubur sepagarkawasan dengannya.
YaAllah ampunkan dosa dosa ayahda dan atokku serta seluruh ahli kubur sepagarkawasan dengannya."

Itu hikmah yang hamba mahkluk Dia nampak
Nampak yangmemberi untung syukurr, nampak yang memberi cabaran godaan..terus tersedu
HambaNya yang jahil, Dia Yang MahaBerilmuBerkuasa Maha Mengetahui.

DIA kan MAHA Penyayang
Aamenn Alfatihah. Qul..

**** nak berdoa pun cari yang mudah?.

Monday, July 22, 2013

Mati Dari Kaca Mata Orang hidup

Dah tentu tak bergerak, tak boleh bersuara.

Dulu baju warna warni, ada kasut ada cap ada tag nama, ada pakai jam, ada gengam gajet.
Baju layer satu jer.tebal lagi ada poket.
Bagi wanita pelbagai jenis ropol dan lubang di baju,

Bila dah jadi mayyit
Baju ropol tada, jika ada lubang mesti kena tampal dengan kapas.
Ada lubang ada kapas walaupun sebesar jari sebesar butang baju.
Buat menutup kulitnya.

Stokin kasut dah orang tak bagi pakai.

Kaki kena cetung ikat
Kepala kena cetung ikat
Dada kena ikat
PerutPinggang kena ikat
Betis kena ikat

Jika boleh pakai serban atau kopiah.
Air mawar dan wangi di pipi

Tergolek keseorangan
Menunggu waris cium selamat tinggal dahipipi

Ramadhan ke 14:-) Produk Halal dan Yakin

Beli bila yakin.
Penjualnya
Nak bungkus mulut kumat kumit, bukan bomoh punya.
Lokasi Islamik
Pakaiannya
Letakkan keyakinan, walaupun ianya dibuat di rumah.
Berbanding buatan lain lain tangan.
Menu segera menu dari dalam bilik sejukbeku kemudian goreng dan hidangkan dengan pelbagai ragam pekerja.

Tabik Buat mereka,,Tadarus AlQuran

Ketahan mental dan fizikal yang tebal kukuh.
Cuba bayangkan selepas 20rakaat tarawih, kemudian bertadarus Al Quran pula sampai 12malam lebih.
Lalu bangun bersahur dekat 4am.
Selepas itu datang kerja pepagi bute..
Berapa jam tidur..
Kerja sendiri kan baguzz..

Tidur dulu, saat paling ngantuk adalah antara 1pm ke 3 pm..

Jommm tidurr

Rezeki Dua Ekor burung


Pepagi semak sana semak sini.
Nampak dua ketul kueh/ kek, samar pagi.
Basi tak basi. Entah bila tersorok celahan kertas.

Tenung sekeliling.
Seekor gagak, di dahan pokok,

Miuuoo miuow, seru bahasa burung...

Dua ketul kek di lempar.
Seminit kemudian, dua ekor gagak mematuk menyambar lalu hilang entah ke mana.
Lihatlah komunikasi ala sesama gagak atau deria anugerahNya sang binatang dalam mencari rezeki., yang seekor lagi datang entah dari celah mana?

"..dalam hati, agaknya kek siapa yang sedekah..cuba memerah minda, atau sememangnya daku beli dengan duit saku..duit itu dari mana? Atau kontra mengular dari kerja dalam nilai nisbah seminit sejam?...huhuu..ya,, ampun,,terima kasih gagak rezekimu..jika rezekiku itu dari sumber haram.." padammukaku.(muhasabahdiri)

Hari Diuji :-) sketsa seorang kawan, puasa woo


Buka pintu bilik jer ada 500K, bini pertama
melangkah ke pintu lagi satu isteri ada +500 K

Ni macam berpakat jer nak uji,  nak suruh curik
Masuk bilik dan buka laci wife ketiga ada pula 500K lagi..

Tapi bila buka almari kabinet rumah ke 4 tiada pun harta yang uat buat lupa letak..

Fuusshh,,
Kenapa tak cukupkan 2juta?
Agakagak boleh pusing dunia,  lari dari Malaysia?

Tengah bulan dalam poket ada RM5.00 pulak?

Bolehlaa curik pinjam sebulan dua,
Boleh buka 20 kaunter saham selama dua bulan, kemudian bayarlaa balik..

Banyaknya dugaan kan ramadhan memang bila tambah bekalan, tambah dinding, lagi tambah ujian.

**tiada kena mengena dengan. ?

Sunday, July 21, 2013

Ramadhan ke 13 :-) Menyelami Insan Muaalaf

(rentetan pertemuan bulan lepas:-

"..bang..rakan karib saya, ada, kenapa tak nak kawin lain?.."

"... Saya sayang isteri dan anak saya.. Jawabnya. )

Doa zikir dan hajat. Bersendirian bertafakur. Dan sebagainya.
Munajat malam dan pagi.
Dalam puasa atau tidak
Bertahun lamanya.
Usaha seorang ayah dan suami

Hanya dan hanya untuk doa buat seorangg isteri tercinta dan anak tersayang, agar dibukakan hati..
Mengikut jejak nya putih mengikut jalur sinar Islam...
Sabar dalam redho menadah tangan buat mereka  berdua.

Moga dimakbulkan Nya.

Walaupun ia tahu Hidayah adalah anugerahNYA..
Antara Islam dan bukan Islam.
Sebagaimana Rasul dan Bapasaudaranya A.Talib yang disayangi Rasul.

Jika hidayahNya boleh dibeli tukar sejuta pun dia sanggup dan berupaya membelinya.

Mudahan hidayah diberi sepertimana Say Umar..aaamenn.
Ia mengharapkan

KUN FAYAKUUNN

Seminit sebelum berbuka :-)

Ia tafakur tunduk,,sambil berdoa agaknya...tanpa mengangkat tangan..titisan airjenih turun dari kelopak mata.
Untuk anak dan isterinya.

terpaku.

Betapa nikmatnya keluarga di depan dan belakang..ada anak isteri,mmenunggu azan berbuka.sekeluarga
Mereka mengharapkan keriangan bersambung  juga di SANA?.itu juga harapannya.

Sama sama berharap.

Putu Songkok :-)kenangan

Mencari putu songkok dalam zaman ICT?
putu songkok terasa sejuk, berwarna merah putih atau hijau.
Ada perisa sirap.
Diperbuat dari beras pulut
Selepas masak ianya dijemur supaya tahan lama danpadu.
Sebesar separuh telur.

:-) kenangan sebiji putu songkok yamg dihulur oleh sedara sepupu belah ibu merangkap rakannkarib cukup mahal pada zaman anak anak.
Ketika melewati putu yang sedang dijemur oleh makcik itu.
Alfiatihah...buat arwah kedua rakan karib

Muhasabah diri :-) perbandingan melampau

Adakan berbuka di tempat ramai, restoren dan lainlain.
Perbandingan melampau insan sebelah menjadikan diri ke arah kebaikan.
Tengok meja sebelah ada berapa jenis air dan ais.
Tujuh jenis minuman
Tujuh jenis lauk pauk.
Macam seminggu tak makan?
Makan sejam?
Soal wang?

Sikita satu biji satu gelas? Kenyang ke?  Memberi kuasa.

Perbandingan melampau kekadang memberikan rasa diri bertambah ego atau merendah diri.

Asyik tengok mentari besarnya jauhnya,
CUBA HUMBANG JIKA BOLEH.?

Cuba tenung katak atau apa apa yangboleh dipijk dikenyek dihumban dengan tangan.
CUBA HUMBANG JIKA BERANI?

Besarnya diri berbanding katak atau semut.?

Berjemaah di banyak lokasi surau memberikan tambahan. pengalaman,

"Gigihnya mereka berdiri?gigihnya ahli kariah dia "
Sisaya kuatnya berdiri? Untuk bertarawih

Nilai sepinggan Juadah Bersahur

Bukannya nak sedap, nak ayam nak puas.nak menu Rusa.

Yang penting buat alas perut pagi itu.
Nilainya akan mahal, bila sudah habis,
Bukan nilai tak ada wang nak beli,.

Masa dan lokasi akan memberikan harapan tinggi untuk sepinggan nasi.
Harapan yang tiada boleh buat pilihn.
Habis nasi minum air, itu je pilihan.
15 minit untuk mencari kedai dan minum makan, itu suatau cabaran.
Mungkin jawapannya
" kenapa datang berbuka dan bersahur lewat?

Jawapan ni elok diberikan dengan alasan

"..kenapa masjid lain boleh bua? Tak dengar pun tak cukup nasi lauk bersahur? Malah berlebih dua tiga orang..

Nilai terletak kepada HARAPAN bulan kualiti atau kuantiti mengisi perut.

Bila dua tiga kali HARAPAN ITU berlaku perkara yang sama, ianya satu perkara yang tak normal.tiada pantauan

Ramadhan ke 12 :-) Bila Tak Boleh Tidur? NAK MATI

Kenapa? Tak boleh tidur je nak mati?
Tak tanya pun?

Tak lalu nasi, pun nak mati.
Kenapa bila tak boleh main tak der pulak sebut mati
Baguzzla ingat selalu nak mati.
Tak boleh itu tak boleh ini, takder pun sebut mati

************
Mati kematian dan berita kematian,,,,memang memberikan tekanan dalam sedu :-)

12 am postkan entry ini, 29jam kemudian terpaksa terima ayat dan berita MATI...
Alfatihah..risau nak buka topik mati/ maut dalam bahasa arabnya.

Saturday, July 20, 2013

Ole Ole AlMadinah

Menanti berbuka. Ramadhan
Dalam hati :-)
"Dia orang ni main langkah jerr kiri kanan, langkah kurma langkah susu dan juadah yang lain yang terhidang sebaris di kain putih"
Jika tubuh besar dan bukan bulan posa memang kena terajang nihh"

Pak arab mengawal juadah berbuka secara lorong atau tiang, ikut bani atau puak, masing masing, hidang secara percuma.
Nampak puak yang berbeza menghidangkan menu antara tiang lorong kiri dan tiang lorong kanan dalam masjid.

Dah pelbagai bangsa banyak ragamnya..

Takut KepadaNYA atau Penguasa?

Takut segan malu sesama manusia
Biasanya kekerasan dan balasan secara tunai boleh menakutkan insan.
Setakat undang undang sahaja?
Tanpa penguatkuasaan, hanya tinggal tulisan sahaja

Ujung Minggu :-) Kos Melepas

Ada banyak pilihan.
Kerja menghasilkan wang
Elaun 

ke bazar ramadhan
Jual air
Jual kueh mueh
Cukup lumayan untuk. Cuti ini.
Nak atau tak nak?

Yang tak lumayan tenaga dan dahaga.
Serta menahan mata dek pakaian,,,luntur pahala puasa

Jalan jalan buang wang
Atau mengais rezeki untuk bekalan ke SANA

Jadi pilihan terakhir positif.

Kemudian lena dalam dengkurr

Masa yang banyak menggantikan lapan sembilan jam waktu normal kerja. ?
Lama dan banyak tu..
Manfaatkan separuh pun jadi.
Meninggal tak tau bila, jumpa ramadhan tahun depan atau tak.

Meminjam Komputer Orang :-) CLEAR DATA

Kena la clear data bila belayar melalui komputer orang
Atau CC.
Kemudian restart semula dan belayar ke lokasi berbeza yang lain.
Restart lagi.
Mana tau FB nama terjual.atau nombor email terdedah
Supaya apa apa password selamat terdelete.
Kecuali pakar forensip computer yang boleh detect
Kerana ada kemungkinan disalahgunakan oleh orang lain.

Ramadhan ke 11, bulan mengenang, Melepasi Fasa Pertama

QIYAM berdua qiyam ramai qiyam sorang sorang...
Elok berbanding tak buat langsung.

dalam gelap, dalam samar maupun cerah
Dalam selsema...
Samada bertutup lingkup, jaket atau baju sejuk..menahan sejuk..NIAT IKHLAS serta berusaha menambah bekalan sebesar kuman?

Tetiba seluk kocek, kunci dan botol pewangi terlalu sejuk, tandanya tubuh kita memang kuat kepanasan menahan sejuk hawa dingin. Tubuh tetap stabil, sedangkan kunci cukup sejuk.

:-) :-):-):-):-)

Bertuah anak zaman ini didedahkan dengan pelbagai acara keagaamaan.
Teknokrat yang islamik, dulu dulu masa zaman kanak kanak,  nak dengan qiyam pun sukar,,budak dan orang dewas terpisah..
Kecuali anak anak imam dan ustaz yang dekat surau..

Friday, July 19, 2013

Cercuba bertafakur sebelum berbuka, panaroma

Sama ada rumah atau tempat awam
Cuba bertafakur 20minit tanpa merenung hidangan di depan.
Dah tak baca Alquran pun. Jika malas berdoa
Bayangkan di depan tiada isi untk di mamah di suap.

Fikirkan bagaiman jika insan yang menanti makanan dalam debar.?
Pinggan kosong?

Kemudian azan. Alsyukur hidangan telah ada..
Rezeki tanpa gelojoh.

** yang biasa nampak
bergelak tawa, berjenaka, bercerita dengan kuat di hadapan makanan yang tak tertutup..enaknya anak anak set n.. Berdisko di atas dan dalam makanan...air liur turut tersembur dalam menu di depan?..

Derma Tengok logo Partai? Kotak mana? Pilihan di hati?

Yakin bila sumbangan kita nampak siapa punya.
Puas.

Banyak lgi masjid surau anak yatim dan rumah hidayah.

Berbanding dengan hulurkan bantuan kepada tabung NGO! Atau menjenamakan insan serta menjual nama partai politik, pengerusinya adalah Ajk partai? Yakin ker?

Melainkan anda sealiran dengan partai itu, atau ada wang berjuta lebihan di bank.

Bersahur cara segera


Buka nasi
Buka serunding daging
Atau ratah sambal daging itu sahaja
Atau ratah serunding campur minuman panazz
Yang penting air yang banyak
Campur kacau telur
Mamah coklat atau biskut coklat
Telan, moga boleh tahan sampai berbuka.
Ikhtiar juga untuk memberi tenaga kerja pada siang hari
Selebihnya minta tenaga dariNYA DIA pembekal power

Thursday, July 18, 2013

Ramadhan ke 10. Positif juga ada bulan posa?

Kekadang lena dalam sattu bulan dari dua belas bulan
Kekadang sedar satu minggu dari satu bulan.

Buat sesuatu, mengata sesuatu nak memaki nak mengumpat..

"...ooooh bulan puasa,, tahannn jer.."

Moralnya positif juga pada bulan ramadhan ini, menahan rasa sehingga ke malam.

Menadah telingan perkara benar..tahann
Jika bulan biasa memang sedap tambah kuah atau terus tambah minyak sekali. Biar terbakar.
Alang alang mengata mengutuk biar puas kan?

***
Tarawih mula berkurang..sepuluh dua puluh orang..letih kenyang agaknya

Tidur sekejap belum Zuhur

Kesannya memang power bila lena sebelum zuhur..
Tetapi bila sekali tak sempat tidur, kesannya besar jadi di kepla pusing..

***********

Bila terlalu bergantung suara imam,
Alfatihah suara imam tak dikuatkan..
Zuhur dan asar imam suara perlahan
Asar lena dlam berdiri..
Lalu tersedar ehh bila masa tahyat awal..dah selesai tahyat akhir

Bekalan dan rezeki ke Sana, Tahli

Betapa murahnya rezeki bekalan untuk mereka hambaNya, yang ikhlas. Upload.
Bekalan jika ada yang membacanya. bersedekah tenaga dalam ilmu Sofware ini..ammenn

Kemahiran ICT dan Daya cipta serta minda anugerah Ilaahi dimanfaatkan ke jalan benar.

Wednesday, July 17, 2013

Biarkan Orang Kata

Biarkan orang nak kata,

Nampak muka bila ramadhan menjelma
Suka dan ringan tulang bantu surau atau masjid bila bulan puasa sahaja.
11 bulan ke karaoke, sebulan ke masjid,
Biarkan mulut jiran bersuara
Biarkan
Biarkan orang kata kita membawa Al Quran kecl dalam poket hanya bila tiba ramadhan
Abaikan ayat itu.
Biarkan orang kata, ada projek dengan masjid, baru nampak muka.
Ada tender dalam surau baru jengok wajah.
Datang ke surau madjid sebab nakmkira wang

Pekakkan telinga
Kerana :-)
ESOK BELUM TENTU MILIK KITA ATAU MEREKA

Ramadhan Ke Sembilan:-) Berapa minit berapa ayat?

Berbuka 7.30
Minum lima minit
Ada 10 minit sebelum qamat solat Maghrib..curi masa.7.45 qamat
Sepuluh minit sehari sesibuk bagi yang berbini tiga?selama 29hari?

Kenapa Kurma Di Masjid :-) surau rasanya keras

Sebijik tiga sehari agaknya belum habis sebulan?
"..
Kenapa bila berbuka di luar, kedai mamak ker? Surau ke?
Terkena kurma percuma yang keras..."
"
..Huhukkk dah nama sedekah percuma, banyaklaa komen.."

Bersedekahlah yang agak sederhana..tak keras tak laa mahal sangat supaya semua boleh nikmatinya

********
******
Dugaan paling besar adalah tika berpuasa, nampak teknik cara dan niat, niat menghalalkan cara, di depan mata sedangkan 
mulut dah hati berbeza tindakan nya.
kesabaran dalam hati sehari berpuasa.


Elok Jangan Cari Pasal


"  RM0 Dptkn baucar RM50 Zalora dgn cash-in RM10 ke akaun Celcom AirCash+bpeluang rebut RM100 bila anda beli-blh@Zalora dgn AirCash!Promo hgga 31/8.Info:1111.T&S"


Bila terkena tipu, marah
Bila niat, menipu itu dia punya pasal,
Jadi jika was was elak dari kena tipu.
Logiknya jika Rm 10 menjadi rm 50 Dah jadi Judi.

# 2 Banyak untungnya bila belajar Bahasa Mukjizat

menghafal makna yang mudah boleh mengurangkan mengantuk
contoh nama Al Asma Alhusna, nama Neraka nama syurga, nabi Ismail nabi Ibrahim, al kitab al injil altaurat Isa Musa.
iman baca saja akan secara otomatik teringat maknanya..
alkafirun altaubat mukmin insan , bumi dan langit.



Bila imam baca surah, kita tercari cari, makna yan senang..
Contohnya, kum tum, nahnu, nam Allah
Daripada melilau berkhayal sambil mengantuk semasa bertarawih.
Bayangkan dsmbil belajar ustaz memberika contoh AlQuran.. Sebaris ayat dibaca secara tak langsung.

Ramadhan Bulan memori :-)tak mustahil

Mana tau, tak mustahil, tetiba seorang anak cucu, cucu sedara yang kaya raya terkenang atukneneknya.
Lalu menderma wakaf buat kita yang meninggal atas nama kita..
Tak mustahil..ribu ribu juta juta?
Infak dan sedekah buat ysng tersayang baginya..bila cucu itu terkenang sesuatu..
selagi bumi berputar, bekalan insan belum terputus,
 KUN FAYAKUN


s

Ramadhan Kelapan

Tewas kerana kesabaran,  banyak
Yang ada kaitan dengan habitat atau umur? (Diri sendiri)
Walaupun, menang dari segi nafsu makan.

Mungkin boleh tahan dengan berbuka sebiji kurma lembut serta sepotong kueh.
Tapi bila bab makan,,tewas dengan lauknya.

Tarawih nampak berkurang sebaris shaf..

Tuesday, July 16, 2013

Tazkirah di Masjid Negeri Selangor

Masjid NegeriSelangor:

Tazkirah

SebelumBerbuka Puasa bersama Al-Fadhil Al-Walid Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki,akan diadakan pada hari Rabu 17/7/2013 jam 6.45ptg di DewanSolatBawah.
Juadah berbuka puasa hanya boleh diambil 15 minit sebelum waktu berbuka puasa. Ini
,bagi mengelakkan menghabiskan makanan jemaah yang mendengar tazkirah,
********************

Mengurangkan Geli Batuk bulan puasa

Letak dan pegang dengan tapak tangan yang panas ke lokasi halkum, sehingga berpeloh. Atau setengah jam. Terasa panas dileher.
Sesuai untuk bulan puasa. Atau sapu minyak panas.
Jika bulan lain kira.

Semasa tapak tangan leher kita terasa cendol mula menurun dan menolak ke bawah dari terlekat di dinding leher, itu yang menjadikan geli gatal, nak terbatuk. Sekali batuk banyak tenaga hilang.